Perbandingan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO dan Kad Perubatan Swasta (Medical Card) – Teruskan atau Tidak?

Skim Lindung 24 Jam.

Memasuki September 2026, tempoh penolakan (opt-out) bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO yang berakhir pada 31 Ogos 2026 menandakan satu perubahan penting kepada pekerja yang terlibat.

Perubahan ini turut menimbulkan persoalan yang semakin relevan: apabila perlindungan kemalangan di luar waktu kerja disediakan melalui PERKESO, adakah pekerja masih memerlukan kad perubatan (medical card) swasta?

Jawapan ringkasnya: LINDUNG 24 Jam tidak menggantikan medical card swasta.

Kedua-duanya mempunyai skop dan fungsi yang berbeza. LINDUNG 24 Jam memberi perlindungan sosial terhadap kemalangan bukan bencana kerja, termasuk manfaat tertentu bagi kes kecederaan, hilang upaya atau kematian yang memenuhi syarat skim.

Sebaliknya, medical card swasta direka untuk menanggung kos rawatan dan kemasukan hospital berdasarkan manfaat, had serta terma polisi masing-masing.

Perbezaan ini penting kerana perlindungan kemalangan tidak sama dengan perlindungan perubatan menyeluruh.

Ketahui perbandingan LINDUNG 24 Jam dengan medical card swasta di bawah beserta kadar caruman dan manfaat yang tersedia.

Dikemas kini: 8 September 2026. Maklumat dalam artikel ini disemak berdasarkan perkembangan dan sumber rasmi PERKESO yang tersedia pada tarikh kemas kini.

LINDUNG 24 Jam vs Medical Card: Apa Perbezaannya?

Perkara LINDUNG 24 Jam Medical Card Swasta
Jenis perlindungan Kemalangan bukan bencana kerja Manfaat perubatan mengikut polisi
Rawatan Klinik panel PERKESO / hospital kerajaan, tertakluk syarat Hospital dan doktor yang termasuk dalam rangkaian atau terma polisi
Penyakit biasa Boleh dilindungi mengikut polisi
Rawatan di hospital swasta Boleh disediakan mengikut polisi
Jenis bilik Mengikut kemudahan rawatan yang berkenaan Bergantung kepada manfaat polisi
Had perlindungan Mengikut faedah dan peraturan PERKESO Mengikut had tahunan/seumur hidup dan terma polisi

Konsep yang Perlu Anda Faham Mengenai Skim LINDUNG 24 Jam

Sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pengurusan risiko kewangan anda, perkara paling utama yang wajib difahami ialah skop dan takrifan rasmi skim baharu ini.

Skim LINDUNG 24 Jam atau nama rasminya, Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK), meletakkan penekanan sepenuhnya kepada kata kunci utama iaitu “KEMALANGAN”.

Ini bermakna, perlindungan sosial yang disediakan oleh PERKESO melalui skim ini hanya terpakai sekiranya pencarum mengalami kecederaan fizikal akibat kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja rasmi.

Contoh kes sebenar yang dilindungi dalam Lindung 24 jam PERKESO yang dilaporkan media ialah:

  • Terjatuh di tangga rumah โ€“ Seorang pemuda di Sabah mengalami kecederaan serius selepas terjatuh di tangga rumah ketika bersiap untuk ke tempat kerja. Beliau menerima pembiayaan rawatan, termasuk prosedur implan tulang belakang, serta Faedah Hilang Upaya Sementara dan kemudahan pemulihan.

Bagi situasi seperti ini, anda boleh tebus faedah-feadah yang layak di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.

TAPI,

Kalau anda tiba-tiba kena apendiks, sakit jantung, batu karang, batu hempedu, ataupun disahkan kena kanser, ia TIDAK termasuk dalam perlindungan skim PERKESO 24 Jam ini.

Di sinilah pentingnya MEDICAL CARD.

Medical card boleh menanggung kos rawatan, pembedahan, dan kemasukan ke hospital swasta bagi penyakit-penyakit kritikal tersebut yang tidak dilindungi oleh PERKESO (bergantung pada polisi).


Mengetahui perbezaan ini sangat penting apabila anda membandingkan LINDUNG 24 Jam dengan medical card swasta.

Medical card menyediakan manfaat rawatan atau kemasukan hospital berdasarkan terma, had dan pengecualian polisi masing-masing, manakala LINDUNG 24 Jam mempunyai skop perlindungan sosial yang berbeza.

@perkesoofficial

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana Skim LINDUNG 24/7 atau Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja ini melindungi anda? Di sinilah jawapannya, tonton video ini dan fahamilah apa pun yang terjadi, ianya sentiasa ikut anda ke mana-mana saja. Itulah mesej PERKESO LINDUNG Semua untuk anda. #PERKESOPrihatin #PERKESOLINDUNGSemua #LINDUNG #iLINDUNGu LINDUNG24/7

โ™ฌ original sound – PERKESO – PERKESO

Hospital Mana Boleh Pergi Di Bawah LINDUNG 24 Jam?

Selain memahami jenis kemalangan yang dilindungi, satu lagi perkara penting ialah perlu anda tahu ialah di mana rawatan boleh diperoleh apabila berlaku kemalangan yang layak di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.

Berdasarkan penerangan PERKESO, kos rawatan perubatan bagi kemalangan yang dilindungi di bawah skim ini boleh dibiayai oleh PERKESO melalui klinik panel PERKESO atau hospital kerajaan, tertakluk kepada keperluan rawatan dan ketetapan yang berkuat kuasa.

Ini bermakna LINDUNG 24 Jam tidak boleh dianggap sebagai medical card yang memberikan akses kepada rangkaian hospital swasta mengikut pilihan pemegang polisi.

Untuk makluman, kos rawatan perubatan hendaklah dibayar terlebih dahulu kepada klinik yang berkenaan. Selepas itu, pencarum boleh mengemukakan tuntutan kepada PERKESO di bawah Bayaran Ganti Belanja (BGB) bagi rawatan perubatan. Kadar bayaran adalah tertakluk kepada akta fee.

Bagaimana Pula Jika Menggunakan Medical Card Swasta?

Medical card swasta mempunyai struktur yang berbeza.

Bergantung kepada polisi yang dibeli, pemegang polisi mungkin mendapat manfaat seperti rawatan di hospital swasta, pilihan jenis bilik dan rawatan daripada doktor atau pakar yang tersedia di hospital berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua medical card menawarkan manfaat yang sama. Jenis bilik, hospital panel, had tahunan, deductible, co-insurance, senarai penyakit yang dilindungi dan pengecualian semuanya bergantung kepada terma polisi masing-masing.

Ini memberi kelebihan sekiranya anda perlukan rawatan segera.

Satu Kelebihan LINDUNG 24 Jam: Ada Faedah Penggantian Pendapatan

Walaupun kad perubatan swasta menawarkan kelebihan dari segi keselesaan hospital, Skim LINDUNG 24 Jam di bawah PERKESO mempunyai satu kelebihan perlindungan sosial yang tidak disediakan oleh kebanyakan pelan insurans swasta, iaitu Faedah Penggantian Pendapatan (Income Replacement).

Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa perjalanan ke pasar malam pada hari Sabtu dan mengalami kecederaan patah kaki yang memerlukan cuti sakit (MC) selama sebulan, perbezaan fungsi kedua-dua perlindungan ini adalah seperti berikut:

  • Kad Perubatan Swasta: Berfungsi sepenuhnya untuk membiayai bil rawatan pakar dan kos penginapan di hospital swasta. Walau bagaimanapun, pelan ini tidak menyediakan bantuan tunai harian untuk menampung kos sara hidup anda sepanjang tempoh tidak bekerja.
  • Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO: Melalui Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), PERKESO akan membayar elaun tunai harian sebanyak 48% purata gaji harian anda (untuk FASA 1). Bantuan kewangan ini diberikan sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor (tertakluk kepada syarat minimum cuti sakit melebihi 4 hari).

Selain daripada manfaat penggantian pendapatan tersebut, Skim LINDUNG 24 Jam ini mempunyai kelebihan perlindungan yang sangat inklusif berbanding insurans swasta:

  1. Tiada Had Umur Maksimum: Semua pekerja yang aktif bekerja dan menyumbang adalah layak tanpa mengira faktor usia.
  2. Tiada Pemeriksaan Kesihatan (No Medical Check-up): Tiada sebarang sekatan atau penolakan permohonan disebabkan oleh sejarah penyakit sedia ada (pre-existing conditions).

Semua pekerja tempatan yang tidak melakukan penolakan (opt-out) sebelum tarikh akhir 31 Ogos 2026 secara automatik layak mendapat perlindungan ini bermula September 2026.

Adakah Perlu Teruskan Carum Medical Card Swasta?

Selepas memahami skop LINDUNG 24 Jam, persoalan seterusnya ialah: adakah kewujudan skim ini bermakna anda boleh mengurangkan atau membatalkan perlindungan perubatan swasta?

Jawapannya tidak semestinya sama untuk setiap orang.

LINDUNG 24 Jam dan medical card swasta memberikan jenis perlindungan yang berbeza.

Keputusan untuk mengekalkan, mengubah atau membatalkan sesuatu polisi sepatutnya dibuat selepas anda melihat risiko yang dilindungi, manfaat yang tersedia, kos, had perlindungan dan kemampuan kewangan sendiri.

Buat masa ini, bagi memastikan perlindungan diri anda kekal utuh tanpa menjejaskan aliran tunai secara drastik, berikut adalah tiga strategi praktikal yang boleh anda pertimbangkan:

Sebelum membatalkan atau mengurangkan polisi, semak semula dokumen polisi atau sijil takaful anda.

Antara perkara yang wajar diperhatikan ialah:

  • had tahunan perlindungan;
  • jenis rawatan dan kemasukan hospital yang dilindungi;
  • hospital atau klinik panel;
  • kelayakan bilik dan penginapan;
  • deductible atau co-insurance, jika ada;
  • pengecualian polisi;
  • tempoh menunggu bagi keadaan tertentu; dan
  • manfaat lain yang mungkin berkaitan dengan polisi tersebut.

Langkah ini penting kerana medical card yang berbeza tidak semestinya menawarkan perlindungan yang sama.

Membatalkan polisi lama juga boleh menyebabkan anda kehilangan manfaat atau syarat tertentu yang sudah tersedia di bawah polisi tersebut.

Saranan: Jangan batalkan pelan kad perubatan swasta anda jika tidak terlalu terdesak . Seperti yang telah dijelaskan, Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO mempunyai had skop yang hanya menumpukan kepada kes kecederaan akibat kemalangan fizikal sahaja. Anda masih memerlukan pelan swasta bagi menghadapi risiko pembedahan atau kos rawatan penyakit kritikal yang tidak dilindungi oleh PERKESO.

Sekiranya premium atau caruman medical card menjadi beban kepada kewangan bulanan, jangan terus anggap pilihan yang ada hanyalah โ€œcancel semuanyaโ€.

Semak terlebih dahulu sama ada penyedia insurans atau takaful menawarkan pilihan untuk mengubah struktur pelan.

Sesetengah produk mungkin mempunyai pilihan perlindungan yang lebih asas, tetapi perkara ini bergantung sepenuhnya kepada jenis polisi dan syarikat masing-masing.

Sebelum membuat perubahan, minta penyedia menerangkan dengan jelas:

Apakah manfaat yang akan hilang jika pelan diturunkan, berapa kos baharu dan apakah kesan perubahan tersebut terhadap perlindungan sedia ada?

Saranan: Kalau anda rasa premium bulanan insurans sekarang dah mula ‘mencekik’ bajet dapur, tolong jangan terus tamatkan polisi.

Ramai yang tak tahu ejen insurans boleh bantu tukarkan pelan investment-linked (pelan sekali pelaburan) kepada standalone medical card. Kosnya jauh lebih murah, kadang-kadang boleh jimat sehingga 40% daripada komitmen asal!

Yang penting, fungsi utama untuk bayar bil hospital swasta bagi penyakit kritikal tetap selamat.

LINDUNG 24 Jam pula kita jadikan sebagai perlindungan tambahan (back-up plan) untuk dapati duit poket (elaun harian) kalau eksiden.

Cara yang lebih mudah untuk memahami kedudukan LINDUNG 24 Jam ialah melihatnya sebagai satu lapisan perlindungan sosial yang mempunyai fungsi tersendiri, bukannya pengganti automatik kepada semua bentuk insurans atau takaful perubatan.

Jika berlaku kemalangan yang memenuhi syarat SKBBK, PERKESO menyediakan manfaat yang berkaitan dengan perlindungan tersebut, termasuk faedah tunai dan faedah pemulihan tertentu tertakluk kepada syarat skim.

Pada masa yang sama, medical card swasta mempunyai fungsi berbeza kerana ia memberikan manfaat perubatan berdasarkan terma polisi yang dipilih.

Saranan: Sebelum membuat sebarang keputusan, tanyakan soalan ini kepada diri sendiri: Jika saya membatalkan atau mengurangkan medical card, apakah manfaat yang akan hilang?

Contoh Situasi

Untuk mudahkan anda nampak beza impak kewangan antara dua perlindungan ini, mari kita tengok situasi Encik Ali dan Encik Abu:

  • Kes 1 (Encik Ali – Kemalangan): Encik Ali patah kaki akibat terjatuh ketika bermain badminton pada hujung minggu. Beliau dirawat di Hospital Kerajaan. Di bawah Skim LINDUNG 24 Jam, kos rawatannya percuma, malah PERKESO membayar Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sebagai ganti gaji sepanjang beliau bercuti sakit (MC). Dalam kes ini, LINDUNG 24 Jam bertindak sebagai penyelamat poket Encik Ali.
  • Kes 2 (Encik Abu – Penyakit Kritikal): Encik Abu tiba-tiba rebah dan disahkan menghidap penyakit batu karang yang memerlukan pembedahan segera di hospital swasta. Malangnya, Skim LINDUNG 24 Jam tidak menanggung kes ini kerana ia bukan kecederaan akibat kemalangan fizikal. Nasib baik Encik Abu ada Medical Card Swasta yang menanggung kos pembedahan RM15,000 tersebut. Tanpa medical card, Encik Abu terpaksa mengorek duit simpanan simpanan hari tuanya.

Sebab itu membatalkan medical card semata-mata kerana sudah ada caruman PERKESO 24 Jam adalah tindakan kewangan yang sangat berisiko tinggi. Kedua-dua perlindungan ini ada manfaatnya masing-masing.

Info Tambahan Lindung 24 JAM Perkeso yang Perlu Anda Ambil Tahu

Apa lagi yang anda perlu tahu? Semak info tambahan di bawah:

Berdasarkan ketetapan rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), terdapat lapan (8) faedah utama yang layak dituntut oleh pencarum sekiranya terlibat dalam kemalangan di luar waktu bekerja.

Berikut adalah faedah-faedah utama yang disediakan:

infografik faeadah lindung 24 jam
Infografik Pertubuhan Keselamatan Sosial

1. Faedah Perubatan (Medical Benefit)

Pencarum yang mengalami kecederaan akibat kemalangan layak menerima rawatan secara percuma di hospital kerajaan serta klinik panel PERKESO sehingga sembuh sepenuhnya.

Jika kecederaan adalah parah, rawatan pakar dan kos peralatan perubatan yang dibenarkan (seperti implan tulang) turut ditanggung oleh skim ini.

2. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)

Ini merupakan faedah berbentuk gantian pendapatan harian semasa pekerja terpaksa bercuti sakit (MC).

  • Kadar bayaran: Sebanyak 48% daripada purata gaji harian anggapan pencarum.
  • Syarat: Cuti sakit mestilah disahkan oleh doktor bagi tempoh tidak kurang daripada 4 hari termasuk hari kemalangan.

Cara tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) Lindung 24 Jam rujuk di bawah:

3. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)

Sekiranya anda menghadapi kemalangan yang mengakibatkan kesan kecacatan kekal pada tubuh badan (contohnya kehilangan anggota atau fungsi kekal), kes tersebut akan dinilai oleh Jemaah Doktor PERKESO.

Pencarum yang layak akan menerima pampasan kewangan sama ada secara pukal (lump sum) atau bayaran berkala mengikut kadar taksiran yang ditetapkan.

4. Elaun Layanan Sentiasa (ELS)

Bagi pencarum yang mengalami hilang upaya kekal yang amat parah sehingga menyebabkannya terlantar dan memerlukan bantuan serta jagaan rapi daripada orang lain (contohnya lumpuh seluruh badan), Elaun Layanan Sentiasa akan diberikan secara bulanan bagi meringankan beban kos penjagaan.

Manfaat ini diberikan dalam bentuk elaun tunai tetap sebanyak RM500 sebulan.

5. Faedah Orang Tanggungan (FOT)

Ini adalah aspek perlindungan yang paling kritikal. Sekiranya kemalangan bukan bencana kerja tersebut mengakibatkan kematian pekerja, waris atau orang di bawah tanggungan yang layak (seperti balu, duda, anak-anak di bawah umur 21 tahun, atau ibu bapa) akan menerima pencen bulanan. Ini memastikan masa depan pendidikan anak-anak dan kelangsungan hidup keluarga tidak terbiar.

Cara tuntutan Faedah Orang Tanggungan (FOT) Lindung 24 Jam rujuk di bawah:

6. Faedah Pengurusan Mayat (FPM)

Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan bukan bencana kerja, PERKESO akan membayar amaun bantuan pengurusan mayat (mengikut kadar semasa PERKESO) kepada waris yang menguruskan jenazah atau pengebumian si mati.

7. Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional

PERKESO menanggung kos rawatan pemulihan termasuk fisioterapi, terapi cara kerja, bekalan alat prostetik (seperti kaki palsu), kerusi roda, serta alat bantu pendengaran.

Program Kembali Bekerja (Return to Work) turut disediakan bagi melatih semula kemahiran pekerja.

8. Faedah Pendidikan

Faedah ini diberikan dalam bentuk pinjaman pendidikan atau bantuan dana kepada anak-anak tanggungan pencarum yang layak, sekiranya pencarum meninggal dunia atau sedang menerima bayaran berkala di bawah Faedah Hilang Upaya Kekal.

Anda boleh semak jumlah manfaat yang layak diterima oleh pencarum melalui infografik bawah ini:

infografik kadar faedah lindung 24 jam - bahagian 1
infografik kadar faedah lindung 24 jam - bahagian 1
infografik kadar faedah lindung 24 jam - bahagian 1
infografik kadar faedah lindung 24 jam - bahagian 1

Anda juga boleh muat turun PDF di bawah (klik Download):

Bagi memudahkan anda memahami perbezaan skop perlindungan, sila rujuk jadual perbandingan di bawah:

Ciri-CiriSkim Bencana Pekerjaan (Sedia Ada)Skim LINDUNG 24 Jam / SKBBK
Waktu PerlindunganSewaktu waktu bekerja & laluan pergi/balik kerja.Di luar waktu bekerja (24 jam sehari).
Contoh SituasiKemalangan kilang, kemalangan jalan raya semasa hantar barang syarikat.Kemalangan domestik (jatuh tangga rumah), sukan hujung minggu, bercuti.
Kategori KemalanganBerkaitan kerja secara langsung.Tidak berkaitan dengan tugas rasmi pekerjaan.
Objektif UtamaMelindungi risiko industri dan pekerjaan.Melindungi risiko kehidupan harian (sosial).

Perbezaan ini menunjukkan bahawa LINDUNG 24 Jam dan medical card sebenarnya bukan dua produk yang sama untuk dibandingkan secara satu lawan satu.

LINDUNG 24 Jam memberikan lapisan perlindungan sosial terhadap risiko kemalangan bukan bencana kerja, manakala medical card pula memberi manfaat perubatan berdasarkan perlindungan yang dibeli.

Sebab itu, sebelum membuat keputusan untuk membatalkan atau mengurangkan perlindungan perubatan swasta, semak dahulu jenis risiko yang dilindungi oleh setiap satu.

Persoalannya bukan sekadar โ€œLINDUNG 24 Jam atau medical card?โ€, tetapi โ€œApakah risiko yang sudah dilindungi dan apakah jurang perlindungan yang masih ada?โ€

Proses tuntutan bagi Skim LINDUNG 24 Jam ini mengikut garis panduan standard PERKESO yang mesra pengguna. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan:

Langkah 1: Dapatkan Rawatan Segera

Pastikan mangsa dibawa ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Simpan semua resit asal, slip cuti sakit (MC), dan pastikan doktor mencatatkan punca kecederaan dengan jelas dalam rekod perubatan.

Langkah 2: Buat Laporan (Jika Perlu)

Jika kemalangan melibatkan jalan raya atau unsur jenayah di luar waktu kerja, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Salinan laporan polis yang disahkan adalah dokumen penting untuk tuntutan.

Langkah 3: Isi Borang Tuntutan PERKESO

Majikan atau pekerja (atau waris) perlu mengisi borang tuntutan rasmi yang berkaitan (Borang 34) yang boleh dimuat turun daripada portal rasmi PERKESO atau diambil di kaunter pejabat PERKESO terdekat.

Langkah 4: Kemukakan Dokumen Sokongan

Hantar borang yang lengkap diisi bersama-sama dokumen sokongan berikut ke pejabat PERKESO:

  • Salinan Kad Pengenalan pekerja.
  • Sijil Cuti Sakit (MC) asal.
  • Laporan perubatan atau nota discaj hospital.
  • Laporan Polis (jika berkaitan).
  • Penyata gaji atau rekod caruman (untuk pengesahan status pencarum).

Langkah 5: Proses Penilaian dan Kelulusan

Pihak PERKESO akan membuat semakan dan siasatan (jika perlu) untuk mengesahkan bahawa kes tersebut benar-benar di bawah kategori Bukan Bencana Kerja. Setelah diluluskan, bayaran faedah akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Mengapa Skim LINDUNG 24 Jam Penting?

Kita ni selalu risau pasal keselamatan masa tengah kerja je. Padahal, kalau ikut data kat Malaysia, statistik kemalangan luar waktu pejabat ni lagi menyeramkan.

Benda paling kerap jadi selalunya eksiden jalan raya. Benda-benda macam ni hari-hari berlaku, tak pilih mangsa pulak tu.

Ini lah pentingkan Skim Lindung 24 jam ni.

Satu lagi, dengan adanya Skim Lindung 24 jam ni, dapatlah membantu pekerja kelas pertengahan dan bawahan (B40 dan M40) yang tidak mampu mencarum insurans swasta yang jauh lebih tinggi bayarannya.

Rujukan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar caruman Skim Lindung 24 jam, sila rujuk portal rasmi PERKESO.

Muat Turun Panduan Majikan & Pekerja

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim Perbandingan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO dan Kad Perubatan Swasta (Medical Card)

Adakah caruman Skim LINDUNG 24 Jam ini wajib untuk semua pekerja di Malaysia?

Tidak wajib bagi warganegara, tetapi mandatori bagi pekerja asing. Bagi pekerja warganegara Malaysia, skim ini bersifat sukarela melalui pilihan penolakan (opt-out) yang telah ditutup pada 31 Ogos 2026 yang lalu. Memandangkan tempoh tersebut telah tamat, mana-mana pekerja tempatan yang tidak menghantar borang penolakan sebelum tarikh berkenaan kini dimasukkan secara automatik (auto-inclusion) bermula September 2026. Walau bagaimanapun, skim ini kekal diwajibkan sepenuhnya undang-undang ke atas semua pekerja asing.

Jika saya sudah ada Medical Card swasta, adakah saya boleh membatalkan caruman LINDUNG 24 Jam ini?

Tidak boleh sekiranya anda sudah termasuk dalam fasa kemasukan automatik (auto-inclusion).Jika anda tidak melakukan opt-out sebelum 31 Ogos 2026, potongan gaji sebanyak 0.75% sudah mula berjalan dan tidak boleh dibatalkan.

Adakah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO membayar kos rawatan di Hospital Swasta?

Rawatan perubatan bagi Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK) hanya disediakan secara percuma di Hospital Kerajaan dan klinik panel PERKESO sahaja. Sekiranya anda memilih untuk dimasukkan ke hospital swasta atas pilihan sendiri, kos rawatan tersebut tidak akan ditanggung oleh skim ini. Di sinilah anda memerlukan medical card swasta untuk membiayai bil tersebut.

Berapakah tempoh cuti sakit (MC) minimum untuk melayakkan saya menuntut elaun tunai PERKESO ini?

Bagi melayakkan anda menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), doktor mestilah mengesahkan anda tidak berkemampuan untuk bekerja sekurang-kurangnya selama 4 hari (termasuk hari kemalangan berlaku). Jika cuti sakit yang diberikan kurang daripada tempoh tersebut, tuntutan elaun tunai harian tidak boleh dilakukan.

Adakah terdapat sebarang sekatan berkaitan had umur atau sejarah penyakit sedia ada untuk melayakkan diri mendapat perlindungan skim PERKESO ini?

Tiada. Berbeza dengan insurans swasta yang mengenakan syarat ketat, Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO tidak menetapkan had umur maksimum (selagi individu aktif bekerja di bawah majikan) dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kesihatan (medical check-up).

Penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan maklumat umum dan panduan pendidikan kewangan sahaja, serta tidak boleh dianggap sebagai nasihat perundangan atau ejen insurans rasmi. Maklumat di atas disemak secara teliti berdasarkan pekeliling rasmi PERKESO setakat 8 September 2026. Untuk sebarang semakan syarat caruman terbaharu atau urusan tuntutan rasmi, sila layari portal utama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed