Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Cara Halau Semut, Lipas & Tikus Di Dapur – Petua Alami Dijamin Berkesan!

Cara Halau Semut, Lipas & Tikus Di Dapur - Petua Alami Dijamin Berkesan!

Cara Halau Semut,Lipas & Tikus | Masalah semut, lipas dan tikus di dapur bukan perkara kecil. Dapur adalah tempat penting untuk setiap rumah.

Sebab itu, kawasan ini perlu dijaga dengan teliti dan kebersihannya adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Kehadiran haiwan perosak sepert semut, lipas dan tikus boleh menyebabkan makanan tercemar, bau tidak menyenangkan, kerosakan barang dapur dan risiko kesihatan kepada ahli keluarga.

Dapur pun nampak kotor. Memang tak selesa sangat!

Jom kita tengok apa petua orang dulu-dulu nak halau semut, lipas dan tikus yang suka sangat ‘berkampung’ di dapur.

Ringkasan Artikel

  • Gunakan Cuka putih (nisbah 1:1 dengan air) untuk mengurangkan semut.
  • Lemon/limau dan daun pandan boleh membantu mengurangkan kehadiran lipas dan semut kerana baunya yang tidak digemari serangga tersebut.
  • Baking soda membantu menyerap dan meneutralkan bau busuk di dapur untuk mengurangkan tarikan kepada perosak.
  • Serai wangi dan daun pudina mempunyai bau menyengat (sitronela dan mentol) yang tidak disukai tikus, lipas, dan semut.
  • Halau lipas & semut menggunakan campuran gula + baking soda.
  • Tabur serbuk lada hitam untuk halau tikus.

Dapur Anda Selalu Ada Haiwan Perosak? – Elak Guna Bahan Kimia!

Jika dapur mula dipenuhi semut, lipas atau tikus, itu biasanya tanda ada sesuatu yang menarik perhatian haiwan perosak tersebut.

Antara punca utama ialah sisa makanan, air manis tertumpah, tong sampah terbuka, sinki kotor, makanan tidak bertutup, lubang kecil pada dinding atau kawasan dapur yang lembap dan gelap.

Ramai orang terus menggunakan racun serangga atau racun tikus untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun, penggunaan bahan kimia di dapur perlu dibuat dengan sangat berhati-hati kerana kawasan ini dekat dengan makanan, pinggan mangkuk dan permukaan memasak.

Jika tersalah guna, bahan kimia boleh terkena makanan atau permukaan dapur.

Oleh itu, kaedah alami dan organik boleh menjadi pilihan yang lebih selamat, terutama untuk rumah yang mempunyai kanak-kanak, warga emas atau haiwan peliharaan.

Tapi kalau dapur anda dah mula dipenuhi haiwan perosak dan tak ada masa nak buat sendiri petua di rumah, anda boleh dapatkan terus Insect Repellent Serai Wangi Kitchen Spray 650ml ini. Murah je, harga tak sampai RM20 pun!

Cara Halau Semut, Lipas & Tikus menggunakan serai wangi

8 Petua Halau Semut, Lipas Dan Tikus Di Dapur

Terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk menghalau semut, lipas, dan tikus antaranya:

1. Gunakan Cuka Putih Untuk Halau Semut

Cuka putih antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalau semut. Semut bergerak melalui laluan bau yang ditinggalkan oleh kumpulan semut lain.

Jadi, apabila permukaan dilap dengan cuka, laluan bau tersebut akan terganggu. Ini menyebabkan semut sukar mencari jalan yang sama.

Haritu, saya cuba buat dua hari memang menjadi ye. Semut makin berkurang dan jarang muncul lagi. Bau cuka agak kuat pada 15 minit pertama, tapi kalau dah kering tak bau dah.

Cara-caranya:

  • Campurkan cuka putih dengan air pada nisbah 1:1.
  • Masukkan ke dalam botol semburan.
  • Kemudian sembur pada kawasan laluan semut seperti tepi tingkap, celah kabinet, sudut meja dapur dan sekitar tong sampah.
  • Selepas itu, lap kawasan tersebut dengan kain bersih.
  • Lakukan beberapa hari berturut-turut.

Masa nak sembur tu, tengok kiri-kanan, kalau ada makanan, pinggan mangkuk, cawan dan peralatan masak, alihkan dulu.

Elakkan juga menggunakan cuka pada permukaan batu semula jadi seperti marmar kerana cuka bersifat asid. Rosak marmar anda nanti!

2. Gunakan Lemon atau Limau

Lemon dan limau mempunyai bau yang tidak digemari oleh sesetengah serangga. Bahan ini boleh digunakan sebagai cara alami untuk mengurangkan kehadiran semut dan lipas di dapur.

Anda boleh perah lemon dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan campuran ini untuk mengelap meja dapur, tepi kabinet atau kawasan yang sering dilalui semut.

Kulit lemon juga boleh diletakkan di sudut tertentu seperti bawah sinki, tepi tingkap atau kawasan tong sampah.

Selain membantu menghalau serangga, lemon juga membuatkan dapur berbau lebih segar.

Namun, kulit lemon perlu diganti dengan kerap. Jangan biarkan kulit lemon terlalu lama sehingga kering, busuk atau berkulat. Jika tidak, ia boleh menjadi punca masalah baharu pula!

Cara Halau Semut, Lipas & Tikus menggunakan lemon

3. Daun Pandan Untuk Kurangkan Lipas

Daun pandan biasanya kita gunakan untuk masak atau buat kuih kan. Jangan terkejut, sebenarnya, daun pandan pun berkesan untuk menghalau lipas!

Bau daun pandan yang wangi sangat kurang digemari oleh lipas.

Cara-caranya:

  • Ambil beberapa helai daun pandan.
  • Potong kecil-kecil dan letakkan dalam bekas terbuka.
  • Kemudian letakkan di kawasan yang sering menjadi tempat lipas muncul seperti bawah sinki, dalam kabinet, belakang tong sampah atau berhampiran pintu dapur.
  • Kalau daun pandan dah kering, tukar lagi dengan daun yang segar.

Cara ni memang berkesau tau, hari tu saya dah cuba letak daun pandan dekat laci kabinet makanan. Ha, tak pernah nampak dah lipas bila lepas tu.

Eh tapi kena ingat, daun pandan ni tidak membunuh lipas. Ia hanya membantu mengurangkan kehadiran lipas di kawasan tertentu.

4. Serai Wangi – Cara Halau Semut, Lipas & Tikus

Selalunya dengar perkataan serai je kan. Hah, kalau anda tak tahu, serai wangi ni berbeza daripada serai makan. Bau dia tersangatlah kuat dan menyengat, jadi memang berkesan kalau guna untuk halau semut, lipas, dengan tikus!

Bila kita sembur serai wangi, bau sitronela dia yang tajam tu akan kacau deria bau semut sampai hilang jejak laluan makanan mereka.

Lipas dengan tikus pun sama, sebab mereka ni ada deria bau yang super sensitif.

Bila terhidu bau yang kuat macam serai wangi ni dekat kawasan tersorok atau laluan mereka, automatik mereka jadi pening dan tak selesa. Hasilnya semua perosak ni terpaksa angkat kaki dan tak berani lagi nak huni rumah kita!

Cara-caranya:

  • Titiskan sedikit pada kapas, kemudian letakkan kapas tersebut di sudut dapur, bawah sinki atau kawasan laluan lipas.
  • Pastikan ia tidak diletakkan terlalu dekat dengan makanan.
  • Selain itu, anda juga boleh rebus beberapa batang serai wangi.
  • Selepas air rebusan sejuk, masukkan ke dalam botol semburan.
  • Sembur sedikit pada kawasan yang sesuai seperti tepi kabinet, bawah sinki atau berhampiran tong sampah.
  • Kaedah ini lebih selamat berbanding menggunakan semburan kimia yang kuat.

Namun, gunakan secara sederhana. Bau yang terlalu kuat juga boleh mengganggu keselesaan penghuni rumah. Jangan sampai anda pula yang pening!

Kalau nak cara lebih mudah, beli je Plug-in Penghalau Haiwan Perosak ni. Bukan setakat tikas dan lipas je lari, sekali dengan nyamuk, lalat, semut, lipan, dan cicak pun tak berani datang dekat!

Cara Halau Semut, Lipas & Tikus menggunakan plug in insect repellent

5. Daun Pudina Untuk Halau Tikus

Kalau anda tak tahu, daun pudina ni sebenarnya musuh ketat tikus tau!

Bau dia yang segar bagi kita tu, rupanya bau yang “menyeksa” untuk hidung tikus.Tikus ni ada deria bau yang tersangatlah sensitif, jadi mereka memang tak boleh terima langsung dengan bau mentol (mint) yang kuat dan tajam daripada daun pudina ni.

Bila kita letak daun pudina atau sembur pati minyak pudina dekat kawasan laluan mereka, bau menyengat tu akan terus mengganggu sistem navigasi dan deria bau mereka.

Kesannya, tikus akan jadi pening, rasa tak selamat, dan automatik akan lari jauh-jauh dari rumah kita sebab tak tahan dengan bau yang terlalu kuat bagi mereka.

Namun, kaedah ini hanya membantu menghalang tikus daripada selesa berada di dapur. Ia bukan penyelesaian penuh jika masih ada lubang masuk dan makanan terbuka.

Tikus ialah haiwan yang bijak. Jika ada makanan yang mudah dicapai, tikus tetap akan kembali walaupun ada bau pudina!

6. Guna Baking Soda Untuk Kurangkan Bau Dapur

Baking soda ni selalunya ada je kat dapur kan. Serbuk putih ni sebenarnya berguna sangat untuk serap dan neutralkan segala bau busuk.

Dengan mengurangkan bau, dapur menjadi kurang menarik kepada haiwan perosak.

Caranya mudah sahaja. Letakkan sedikit baking soda dalam bekas kecil dan letakkan di kawasan tertentu seperti bawah sinki atau berhampiran tong sampah.

Baking soda juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan berminyak.

Campurkan baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Gosok pada kawasan kotor, kemudian bilas dan lap sehingga bersih. Selesai!

7. Halau Lipas & Semut Guna Gula + Baking Soda

Campuran gula dan baking soda (natrium bikarbonat) adalah kaedah semula jadi yang sangat efektif untuk membasmi lipas dan semut tanpa menggunakan racun kimia berbahaya.

Gula bertindak sebagai umpan yang membekalkan karbohidrat tinggi untuk menarik perhatian lipas dan semut, sekaligus menutup bau baking soda yang biasanya dielakkan oleh serangga.

Setelah umpan kering ini dimakan, baking soda bertindak balas lalu membebaskan gas karbon dioksida (CO₂) dengan pantas.

Gas yang terperangkap ini mengakibatkan tekanan melampau yang memusnahkan organ serta sistem penghadaman mereka dari dalam sehingga mati.

Kaedah ini menghasilkan kesan domino yang mampan kerana semut akan membawa pulang sisa umpan (gula + baking soda) ke sarang untuk dikongsi bersama koloni, manakala lipas yang memakan bangkai rakannya akan menyebarkan racun sisa tersebut.

Hasilnya, populasi haiwan perosak ini dapat dimusnahkan!

Ramai dah cuba cara ni, memang efektif. Anda cubalah nanti ya.

Cara Halau Semut, Lipas & Tikus Di Dapur - Petua Alami Dijamin Berkesan!

8. Tabur Serbuk Lada Hitam untuk Halau Tikus

Bila kita taburkan sedikit serbuk lada hitam dekat kawasan tersorok seperti celah kabinet atau laluan gelap, bau pedas serbuk lada hitam tersebut akan menyerang deria hidung tikus yang sensitif.

Kesannya, tikus akan mengalami rasa trauma nak datang dekat lagi dengan kawasan dapur kita!

Kenapa Semut, Lipas dan Tikus Suka Masuk Dapur?

Sebelum menggunakan sebarang petua, kita perlu faham punca utama haiwan perosak datang ke dapur.

Semut biasanya tertarik kepada makanan manis seperti gula, susu pekat, air sirap, biskut, kek, roti dan sisa makanan yang tertinggal di atas meja.

Lipas pula suka kawasan yang gelap, lembap dan kotor.

Tempat biasa lipas bersembunyi ialah bawah sinki, belakang peti sejuk, celah kabinet, bawah dapur memasak dan kawasan tong sampah.

Tikus pula mencari makanan dan tempat perlindungan.

Jika ada lubang kecil, celah pintu, ruang paip atau kawasan longkang yang terbuka, tikus boleh masuk ke dapur dengan mudah.

Ini bermakna masalah semut, lipas dan tikus bukan berpunca daripada haiwan itu sahaja.

Puncanya biasanya datang daripada keadaan dapur yang memberi peluang kepada haiwan perosak untuk mencari makanan, air dan tempat bersembunyi.

Tips Penjagaan Dapur Agar Bebas Haiwan Perosak

1. Jaga kebersihan dapur

Waktu malam ialah masa paling aktif untuk lipas dan tikus. Sebab itu, rutin sebelum tidur sangat penting.

Sebelum masuk tidur, pastikan dapur berada dalam keadaan bersih. Antara perkara yang perlu dibuat ialah:

  • Tutup semua makanan
  • Basuh pinggan kotor
  • Lap meja dapur
  • Buang sisa makanan
  • Kosongkan penapis sinki
  • Tutup tong sampah
  • Pastikan lantai tidak berminyak
  • Simpan makanan haiwan peliharaan

Rutin ini nampak mudah, tetapi kesannya besar.

Jika haiwan perosak tidak jumpa makanan pada waktu malam, mereka akan kurang tertarik untuk datang semula.

Dapur yang bersih setiap malam ialah pertahanan paling kuat untuk elak lipas dan tikus bersarang di rumah kita.

Boleh beli penutup makanan macam ni:

tutup makanan untuk elak semut, lipas dan tikus

2. Tutup Lubang dan Laluan Masuk Tikus

Untuk masalah tikus, langkah paling penting ialah menutup laluan masuk.

Ini perkara yang ramai orang terlepas pandang. Mereka letak daun pudina, perangkap atau petua lain, tetapi lubang masuk tikus masih terbuka.

Akhirnya tikus tetap masuk semula.

Periksa kawasan dapur dengan teliti. Lihat bahagian bawah pintu, celah dinding, lubang paip, kawasan longkang, belakang kabinet dan ruang berhampiran tingkap.

Jika ada lubang kecil, tutup dengan bahan yang kuat. Gunakan jaring besi, simen, silikon atau bahan penutup yang sesuai. Contohnya, Penampal Lubang Dinding Sealant Clay Kalis Air di Shopee ini.

Tinggal sumbat je pada lubang. Yang paling penting, penampal ni kalis air, anti lipas, dan tikus pun tak boleh gigit!

Jangan gunakan kertas, plastik nipis atau kain kerana tikus boleh menggigit bahan tersebut.

Jika celah bawah pintu terlalu besar, pasang door seal. Langkah ini sangat penting kerana tikus boleh masuk melalui ruang yang kecil.

3. Urus Sampah Dengan Betul

Tong sampah dapur ialah salah satu punca utama lipas dan tikus datang.

Sampah basah seperti sisa nasi, tulang ayam, kulit ikan, sayur busuk dan makanan berminyak menghasilkan bau yang kuat.

Bau ini boleh menarik haiwan perosak.

Gunakan tong sampah yang mempunyai penutup. Jangan biarkan sampah terbuka terlalu lama. Sebaiknya, buang sampah dapur setiap hari, terutama sebelum tidur.

Selain itu, bersihkan tong sampah secara berkala. Kadang-kadang, ada air sampah atau minyak melekat pada bahagian dalam tong yang menyebabkan bau.

Walaupun plastik sampah sudah dibuang, bau masih ada. Basuh tong sampah dan keringkan sebelum digunakan semula.

Jika sampah diletakkan di luar rumah, pastikan ia berada dalam tong bertutup. Jangan letak beg plastik sampah begitu sahaja kerana tikus boleh mengoyakkannya.

Guna je plastik sampah ni, plastik tebal dan ada tali nak ikat supaya bau sampah tak keluar:

ikat sampah untuk elak tikus, semut dan lipas

4. Pastikan Bawah Sinki Tidak Lembap

Bawah sinki ialah tempat kegemaran lipas. Kawasan ini biasanya gelap, lembap dan jarang dibersihkan.

Jika ada paip bocor, keadaan menjadi lebih teruk. Periksa bawah sinki sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pastikan tiada kebocoran air.

Jika ada paip menitis, baiki segera. Jangan simpan terlalu banyak barang di bawah sinki.

Kotak kertas, plastik lama dan botol kosong boleh menjadi tempat lipas bersembunyi. Jika perlu menyimpan barang, gunakan bekas plastik bertutup.

Kawasan bawah sinki yang kering dan kemas lebih sukar menjadi tempat pembiakan lipas.

Bila Perlu Panggil Agen Kawalan Makhluk Perosak (Pest Control)?

Hubungi agen kawalan makhluk perosak (pest control) di Malaysia jika cubaan menghalau sendiri gagal dalam masa dua minggu, atau apabila terdapat tanda-tanda serangan yang serius.

Antara tanda masalah sudah serius ialah:

  • Banyak lipas kecil muncul
  • Ada najis tikus di dapur
  • Makanan sering digigit
  • Wayar atau plastik rosak digigit
  • Ada bunyi tikus di siling atau kabinet
  • Semut terlalu banyak walaupun sudah dibersihkan
  • Tercium bau hapak yang sangat kuat dan masam di kawasan dapur, atau menjumpai banyak kapsul telur (ootheca) berwarna coklat gelap di celah-celah kabinet.
  • Serangan telah merebak dari dapur hingga ke siling rumah, bilik tidur, dan kawasan luar rumah.

Jika keadaan ini berlaku, dapatkan bantuan kawalan perosak profesional.

Maklumkan kepada pihak kawalan perosak jika rumah mempunyai bayi, warga emas, wanita hamil atau haiwan peliharaan. Ini penting supaya kaedah rawatan yang digunakan sesuai dan selamat.

Contoh Agensi Pest Control di Malaysia (Kuala Lumpur dan Selangor (Lembah Klang):

FAQ – Soalan Lazim Cara Halau Semut, Lipas & Tikus Di Dapur

Apakah cara paling mudah untuk halau semut di dapur?

Cara paling mudah ialah bersihkan laluan semut menggunakan campuran cuka putih dan air. Lap kawasan seperti meja dapur, tepi tingkap dan celah kabinet.

Adakah daun pandan boleh membunuh lipas?

Tidak. Daun pandan tidak membunuh lipas. Ia hanya membantu mengurangkan kehadiran lipas kerana baunya kurang disukai oleh lipas.

Apakah bahan alami yang sesuai untuk halau tikus?

Daun pudina atau minyak pati pudina boleh digunakan untuk mengganggu laluan tikus. Namun, lubang masuk tikus tetap perlu ditutup.

Kenapa lipas masih ada walaupun dapur sudah dibersihkan?

Lipas mungkin masih bersembunyi di bawah sinki, belakang peti sejuk, celah kabinet atau kawasan lembap. Semburan sahaja tidak cukup jika tempat pembiakan tidak dibersihkan.

Adakah kaedah organik selamat untuk halau haiwan perosak di dapur?

Secara umum, kaedah organik lebih selamat berbanding racun kimia. Namun, bahan seperti minyak pati dan cuka tetap perlu digunakan dengan betul dan tidak terkena makanan.

Bila perlu panggil pest control?

Jika sudah ada najis tikus, banyak lipas kecil, makanan digigit atau masalah tidak berkurang selepas beberapa minggu, lebih baik dapatkan bantuan kawalan perosak profesional.

Penulis bebas Bahasa Melayu, suka menulis mengenai travel, kewangan, isu semasa, bantuan kerajaan, keagamaan dan berita tempatan.

View All Posts

You Missed