Cara Hilangkan Bau Busuk Saluran Paip, Sinki & Longkang di Rumah
Cara Hilangkan Bau Busuk Saluran Paip, Sinki & Longkang di Rumah | Masalah bau saluran paip, sinki dan longkang busuk longkang di sekitar rumah memang boleh mengganggu keselesaan.
Apabila berada dalam situasi ini mungkin anda tertanya-tanya, kenapalah saluran paip, sinki atau longkang dekat tepi rumah ni boleh berbau busuk, macam mana nak hilangkan bau busuk tu dan cara elakkan isu ini terjadi lagi.
Haa, dalam panduan ini, kami kongsikan cara hilangkan bau busuk longkang di luar rumah, termasuk lubang saluran bilik mandi dan singki dapur, menggunakan kaedah DIY yang mudah dan praktikal.
Punca Utama Saluran Paip, Sinki, Longkang Berbau Busuk
Selain mengganggu keselesaan ahli rumah dan jiran tetangga, bau longkang yang kurang menyenangkan ini juga boleh menarik perosak seperti lalat, lipas, dan tikus, serta menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Sebelum mencari jalan penyelesaian, kita perlu fahami dulu apa punca utama yang menyebabkan longkang rumah mengeluarkan bau busuk.
- Sisa makanan dan kotoran: Sisa makanan, lemak, minyak, dan kotoran yang terkumpul di dalam paip boleh mereput lalu menghasilkan bau yang busuk.
- Saluran tersumbat: Kumbahan yang lambat mengalir atau tersumbat menyebabkan air bertakung dan memerangkap bau yang tidak menyenangkan.
- Titisan air (water seal) kering: Jika saliran jarang digunakan, air dalam perangkap (water seal) akan menguap. Ini membolehkan bau dari saluran paip masuk ke dalam rumah.
- Kehadiran bakteria dan kulat: Persekitaran yang lembap dan kotor menggalakkan pertumbuhan bakteria serta kulat yang menyebabkan bau busuk yang kuat.
- Masalah pada sistem pembetungan: Kerosakan pada paip, kebocoran, atau masalah pada sistem pembetungan utama boleh menjadi punca bau busuk yang berpanjangan.
- Bahan kimia atau bahan buangan: Tumpahan atau pembuangan bahan kimia, minyak, cat, atau bahan buangan lain yang tidak sesuai ke dalam longkang boleh menyebabkan bau busuk.
- Saluran Najis atau Tangki Septik Bocor / Melimpah: Keretakan pada paip najis (sewer line) atau tangki septik yang penuh boleh menyebabkan air basuhan tandas atau sisa kotoran merembes keluar ke dalam saluran longkang awam di hadapan atau belakang rumah juga menyumbang bau busuk.

6 Cara Hilangkan Bau Busuk Saluran Paip, Sinki & Longkang
Ini adalah beberapa kaedah dan cara yang boleh anda lakukan untuk hilangkan bau busuk yang datang daripada longkang atau saluran di rumah anda.
1. Bersihkan Longkang daripada Sampah dan Mendapan Kotoran
Langkah yang pertama ni memang wajib kena buat. Bersihkan semua sampah, daun kering, sisa makanan atau mendapan kotoran yang boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan. Kotoran yang dibiarkan terlalu lama boleh mereput dan menghasilkan bau busuk.
Lagi satu, bila banyak kotoran/sampah, longkang akan mudah tersumbat dan air pun bertakung. Air bertakung ni lah salah satu punca utama longkang berbau busuk.
Cara melakukannya:
- Pakai sarung tangan getah sebelum memulakan kerja pembersihan.
- Angkat penutup longkang jika selamat untuk berbuat demikian.
- Keluarkan sampah, daun dan kotoran yang kelihatan menggunakan kayu, penyepit atau alat pembersih.
- Gosok bahagian tepi longkang dengan berus yang sesuai.
- Bilas menggunakan air bersih dan pastikan air boleh mengalir dengan baik. JANGAN biarkan air bertakung.
Lakukan pembersihan secara berkala, terutamanya jika longkang terletak berhampiran dapur atau kawasan yang mudah mengumpulkan sampah.
AMARAN: Jangan masukkan tangan terus ke dalam longkang kerana mungkin terdapat serpihan tajam, serangga atau bahan tercemar.

2. Gunakan Baking Soda dan Air Suam
Cuba cari kat dapur, ada tak baking soda? Kalau ada, anda boleh gunakan baking soda tu untuk membantu mengurangkan sesetengah bau yang berpunca daripada sisa organik dan kotoran ringan.
Tapi, cara ni sesuai untuk saluran kecil, lubang paip bilik mandi/tandas atau sinki yang tidak tersumbat teruk je. Kalau yang dah tersumbat teruk, kurang berkesan.
Lagi satu, cara ni tidak sesuai untuk longkang besar ya. Seratus kilo baking soda pun tak berkesan!
Cara melakukannya:
- Masukkan beberapa sudu besar baking soda ke dalam saluran kecil/kecil.
- Tuangkan air suam secara perlahan-lahan.
- Biarkan selama kira-kira 10 hingga 15 minit.
- Bilas dengan air bersih mengikut kesesuaian saluran.
AMARAN: Gunakan air suam sahaja, bukannya air mendidih, terutamanya jika paip diperbuat daripada plastik atau anda tidak pasti ketahanannya terhadap haba.

3. Cuci Penapis Longkang dan Perangkap Kotoran
Penapis longkang atau perangkap kotoran sering mengumpulkan sisa makanan, minyak, rambut serta lendir. Walaupun longkang kelihatan bersih dari luar, sisa yang melekat pada bahagian ini boleh menjadi punca utama bau busuk.
Cara melakukannya:
- Tanggalkan penapis longkang jika boleh dibuka dengan mudah.
- Buang sisa makanan, rambut dan kotoran yang terkumpul.
- Gosok penapis menggunakan berus dan sedikit sabun pencuci pinggan.
- Bilas sehingga bersih sebelum memasangnya semula.
- Periksa bahagian yang mudah dicapai untuk memastikan tiada mendapan yang tertinggal.
Selepas meletakkan soda bikarbonat, anda juga boleh menuangkan cuka masakan. Tindak balas berbuih antara kedua-duanya akan menanggalkan kerak kotoran tersumbat yang berbau.
Jika bau datang daripada sinki dapur, elakkan membuang minyak masak, kuah pekat dan sisa makanan ke dalam saluran. Bahan-bahan ini boleh melekat pada dinding paip dan menghasilkan bau apabila terkumpul.

4. Gunakan Floor Drain / Floor Trap Anti-Bau
Memasang floor drain atau floor trap khas juga salah satu cara untuk elakkan saluran paip di rumah daripada berbau.
Alat ini berfungsi sebagai injap sehala yang menghalang gas busuk dan serangga daripada paip bawah naik ke atas, tetapi tetap lancar semasa mengalirkan air buangan.
Pastikan rambut, sisa sabun, atau sisa makanan yang terperangkap pada penapis floor drain dibuang setiap hari agar tidak membusuk dan menjadi punca bau.
Ikut pengalaman peribadi, benda ni memang berguna sangat. Memang tak ada dah bau-bau kurang menyenangkan di lubang saluran air bilik mandi dan tandas bila guna alat ini.

5. Gunakan Pencuci yang Sesuai
Untuk kotoran ringan pada penapis atau permukaan yang boleh dicapai, sabun pencuci pinggan dan berus biasanya memadai.
Namun, untuk kotoran yang terperangkap di saluran, gunakan produk pembersih enzim yang sesuai untuk longkan/saluran atau sinki.
Cara melakukannya:
- Kenal pasti jenis longkang dan bahan paip jika boleh.
- Pilih produk yang sesuai dengan kegunaan tersebut.
- Baca arahan pada label, termasuk tempoh penggunaan dan langkah keselamatan.
- Gunakan produk mengikut sukatan yang ditetapkan.
- Bilas hanya jika diarahkan pada label produk.
Jangan campurkan bahan pencuci yang berlainan. Elakkan mencampurkan peluntur dengan cuka, asid atau pencuci longkang lain kerana tindak balas tersebut boleh menghasilkan gas berbahaya.
6. Cuci P-Trap (Perangkap Paip Berbentuk ‘U’) Di Bawah Sinki
Paip berbentuk ‘U’ atau ‘P’ di bawah sinki berfungsi untuk menakung sedikit air bagi menghalang gas busuk daripada naik ke atas. Namun, lama-kelamaan sisa makanan, lemak, dan rambut akan mendap dan membusuk di dalam takungan ini.
- Cara cuci:
- Letakkan baldi di bawah paip untuk menadah air, kemudian pusing dan buka penutup takungan P-trap tersebut (biasanya boleh dibuka dengan tangan atau sepana).
- Buang segala bendasing, selut hitam, dan lendir yang tersumbat di dalamnya, lalu sental dengan berus sehingga bersih.
- Pasang kembali penutup P-trap dengan ketat dan pastikan getah pengedap (rubber gasket) berada di kedudukan betul untuk mengelakkan kebocoran.
Artikel lain: Cara Halau Semut, Lipas & Tikus Di Dapur – Petua Alami Dijamin Berkesan!
Bila Perlu Memanggil Tukang Paip?
Dah cuba macam-macam cara tapi tak berkesan? Hm, cuba perhatikan pula tanda-tanda berikut:
- Adabau kumbahan yang kuat dan berterusan walaupun longkang sudah dibersihkan.
- Air mengalir perlahan, bertakung atau melimpah.
- Bunyi menggelegak dari sinki atau lubang saliran.
- Bau busuk muncul serentak dari beberapa longkang di dalam rumah.
- Bau seakan-akan gas kumbahan datang dari bilik mandi atau ruang tertutup.
Jika ada, keadaan ini mungkin berpunca daripada paip tersumbat, perangkap air yang tidak berfungsi, saluran pengudaraan paip bermasalah atau kebocoran sistem kumbahan.
Inilah masanya untuk anda panggil tukang paip bagi mengenal pasti punca sebenar bau tersebut.
FAQ – Soalan Lazim Cara Hilangkan Bau Busuk Saluran Paip, Sinki & Longkang di Rumah
Sebahagian besarnya boleh. Katup silikon anti-bau direka secara universal, tetapi anda perlu mengukur diameter dalaman lubang paip dan kedalaman paip terlebih dahulu sebelum membeli.
Untuk langkah pencegahan dan kawalan bau, amalkan kaedah ini sekali dalam tempoh 1 hingga 2 minggu. Tindak balas berbuih daripada soda bikarbonat dan cuka sangat bagus untuk mencairkan lemak-lemak baharu sebelum ia sempat mengeras dan menjadi busuk.
Perlu berhati-hati. Air yang terlalu mendidih (100°C) boleh melembutkan atau merosakkan penyambung paip PVC nipis jika dituang secara kerap atau dalam kuantiti yang terlalu banyak. Sebaiknya adalah menggunakan air panas suam yang tinggi (sekitar 70°C–80°C) atau jirus air panas secara perlahan tepat ke dalam lubang tanpa bertakung lama.
Punca utama selalunya ada di dalam P-trap (paip berbentuk U) yang belum dicuci. Sisa makanan dan lendir hitam biasanya mendap di bahagian bawah lengkungan tersebut. Anda perlu meletakkan baldi di bawahnya, buka penutup takungan P-trap, buang segala keladak di dalamnya, dan sental sehingga bersih sebelum dipasang semula.
Penafian: Segala maklumat dan petua DIY yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Keberkesanan kaedah yang dinyatakan mungkin berbeza mengikut struktur sistem perpaipan rumah masing-masing. Pembaca dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan sendiri atau merujuk kepada tukang paip profesional jika masalah perpaipan atau bau busuk berlarutan.
