Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar (RM500) – Panduan Permohonan, Syarat & Dokumen Diperlukan

INFOGRAFIK Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar (RM500) 2026

Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan 2026 sebanyak RM500 kini dibuka sehingga 31 Oktober 2026 melalui Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bantuan ini adalah merupakan bantuan secara one-off sebanyak RM500, diberikan kepada pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak dan perlu melakukan perjalanan udara domestik merentas wilayah bagi tujuan pendaftaran pengajian (melibatkan perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).

Inisiatif ini diumumkan kerajaan untuk membantu pelajar baharu yang perlu menaiki penerbangan bagi memulakan pengajian sesi September atau Oktober 2026. 

Berita baiknya, dana bantuan ini akan disalurkan secara terus ke akaun bank pelajar yang layak. Ini bermakna, anda tidak perlu melalui proses tuntutan semula (reimbursement) yang rumit setelah membeli tiket.

Kerajaan menganggarkan 7,095 pelajar akan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

RINGKASAN ARTIKEL

  • Pelajar baharu IPTA yang layak boleh menerima RM500 secara one-off bagi membantu kos perjalanan udara.
  • Bantuan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menerima tawaran pengajian di Universiti Awam atau Politeknik Premier di bawah KPT.
  • Perjalanan mestilah melibatkan laluan domestik merentas Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan.
  • Semakan kelayakan dibuka dari 17 September hingga 31 Oktober 2026.
  • Dokumen utama yang diperlukan ialah surat setuju terima tawaran, kad pengenalan dan penyata akaun bank aktif atas nama pelajar sendiri.

Apa Itu Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar Baharu IPTA?

Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan merupakan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 yang disediakan kepada pelajar baharu IPTA yang memenuhi syarat ditetapkan.

Bantuan ini khusus untuk pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik merentas wilayah bagi tujuan pendaftaran dan memulakan pengajian.

Menurut Kementerian Pengangkutan, bantuan ini merangkumi pelajar baharu di Universiti Awam dan Politeknik Premier bagi tahun 2026.

Berbeza dengan skim subsidi penerbangan FLYSiswa yang menggunakan mekanisme baucar, bantuan khas ini disalurkan terus ke akaun bank pelajar yang layak selepas maklumat dan dokumen disemak serta disahkan.

INFOGRAFIK Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar (RM500) 2026
Infografik Facebook Ministry of Transport Malaysia

Berapa Jumlah Bantuan yang Diterima?

Setiap pelajar yang memenuhi syarat akan menerima: RM500 secara one-off.

Bantuan tersebut bukan bayaran bulanan dan bukan bantuan yang diberikan setiap semester.

Ia merupakan bayaran sekali sahaja untuk membantu meringankan kos perjalanan pelajar baharu yang perlu menaiki penerbangan domestik untuk memulakan pengajian.

Kerajaan mengumumkan inisiatif ini bagi sesi kemasukan September dan Oktober 2026, dengan anggaran 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mendapat manfaat.

Siapa yang Layak Memohon Bantuan Khas Ini?

Antara syarat utama yang ditetapkan ialah:

  1. Bantuan ini terbuka kepada pelajar baharu yang merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pelajar baharu IPTA yang telah bersetuju menerima tawaran pengajian di Universiti Awam; atau Politeknik Premier di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  3. Perlu melakukan perjalanan udara merentas wilayah
    • Pemohon perlu melakukan perjalanan udara domestik antara wilayah bagi tujuan pendaftaran pengajian seperti:
      • Sabah/Sarawak/Labuan โ†’ Semenanjung: Pelajar berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan berdasarkan alamat tetap dan melanjutkan pengajian di Universiti Awam atau Politeknik Premier di Semenanjung.
      • Semenanjung โ†’ Sabah/Sarawak/Labuan: Pelajar berasal dari Semenanjung dan melanjutkan pengajian di Universiti Awam atau Politeknik Premier di Sabah, Sarawak atau Labuan.
      • Sabah โ†’ Sarawak/Labuan: Pelajar berasal dari Sabah dan melanjutkan pengajian di Sarawak atau Labuan.
      • Sarawak โ†’ Sabah/Labuan: Pelajar berasal dari Sarawak dan melanjutkan pengajian di Sabah atau Labuan.
      • Labuan โ†’ Sabah/Sarawak: Pelajar berasal dari Labuan dan melanjutkan pengajian di Sabah atau Sarawak.

Syarat laluan ini penting kerana bantuan tersebut bukan untuk semua pelajar IPTA secara automatik. Pelajar perlu memenuhi keperluan perjalanan udara merentas wilayah yang ditetapkan.

Adakah Semua Pelajar Baharu IPTA Dapat RM500?

Tidak semestinya.

Walaupun bantuan ini diumumkan untuk pelajar baharu IPTA, pemohon masih perlu memenuhi syarat kelayakan, khususnya berkaitan status pelajar, institusi pengajian dan keperluan perjalanan udara merentas wilayah.

Pelajar juga perlu membuat semakan kelayakan melalui portal rasmi MOT sebelum mengemukakan dokumen.

Cara Buat Semakan Kelayakan Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar Baharu IPTA

Semakan kelayakan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan RM500 secara one-off untuk pelajar baharu IPTA boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Bantuan Siswa MOT.

Cara-caranya;

  1. Layari portal rasmi Bantuan Siswa MOT (KLIK SINI)
  2. Masukkan no kad pengenalan
  3. Pilih Institusi (universiti)
  4. Jawab Soalan Keselamatan
  5. Klik Semak Kelayakan

Jika layak, anda akan diminta untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

infografik Cara Buat Semakan Kelayakan Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar Baharu IPTA

Dokumen Sokongan Diperlukan

Pelajar yang layak perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Surat Setuju Terima Tawaran Universiti/Politeknik
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Penyata akaun bank atau salinan buku akaun bank yang aktif (Akaun bank tersebut mestilah atas nama pelajar sendiri)

Portal permohonan menerima dokumen dalam format PDF, JPG atau PNG, dengan saiz maksimum 5MB bagi setiap fail.

Penting: Akaun Bank Mesti Atas Nama Pelajar

Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian. Pelajar tidak boleh menggunakan akaun bank ibu, bapa, penjaga atau orang lain untuk menerima bayaran bantuan.

Akaun yang digunakan mestilah:

  • akaun simpanan atau semasa;
  • masih aktif;
  • atas nama pelajar sendiri; dan
  • mempunyai maklumat yang sepadan dengan nama pada kad pengenalan.

Kesilapan nombor akaun atau ketidakpadanan nama boleh menyebabkan masalah dalam proses pembayaran.

Bagi pelajar yang belum mempunyai akaun bank, pembukaan akaun boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Hong Leong Bank (HLB), iaitu rakan perbankan rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau melalui mana-mana bank komersial tempatan di Malaysia.

Cara Memohon Bantuan Khas Tiket Penerbangan RM500 untuk Pelajar Baharu IPTA 2026

Permohonan dan semakan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan RM500 secara one-off (sekali beri) untuk pelajar baharu IPTA tahun 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Bantuan Siswa MOT.

Dana bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank pelajar yang layak.

Buat semakan kelayakan melalui portal rasmi Bantuan Siswa MOT. Masukkan:

  • nombor kad pengenalan;
  • institusi pengajian; dan
  • jawapan soalan keselamatan.

Jika layak, masukkan maklumat akaun bank pelajar. Pastikan nombor akaun dan nama bank adalah tepat.

Sediakan dan muat naik:

  • surat setuju terima tawaran;
  • kad pengenalan; dan
  • penyata bank/buku akaun.

Sekiranya maklumat atau dokumen yang dikemukakan didapati tidak lengkap atau memerlukan pembetulan, permohonan berkenaan akan dikembalikan kepada pelajar untuk tindakan pembetulan atau pengemaskinian melalui microsite.

Pelajar hendaklah memastikan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dikemukakan dengan lengkap, tepat dan jelas bagi melancarkan proses semakan dan pembayaran. Kegagalan mengemukakan maklumat atau dokumen yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan boleh menjejaskan kelulusan dan pembayaran Bantuan Khas.

Sebelum menghantar permohonan, semak semula:

  • nama penuh;
  • nombor kad pengenalan;
  • nama bank;
  • nombor akaun;
  • dokumen sokongan; dan
  • maklumat institusi.

Setelah semua maklumat lengkap dan tepat, hantar permohonan melalui portal. Jika dokumen tidak lengkap atau memerlukan pembetulan, permohonan boleh dikembalikan kepada pelajar untuk dikemas kini.

Bila Tarikh Permohonan Bantuan Tiket Kapal Terbang RM500 Pelajar IPTA Dibuka & Ditutup?

Tempoh semakan kelayakan dan permohonan bagi Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan RM500 secara one-off dibuka secara rasmi bermula 17 September 2026 dan akan ditutup pada 31 Oktober 2026.

Pengumuman tarikh ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sejurus selepas pelancaran inisiatif khas tersebut oleh Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia.

Bila Bayaran RM500 Akan Masuk?

Bayaran Bantuan Khas Tiket Penerbangan RM500 akan dikreditkan terus secara berperingkat ke akaun bank pelajar selepas proses semakan kelayakan dan pengesahan dokumen sokongan selesai oleh pihak kementerian.

Kementerian Pengangkutan akan terlebih dahulu:

  1. menerima maklumat;
  2. menyemak dokumen;
  3. mengesahkan maklumat;
  4. memastikan dokumen lengkap dan sah; dan
  5. memproses bayaran.

Selepas proses semakan selesai, RM500 akan disalurkan terus ke akaun bank pelajar yang layak.

Peringatan Penting Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA

Bagi memastikan permohonan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan RM500 anda berjalan lancar dan diluluskan tanpa gangguan, berikut adalah beberapa peringatan penting serta tips yang wajib anda ambil perhatian sebelum tempoh permohonan ditutup pada 31 Oktober 2026.

1. Akaun Bank Pihak Ketiga Dilarang Sama Sekali: Nombor akaun bank yang didaftarkan dalam portal Bantuan Siswa MOT mestilah atas nama pelajar sendiri (seperti dalam MyKad). Penggunaan akaun bank ibu bapa, penjaga, adik-beradik, atau rakan akan menyebabkan transaksi bayaran gagal secara automatik.

    2. Pastikan Akaun Bank Aktif: Sila pastikan akaun bank anda tidak berstatus dormant (tidak aktif akibat lama tidak digunakan). Cuba lakukan transaksi kecil (seperti memasukkan atau memindahkan RM1) untuk memastikan akaun tersebut boleh menerima kemasukan dana.

    3. Dokumen Jelas dan Terang: Semasa memuat naik salinan Surat Tawaran IPTA, MyKad, dan Penyata Akaun Bank, pastikan imej atau fail PDF tersebut tidak kabur. Maklumat kritikal seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, dan nombor akaun bank mesti boleh dibaca dengan jelas oleh sistem penilai Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

    4. Beli Tiket Seawal Mungkin: Harga tiket penerbangan domestik selalunya akan melonjak tinggi menjelang tarikh pendaftaran kampus atau musim perayaan. Sebaik sahaja maklumat anda disahkan dan dana RM500 dikreditkan, segera lakukan tempahan tiket untuk mendapatkan harga terendah.

    Perbezaan Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar (RM500) vs FLYSiswa

    Ramai pelajar mungkin keliru kerana terdapat juga inisiatif FLYSiswa berkaitan subsidi tiket penerbangan. Kedua-duanya merupakan inisiatif berkaitan perjalanan pelajar, tetapi mekanisme bantuan adalah berbeza.

    Ini perbezaannya:

    Aspek Perbandingan Bantuan Khas Tiket Penerbangan (RM500) โœˆ๏ธ Program FLYSiswa 2026 ๐ŸŽŸ๏ธ
    Nilai Bantuan RM500 (Bantuan one-off / sekali bayar) RM400 (Diberikan dalam bentuk baucar subsidi)
    Bentuk Agihan Wang Tunai dimasukkan terus ke akaun bank pelajar yang layak Baucar Digital / Kod Kredit mengikut syarikat penerbangan terpilih
    Kumpulan Sasaran Eksklusif untuk Pelajar Baharu bagi sesi kemasukan September atau Oktober 2026 Pelajar sedia ada (senior) & pelajar baharu mengikut fasa kemasukan (Fasa 1, 2 & 3)
    Cakupan Institusi Universiti Awam (IPTA) dan Politeknik Premier Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti (KPT), Kolej Matrikulasi, IPG (KPM), ASWARA, ILJTM, GLU (Separa Kerajaan), IPTN (Milik Negeri) & IMPAC
    Syarikat Penerbangan Terlibat Bebas (dana tunai boleh digunakan untuk mana-mana pembelian syarikat penerbangan) Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, FireFly, dan AirBorneo
    Tempoh Permohonan / Penebusan Semakan & kemas kini maklumat bank: 17 September โ€“ 31 Oktober 2026 Permohonan baucar: 1 Januari โ€“ 30 November 2026
    Penebusan tiket: Sehingga 31 Disember 2026
    Portal Semakan Resmi Portal Rasmi Bantuan Siswa MOT Portal Rasmi Subsidi Udara MOT

    Program MHexplorer

    Ada satu lagi program menarik untuk penjimatan pelajar iaitu Program MHexplorer.

    • Program MHexplorer terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 17 tahun dan anda perlu memberikan salinan kad pengenalan anda (untuk pelajar Malaysia) atau pasport (untuk pelajar antarabangsa).
    • Jika anda berumur 18 hingga 26 tahun, anda perlu memberikan surat pengesahan atau kad pengenalan pelajar yang sah.
    • Tambang MHexplorer tersedia untuk perjalanan pada semua penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, kecuali untuk penerbangan kongsi kod dan penerbangan ke/dari Jeddah dan Madinah.
    • Sebagai ahli MHexplorer, anda akan mendapat diskaun 20% untuk Firefly Air Cargo, tetapi anda perlu menunjukkan bukti keahlian anda untuk menebusnya.
    • Anda hanya boleh menempah tambang MHexplorer anda di www.malaysiaairlines.com/MHexplorer, dan tempahan anda akan diklasifikasikan sebagai pelajar. Kami akan memproses permohonan anda dalam masa 7 hari bekerja selepas anda mendaftar.
    • Malaysia Airlines berhak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan untuk program ini dan tidak tertakluk kepada rayuan atau tindakan undang-undang. Jika anda menyalahgunakan program atau melakukan penipuan, kami berhak untuk membatalkan tempahan anda atau menafikan anda daripada menaiki pesawat.
    • Syarat dan peraturan tambang lain dikenakan.

    Rujukan Rasmi

    Antara rujukan rasmi yang boleh digunakan ialah:

    Sekiranya menghadapi sebarang masalah atau memerlukan penjelasan lanjut berkaitan semakan kelayakan, pengemukaan dokumen atau urusan Bantuan Khas ini, pelajar boleh mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui emel flysiswacares@mot.gov.my.

    NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

    FAQ – Soalan Lazim Program Bantuan Khas Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Baharu 2026

    Saya adalah pelajar senior (Tahun 2 ke atas). Adakah saya layak menerima bantuan RM500 ini?

    Tidak layak. Bantuan khas RM500 ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri khusus untuk meringankan beban kos permulaan Pelajar Baharu bagi sesi kemasukan September dan Oktober 2026 sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar senior masih boleh menikmati subsidi tahunan FLYSiswa bernilai RM400 jika memenuhi syarat kelayakan.

    Adakah saya boleh menggunakan akaun bank ibu bapa atau adik-beradik untuk menerima wang bantuan ini?

    Tidak boleh. Akaun bank yang didaftarkan dalam portal Bantuan Siswa MOT mestilah atas nama pelajar sendiri seperti yang tertera pada Kad Pengenalan (MyKad). Pendaftaran menggunakan akaun pihak ketiga akan menyebabkan sistem menolak permohonan atau kegagalan transaksi bank secara automatik.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika sistem memaparkan ralat “Tiada Rekod” walaupun saya memenuhi syarat kelayakan?

    Jangan panik. Isu ini biasanya berlaku kerana data pendaftaran anda belum dikemas kini oleh pihak universiti ke sistem kementerian. Anda dinasihatkan untuk segera menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik atau Hal Ehwal Pelajar (HEPA) institusi masing-masing, atau menghantar aduan rasmi ke emel sokongan rasmi di flysiswacares@mot.gov.my.

    Adakah bantuan tunai RM500 ini boleh digunakan untuk penerbangan ke luar negara?

    Tidak boleh. Peruntukan dana ini dikhaskan secara eksklusif untuk laluan domestik sahaja (merentas antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan) bagi tujuan perjalanan dari rumah ke kampus pengajian.

    Penafian (Disclaimer): Panduan ini disediakan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja berdasarkan pengumuman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Penulis tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat penerbangan yang dinyatakan. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa merujuk dan membuat semakan silang maklumat terkini terus di portal rasmi Bantuan Siswa MOT bagi mengelakkan sebarang ralat atau perubahan syarat permohonan.

    Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

    View All Posts

    You Missed