Dewan Belia Sabah 2026: Panduan Pendaftaran, Syarat & Tarikh Penting

infografik pendaftaran sebagai ahli dewan belia sabah 2026

Dewan Belia Sabah (DBS) 2026 ialah platform simulasi persidangan rasmi tajaan Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) untuk golongan muda membincangkan isu kepimpinan dan dasar negeri.

Setakat Oktober 2026, pendaftaran calon dan pemilih bagi sesi 2026 telah dibuka secara rasmi, dengan had umur kelayakan muktamad ditetapkan antara 18 hingga 35 tahun.

Untuk bertanding, calon wajib berdaftar sebagai pemilih, mewakili satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), mengemukakan manifesto, serta memastikan kuota minimum bahagian telah dicapai sebelum menghantar borang pencalonan.

Dikemaskini: 5 Oktober 2026

RINGKASAN ARTIKEL

  • Dewan Belia Sabah ialah platform simulasi persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah untuk memberi ruang kepada belia menyuarakan pandangan dan idea.
  • Calon perlu berumur 18 hingga 35 tahun, aktif dalam program kemasyarakatan dan pembangunan belia serta mempunyai bakat kepimpinan.
  • Calon juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas, bebas daripada rekod jenayah dan salah seorang ibu atau bapa dilahirkan di Sabah.
  • Bagi pencalonan, seorang calon mewakili satu DUN dan calon perlu mempunyai manifesto.

Apa Itu Dewan Belia Sabah?

Dewan Belia Sabah (DBS) ialah sebuah program simulasi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) rasmi yang direka khas untuk golongan muda di Sabah.

Program ini dianjurkan oleh Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).

Fungsi utama program ini adalah untuk melatih, menyaring, dan melahirkan pelapis kepimpinan masa hadapan negeri melalui proses demokrasi.

Infografik Dewan Belia Sabah 2026, maksud DBS
Infografik Dewan Belia Sabah
  • Platform Suara Belia: Menjadi medan rasmi bagi golongan muda untuk menyuarakan pandangan, membincangkan isu semasa (seperti ekonomi, pendidikan, dan kebajikan), serta mengetengahkan idea bernas terus kepada pihak kerajaan negeri.
  • Simulasi Demokrasi Sebenar: Belia yang terpilih akan bertindak sebagai “Ahli Dewan Belia” yang mewakili kawasan DUN masing-masing, merasai pengalaman membahaskan usul, dan memahami proses gubalan dasar negeri.
  • Pemilihan Secara Demokratik: Berbeza dengan program pelantikan biasa, wakil Dewan Belia Sabah dipilih melalui proses pilihan raya belia yang melibatkan penamaan calon, tempoh berkempen, dan sesi pengundian (secara fizikal dan dalam talian) oleh belia Sabah sendiri.

Program ini terbuka kepada seluruh anak watan Sabah yang memenuhi kriteria berikut:

  • Pemilih (Pengundi): Belia Sabah berumur 18 hingga 35 tahun yang mendaftar untuk memilih wakil kawasan mereka.
  • Calon (Wakil): Belia yang menawarkan diri untuk bertanding dengan membawa manifesto tersendiri bagi memenangi undi di bahagian atau daerah yang diwakili.
Infografik IKEBS statistik belia di sabah
Infografik IKEBS info

Cara Daftar Ahli Dewan Belia Sabah

Proses pendaftaran sebagai Ahli Dewan Belia Sabah (DBS) 2026 dilakukan sepenuhnya secara atas talian (online) untuk memudahkan akses golongan muda dari pelbagai daerah di Sabah.

Ini cara-caranya:

1. Layari Portal Rasmi Dewan Belia Sabah

  • Langkah pertama adalah membuka pelayar web (browser) di telefon pintar atau komputer dan layari laman web rasmi di https://dewanbeliasabah.my/

2. Cipta Akaun Pengguna Baharu

  • Klik pada butang “Daftar” atau “Sertai Sekarang” di laman utama portal.
  • Isi maklumat asas yang diperlukan seperti nama penuh (mengikut Kad Pengenalan), alamat emel yang aktif, dan nombor telefon terbaharu.
  • Cipta kata laluan yang selamat untuk akaun anda, kemudian klik hantar untuk mencipta profil profil asas selaku Pemilih (Pengundi)

3. Proses Pengesahan Identiti (KYC / ID Verification)

  • Selepas akaun berjaya dicipta, anda wajib melalui proses ID Verification untuk mengaktifkan status kelayakan mengundi atau bertanding.
  • Anda akan diminta untuk memuat naik gambar Kad Pengenalan (IC) bahagian depan dan belakang secara jelas.
  • Proses ini penting bagi membuktikan bahawa anda memenuhi Syarat Umum program, iaitu anak watan Sabah berumur antara 18 hingga 35 tahun, serta bebas daripada rekod jenayah berat.

4. Mengisi Borang Pencalonan (Khusus Bagi Calon Bertanding)

Jika profil anda telah disahkan dan anda berhasrat untuk bertanding sebagai wakil Ahli Dewan Belia bagi kawasan DUN anda, langkah tambahan berikut perlu dilakukan sebelum tarikh tutup:

  • Semak Kuota Bahagian: Akses dashboard calon anda. Butang permohonan calon hanya akan terbuka secara automatik sekiranya kawasan bahagian anda telah mencapai minimum 1,500 pengundi berdaftar.
  • Lengkapkan Dokumen Sokongan: Sediakan dan masukkan maklumat 1 orang pencadang dan 1 orang penyokong (mereka juga mestilah pemilih yang sudah berdaftar dalam sistem DBS).
  • Hantar Manifesto & Gambar Profil: Muat naik gambar rasmi anda dan tulis manifesto atau usul yang ingin anda bawa demi pembangunan belia di kawasan DUN anda.

Atau, anda boleh terus scan QR di bawah untuk membuat pendaftaran.

Infografik pendaftaran dewan belia sabah
Infografik IKEBS info

Peraturan Pilihan Raya Dewan Belia Sabah 2026

PENGUNDI

Kelayakan Pengundi

Untuk layak mengundi dalam pilihan raya Dewan Belia Sabah, anda mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada 31 Disember 2026
  • Bermastautin di Sabah
  • Berdaftar sebagai pengundi di daerah yang berkenaan
  • Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah yang serius

Proses Pendaftaran

Langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pengundi:

  1. Pendaftaran Akaun: Lengkapkan maklumat peribadi dan pilih daerah anda
  2. Pengesahan Identiti: Sahkan identiti melalui kad pengenalan dan pengesahan wajah
  3. Kelulusan: Tunggu kelulusan daripada Pegawai Pilihan Raya

Struktur Pilihan Raya

  • 9 Bahagian di seluruh Sabah
  • 5 Daerah bagi setiap Bahagian (45 daerah keseluruhan)
  • 1 Wakil dipilih bagi setiap Daerah
  • Jumlah 45 wakil dipilih + 5 ahli lantikan (50 ahli) akan mewakili Dewan Belia Sabah

Langkah-langkah Mengundi

Langkah-langkah untuk mengundi:

  1. Pendaftaran: Daftar akaun dan pilih daerah anda
  2. Pengesahan: Tunggu kelulusan daripada Pegawai Pilihan Raya
  3. Pengundian: Log masuk semasa tempoh pengundian dan buat pilihan
  4. Pengesahan: Sahkan pilihan anda sebelum hantar
  5. Resit: Simpan kod resit sebagai bukti

Peraturan Pengundian

  • Setiap pengundi hanya boleh mengundi SEKALI
  • Undi mesti dibuat dalam tempoh pengundian yang ditetapkan
  • Pengundi hanya boleh mengundi di daerah yang didaftarkan
  • Undi tidak boleh diubah selepas dihantar
  • Pengundian wakil adalah RAHSIA

CALON DEWAN BELIA SABAH 2026

Kelayakan Calon

Untuk layak bertanding sebagai calon, seseorang mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada 31 Disember 2026
  • Bermastautin di daerah yang ingin diwakili sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Tidak pernah diisytiharkan muflis atau masih dalam keadaan muflis
  • Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dihukum penjara melebihi 1 tahun
  • Mempunyai manifesto yang jelas dan relevan dengan kepentingan belia

Dokumen Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Bukti pemastautinan (bil utiliti/surat pengesahan)
  • Manifesto bertulis (minimum 500 patah perkataan)

Kaedah Pengiraan

  • Calon dengan undi tertinggi di setiap daerah akan diisytiharkan sebagai pemenang
  • Sistem pengiraan adalah automatik dan disahkan oleh berbilang lapisan pengesahan
  • Keputusan akan disemak oleh Pegawai Pilihan Raya sebelum diumumkan

Prosedur Seri Undi

Sekiranya berlaku seri undi antara dua atau lebih calon:

  1. Undian sulung akan diadakan dalam tempoh 48 jam
  2. Jika masih seri, cabutan undi secara rawak akan dilakukan
  3. Cabutan undi akan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 3 pemerhati bebas

Pengumuman Keputusan

  1. Keputusan akan dikira secara automatik selepas pengundian ditutup
  2. Pegawai Pilihan Raya akan menyemak keputusan
  3. Pentadbir Utama akan meluluskan dan mengumumkan keputusan
  4. Keputusan akan dimaklumkan melalui sistem dan emel

๐Ÿ“ŒBoleh baca lebih lanjut mengenai peraturan pilihan raya Dewan Belia Sabah 2026 di https://dewanbeliasabah.my/election-rules

Jadual & Tarikh Penting Dewan Belia Sabah 2026

Pihak Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) telah mengumumkan kemas kini jadual dan tarikh penting bagi Dewan Belia Sabah (DBS) 2026.

Berdasarkan kemas kini rasmi tersebut, tarikh tutup pendaftaran dalam talian (online) bagi calon telah dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2026, manakala pendaftaran bagi pemilih (pengundi) dilanjutkan sehingga 23 Oktober 2026.

Aktiviti / Fasa Pilihan Raya Belia Tarikh Mula & Tarikh Akhir
Pendaftaran Online Calon Dibuka sekarang sehingga 15 Oktober 2026
Pendaftaran Online Pemilih Dibuka sekarang sehingga 23 Oktober 2026
Pengumuman Senarai Calon 16 Oktober 2026
Tempoh Berkempen 16 โ€“ 31 Oktober 2026
Hari Pengundian Fizikal 24 โ€“ 25 Oktober 2026
Hari Pengundian Atas Talian (Online) 26 โ€“ 31 Oktober 2026
Pengesahan & Pengumuman Keputusan DBS 1 November 2026
Infografik Jadual & Tarikh Penting Dewan Belia Sabah 2026
Infografik IKEBS info

Perkara Penting Mengenai Pilihan Raya DBS 2026

  • Pengundian Hibrid: Sesi pembuangan undi dijalankan secara gabungan. Belia boleh mengundi secara fizikal di lokasi terpilih atau secara digital menggunakan sistem Kod QR pintar di portal rasmi.
  • Peta Tindakan Seterusnya: Bagi belia yang ingin menyuarakan idea mereka, pendaftaran boleh dilakukan terus menerusi Sistem Portal Pendaftaran DBS. Pastikan proses pengesahan identiti (e-KYC) dengan memuat naik gambar Kad Pengenalan diselesaikan segera sebelum tarikh tutup pelanjutan tama

Rujukan & Pertanyaan

Untuk pembaca yang mahu membuat semakan lanjut mengenai Dewan Belia Sabah (DBS) 2026, anda boleh merujuk kepada saluran-saluran rasmi berikut:

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan peraturan pilihan raya, sila hubungi:

  • Emel: info@dewanbeliasabah.my
  • Telefon: +6013-868 6806
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 9:00 AM – 5:00 PM

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.


FAQ – Soalan Lazim Dewan Belia Sabah

Mengapa butang permohonan calon pada papan pemuka (dashboard) saya tidak boleh diklik?

Butang pencalonan hanya akan aktif secara automatik sekiranya kawasan bahagian DUN anda telah mencapai minimum 1,500 pengundi berdaftar di dalam sistem. Anda digalakkan mengajak lebih ramai belia di kawasan anda untuk mendaftar sebagai pemilih terlebih dahulu.

Berapakah umur untuk menjadi calon Dewan Belia Sabah?

Bagi sesi 2026, had umur rasmi yang ditetapkan adalah antara 18 hingga 35 tahun mengikut sistem portal IKEBS.

Adakah calon mesti berasal dari Sabah?

Syarat yang diterbitkan sebelum ini menyatakan salah seorang ibu atau bapa calon perlu dilahirkan di Sabah.

Adakah calon perlu aktif dalam aktiviti belia?

Ya. Syarat umum yang diterbitkan menyatakan calon perlu aktif dalam program kemasyarakatan dan aktiviti pembangunan belia.

Perlukah calon mempunyai pengalaman kepimpinan?

Syarat umum menyatakan calon perlu mempunyai bakat kepimpinan dan berbahas.

Perlukah calon menyediakan manifesto?

Ya. Dalam syarat khas pencalonan yang diterbitkan, calon perlu mempunyai manifesto.

Berapakah jumlah keseluruhan Ahli Dewan Belia Sabah yang akan dipilih?

Sebanyak 50 orang ahli akan membentuk Dewan Belia Sabah. Pecahannya melibatkan 45 orang wakil yang menang dalam pilihan raya (1 wakil bagi setiap 45 daerah daripada 9 Bahagian di Sabah) dan 5 orang ahli yang dilantik secara rasmi oleh jawatankuasa tertinggi.

Adakah calon perlu mempunyai pencadang?

Ya. Syarat khas pencalonan yang diterbitkan menyatakan setiap calon mesti mempunyai pencadang.

Bilakah Dewan Belia Sabah 2026 akan bersidang?

Menurut kenyataan Majlis Belia Sabah pada Ogos 2026, persidangan sesi baharu dijangka berlangsung pada awal November 2026.

Saya tinggal di Kota Kinabalu, bolehkah saya mengundi calon di daerah lain?

Ya, boleh melalui Sistem Kuota 5 Undi. Setiap pengundi yang sah diberikan maksimum 5 undi. Anda wajib menggunakan 1 undi untuk daerah/DUN tempat anda bermastautin, manakala baki 4 undi lagi boleh diberikan kepada calon kegemaran anda di empat kawasan DUN yang berbeza di seluruh Sabah. Anda tidak boleh mengundi calon yang sama berulang kali.

Adakah proses pengundian dilakukan secara bersemuka atau dalam talian (online)?

Pilihan raya DBS 2026 menggunakan Sistem Pengundian Hibrid. Hari pengundian fizikal akan dijalankan pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di lokasi terpilih, manakala pengundian atas talian melalui Portal Rasmi Dewan Belia Sabah dibuka dari 26 hingga 31 Oktober 2026.

Di manakah saya boleh menyemak keputusan rasmi pilihan raya ini?

Keputusan penuh yang telah disahkan oleh Pegawai Pilihan Raya akan diumumkan pada 1 November 2026. Anda boleh menyemaknya terus melalui sistem portal, emel berdaftar, atau melalui platform media sosial rasmi Majlis Belia Sabah.

Penafian (Disclaimer): Artikel mengenai Dewan Belia Sabah (DBS) 2026 ini disediakan untuk tujuan maklumat am dan rujukan pantas sahaja Portal ini tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi atau mewakili pihak penganjur mahupun agensi kerajaan negeri. Sebarang perubahan minit-akhir tertakluk sepenuhnya kepada keputusan urus setia IKEBS. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan silang dan mendaftar terus melalui sistem portal rasmi di dewanbeliasabah.my.

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed