Jaslinda Saludin Ditemui Selamat! – Wanita Hilang di Gunung Batu Putih
Jaslinda Saludin, 49, telah ditemukan dalam keadaan selamat pada hari Sabtu, 6 Jun 2026, selepas dilaporkan hilang selama 14 hari di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak.
Penemuan beliau telah disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin. Keadaan mangsa dilaporkan stabil walaupun mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Penemuanini mengakhiri penantian penuh debaran ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan misi mencari dan menyelamat (SAR) sejak akhir Mei lalu.
Kronologi Penemuan Jaslinda Saludin
Jaslinda Saludin ditemui sekitar jam 1 tengah hari oleh komuniti Orang Asli tempatan di kawasan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Batu 8, Jalan Pahang di Tapah.
Sejurus sebelum pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa, beberapa keping gambar yang memaparkan Jaslinda sedang berehat sambil meminum air di sebuah rumah komuniti Orang Asli telah tular di media sosial berjaya mencetuskan reaksi syukur netizen.
Pihak penyelamat segera digerakkan ke lokasi penemuan untuk membawa mangsa keluar menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Hospital Tapah bagi mendapatkan rawatan perubatan lanjut serta pemantauan rapi akibat dehidrasi dan keletihan melampau.


Kisah Kehilangan Jaslinda Saludin
23 Mei 2026 (Sabtu) — Ekspedisi Bermula: Jaslinda bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung memulakan aktiviti pendakian Trans Spencer Chapman seawal jam 2:00 pagi. Laluan mereka meliputi trek ekstrem melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, menuju ke Gunung Batu Putih.
24 Mei 2026 (Ahad) — Hari Terakhir Dilihat: Beliau dilaporkan terpisah daripada kumpulan dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pagi Ahad tersebut sekitar jam 7:30 pagi. Laporan ini turut disokong oleh bukti fizikal rakaman kamera pengawasan hidupan liar (Kamera 1) di gunung tersebut yang berjaya mengesan kelibat Jaslinda melintasi laluan berkenaan pada jam 11:22 pagi, 24 Mei 2026.
25 Mei 2026 (Isnin) — Operasi SAR Dilancarkan: Selepas menyedari ketiadaan mangsa dan laporan polis dibuat, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) secara rasmi diaktifkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama agensi lain pada hari Isnin.

Misi SAR Skala Besar Selama 14 Hari
Operasi SAR besar-besaran dan paling intensif di daerah Tapah bagi tahun 2026 dilakukan bagi mengesan Jaslinda Saludin selama 14 hari sehingga hari beliau ditemukan selamat pada hari ini, 6 Jun 2026.
Operasi ini melibatkan penyelarasan logistik yang besar antara pelbagai agensi keselamatan.
- Keanggotaan: Lebih 100 anggota dikerahkan secara bergilir-gilir melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
- Khidmat Unit K9 dan Udara: Pasukan penyelamat turut menggunakan khidmat anjing pengesan (Unit K9) serta pemantauan udara menggunakan dron bagi mengesan sebarang petunjuk fizikal seperti jejak kaki atau bungkusan makanan di kawasan gaung dan lereng bukit.
- Sumbangan Tempatan: Komuniti Orang Asli daripada suku Semai tempatan memainkan peranan kritikal sebagai penjejak (tracker) kerana pengetahuan mendalam mereka mengenai selok-belok, denai tersembunyi, dan kawasan punca air di sekitar banjaran gunung tersebut.


Kepulangan Jaslinda dalam keadaan hidup selepas 15 hari disifatkan oleh ramai pihak sebagai satu “keajaiban”.
Bayangkan sahaja macam mana keadaan hutan tebal pada waktu malam, risiko hipotermia, kekurangan sumber makanan, serta ancaman haiwan liar di hutan tebal.
Kejayaan ini membuktikan keberkesanan kerjasama erat antara agensi penguatkuasa moden dan kearifan tempatan masyarakat Orang Asli.
Ahli keluarga mangsa menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian tanpa henti ini.
Pihak berkuasa tempatan turut mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para peminat aktiviti mendaki agar sentiasa meningkatkan langkah keselamatan, mematuhi arahan malim gunung, dan memastikan persediaan fizikal yang optimum sebelum melakukan aktiviti pendakian ekstrem di kawasan hutan tebal.
Laporan berita penuh mengenai penemuan dan perkembangan kes ini boleh dirujuk di portal berita rasmi seperti Buletin TV3.