Perbezaan Guru MARA dan Guru KPM: Saringan Kelayakan, Perbandingan Gaji, Realiti Kerja
Guru Mara vs Guru KPM, apa perbezaannya? Perbezaan paling utama ialah Guru KPM berkhidmat dalam sistem pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), manakala guru MARA lazimnya merujuk kepada guru yang berkhidmat di institusi pendidikan MARA.
–
Ramai graduan yang berminat menjadi guru sering tertanya-tanya sama ada lebih baik memohon sebagai guru MARA/MRSM atau guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Secara luarannya, kedua-duanya kelihatan hampir sama; mengajar pelajar, menyediakan rancangan pengajaran, menjalankan pentaksiran dan terlibat dalam aktiviti sekolah.
Namun, dari sudut organisasi, pengambilan, penempatan, budaya kerja dan laluan kerjaya, terdapat beberapa perbezaan yang penting untuk diketahui sebelum anda memohon.
Mari ketahui perbezaan guru MARA dan KPM dengan lebih terperinci, termasuk gaji, syarat kelayakan, realiti kerja, kelebihan dan kekurangan serta laluan kerjaya yang anda perlu tahu.
Nota penting: Syarat pengambilan, jenis lantikan, subjek yang ditawarkan, gaji dan proses pemilihan boleh berubah mengikut iklan semasa. Oleh itu, calon hendaklah sentiasa merujuk iklan rasmi MARA atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi pengambilan yang sedang dibuka.
- Guru MARA vs Guru KPM - Apa Perbezaannya?
- Saringan Kelayakan Guru MARA vs Guru KPM
- Perbandingan Gaji Guru Mara dan Guru KPM
- Kemudahan Kebajikan (Kelebihan Klinik Panel MARA vs GL KPM)
- Realiti & Budaya Kerja Guru Mara vs Guru KPM
- Laluan Kerjaya & Kenaikan Pangkat
- Permohonan
- Fakta Penting Mengenai Guru MARA
- Fakta Penting Guru KPM yang Wajib Diketahui Calon
- Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim Guru MARA vs Guru KPM
Guru MARA vs Guru KPM – Apa Perbezaannya?
Guru MARA, atau secara formalnya digelar sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, berkhidmat di bawah badan berkanun Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Penempatannya merangkumi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA, dan Kolej Profesional MARA.
Di MRSM, guru mengendalikan pelajar berpencapaian akademik tinggi (high-achievers) dalam persekitaran sekolah berasrama penuh, manakala di peringkat Kolej, fokus beralih kepada pengajian pra-universiti dan diploma.
Guru KPM pula merupakan Penjawat Awam Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengambilan dan pelantikannya diuruskan secara berpusat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Guru KPM ditempatkan secara meluas di rangkaian sekolah rendah (SK/SJK) dan sekolah menengah (SMK/SMJK/SBP/KV) di seluruh negara.
Perbandingan Kerjaya Guru MARA dan Guru KPM
Cuba perhatikan jadual di bawah, apakah perbezaan Guru MARA & Guru KPM?
| Aspek Perbandingan | Guru MARA | Guru KPM |
|---|---|---|
| Badan Pengendali | Majlis Amanah Rakyat (MARA) (Badan Berkanun) | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (Kementerian) |
| Institusi Penempatan | MRSM, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA | SK, SJK, SMK, SMJK, SBP, KV |
| Badan Pengambilan | Bahagian Sumber Manusia MARA | Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) |
| Saringan Kelayakan | Semakan ijazah bidang khusus & temuduga MARA | Tapisan UKCG, merit CGPA, & temuduga SPP |
| Laluan Bukan Pendidikan | Pengambilan Kontrak (DG9) (Graduan pelbagai bidang) | Lantikan Kontrak (COS) / Graduan Bukan Pendidikan |
| Kemudahan Perubatan | Akses eKlinik Panel MARA & Hospital Kerajaan | Hospital/Klinik Kerajaan via Guarantee Letter (GL) |
| Sistem Kenaikan Pangkat | Sistem Time-Based (TBBK) via Lembaga MARA | Sistem Time-Based (TBBK) via Urusan KPM/JPA |
| Ekosistem Kerja | Berasaskan sistem asrama penuh (Jadual padat) | Variasi (Sekolah harian biasa hingga asrama penuh) |
Sedikit info tambahan:
- Sistem Kenaikan Pangkat (Skim DG): Guru MARA dan Guru KPM berkongsi sistem kenaikan pangkat yang sama, iaitu Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK). Ini bermakna kenaikan gred biasa (seperti DG41 ke DG44) adalah automatik mengikut tempoh tahun berkhidmat dan prestasi kerja, tanpa perlu menunggu kuota atau ada kakitangan lain bersara. Namun, kuota kekosongan jawatan hanya terpakai jika guru mahu naik pangkat ke jawatan pentadbiran tertinggi seperti Pengetua atau Timbalan Pengetua.
- Kemudahan Perubatan: Walaupun Guru MARA mempunyai kelebihan Klinik Panel MARA untuk rawatan pesakit luar (swasta), sebagai penjawat awam badan berkanun, mereka juga layak menggunakan kemudahan Guarantee Letter (GL) untuk rawatan di Hospital Kerajaan.
- Untuk makluman, MARA sedang aktif membuka Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Kontrak sehingga 21 Ogos 2026 bagi graduan pelbagai bidang subjek.
- Manakala KPM, baru sahaja mengumumkan keputusan permohonan guru Contract of Service (COS) pada 12 Ogos 2026.
Boleh kah Mohon Guru MARA dan Mohon Guru KPM Juga?
Jawapannya BOLEH.
Sistem permohonan guru Mara dan guru KPM adalah berasingan.
Anda boleh menduduki temuduga MARA tanpa menjejaskan giliran panggilan di portal MySPP (KPM).
Kalau layak untuk mohon dua-dua, bergandalah peluang anda untuk mendapatkan penempatan awal dalam sektor awam.
Saringan Kelayakan Guru MARA vs Guru KPM
Guru MARA
- Selepas tapisan ijazah yang ketat, calon wajib menduduki Ujian Psikometrik dalam talian (My Personality Online Test).
- Calon yang lulus akan dipanggil ke Pusat Penilaian MARA / MARA Assessment Centre (MAC).
- Di MAC, calon mesti lulus Ujian Kecergasan Fizikal (seperti ujian larian Bleep Test dan semakan indeks jisim tubuh / BMI).
- Selepas itu, calon perlu melalui sesi Microteaching (simulasi mengajar tanpa murid) di hadapan penilai sebelum menduduki sesi temuduga akhir.
Berikut ialah syarat lain yang perlu dipatuhi (berdasarkan iklan pengambilan guru MARA terkini yang akan tutup 21 Ogos 2026 ini):

Guru KPM
- Proses saringan dikendalikan secara berpusat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
- Calon perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang merangkumi ujian psikometrik serta ujian kecergasan fizikal (bagi opsyen tertentu seperti Pendidikan Jasmani).
- Sekiranya lulus UKCG, calon akan dipanggil terus ke sesi temuduga bersemuka atau dalam talian oleh ahli panel SPP tanpa perlu melalui fasa Microteaching yang berasingan di pusat penilaian khas.
NOTA: Syarat pengambilan guru MARA dan guru KPM bergantung kepada iklan jawatan dan jenis lantikan yang dibuka pada masa tersebut.
Berapa BMI Ditetapkan untuk Guru MARA?
Berdasarkan syarat iklan rasmi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 terbaharu, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Guru MARA yang ditetapkan adalah kurang daripada 27 kg/mยฒ (< 27 kg/mยฒ)
Saringan ini merupakan syarat khas mandatori.
Calon yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti (BMI 27 ke atas) akan disaring keluar secara automatik semasa fasa semakan awal atau ketika pendaftaran fizikal di Pusat Penilaian MARA (MARA Assessment Centre – MAC).
Kenapa MARA Tetapkan BMI?
Sebagai sebahagian daripada penilaian di MAC, calon Guru MARA tidak hanya ditemuduga akademik, malah wajib menduduki Ujian Larian Ulang-Alik (Bleep Test) dan perlu mencapai sekurang-kurangnya Tahap 4 ke atas untuk lulus. Calon yang tidak mempunyai berat badan ideal akan sukar melepasi ujian stamina ini.
Kecergasan sangat diperlukan apabila menjadi guru, oleh itu pihak MARA tetapkan BMI yang perlu dipatuhi bagi memastikan setiap guru yang dilantik mampu melakukan tugasan dengan baik.
Selain itu, ini juga salah satu kaedah yang digunakan untuk menapis calon disebabkan jumlah permohonan yang terlalu banyak.
Boleh ke Degree Biologi Tapi Mohon Subjek Bahasa Melayu untuk Jadi Guru MARA?
TAK BOLEH. Ini kesilapan ramai pemohon. Pastikan bidang pengajian anda sama dengan subjek yang anda pohon. MARA sangat ketat dalam syarat ini.
Contoh, anda memiliki kelulusan dalam bidang Biologi, anda perlu memohon untuk subjek Biologi.
Degree yang umum (tidak berkaitan dengan nama subjek), anda boleh cuba mohon tetapi peluang agak tipis.
Tips penting permohonan Guru MARA: Mohon ikut bidang pengajian anda, bukan pengalaman anda mengajar/bekerja(jika ada). Contoh, ada degree dalam Matematik tapi pernah mengajar dalam bidang Sains. Jangan mohon subjek Sains, mohon ikut degree yang anda miliki.
Perbandingan Gaji Guru Mara dan Guru KPM
Lambakan graduan Ijazah Sarjana Muda (degree holder) setiap tahun sama ada daripada bidang pendidikan mahupun bukan pendidikan menjadikan sektor perguruan antara pilihan kerjaya paling stabil di Malaysia.
Setuju tak? Tapi betulkah gaji guru MARA lebih tinggi daripada gaji Guru di KPM?
Jawapan ringkasnya ialah Tidak.
Gaji pokok permulaan bagi kedua-dua institusi adalah berada pada paras yang sama.
MARA, sebagai Badan Berkanun, mengikut penyeragaman struktur skim gaji perkhidmatan awam yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.
Menerusi skim SSPA, lantikan baharu graduan ijazah sarjana muda kini bermula pada gred DG9 (menggantikan skim kod DG41 sebelum ini).
Berapa gaji permulaan guru MARA dan guru KPM?
Gaji permulaan bagi gred DG9 ialah RM2,360.00 untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan berserta Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan.
Selain itu, gaji juga boleh berbeza mengikut tahap pendidikan:
- RM2,580.00: Untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, ATAU Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan berserta Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan.
- RM3,130.00: Bagi calon yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang berkaitan berserta Diploma Pendidikan.
- RM3,460.00: Bagi calon peringkat tertinggi yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang berkaitan berserta Diploma Pendidikan.
Apabila dicampur dengan elaun tetap (Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, dan Bantuan Sara Hidup/COLA), jumlah pendapatan kasar bulanan bagi guru baharu gred ini secara umumnya bermula sekitar RM3,480.00 hingga RM3,700.00.
Untuk guru MARA pula, terdapat beberapa elaun khas tambahan (seperti elaun tugasan di MRSM) yang membezakan jumlah keseluruhan Take-Home Pay bulanan mereka berbanding guru KPM yang bertugas di sekolah biasa.
Rujukan:
- Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Garis Panduan WP 1.4: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun Pentadbiran MARA.
Kemudahan Kebajikan (Kelebihan Klinik Panel MARA vs GL KPM)
Guru MARA boleh menikmati kemudahan rawatan tanpa tunai di rangkaian klinik swasta berdaftar melalui sistem portal rasmi eKlinik Panel MARA.

Pada masa yang sama, Guru MARA turut layak menggunakan Surat Jaminan (GL) untuk mendapatkan rawatan percuma tanpa had di Hospital Kerajaan.
Guru KPM pula boleh dapatkan Surat Pengesahan Majikan (GL) yang dijana secara digital melalui Sistem HRMIS KP untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan tanpa had tahunan dan tidak ada akses kepada klinik swasta seperti guru MARA.
Jadual Perbandingan Kemudahan Kesihatan
| Kemudahan Perubatan | Guru MARA (Badan Berkanun) | Guru KPM (Kementerian) |
|---|---|---|
| Akses Klinik Swasta (Tanpa Tunai) | BOLEH (Melalui eKlinik MARA) | TIADA (Perlu bayar guna duit saku sendiri) |
| Akses Hospital Kerajaan (Guna GL) | BOLEH | BOLEH |
| Had Siling Kos Rawatan Kerajaan | Tiada had siling untuk rawatan standard | Tiada had siling untuk rawatan standard |
Realiti & Budaya Kerja Guru Mara vs Guru KPM
Walaupun tugas utama guru adalah mengajar, namun ekosistem harian kedua-dua institusi ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi pengurusan pelajar dan pembahagian masa.
NOTA: Perbandingan ini hanyalah secara umum sahaja.
| Institusi | Guru MARA | Guru KPM (Sekolah Harian) |
|---|---|---|
| Kelebihan |
|
|
| Cabaran |
|
|
Pandangan Realiti Kerjaya:
- Memilih antara MARA dan KPM bukan sekadar soal majikan, tetapi juga melibatkan kesesuaian dengan gaya kerja, persekitaran sekolah dan komitmen tugas yang anda mahukan dalam jangka panjang.
- Jika anda sukakan suasana akademik yang kompetitif, mencabar dan berminat mengajar pelajar berprestasi tinggi (high-achievers), persekitaran MRSM mungkin lebih sesuai dengan minat serta gaya kerja anda.
- Namun, jika anda lebih mengutamakan pengalaman mengajar dalam sistem sekolah KPM dengan pilihan penempatan yang lebih luas, laluan KPM mungkin lebih sesuai dengan perancangan kerjaya anda
- Pertimbangkan skop tugas, lokasi penempatan dan keutamaan peribadi sebelum membuat keputusan.
Laluan Kerjaya & Kenaikan Pangkat
Kedua-dua Guru MARA dan Guru KPM menggunakan laluan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) dan tahap prestasi yang ditetapkan oleh kerajaan.
Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) ialah sistem kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam Malaysia yang memberikan peluang kenaikan gred kepada pegawai berdasarkan tempoh bilangan tahun berkhidmat berserta tahap prestasi cemerlang.
Sistem ini memastikan guru tidak perlu menunggu sehingga guru besar atau pengetua bersara (menunggu kekosongan jawatan hakiki) untuk naik pangkat.
Selagi tempoh tahun berkhidmat sudah cukup dan prestasi anda cemerlang, anda layak naik pangkat.
Permohonan
Guru MARA
Urusan pengambilan Guru MARA bagi gred DG9 ditadbir urus sepenuhnya secara dalaman oleh Bahagian Sumber Manusia MARA secara berasingan daripada sistem kementerian.
Calon yang berminat perlu peka dengan garis masa tahunan saringan mereka yang ketat.
Guru KPM
Bagi pelantikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua urusan saringan, temuduga, dan pelantikan dikendalikan secara berpusat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik.
Terdapat dua laluan utama permohonan yang dibuka mengikut latar belakang akademik anda:
- Laluan Graduan Pendidikan): Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) perlu mendaftarkan maklumat diri dan kelayakan akademik mereka menerusi portal rasmi MySPP.
- Laluan Pengambilan Khas Lantikan Kontrak / Contract of Service (COS): Laluan ini dibuka secara berkala mengikut keperluan mendesak kementerian khusus buat Graduan Bukan Pendidikan (Tiada DPLI/Ikhtisas). Calon perlu memohon melalui iklan khas yang dikeluarkan oleh SPP.

Fakta Penting Mengenai Guru MARA
Bagi membantu anda memahami dengan lebih jelas dan menjawab segala kekeliruan yang sering berlegar di forum serta media sosial, berikut adalah ringkasan fakta penting mengenai permohonan guru MARA:
- MARA sangat tegas mengenai padanan ijazah. Nama Ijazah Sarjana Muda anda mestilah sepadan secara langsung dengan mata pelajaran yang dipohon (Contoh: Ijazah Sejarah wajib memohon subjek Sejarah).
- Graduan dengan ijazah umum yang tidak mempunyai nama subjek sekolah tetap boleh mencuba, namun saingan utama anda adalah calon yang memiliki ijazah khusus yang sepadan.
- Calon tanpa ikhtisas pendidikan (tiada DPLI) amat dialu-alukan untuk memohon asalkan ijazah anda sepadan dengan subjek, dan keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki CGPA 3.00 ke atas.
- Pastikan BMI anda mengikut syarat yang ditetapkan untuk mengelakkan permohonan ditolak serta merta.
- Ada klinik panel MARA yang boleh diakses melalui: Portal eKlinik Panel MARA
Fakta Penting Guru KPM yang Wajib Diketahui Calon
- KPM secara berkala membuka pengambilan khas menerusi lantikan Kontrak (Contract of Service – COS) bagi graduan bukan pendidikan untuk mengisi unjuran kekosongan opsyen subjek yang kritikal
- Perlindungan kesihatan Guru KPM diatur sepenuhnya di bawah hospital dan klinik kerajaan tanpa sebarang had kos tahunan, menjamin keselamatan kewangan yang tinggi sekiranya berlaku kes penyakit kronik atau pembedahan besar.
- Had BMI agak longgar berbanding guru MARA
Tips & Pengalaman: Bagi calon yang bakal melalui fasa Pusat Penilaian MARA (MAC), jangan pandang ringan penilaian BMI dan stamina yang ditetapkan dalam proses pemilihan. Sebaiknya, mulakan persediaan fizikal lebih awal dengan latihan kardio dan tingkatkan stamina secara berperingkat sebelum tarikh ujian.
Bagi temuduga SPP (KPM) pula, calon disarankan memberi perhatian kepada pengetahuan berkaitan Dasar Pendidikan Digital, KBAT dan isu-isu pendidikan semasa, selain membuat persediaan untuk menjawab soalan berkaitan pedagogi dan profesion perguruan.
Rujukan
- Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP): Rujuk Portal MySPP untuk iklan pengambilan terkini, syarat kelayakan minimum Gred DG9, dan kriteria pengambilan khas secara Lantikan Kontrak (COS).
- Portal Kerjaya MARA: Semak Sistem Permohonan Jawatan MARA untuk mengesahkan garis panduan kemasukan, syarat ketat kesepadanan ijazah, dan had siling fizikal BMI < 27 kg/mยฒ.
- Sistem eKlinik Panel MARA: Portal eKlinik MARA
Nasihat kami untuk graduan: Pastikan anda membaca setiap syarat kelayakan dengan teliti dan memahami realiti pekerjaan menjadi seorang guru sebelum memohon untuk menjai guru MARA mahupun guru KPM.
NOTA EDITOR: Artikel ini telah disemak. Namun, sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim Guru MARA vs Guru KPM
Boleh. Anda tetap layak memohon asalkan ijazah sarjana muda yang anda miliki sepadan dengan subjek yang ditawarkan.
Tidak sama sekali. Kedua-dua institusi ini menggunakan sistem permohonan yang berbeza.
Proses saringan awal MARA diwajibkan menggunakan maklumat Ijazah Sarjana Muda (Degree). Kelulusan peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) hanya bertindak sebagai merit atau nilai tambah sahaja.
Ya, sama. Kedua-dua agensi menyelaraskan kenaikan pangkat guru menggunakan sistem Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di bawah pekeliling SSPA (Gred DG9 hingga DG14) tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan pentadbiran, asalkan prestasi tahunan anda cemerlang.
Tertakluk kepada opsyen subjek. Semua calon Guru KPM wajib menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Walau bagaimanapun, ujian kecergasan fizikal (seperti ujian larian atau ketahanan) biasanya diwajibkan khusus untuk calon yang memohon opsyen subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) atau Sains Sukan sahaja.
Segala urusan permohonan, semakan syarat lantikan, dan panggilan temuduga dikendalikan secara tunggal dan rasmi melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di MySPP.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk panduan am sahaja, berdasarkan semakan terhadap sumber dan dokumen rasmi yang berkaitan. Maklumat mengenai gaji, elaun, syarat kelayakan dan proses pengambilan adalah berdasarkan sumber rasmi yang dirujuk pada masa artikel ini diterbitkan. Syarat pengambilan dan skim perkhidmatan boleh berubah dari semasa ke semasa. Pembaca disarankan menyemak portal rasmi MySPP dan Portal Kerjaya MARA untuk mendapatkan maklumat serta iklan pengambilan terkini.