Cara Mohon Insentif Kediaman Mesra Alam MPKj 2026 (Rebat Cukai Pintu)
Anda merupakan seorang pemilik rumah di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)?
Jika ya, anda kini berpeluang untuk mengurangkan komitmen tahunan anda melalui Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar MPKj 2026.
Melalui program hebat ini, anda boleh mendapat potongan atau rebat untuk bayaran cukai pintu (cukai taksiran) rumah anda bagi komponen yang diluluskan, termasuk sistem solar, peralatan elektrik 5 bintang, sistem penuaian air hujan, kenderaan elektrik, kitar semula, mesin kompos dan pelupusan kenderaan lama.
Untuk memahami lebih lanjut mengenai Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar MPKj 2026 ini, anda boleh teruskan baca panduan di bawah.
- RINGKASAN ARTIKEL
- Apa Itu Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kajang?
- Bagaimana Rebat Ini Berfungsi?
- Tarikh Permohonan
- Siapa Boleh Mohon?
- Apa Manfaat Insentif Kediaman Mesra Alam?
- Di Mana Boleh Buat Permohonan?
- Dokumen Perlu Disediakan
- Muat Turun Senarai Semak dan Borang Permohonan
- Adakah Insentif Ini Diberikan Dalam Bentuk Wang Tunai?
- Berapa Jumlah Maksimum Insentif Yang Boleh Diterima?
- 6 Tips Penting Supaya Permohonan Insentif Anda Mudah Diluluskan
- Rujukan Rasmi
- FAQ - Soalan Lazim Insentif Kediaman Mesra Alam
RINGKASAN ARTIKEL
Untuk memudahkan rujukan pantas anda, berikut adalah fakta penting mengenai insentif cukai pintu MPKj ini:
- Bentuk Insentif: Potongan atau rebat langsung pada akaun cukai taksiran am (cukai pintu) rumah anda.
- 4 Teras Utama: Merangkumi penjimatan tenaga, penjimatan air, pengangkutan hijau, serta pengurusan sisa mampan.
- Nilai Rebat: Kadar bantuan bermula dari RM30 sehingga maksimum RM300, bergantung kepada jenis komponen hijau yang anda pasang.
- Syarat Utama: Terbuka kepada pemilik rumah kediaman individu di bawah seliaan MPKj dan akaun bebas daripada sebarang tunggakan cukai.
- Borang Permohonan: Borang permohonan boleh dimuat turun secara digital menerusi pautan rasmi Borang Insentif MPKj 2026.
- Cara Serahan: Dokumen sokongan lengkap bersama borang fizikal wajib dihantar terus ke Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj, Tingkat 3A, Menara MPKj.
Apa Itu Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kajang?
Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah sebuah program ganjaran berbentuk rebat atau potongan rebat cukai taksiran am (cukai pintu) yang diberikan kepada pemilik rumah di bawah kawasan pentadbiran MPKj yang mengamalkan amalan hidup hijau.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif alam sekitar bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 bagi menggalakkan komuniti setempat menggunakan teknologi mesra alam.
Pihak berkuasa tempatan menyediakan dana sebanyak RM200,000 bagi permohonan tahun 2026 yang diberikan secara “first-come, first-served” (siapa cepat, dia dapat).

Bagaimana Rebat Ini Berfungsi?
Sistem ini menggunakan kaedah “Potong Cukai, Bukan Bagi Duit Tunai”. MPKj tidak akan memasukkan wang tunai ke dalam akaun bank anda.
Sebaliknya, jumlah rebat yang anda lulus akan ditolak terus secara automatik daripada jumlah bil cukai pintu yang perlu anda bayar pada penggal seterusnya.
Anda boleh memohon lebih daripada satu komponen di bawah sekiranya anda memenuhi syarat bagi kategori tersebut:
| Kategori & Komponen Hijau | Nilai Potongan Cukai | Apa Yang Perlu Anda Buat? |
|---|---|---|
| โก KATEGORI A: TENAGA | ||
| โข Sistem Solar Kediaman | RM300 | Pasang panel solar di bumbung rumah. |
| โข Barang Elektrik 5-Bintang | RM30 | Beli aircond/peti sejuk berlabel 5-bintang ST. |
| ๐ง KATEGORI B: AIR | ||
| โข Sistem Air Hujan (SPAH) | RM30 | Pasang tangki takungan air hujan domestik. |
| ๐ KATEGORI C: MOBILITI | ||
| โข Kenderaan Elektrik (EV) | RM150 | Pasang stesen pengecas (EV charger) di rumah. |
| โป๏ธ KATEGORI D: SISA | ||
| โข Pusat Kitar Semula | RM30 | Hantar barang kitar semula secara konsisten. |
| โข Mesin Kompos Domestik | RM30 | Proses sisa makanan jadi baja di rumah. |
| โข Kereta Lama (>10 Tahun) | RM30 | Lupus kereta buruk/tersadai melalui saluran sah. |
Contoh Situasi: “Berapa Banyak Saya Boleh Jimat?”
Mari lihat contoh situasi Puan Aminah yang tinggal di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi:
- Bil cukai pintu asal rumah Puan Aminah: RM350 setahun.
- Pada tahun 2026, Puan Aminah buat 3 perkara ini:
- Pasang panel solar (+RM300)
- Beli mesin basuh baju 5-bintang (+RM30)
- Hantar sisa dapur ke mesin kompos (+RM30)
- Total Rebat Puan Aminah = RM360!
Keputusan: Kerana jumlah rebat (RM360) melebihi bil asal (RM350), Puan Aminah tidak perlu membayar satu sen pun (RM0) untuk cukai pintu tahun itu.

Tarikh Permohonan
Tempoh permohonan bagi Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar MPKj 2026 adalah sehingga 31 Oktober 2026.
Tapi, kena mohon cepat. Jangan tunggu sampai tarikh akhir. Sebab:
- Program ini mempunyai peruntukan dana yang terhad sebanyak RM200,000. Permohonan diproses atas kaedah siapa cepat, dia dapat (first-come, first-served).
- Tarikh tutup boleh dipinda lebih awal sekiranya dana tersebut telah habis digunakan sepenuhnya.
Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar terus ke kaunter fizikal Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj, Tingkat 3A, Menara MPKj sebelum tarikh tutup tersebut.
Siapa Boleh Mohon?
Pemilik rumah individu (warganegara Malaysia) yang memiliki kediaman di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sahaja yang boleh memohon insentif ini.
Syarat Kelayakan Pemohon
Untuk memastikan anda layak memohon, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:
- Pemilik Sah Hartanah: Permohonan mestilah dibuat atas nama pemilik rumah yang berdaftar dalam sistem MPKj (nama yang tertera pada bil cukai pintu). Penyewa rumah adalah tidak layak.
- Kategori Kediaman Sahaja: Insentif ini hanya terbuka untuk bangunan berstatus kediaman individu (seperti rumah teres, berkembar/semi-D, banglo, apartmen, atau kondominium). Premis komersial, kedai, kilang, dan tanah kosong adalah tidak layak.
- Akaun Bersih (Tiada Tunggakan): Akaun cukai taksiran (cukai pintu) rumah anda mestilah telah dibayar sepenuhnya dan bebas daripada sebarang tunggakan lama atau denda lewat.
- Had Pemasangan Baharu: Anda mestilah individu yang memasang teknologi hijau atau melaksanakan amalan mesra alam tersebut bermula dari 1 Januari 2026 di rumah berkenaan.
Apa Manfaat Insentif Kediaman Mesra Alam?
Faedah utama program ini ialah pemohon boleh mendapat pengurangan cukai taksiran apabila memenuhi kriteria bagi komponen mesra alam yang ditawarkan.
Berikut ialah kadar yang dinyatakan dalam garis panduan MPKj:
| Kategori | Komponen | Kadar Insentif |
|---|---|---|
| Penjimatan tenaga | Sistem solar kediaman | 100% cukai taksiran semasa atau maksimum RM300 bagi kawasan perbandaran, mana lebih rendah |
| Penjimatan tenaga | Peralatan elektrik 5 bintang | RM30 |
| Penjimatan air | Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) | RM30 |
| Pengangkutan hijau | Kenderaan elektrik (EV) | 100% cukai taksiran semasa atau maksimum RM150, mana lebih rendah |
| Pengurangan sisa | Hantar bahan kitar semula | RM30 |
| Pengurangan sisa | Mesin kompos domestik | RM30 |
| Pengurangan sisa | Pelupusan kenderaan lebih 10 tahun | RM30 |
Makluman: Insentif ini adalah one-off bagi setiap komponen yang diluluskan, bukannya bayaran tunai bulanan. Jumlah keseluruhan pengurangan cukai yang diberikan juga tidak boleh melebihi jumlah cukai taksiran tahunan semasa.
Di Mana Boleh Buat Permohonan?
Permohonan bagi Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar MPKj 2026 hendaklah dilakukan dengan memuat turun borang permohonan, isi dengan maklumat yang lengkap dan buat serahan fizikal.
- Layari portal rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk memuat turun borang permohonan dan senarai dokumen diperlukan.
- Lengkapkan maklumat yang wajib diisi.
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Serahkan borang yang telah lengkap ke:
- Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj di Tingkat 3A, Menara MPKj
Kalau ada kekeliruan, kurang faham ke atau ada pertanyaan, sila hubungi:
Urus setia Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Kajang Tingkat 3A Menara MPKj Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan
- E-mel : rebatcukai@mpkj.gov.my
- No. tel : +603 8737 7899
- No. faks : +603 8737 7897
- Pegawai penghubung:
- Puan Shazwani : sambungan 4031
- Encik Azril : sambungan 4021
Dokumen Perlu Disediakan
Dokumen yang perlu disediakan adalah mengikut kategori permohonan anda. Rujuk di bawah:


ANDA KENA SEDIAKAN TIGA SALINAN UNTUK SETIAP DOKUMEN YANG DIPERLUKAN.
Pastikan semua gambar bukti visual yang diambil adalah jelas, terang (tidak kabur), dan menunjukkan sudut rumah anda dengan nyata.
Pihak penilaian MPKj berhak melakukan lawatan mengejut ke rumah anda untuk menentusahkan (verify) kesahihan dokumen yang dihantar.
Muat Turun Senarai Semak dan Borang Permohonan
PDF Senarai Semak dan Borang Permohonan Insentif Kediaman Mesra Alam boleh dimuat turun di bawah. Klik ‘Download’ untuk muat turun.
Bagi tujuan pengesahan dan integriti pelaksanaan, MPKj berhak untuk:
Mengadakan pemeriksaan atau lawatan tapak ke premis kediaman pemohon sama ada secara rawak atau berdasarkan keperluan semakan lanjut;
Menyemak dokumen tambahan berkaitan pemasangan atau penggunaan teknologi mesra alam;
Membatalkan kelulusan insentif sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah palsu, tidak benar atau mengelirukan;dan Membatalkan kelulusan sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan di dalam Garis Panduan.
Adakah Insentif Ini Diberikan Dalam Bentuk Wang Tunai?
Tidak. Insentif ini diberikan dalam bentuk pengurangan cukai taksiran, bukan wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon.
Menurut garis panduan MPKj, pelarasan pengurangan cukai akan dibuat secara automatik dalam bil cukai taksiran tahun berikutnya berdasarkan jumlah yang diluluskan.
Berapa Jumlah Maksimum Insentif Yang Boleh Diterima?
Ini adalah bahagian penting yang sering disalah faham oleh orang ramai.
Peruntukan RM200,000 yang diumumkan oleh kerajaan negeri bukanlah jumlah wang yang akan diterima oleh satu-satu individu.
Sebaliknya, angka tersebut merupakan dana siling atau geran keseluruhan yang disediakan oleh MPKj untuk diagihkan kepada semua pemohon yang layak di bawah kategori Perbandaran bagi tahun 2026.
Bagi setiap pemilik rumah, jumlah rebat yang boleh anda nikmati adalah bergantung kepada jenis teknologi hijau yang anda pasang. Setiap komponen mempunyai had nilai potongan cukai pintu yang tersendiri.
Sebagai panduan mudah, berikut adalah kadar maksimum mengikut komponen untuk sebuah rumah kediaman:
- Sistem Solar Kediaman: Maksimum RM300
- Pengecas Kenderaan Elektrik (EV): Maksimum RM150
- Komponen Hijau Lain: Maksimum RM30 bagi setiap satu (seperti barangan elektrik 5-bintang, SPAH, kompos, dan kitar semula)
Ringkasnya, tiada satu angka tetap untuk semua orang.
Jumlah rebat sebenar poket anda adalah gabungan daripada komponen yang anda mohon, tertakluk kepada proses saringan, bukti dokumen, dan kelulusan mutakhir daripada panel penilai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
6 Tips Penting Supaya Permohonan Insentif Anda Mudah Diluluskan
1. Simpan Resit Pembelian & Invois Asal Dengan Selamat
Jangan sesekali membuang resit rasmi atau invois syarikat pembekal. Bagi komponen berimpak tinggi seperti panel solar, stesen pengecas EV, dan perkakas elektrik 5-bintang, resit bertarikh tahun 2026 adalah bukti paling kukuh yang wajib disertakan sebagai dokumen sokongan utama.
2. Ambil Gambar Bukti Visual yang Jelas
Sediakan bukti bergambar berwarna yang menunjukkan komponen tersebut telah siap dipasang dan berfungsi dengan baik di premis anda.
Jika anda membeli barangan elektrik 5-bintang, pastikan anda mengambil gambar jarak dekat (close-up) pada label pelekat bintang Suruhanjaya Tenaga serta nombor siri produk tersebut.
3. Selesaikan Semua Tunggakan Cukai Pintu Terlebih Dahulu
Sistem komputer MPKj akan menapis status akaun hartanah anda secara automatik pada saringan awal. Sila semak bil cukai taksiran terkini dan pastikan anda membuat bayaran penuh bagi penggal semasa supaya akaun anda bersih daripada sebarang baki tunggakan atau denda lewat.
4. Pastikan Nama Pemohon Sepadu Pada Semua Dokumen
Nama yang tertera pada borang permohonan mestilah sepadan dengan nama pemilik berdaftar pada bil cukai taksiran.
Sebagai contoh, bagi tuntutan rebat pengecas EV, dokumen pemilikan kenderaan (seperti geran kereta atau insurans) mestilah menunjukkan nama anda sebagai pemilik sah yang sama.
5. Semak Keutuhan Fail & Elakkan Menghantar Borang Kosong
Jangan terburu-buru menghantar dokumen. Pihak MPKj berhak untuk memulangkan semula borang atau menolak permohonan anda secara terus tanpa diproses sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tiada dokumen sokongan yang relevan.
6. Mohon Awal & Jangan Tunggu Sehingga Tarikh Tutup
Memandangkan peruntukan dana RM200,000 ini mempunyai had kuota dan kadangkala terdapat kemas kini tarikh pada dokumen rasmi, strategi terbaik adalah menghantar permohonan secepat mungkin.

Rujukan Rasmi
Semua maklumat dalam artikel ini dirujuk melalui:
- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang
- Pengumuman Permohonan Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar MPKj
- Senarai Semak & Borang Permohonan Insentif โ MPKj (PDF)
Untuk pertanyaan, boleh dihubungi di 03-8737 7899, e-mel: rebatcukai@mpkj.gov.my. Pegawai penghubung yang dinyatakan dalam dokumen ialah Puan Shazwani (sambungan 4031) dan Encik Azril (sambungan 4021).
NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim Insentif Kediaman Mesra Alam
Pemilik kediaman individu yang mendiami premis tersebut dalam kawasan pentadbiran MPKj dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon.
Garis panduan menyatakan premis hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman dan bukan disewakan sepenuhnya.
Ya. Insentif ini berkaitan dengan pengurangan cukai taksiran MPKj dan pemohon perlu mengemukakan bil cukai taksiran terkini tanpa tunggakan.
Bagi kawasan perbandaran, kadar yang dinyatakan ialah 100% daripada cukai taksiran semasa atau maksimum RM300, mana yang lebih rendah.
Bagi kawasan perbandaran, insentif ialah 100% daripada cukai taksiran semasa atau maksimum RM150, mana yang lebih rendah.
Ya. Antara peralatan yang dinyatakan ialah televisyen, mesin basuh, peti ais, penyaman udara dan mesin pengering yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga.
Program menetapkan insentif one-off bagi setiap komponen yang diluluskan. Namun, setiap komponen mempunyai syarat tersendiri dan permohonan masih tertakluk kepada kuota serta kelulusan MPKj.
Borang dan senarai semak boleh didapati melalui pengumuman rasmi di portal MPKj.
Penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan umum sahaja. Penulis tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Segala syarat, kuota dana, dan kelulusan nilai rebat adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan mutakhir pihak berkuasa tempatan. Sila layari portal rasmi MPKj untuk sebarang semakan terbaharu.