MyUBAT – Cara Mohon Penghantaran Ubat Melalui Pos Secara Percuma

Infografik Penghantaran Ubat Melalui Pos 3

Mulai 1 Oktober 2026, seluruh warganegara Malaysia kini boleh menerima bekalan ubat susulan terus ke pintu rumah secara 100% PERCUMA melalui perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP). Sebelum ini, caj kurier dikenakan sekitar RM5.70 – RM12.50.

Permohonan penghantaran ubat terus ke rumah secara percuma ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://myubat.pharmacy.gov.my/webapp/ atau aplikasi MyUBAT.

Anda boleh rujuk panduan lengkap cara mendaftar dan memohon penghantaran ubat percuma melalui pos di aplikasi MyUbat di bawah.

Infografik hantar ubat susulan terus ke rumah anda penghantaran ubat melalui pos secara percuma

Apakah Perkhidmatan Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP)?

Perkhidmatan Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) ialah satu inisiatif tambah nilai yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghantar bekalan ubat susulan pesakit terus ke rumah atau alamat pilihan melalui perkhidmatan kurier (Pos Laju).

Perkhidmatan ini direka khusus untuk memudahkan pesakit kronik atau pesakit luar yang memerlukan bekalan ubat jangka panjang (seperti ubat darah tinggi, kencing manis, atau kolesterol).

Tak perlu dah bersesak dan menunggu lama di hospital, tunggu je di rumah nanti posmen hantar ubat anda!

infografik Perkhidmatan Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma
Infografik Pos Malaysia Berhad

Kelebihan Utama UMP

  • Jimat Masa & Kos: Anda tidak perlu lagi memandu ke fasiliti kesihatan, mencari tempat letak kereta, atau beratur panjang di kaunter farmasi.
  • Bekalan Konsisten: Membantu memastikan pesakit (terutamanya warga emas) tidak terputus bekalan ubat susulan.
  • Urusan Digital: Segala permohonan dan semakan status penghantaran (tracking) boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi MyUBAT pada telefon pintar.

Tak Perlu Bayar, Ubat Dihantar Secara Percuma Melalui Pos Bermula 1 Oktober 2026

Bermula 1 Oktober 2026, KKM telah memansuhkan sepenuhnya caj kurier, menjadikan perkhidmatan ini 100% PERCUMA untuk seluruh warganegara Malaysia.

  1. Kos Penghantaran Percuma: Ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama setahun (atau sehingga peruntukan RM5 juta selesai digunakan) untuk semua warganegara Malaysia yang layak.
  2. Had Berat Dinaikkan: Had muatan bungkusan pos ubat ditingkatkan daripada 2 Kilogram (kg) kepada 5 Kilogram (kg), membolehkan bungkusan ubat yang lebih banyak dihantar sekali gus.
  3. Pengeposan Rasmi Kurier: Diuruskan secara selamat menerusi perkongsian logistik bersama Pos Malaysia Berhad.
Infografik kelebihan Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP)
Infografik Pos Malaysia Berhad

Siapa Boleh Mohon Penghantaran Ubat Percuma Melalui Pos?

Sebelum membuat permohonan, pastikan pesakit memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM berikut:

  • Status Kewarganegaraan: Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
  • Keadaan Pesakit: Pesakit luar yang disahkan stabil oleh doktor.
  • Jenis Preskripsi: Mempunyai preskripsi ubat jangka panjang (ubat bagi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, atau kolesterol) dan mempunyai baki bekalan ubat untuk bulan seterusnya.
  • Kawasan Liputan: Mempunyai alamat penghantaran yang jelas di dalam Malaysia (yang boleh diakses oleh perkhidmatan kurier Pos Laju).

Ubat Boleh Dihantar Melalui Pos

  • Tablet/ Kapsul
  • Granul/ Serbuk
  • Sirap
  • Inhaler jenis Non Aerosol
  • Ubat sembur hidung
  • Ubat titis hidung
  • Ubat titis telinga/mata
  • Patch

PENTING:

  • Bukan jenis ubat psikotropik
  • Tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan
  • Bukan item peti sejuk

TERTAKLUK KEPADA SEDIAAN KOMERSIAL & TIDAK DI PRABUNGKUS

Ubat Tidak Boleh Dihantar Melalui Pos

Bukan semua jenis ubat boleh dihantar melalui pos. Perkhidmatan ini mempunyai beberapa had atas faktor keselamatan dan kualiti ubat.

Antara ubat yang tak boleh dihantar melalui pos:

  • Ubat Cecair / Besar: Ubat dalam botol kaca yang besar atau mudah pecah (seperti sirap atau ubat batuk tertentu) biasanya tidak dipos.
  • Ubat Rantaian Sejuk (Cold Chain): Ubat yang memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk pada suhu tertentu (seperti Insulin) tidak boleh dipos kerana boleh rosak dalam perjalanan.
  • Ubat Kawalan Ketat: Ubat-ubatan psikotropik atau ubat yang memerlukan pemantauan dos yang sangat ketat oleh doktor/farmasis secara fizikal.
  • Baki Bekalan: Pesakit mesti mempunyai baki ubat sekurang-kurangnya untuk 2 minggu semasa membuat permohonan bagi mengelakkan terputus bekalan jika berlaku kelewatan pos.

Tip Mengelak Terputus Bekalan Ubat

Tolong ingatkan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat untuk membuat permohonan penghantaran baharu 3 minggu (21 hari) sebelum bekalan ubat sedia ada di rumah kehabisan.

Permohonan perlu dibuat setipa kali selepas jumpa doktor dan preskripsi baharu diperoleh.

Bagaimana Cara Mohon Penghantaran Ubat Melalui Pos Percuma?

Untuk memohon perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) secara 100% PERCUMA, anda boleh menggunakan laman sesawang https://myubat.pharmacy.gov.my/webapp/ atau aplikasi rasmi MyUBAT.

Ikuti cara-cara membuat permohonan melalui aplikasi MyUBAT di bawah.

LANGKAH 1: Muat turun aplikasi MyUBAT

LANGKAH 2: Daftar Pengguna Baharu

  • Klik ikon ‘MyUBAT’
  • Kemudian, klik ‘Daftar Pengguna Baharu’
  • Pilih ‘Warganegara Malaysia’, isi nama, kad pengenalan, tarikh lahir dan nombor telefon > klik ‘Daftar Akaun’.
  • Kod pengesahan akan dihantar melalui emel, sahkan dan log masuk.

LANGKAH 3: Log Masuk

  • Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

LANGKAH 4: Buat Permohonan

  • Klik menu Perkhidmatan Nilai Tambah (Bekalan Ubat Susulan)
  • Pilih negeri, jenis fasiliti (hospital atau klinik kesihatan), dan tempat rawatan.
  • Pilih jenis perkhidmatan ‘Ubat Melalui Pos‘, klik Mohon Perkhidmatan.

Langkah 5: Lengkapkan maklumat & hantar permohonan

  • Masukkan no MRN, tarikh jumpa doktor akan datang, alamat penghantaran, muat naik gambar preskripsi ubat.
  • Hantar permohonan.
Infografik cara daftar dan mohon Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP)
Infografik Pos Malaysia Berhad

Panduan Bergambar Mohon Penghantaran Ubat Pos Percuma Melalui MyUBAT

Anda juga boleh rujuk langkah demi langkah di bawah:

Infografik muat turun aplikasi myubat
Infografik cara daftar Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP)
Infografik cara daftar sebagai pengguna baharu myubat
Infografik cara daftar akaun myubat untuk penghantaran ubat pos
Infografik buat permohonan bekalan ubat susulan
Infografik Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) - pilih negeri, jenis dan tempat rawatan
Infografik Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) - pilih ubat melalui pos dan mohon perkhidmatan
Infografik Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) - isi maklumat, tarikh jumpa doktor akan datang
Infografik Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) - muat naik preskripsi ubat

    Info tambahan: Apa itu MyUBAT?

    Aplikasi ang dibangunkan oleh KKM untuk memudahkan pesakit yang menerima rawatan susulan di Hospital KKM atau Klinik Kesihatan memohon bekalan ubat jangka panjang mereka.

    Melalui kaedah Ubat Melalui Pos (UMP), anda tidak perlu lagi bersesak, mencari tempat letak kereta, atau beratur panjang di kaunter farmasi setiap bulan. Kurier akan menghantar ubat tersebut terus ke alamat pilihan anda.

    Ciri-ciri:

    • Integrasi dengan Kalendar
    • Pendaftaran Kendiri (Daftar Sendiri)
    • Rekod Preskripsi (Rekod Ubat)
    • Baki Bekalan Ubat (Ubat Tambah Nilai)
    • Sejarah Bekalan (Sejarah Permohonan)
    • Notifikasi dan Amaran
    • Akaun Berbilang (Pendaftaran Lebih Daripada Satu Akaun)
    • Pengurusan Akaun
    • Senarai Janji Temu
    • Pantau Status Penghantaran (Semakan Tracking Pos)

    Anda boleh muat turun aplikasi MyUBAT di:

    Senarai Fasiliti Menawarkan Penghantaran Ubat Percuma

    Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) Percuma menerusi aplikasi MyUBAT kini ditawarkan secara meluas di lebih daripada 500 buah fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

    Secara amnya, hampir kesemua Hospital Kerajaan (Hospital KKM) dan Klinik Kesihatan (KK) utama di setiap negeri menyediakan perkhidmatan ini.

    Anda boleh semak senarai fasiliti menawarkan penghantaran ubat percuma di sini: https://myubat.pharmacy.gov.my/

    Pilih negeri dan fasiliti.

    Info Penting Penghantaran Ubat Melalui Pos Secara Percuma

    Sebelum anda menekan butang hantar untuk memohon Ubat Melalui Pos (UMP) Percuma di aplikasi MyUBAT, pastikan anda menyemak info penting ini di bawah:

    1. Baki Bekalan Ubat Semasa

    • Anda mesti mempunyai baki ubat di rumah sekurang-kurangnya untuk 2 hingga 3 minggu (14 – 21 hari) semasa membuat permohonan

    2. Kriteria Jenis Ubat Yang Boleh Dipos

    Bukan semua jenis ubat boleh dihantar ke rumah anda. Semak jenis ubat anda:

    • ✅ Boleh Dipos: Ubat jenis tablet (biji), kapsul, atau ubat sapuan (krim/salap) yang stabil.
    • ❌ Tidak Boleh Dipos: Ubat cecair dalam botol besar/kaca yang mudah pecah (sirap batuk), ubat rantaian sejuk seperti Insulin (boleh rosak tanpa suhu peti sejuk), dan ubat psikotropik (ubat kawalan ketat).

    3. Kejelasan Gambar Slip Preskripsi / Kad Janji Temu

    • Semasa memuat naik dokumen di aplikasi, gambar kad janji temu atau slip preskripsi wajib diambil secara melintang (horizontal).
    • Pastikan tulisan pada gambar adalah jelas, tidak kabur, dan mengandungi nombor pendaftaran pesakit (RN) yang lengkap agar pegawai farmasi dapat mencari rekod anda dengan tepat.

    4. Ketepatan Alamat Rumah & Penerima

    • Memandangkan ini adalah ubat-ubatan hospital, bungkusan tidak akan ditinggalkan begitu sahaja di dalam peti surat atau di luar pagar rumah.
    • Pastikan alamat yang dimasukkan adalah kawasan yang mempunyai liputan kurier (Pos Laju) dan mesti ada individu di rumah untuk menandatangani borang penerimaan ubat tersebut.

    5. Status Kelayakan 100% Percuma

    • Mulai 1 Oktober 2026, kos pengeposan adalah RM0 (PERCUMA) hasil tajaan peruntukan khas KKM dan MCMC.
    • Kemudahan percuma ini hanya sah untuk Warganegara Malaysia sahaja. Bagi bukan warganegara, caj kurier biasa masih tertakluk dan pendaftaran MyUBAT perlu dilakukan secara fizikal di kaunter farmasi

    Perbandingan Kaedah Ambil Ubat: Kaunter vs MyUBAT (UMP)

    Ciri-CiriAmbil di Kaunter Farmasi FizikalUbat Melalui Pos (MyUBAT)
    Kos PenghantaranPercuma (tetapi memerlukan kos minyak/parkir)Percuma (Mulai 1 Oktober 2026)
    Masa & TenagaPerlu beratur, bersesak, dan menunggu giliranSelesai dihantar terus ke rumah
    Jenis UbatSemua jenis ubat (termasuk cecair & insulin)Terhad kepada ubat tablet/kapsul dan ubat stabil sahaja
    Risiko Terputus BekalanRendah (diambil terus)Sederhana (perlu mohon 1-2 minggu sebelum ubat habis)

    Amaran Keselamatan: Awas Scammer MyUBAT Palsu!

    Susulan pengumuman ubat pos percuma ini, pihak Kementerian Komunikasi mengingatkan orang ramai (terutama warga emas) agar berhati-hati dengan sebarang taktik penipuan (scam).

    • Tiada Ejen Pendaftaran: Tiada mana-mana individu atau pihak ketiga dilantik untuk mengutip bayaran pendaftaran.
    • Saluran Rasmi Sahaja: Pendaftaran dan permohonan hanya sah dilakukan sendiri oleh pesakit/waris secara percuma menerusi Aplikasi MyUBAT yang dimuat turun dari stor aplikasi rasmi, atau terus di kaunter farmasi fasiliti KKM anda.
    • Jangan sekali-kali menekan pautan (link) iklan tidak rasmi di Facebook atau TikTok yang meminta maklumat perbankan atau nombor kad bank anda.

    Rujukan

    Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal, aduan, atau memerlukan pengesahan lanjut, sila rujuk saluran rasmi berikut:

    • Portal Rasmi MyUBAT / Sistem Semakan: pharmacy.gov.my
    • Emal Sokongan MyUBAT: myubat@moh.gov.my
    • Pusat Panggilan (Talian Farmasi KKM): 1-800-88-6722 (Isnin – Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

    NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.


    FAQ – Soalan Lazim Penghantaran Ubat Melalui Pos

    Adakah perkhidmatan kos pos RM0 ini mempunyai tarikh tamat?

    Ya. Insentif pengeposan percuma ini dijayakan melalui dana peruntukan khas berjumlah RM5 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Insentif ini sah selama tempoh satu tahun (sehingga 30 September 2027) atau sehingga dana peruntukan tersebut habis digunakan sepenuhnya.

    Bolehkah saya memohon UMP sekiranya baki ubat saya di rumah hanya tinggal untuk 3 hari?

    Tidak digalakkan. Anda perlu memohon sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu (14–21 hari) sebelum ubat habis. Farmasi memerlukan masa untuk menyemak preskripsi, membungkus, dan menyerahkan kepada kurier, manakala proses penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja. Jika memohon saat akhir, anda berisiko terputus bekalan ubat.

    Berapakah had berat maksimum bagi satu bungkusan ubat yang dipos secara percuma?

    Di bawah skim baharu 2026 ini, had maksimum muatan bungkusan telah dinaikkan daripada 2 kilogram (kg) kepada 5 kilogram (kg) bagi setiap penghantaran. Ini membolehkan ubat dalam kuantiti lebih besar dihantar sekaligus.

    Mengapakah ubat cecair seperti ubat batuk atau suplemen botol besar tidak boleh dipos?

    Pengeposan ubat cecair dalam botol kaca amat berisiko tinggi untuk pecah, bocor, atau merosakkan bungkusan pos lain. Hanya ubat cecair tertentu dengan bungkusan plastik khas dan diluluskan oleh farmasi sahaja yang boleh dipertimbangkan.

    Saya baru pertama kali mendapat preskripsi ubat dari doktor hari ini. Bolehkah saya terus memohon MyUBAT untuk hantar ke rumah?

    Tidak boleh. Untuk bekalan ubat kali pertama (bekalan bulan pertama), anda wajib mengambilnya secara fizikal di kaunter farmasi fasiliti tersebut. Perkhidmatan MyUBAT UMP hanya sah untuk permohonan ubat susulan (bekalan bulan ke-2 dan seterusnya).

    Apa yang berlaku sekiranya tiada sesiapa di rumah semasa kurier Pos Laju menghantar ubat?

    Kurier tidak akan meninggalkan ubat di luar rumah atau di dalam peti surat atas faktor keselamatan ubat. Penghantar akan meninggalkan nota serahan. Anda perlu menuntut bungkusan tersebut di Pejabat Pos / Pusat Courier yang dinyatakan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum ubat dipulangkan semula ke hospital.

    Penafian: Artikel ini adalah rujukan am sahaja dan bukan nasihat perubatan profesional. Untuk maklumat rasmi dan terkini, sila hubungi farmasi KKM atau layari portal MyUBAT.

    Puan Sofia merupakan seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata dan pengkaji kandungan digital yang aktif berkongsi panduan keibubapaan, tips harian, gaya hidup praktikal serta artikel informatif di ewarta.my.

    View All Posts

    You Missed