Cara daftar MyDigital ID Online Tanpa ke Kiosk

mydigital id

MyDigital ID ialah sebuah aplikasi induk (master app) yang berfungsi sebagai “kunci utama” untuk anda masuk ke pelbagai aplikasi dan portal kerajaan yang lain.

Cara nak daftar MyDigital ID ini mudah sahaja. Pendaftaran boleh dilakukan secara online sepenuhnya dari rumah hanya menggunakan telefon pintar anda.

Anda hanya perlu mendaftar aplikasi MyDigital ID ini sekali sahaja. Selepas itu, apabila anda mahu log masuk ke aplikasi seperti MyJPJ, MyNIISe, dan pelbagai lagi portal kerajaan, anda tidak perlu lagi menaip nama pengguna (username) atau menghafal kata laluan (password) yang berbeza.

Anda hanya perlu klik butang “Log Masuk dengan MyDigital ID”, dan boleh log masuk ke portal tersebut dengan mudah.

Jadi, kalau anda belum lagi daftar MyDigital ID, rujuk cara-caranya di bawah.

Apa Itu Aplikasi MyDigital ID?

MyDigital ID ini sebenarnya sistem identiti digital kebangsaan Malaysia. Senang cerita, ia macam โ€œIC digitalโ€ yang digunakan untuk sahkan identiti kita secara online dengan lebih selamat bila guna servis kerajaan atau servis tertentu.

Contohnya nanti bila login portal kerajaan, mohon bantuan, semak rekod, tandatangan digital, atau urusan rasmi lain, kita tak perlu asyik upload IC atau buat verification berulang kali. Guna MyDigital ID je untuk buktikan โ€œya, ini memang sayaโ€.

MyDigital ID TIDAK menggantikan MyKad. Ia adalah sistem login & pengesahan identiti digital yang berpusat (centralized).

Konsepnya lebih kurang macam:

  • Singapura ada Singpass
  • Jepun ada My Number Card
  • Malaysia nak guna MyDigital ID

โœ… Untuk Individu: Memudahkan urusan dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan dalam talian menggunakan satu kata laluan untuk pelbagai aplikasi.

โœ… Untuk Perniagaan: Meningkatkan pengalaman pelanggan dengan proses pendaftaran yang selamat dan tanpa dokumen.

Infografik pendaftaran MyDigital ID
Infografik MyDigital ID

Cara Daftar MyDigital ID Online

Minggu lepas, saya cuba muat turun aplikasi MyDigital ID ini dekat telefon pintar saya. Jujurnya, kali pertama cuba buat proses imbasan muka (eKYC) di rumah, pendaftaran saya gagal sebanyak tiga kali berturut-turut!

Rupanya, ada kesilapan kecil pencahayaan bilik yang saya buat tanpa sedar. Selepas berjaya mendaftar tanpa perlu membuang masa beratur di kiosk fizikal JPN, saya susun panduan realistik ini berdasarkan pengalaman saya sendiri supaya proses pendaftaran anda berjalan lancar dalam sekali cubaan sahaja.


Sebelum bermula, pastikan anda memegang MyKad fizikal anda dan berada di dalam bilik yang mempunyai lampu terang bagi memudahkan proses imbasan wajah (supaya tak jadi error nanti!)

Kemudian, ikuti panduan 7 langkah mudah di bawah:

1. Muat Turun Aplikasi MyDigital ID melalui Google Play Store (Android), Apple App Store (iPhone), atau Huawei AppGallery.

2. Buka aplikasi tersebut pada telefon anda. Pada paparan skrin utama, klik terus pada butang “Daftar Online”. Jangan pilih menu kiosk.

3. Masukkan alamat e-mel anda yang aktif. Sistem akan menghantar kod OTP 6-digit ke e-mel tersebut. Buka e-mel anda, salin kod tersebut, dan masukkan kembali ke dalam aplikasi MyDigital ID untuk pengesahan.

4. Seterusnya, taipkan Nama Penuh dan Nombor MyKad (12 digit) anda dengan tepat. Pastikan ejaan nama anda adalah sama persis seperti yang tertulis pada kad pengenalan fizikal.

5. Proses Imbasan eKYC (MyKad & Wajah). Ini adalah fasa paling penting. Mula-mula, ambil gambar bahagian hadapan dan belakang MyKad anda. Pastikan gambar jelas dan tiada silau lampu. Kemudian, lakukan imbasan wajah (selfie) dengan memandang tepat ke arah kamera hadapan telefon anda mengikut arahan pergerakan pada skrin.

6. Cipta 6-digit PIN keselamatan pilihan anda. PIN ini sangat penting kerana anda akan menggunakannya setiap kali mahu meluluskan urusan log masuk ke portal kerajaan nanti.

7. Selesai! Sebagai langkah tambahan untuk memudahkan anda pada masa hadapan, anda boleh mengaktifkan fungsi imbasan cap jari (Fingerprint) atau pengecaman wajah (Face ID) telefon anda untuk log masuk dengan lebih pantas.

infografik Cara daftar MyDigital ID Online Tanpa ke Kiosk
Infografik MyDigital ID

Panduan Bergambar Cara Daftar MyDigital ID Tanpa Perlu ke Kiosk

Rujuk tutorial di bawah untuk memudahkan anda mendaftar MyDigital ID tanpa perlu ke kiosk. Tutorial ini saya hasilkan sendiri, langkah demi langkah mengikut cara yang saya buat sampai berjaya daftar MyDigital ID.

infografik Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 1
BUKA APLIKASI MyDIGITAL ID & KLIK โ€˜REGISTER ONLINEโ€™.

Setelah MUAT TURUN aplikasi melalui Google Play Store (Android),Apple App Store (iPhone), atau Huawei AppGallery, buka aplikasi tersebut untuk memulai proses pendaftaran. Klik butang “Daftar Online” untuk mulakan proses pendaftaran online dari rumah.

infografik  Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 2
TANDA KOTAK PERSETUJUAN DAN KLIK โ€˜CONTINUEโ€™

Aplikasi akan memaparkan dokumen mengenai terma & syarat, serta perlindungan data peribadi anda. Anda wajib membaca dan memahami semua maklumat tersebut. Setelah selesai membaca, tanda kotak persetujuan dan klik butang “Continue”

infografik  Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 3
MASUKKAN ALAMAT EMEL > KLIK โ€˜NEXTโ€™.

Masukkan alamat emel utama yang aktif digunakan. Seterusnya, klik butang “Next” untuk dapatkan kod OTP 6 digit.

infografik Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 4
BUKA E-MEL ANDA & ISI KOD TERSEBUT UNTUK PENGESAHAN > KLIK โ€˜NEXTโ€™

Buka aplikasi kotak masuk (inbox) emel yang anda daftarkan tadi dan semak 6-digit kod OTP (One-Time Password). Salin kod tersebut ke dalam ruang yang disediakan di aplikasi MyDigital ID dan tekan “Next” untuk pengesahan emel.

infografik  Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 5
MASUKKAN NAMA DAN NO IC

Pada bahagian maklumat diri, isikan Nama Penuh dan 12-digit nombor MyKad anda secara tepat. Pastikan ejaan nama anda ditulis sama seperti yang tertera pada kad pengenalan anda.

infografik  Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 6
SCAN IC DEPAN BELAKANG & IMBAS WAJAH

Ini adalah bahagian paling penting. Pastikan anda ambil foto bagian depan dan belakang MyKad anda di tempat yang terang. Setelah itu, lakukan swafoto (selfie) imbasan wajah dengan mengikuti arahan pergerakan kepala yang dipaparkan seperti mengedipkan mata atau mengangguk.

infografik  Cara daftar MyDigital ID Online -Langkah 7
CIPTA KATA LALUAN > KLIK โ€˜OKโ€™. Selesai!

Langkah terakhir, cipta 6-digit PIN keselamatan yang kuat namun mudah anda ingat. Setelah sahkan PIN tersebut, pendaftaran anda pun dah selesai!

Kalau nak aktifkan fitur biometrik (Face ID/Fingerprint) pun boleh. Lepas ni, dah boleh guna MyDigital ID untuk log masuk mana-mana portal rasmi tanpa perlu susah payah masukkan kata laluan lagi.

Cara Daftar MyDigital ID – Panduan Rasmi

Kalau anda nak rujuk panduan rasmi, anda boleh skrol gambar di bawah ini:

infografik Cara daftar MyDigital ID Online - panduan rasmi
infografik pendaftaran mydigital id secara online
infografik pendaftaran mydigital id secara online ekyc

Video Tutorial Cara Daftar MyDigital ID

Nak panduan lebih jelas, sila rujuk video tutorial di bawah:

Tips Penting: Cara Elak Ralat & Gagal Semasa Imbas Wajah (eKYC)

Berdasarkan pengalaman saya dan aduan yang kerap dikongsikan oleh pengguna lain di media sosial, ini adalah rahsia utama untuk memastikan imbasan wajah dan MyKad anda diluluskan oleh sistem digital dalam masa 2 minit:

  • Lap Lensa Kamera: Sebelum memulakan imbasan selfie, pastikan anda mengelap lensa kamera hadapan telefon anda daripada kesan cap jari atau minyak. Lensa yang kabur akan menyebabkan sistem gagal mengecam biometrik wajah.
  • Cari Latar Belakang Kosong: Ambil gambar eKYC dengan berlatarbelakangkan dinding rumah yang kosong (warna putih atau cerah). Elakkan latar belakang yang sarat dengan perabot atau bayang-bayang.
  • Pencahayaan Semulajadi: Lakukan pendaftaran pada waktu siang di tepi tingkap. Silau daripada lampu siling rumah sering menjadi salah satu punca sistem gagal membaca teks pada kad pengenalan MyKad anda.

Fungsi Utama MyDigital ID

Sistem MyDigital ID ini dibina dengan tiga fungsi utama untuk membantu menyelesaikan urusan harian anda di internet:

1. Satu Kunci Untuk Semua Portal (Single Sign-On)

Ini adalah fungsi paling berguna. Sebelum ini, anda perlu guna username berbeza dan hafal berpuluh kata laluan untuk MyJPJ, LHDN, PADU, MySejahtera dan portal-portal kerajaan lain untuk log masuk.

Tetapi, sekarang, anda hanya perlukan satu akaun MyDigital ID sahaja.

Bila nak masuk mana-mana portal kerajaan, klik sahaja butang Log Masuk Dengan MyDigital ID. Dah boleh login.

Tiada lagi isu pening kepala sebab lupa kata laluan atau akaun kena sekat.

2. Sistem Keselamatan Tinggi (Anti-Scam)

MyDigital ID menggunakan teknologi kriptografi yang sangat ketat untuk melindungi identiti anda.

Apabila sistem ini dilaksanakan secara menyeluruh, penjenayah siber (scammer) tidak akan boleh lagi sesuka hati mencipta akaun palsu, mendaftar bantuan kerajaan, atau mencuri maklumat menggunakan nama dan nombor kad pengenalan anda.

Sistem ini memastikan hanya anda, pemilik MyKad yang sah, yang boleh mengakses akaun tersebut.

3. Ikatan Peranti Selamat (Device Binding)

Sistem ini sangat adil dan selamat kerana akaun anda akan ‘diikat’ pada satu telefon pintar sahaja pada satu-satu masa.

Ini bermakna, walaupun ada orang lain tahu kata laluan atau PIN anda, mereka tetap tidak boleh menceroboh masuk akaun anda daripada telefon mereka.

Ciri keselamatan ini memberikan perlindungan dua lapis yang sangat ketat untuk data peribadi anda.

 infgrafik MyDigital ID selamat digunakan
Infografik MyDigital ID

Senarai Portal & Aplikasi Yang Boleh Login Guna MyDigital ID

Portal apa sahaja yang anda boleh masuk menggunakan MyDigital ID?

Ada banyak. Integrasi sistem ini semakin meluas merangkumi puluhan aplikasi. Antara portal utama yang sudah mula menyokong dan mewajibkan penggunaannya ialah:

Aplikasi Kesihatan & Kebajikan
โ€ข MySejahtera
โ€ข Talian Kasih
โ€ข STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
โ€ข TVET Madani

Aplikasi Kerajaan & Pentadbiran
โ€ข MyGov SuperApp
โ€ข MyJPJ
โ€ข MyHRMIS Mobile
โ€ข SPA9
โ€ข MyKadun
โ€ข MyInfra
โ€ข Sistem Dana Bersepadu
โ€ข EHRI
โ€ข eROSES
โ€ข CIMSPendidikan & Universiti
โ€ข MyStudent App UiTM
โ€ข MyNemo (UMT)
โ€ข i-Attend (UIA)
โ€ข SMAP Online
โ€ข UMHelpdesk

Perkhidmatan Awam
โ€ข MyPTPTN
โ€ข myXtraJob
โ€ข My Travel Approval
โ€ข eKenderaan
โ€ข krste.my
โ€ข MyRAS
โ€ข NIISe
โ€ข MEDCast 2.0
โ€ข MISSION
โ€ข RON95
โ€ข PsMJM / MyMJM
โ€ข BUDI95

Dan banyak lagi aplikasi lain yang akan terus ditambah dari masa ke semasa. Layari www.digital-id.my untuk senarai penuh aplikasi dan portal yang telah diintegrasikan bersama MyDigital ID.

infografik Portal & Aplikasi Yang Boleh Login Guna MyDigital ID
Infografik MyDigital ID

Macam Mana Nak Login ke Aplikasi/Portal Guna MyDigital ID?

Nak log masuk ke portal atau aplikasi kerajaan tak perlu lagi ingat banyak ID dan kata laluan. Dengan MyDigital ID, cuma buka aplikasi atau portal yang berintegrasi, tekan log masuk menggunakan MyDigital ID, sahkan akses dan terus masuk dengan selamat serta mudah.

Caranya mudah sahaja:

  1. Buka aplikasi /portal yang anda ingin layari.
  2. Klik ‘Log masuk dengan MyDigital ID’
  3. Tekan ‘YA’ dan ‘BUKA’
  4. Sahkan akses dan terus login. Selesai.
infografik Cara guna MyDigital ID untuk log masuk
Sumber: MyDigital ID

Cara Revoke (Batalkan) MyDigital ID

Sekiranya pendaftaran gagal/tidak berjaya disebabkan beberapa faktor, anda perlu revoke atau batalkan MyDigital ID anda.

infografik cara revoke mydigital id

Rujuk caranya di bawah:

  1. Langkah 1: Muat turun aplikasi MyDigital ID di telefon anda
  2. Langkah 2: Klik pada menu (tiga garis) di bahagian atas kiri.
  3. Langkah 3: Pilih butang Revokasi/Batal Digital ID.
  4. Langkah 4: Isikan maklumat anda.
  5. Langkah 5: Ambil gambar depan dan belakang kad pengenalan
  6. Langkah 6: Kemudian, ambil swafoto wajah anda
  7. Langkah 7: Siap! Pembatalan sijil MyDigital ID berjaya dilakukan.


infografik Cara batalkan MyDigital ID
Sumber: MyDigital ID
infografik Cara batalkan MyDigital ID - bahagian dua
Sumber: MyDigital ID

Apa Kelebihan Daftar MyDigital ID?

  • Pendaftaran 100% Online: Boleh buat dari rumah guna telefon pintar, tak perlu lagi beratur panjang di kiosk fizikal.
  • Tiada Isu Lupa Password: Cukup guna satu “kunci utama” ini untuk masuk ke pelbagai portal, tak perlu hafal banyak kata laluan.
  • Selamat Daripada Scammer: Menghalang sindiket penipuan daripada menyamar atau mencipta akaun palsu atas nama anda.
  • Urusan Jadi Lebih Laju: Akses sepantas kilat untuk semak lesen di MyJPJ, bantuan STR, akaun PADU, dan banyak lagi.
  • Kawalan Akses Kendiri: Akaun diikat pada telefon anda sendiri dan boleh dibatalkan (revoke) bila-bila masa jika tukar peranti baru.

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini mengenai MyDigital ID serta panduan dan tips berguna melalui portal MyDigital ID dan ikuti media sosial MyDigital ID berikut:

  1. Facebook MyDigital ID
  2. Instagram mydigital_id
  3. Talian: +60 3-8687 2772
  4. Emel: info@myid.my
infografik bantuan pendaftaran mydigital id
infografik bantuan pendaftaran mydigital id - tak dapat log masuk, tak boleh muat turun
Sumber: MyDigital ID

FAQ- Soalan Lazim MyDigital ID

Apa Itu MyDigital ID?

MyDigital ID ialah sebuah aplikasi induk (master app) yang berfungsi sebagai “kunci utama” untuk anda masuk ke pelbagai aplikasi dan portal kerajaan yang lain.

Adakah MyDigital ID ini menggantikan MyKad fizikal saya?

Tidak. Anda tetap wajib membawa MyKad fizikal di dalam dompet untuk urusan bersemuka, kaunter bank, atau sekatan jalan raya (roadblock).

Kenapa imbasan wajah (eKYC) saya asyik gagal?

Biasanya disebabkan oleh cahaya bilik terlalu malap, kamera telefon kotor, latar belakang yang serabut, atau gambar pada MyKad fizikal anda sudah terlalu lama dan pudar.

Boleh ke saya daftar MyDigital ID guna kad pengenalan orang lain?

Tidak boleh. Sistem eKYC akan memadankan imbasan wajah secara langsung (live) dengan gambar pada MyKad. Jika tidak sama, pendaftaran akan ditolak serta-merta.

Adakah saya wajib pergi ke kiosk selepas daftar online?

Tidak perlu. Sebaik sahaja pendaftaran online anda berjaya, akaun anda aktif serta-merta dan sedia digunakan tanpa perlu ke kiosk lagi.

Bolehkah saya daftar akaun yang sama di dua telefon berbeza?

Tidak boleh. Satu akaun MyDigital ID hanya boleh aktif pada satu telefon sahaja (device binding). Anda perlu revoke pada peranti lama sebelum daftar di peranti baru.

Apa perlu buat jika saya terlupa PIN 6-digit MyDigital ID?

Anda perlu melakukan proses Revoke ID terlebih dahulu melalui aplikasi atau kiosk, kemudian lakukan pendaftaran semula untuk mencipta PIN yang baharu.

Adakah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh mendaftar?

Tidak boleh. Pendaftaran hanya terbuka kepada individu yang telah memiliki MyKad rasmi dan berumur 12 tahun ke atas sahaja.

Penafian: Artikel panduan cara daftar MyDigital ID ini ditulis berdasarkan rujukan tutorial portal rasmi Sistem Identiti Digital Kebangsaan dan aplikasi rasmi MyDigital ID di Google Play Store bagi tahun 2026. Portal ewarta.my adalah platform informasi digital bebas pihak ketiga dan TIDAK mempunyai sebarang kaitan rasmi atau mewakili pihak agensi pengurusan MyDigital ID Malaysia. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa merujuk saluran khidmat pelanggan rasmi di talian +60 3-8687 2772 sekiranya menghadapi ralat sistem yang kritikal.

Tags:

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed