Jualan Ihsan Rahmah MADANI di TikTok Shop & Cara Semak Lokasi PJRM Berdekatan Anda
Jualan Ihsan Rahmah MADANI 9.9 secara dalam talian dilancarkan secara rasmi hari ini pada 9 September 2026 sempena Sambutan Hari Malaysia.
Program ini membolehkan rakyat membeli pelbagai barangan keperluan harian secara maya (online) dengan tawaran harga yang jauh lebih murah dan berpatutan.
Semak info penting mengenai Jualan Ihsan Rahmah MADANI di bawah.
- Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Jualan Ihsan Rahmah MADANI 9.9?
- Bila Jualan Ini Bermula dan Tamat?
- Apa Yang Boleh Dibeli? - Senarai Barangan Jualan Ihsan MADANI 9.9
- Macam Mana Nak Beli Jualan Ihsan MADANI 9.9? - Cara Pembelian Online
- Info Penting & Tips Tambahan Untuk Pembeli
- Selepas 16 September, Ada Lagi ke Jualan Ihsan Rahmah MADANI?
- Bagaimana Cara Nak Tahu Lokasi Jualan Rahmah MADANI?
- Apa Barang yang Dijual? (Bukan Setakat Beras Sahaja!)
- Tips Dapat Lebih Jimat
- Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim Jualan Ihsan Rahmah MADANI
Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Jualan Ihsan Rahmah MADANI 9.9?
- Jualan Ihsan Rahmah MADANI 9.9 menawarkan potongan harga atau penjimatan barangan keperluan harian sebanyak 10 – 30 %
- Tarikh berlangsung bermula 9 September hingga 16 September 2026.
- Pembelian boleh dilakukan melalui TikTok Shop.
- Inisiatif kerajaan ini untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Program ini pertama kali diumumkan dan dirasmikan secara langsung oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak TikTok Shop Malaysia 2026(TikTok Shop Summit Malaysia).

Bila Jualan Ini Bermula dan Tamat?
Program jualan mega ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini, 9 September 2026, sempena menyambut Hari Malaysia tidak lama lagi.
Menurut laporan Buletin TV3, Jualan Ihsan RAHMAH MADANI dalam talian akan berlangsung selama lapan hari, iaitu dari 9 September hingga 16 September 2026.
Sesi pembukaan khas dan tawaran harga paling runtuh bermula melalui strim langsung (LIVE) pada 8 September malam (11:30 malam hingga 12:00 tengah malam).
Pembeli yang terlepas sesi awal tersebut masih boleh mencari barangan promosi di platform rakan strategik sepanjang tempoh seminggu tersebut.

Apa Yang Boleh Dibeli? – Senarai Barangan Jualan Ihsan MADANI 9.9
Inisiatif ini memfokuskan kepada barangan dapur dan keperluan asas rumah tangga untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat.
Antara barangan utama yang boleh anda beli termasuklah:
- Barangan Dapur Asas: Beras, minyak masak, gula, dan tepung gandum.
- Makanan Segar & Kering: Ayam segar, telur, bawang, cili, ikan bilis, dan pelbagai barangan runcit lain.
- Barangan Penjagaan Diri: Sabun mandi, syampu, dan ubat gigi.
- Keperluan Rumah: Sabun pencuci pakaian dan tisu.
Nota: Stok barangan adalah terhad bagi memastikan seberapa ramai rakyat mendapat peluang yang sama rata.
Macam Mana Nak Beli Jualan Ihsan MADANI 9.9? – Cara Pembelian Online
Untuk Jualan Ihsan RAHMAH MADANI 9.9 ini, pembelian adalah eksklusif di platform TikTok Shop.
Anda boleh membeli terus dari rumah tanpa perlu bersesak-sesak!
Caranya mudah sahaja:
- Melalui Sesi TikTok Shop LIVE: Anda boleh mengikuti penstriman langsung rasmi di akaun @tiktokshop_my atau sesi penstriman rakan strategik (All Star Brand Festival). Pembelian harga Rahmah boleh dibuat terus secara pantas dengan menekan Beg Kuning semasa LIVE berlangsung.
- Carian Kata Kunci (Keyword Search): Jika anda terlepas sesi LIVE, anda hanya perlu membuka aplikasi TikTok, pergi ke bahagian ‘Shop’, dan taip kata kunci “Jualan Ihsan Rahmah” di ruangan carian untuk melihat senarai penuh barangan bersubsidi yang ditawarkan.
- Penebusan Baucar Eksklusif: Jangan lupa untuk menuntut (claim) baucar diskaun tambahan khas atau baucar penghantaran percuma yang disediakan di dalam tab TikTok Shop sebelum membuat pembayaran (check out).
Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk terus akses ke Jualan Ihsan MADANI 9.9 di Tiktok Shop:
๐ https://www.tiktok.com/t/ZSVskv5jm/
Info Penting & Tips Tambahan Untuk Pembeli
Bagi memastikan proses pembelian anda berjalan lancar dan selamat, sila ambil perhatian perkara berikut:
- Had Pembelian (Kuota): Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada seberapa ramai rakyat, sesetengah barangan keperluan utama mungkin dikawal dan dihadkan jumlah pembeliannya bagi setiap akaun pengguna.
- Guna Pautan Sahih & Elak Scam: Sentiasa pastikan anda membeli melalui pautan rasmi yang disediakan atau terus membuat carian kata kunci “Jualan Ihsan Rahmah” di dalam tab TikTok Shop. Elakkan menekan pautan pihak ketiga yang mencurigakan di luar aplikasi.
- Sediakan Akaun TikTok Shop Siap-Siap: Pastikan anda sudah mengemas kini alamat penghantaran dan kaedah pembayaran (seperti perbankan dalam talian atau kad) di dalam akaun TikTok anda lebih awal. Langkah ini penting supaya anda boleh membuat bayaran (checkout) dengan pantas sebelum barangan subsidi yang popular kehabisan stok.
Meskipun kempen Jualan Ihsan MADANI 9.9 eksklusif di TikTok Shop sempena Hari Malaysia akan berakhir pada 16 September yang lalu, itu bukan bermakna inisiatif digital ini terhenti terus.
KPDN dan platform e-dagang seperti TikTok Shop biasanya akan meneruskan kolaborasi ini melalui siri kempen tarikh berkembar (double digits) atau musim perayaan yang seterusnya, seperti:
- Kempen 10.10, 11.11, dan 12.12
- Jualan Murah Musim Perayaan (Deepavali, Krismas, Tahun Baru Cina, dan Hari Raya)
Sementara menunggu kempen digital seterusnya bermula, anda digalakkan untuk memanfaatkan sepenuhnya Jualan Fizikal (Premis & Trak Bergerak) yang berjalan setiap minggu di kawasan anda!
Selepas 16 September, Ada Lagi ke Jualan Ihsan Rahmah MADANI?
Mesti ramai yang tertanya-tanya, “Bila kempen Jualan Ihsan 9.9 di TikTok Shop ini tamat pada 16 September nanti, adakah program ini terus habis begitu sahaja?”
Jawapannya: Tidak, program ini tidak habis di situ sahaja!
Kempen 9.9 yang anda lihat sekarang hanyalah salah satu siri promosi bermusim secara digital sempena Sambutan Hari Malaysia.
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM), sebenarnya adalah inisiatif berterusan pihak kerajaan yang berjalan sepanjang tahun di seluruh negara.
Selepas 16 September, anda masih boleh menikmati penjimatan barang dapur melalui beberapa saluran alternatif ini:
1. Jualan Rahmah Bergerak (Trak Kedai Rakyat)
Ini adalah program kegemaran ramai terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan perumahan PPR. Kerajaan menggunakan lori-lori besar yang diubah suai menjadi kedai runcit bergerak.
Trak ini akan masuk ke kawasan komuniti mengikut jadual mingguan yang ditetapkan oleh KPDN negeri masing-masing. Harganya tetap murah dan bersubsidi!
2. Kaunter Rahmah Di Pasar Raya Terpilih
KPDN mempunyai kerjasama jangka masa panjang dengan pelbagai pasar raya besar tempatan. Pasar raya seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, dan TF Value-Mart selalunya mempunyai sudut atau kaunter khas “Barangan Rahmah” di dalam premis mereka.
Anda boleh pergi bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu tarikh kempen khas.

Bagaimana Cara Nak Tahu Lokasi Jualan Rahmah MADANI?
Supaya anda tidak terlepas lokasi trak bergerak atau pengumuman kempen online yang seterusnya, anda boleh”
- Ikuti Facebook KPDN Negeri Anda: Setiap cawangan KPDN negeri (contohnya KPDN Selangor, KPDN Johor, KPDN Perak) akan memuat naik jadual lokasi, tarikh, dan masa Jualan Rahmah Bergerak setiap minggu di akaun Facebook rasmi mereka.
Atau, terus layari Portal Jualan Rahmah MADANI di: https://pjrm.kpdn.gov.my/. Melalui portal ini, anda boleh semak lokasi yang sedang atau akan melangsungkan jualan rahmah.
- Pilih negeri, daerah, model pelaksanaan: Premis, Premium atau Bergerak
- Kemudian, pilih juga status: Bakal berlangsung atau Sedang Berlangsung
- Anda juga boleh pilih mengikut bulan dam rakan strategik

1. Model Pelaksanaan di Dalam Premis: Dilaksanakan di dalam premis perniagaan atau pasar raya yang mengambil bahagian.
2. Model Pelaksanaan di Luar Premis / Premium: Dilaksanakan di kawasan berhampiran penempatan penduduk seperti dewan komuniti, tapak lapang, atau padang awam.
3. Model Pelaksanaan Secara Bergerak: Dilaksanakan di kawasan perumahan, pedalaman dan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan atau premis peruncitan yang mencukupi
Sebagai contoh:
Saya menetap di Johor, daerah Johor Bahru. Setelah menetapkan model pelaksanaan (saya pilih premis), sedang berlangsung dan bulan September, berikut ialah senarai lokasi yang menawarkan Jualan Ihsan Rahmah MADANI:

Apa Barang yang Dijual? (Bukan Setakat Beras Sahaja!)
Kalau anda fikir program ini hanya jual beras dan minyak masak, anda silap besar. Senarai barangan yang ditawarkan sebenarnya sangat menyeluruh, daripada lauk basah sehinggalah ke ubat-ubatan.
Boleh dikatakan hampir semua benda yang mak-mak perlukan untuk penuhkan dapur dan rumah ada dijual pada harga diskaun (10-30%). Antara barangan utama yang dikategorikan adalah:
1. Kategori Makanan & Lauk Basah
Ini bahagian yang paling cepat laku keras. Semua barang ini dijual segar dan jauh lebih murah daripada harga pasar biasa:
- Lauk Utama: Ayam segar, ikan, dan pelbagai hasil laut.
- Keperluan Dapur: Telur ayam (mengikut gred), minyak masak botol, dan tepung gandum.
- Khasiat Harian: Sayur-sayuran segar dan buah-buahan.
2. Kategori Bukan Makanan & Penjagaan Rumah
Menariknya, program ini turut menjaga kebajikan poket kita untuk barangan keperluan diri dan kebersihan:
- Kebersihan Diri: Barangan penjagaan diri (seperti sabun, syampu, ubat gigi).
- Pengurusan Rumah: Barangan pembersihan rumah (seperti sabun pencuci baju dan cecair pengemod lantai).
- Keperluan Anak Kecil: Lampin pakai buang (pampers).
3. Kategori Kesihatan & Persekolahan
Ini satu bonus besar yang jarang ada pada jualan murah biasa:
- Keperluan Sekolah: Barangan sekolah anak-anak (seperti alat tulis atau buku).
- Kesihatan Keluarga: Ubat-ubatan asas untuk simpanan di rumah (seperti ubat demam atau minyak angin).
Setiap lokasi Jualan Rahmah atau sesi kempen dalam talian mungkin membawa stok barangan yang berbeza mengikut kapasiti lori atau pembekal tempatan. Dengan mengetahui senarai penuh ini, anda boleh buat senarai semak (checklist) siap-siap dari rumah tentang apa yang paling kritikal untuk dibeli dahulu supaya bajet anda tidak lari.
Saya nak cerita sikit pengalaman saya sendiri guna Jualan Ihsan MADANI. Bulan lepas, saya pergi jualan fizikal yang dibuat kat kawasan rumah saya.
Saya beli beras 5kg, minyak masak 2kg, dan sabun basuh. Biasanya, barang-barang ni semua saya kena bayar lebih kurang RM50. Tapi masa jualan tu, saya cuma bayar RM35 je! Jimat RM15, banyak tu.
Lagi satu, saya suka pergi jualan fizikal sebab boleh tengok barang dulu sebelum beli. Kualiti barang pun elok, memang recomended!
Tips Dapat Lebih Jimat
- Buat senarai beli – Sebelum pergi beli barang, buat senarai dulu. Senarai ni penting supaya anda tak beli barang yang tak perlu.
- Banding harga – Sebelum beli, cuba bandingkan harga jualan ni dengan harga biasa. Kat aplikasi TikTok Shop tu, anda boleh tengok harga asal dan harga jualan.
- Rancang pembelian – Anda boleh rancang beli barang ikut jadual jualan. Contohnya, kalau jualan dibuat awal bulan, pertengahan bulan, dan hujung bulan, anda boleh beli barang ikut keperluan setiap minggu.

Rujukan
- Laman sesewang Jualan Rahmah MADANI
- Facebook Jualan RAHMAH MADANI
- Laman sesawang rasmi KPDN
- Facebook KPDN Laman Rasmi
NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim Jualan Ihsan Rahmah MADANI
Secara asasnya, Jualan Ihsan Rahmah MADANI terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira had pendapatan. Sesiapa sahaja boleh datang membeli. Walau bagaimanapun, keutamaan ditumpukan untuk membantu meringankan beban golongan B40 dan M40 yang paling terkesan dengan kos sara hidup.
Tidak boleh. Bagi memastikan agihan yang adil dan mengelakkan masalah pembeli panik (panic buying), pihak urus setia atau pasar raya biasanya menetapkan had kuota pembelian bagi setiap pelanggan.
Untuk pembelian dalam talian, barangan kering dan bukan makanan seperti minyak masak botol, tepung gandum, barangan penjagaan diri (sabun/syampu), dan lampin pakai buang adalah yang paling berbaloi. Ini kerana barangan jenis ini mudah dibungkus dan dihantar terus ke pintu rumah tanpa risiko rosak di jalanan.
Jangan sekadar bising di media sosial. Anda mempunyai hak sebagai pengguna. Anda boleh membuat aduan rasmi secara terus kepada KPDN melalui saluran rasmi mereka seperti aplikasi e-Aduan KPDN, WhatsApp ke talian aduan KPDN.