Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Cara Buat Rayuan TVET – Dibuka Sehingga 30 Jun 2026

fasa rayuan tvet

Rayuan TVET 2026 kini dibuka bermula 8 Jun sehingga 30 Jun 2026 di portal UPTVET (https://mohon.tvet.gov.my/).

Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran atau ingin mencuba peluang kedua, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Rayuan ini hanya boleh dibuat untuk kursus yang pernah dipohon dan kursus yang masih mempunyai kekosongan/belum penuh.

Ringkasan Artikel

  • Fasa Rayuan TVET dibuka: 8 Jun – 30 Jun 2026
  • Rayuan boleh dibuat melalui portal UPTVET
  • Rayuan dibuka untuk kursus yang pernah dipohon dan kursus yang masih mempunyai kekosongan/belum penuh.

Fasa Rayuan UP_TVET Perdana Dibuka

Fasa Rayuan UP_TVET Perdana bagi ambilan Julai 2026 boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui Portal Rasmi UP_TVET bermula dari 8 Jun sehingga 30 Jun 2026.

Calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan TVET pada tarikh yang ditetapkan melalui pautan yang tertera di atas.

rayuan tvet 2026
Gambar hebahan Fasa Rayuan TVET dibuka 8-30 Jun 2026 diambil daripada FB UP TVET

Siapa Boleh Buat Rayuan TVET?

Fasa rayuan TVET ini dibuka untuk:

  • Pemohon Fasa Utama: Calon yang tidak menerima sebarang tawaran, atau calon yang mendapat tawaran tetapi tidak klik butang “Terima Tawaran” sebelum ini.
  • Pemohon Baharu: Calon yang langsung tidak sempat membuat pendaftaran semasa fasa pertama (Fasa Perdana) dibuka dahulu.

Bagaimana Cara Nak Mohon Rayuan TVET?

Rayuan TVET 2026 boleh dibuat melalui portal UP_TVET. Semak cara buat rayuan TVET berikut:

  • Buka portal UP_TVET
  • Klik Log Masuk
  • Masukkkan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
  • Pemohon perlu ‘KLIK RAYUAN’ bagi kursus yang telah dipohon sebelum ini.
  • Permohon juga boleh klik ‘PILIHAN KURSUS’ untuk tambah atau pilih kursus lain yang masih ada kekosongan.
  • Sahkan dan hantar permohonan rayuan anda sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2026.

Rayuan dan permohonan baharu hanya dibuka untuk program yang masih mempunyai kekosongan. Senarai program yang masih menerima permohonan boleh disemak di portal UPTVET pada bahagian “Info Tambahan”.

Rayuan hanya boleh dibuat untuk:

  • kursus yang pernah dipohon
  • kursus yang masih mempunyai kekosongan/belum penuh.

Permohonan Calon Yang Masih Berstatus Calon Mohon Sehingga 22/05/2026 Boleh Dianggap Tidak Berjaya. Mohon Semula Kursus Dalam Fasa Rayuan.

PENTING: Calon yang telah membuat “Setuju Terima” tawaran dalam tempoh 25 Mei hingga 7 Jun 2026 TIDAK dibenarkan membuat pertukaran ke program lain.

Tarikh Penting TVET Ambilan Siri Perdana: 2/2026

Berikut ialah tarikh penting TVET ambilan siri perdana 2/2026:

PerkaraTarikh MulaTarikh Tamat
Permohonan01/04/202608/05/2026
Temuduga (Jika ada)04/05/202608/05/2026
Tawaran Institusi Kepada Calon11/05/202622/05/2026
Calon Setuju Terima Tawaran25/05/202607/06/2026
Rayuan08/06/202630/06/2026

Bila Keputusan Rayuan TVET Keluar?

Keputusan akhir rayuan adalah sehari selepas tamat tarikh permohonan rayuan. Jika tiada tawaran diterima sehingga tarikh tersebut, permohonan dianggap tidak berjaya.

Merujuk facebook TVET MARA Masjid Tanah, sepanjang tempoh rayuan dibuka (8–30 Jun 2026), TVET akan membuat tawaran setiap hari bagi program yang masih mempunyai kekosongan.

Jika anda membuat rayuan atau permohonan baharu hari ini, tawaran boleh diterima seawal esok, tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan.

Gambar daripada Facebook TVET MARA Masjid Tanah

TVET itu Apa?

Bagi yang belum tahu, TVET (singkatan untuk Technical and Vocational Education and Training) sebenarnya adalah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Senang cerita, TVET ni sesuai untuk pelajar yang tak minat sangat menghadap buku 24 jam, tapi suka belajar secara hands-on.

Kalau universiti biasa banyak fokus dekat teori dan exam, TVET pula 70% adalah praktikal/amali dan 30% teori. Masuk kelas memang terus pegang mesin, leraikan enjin, buat coding komputer dan macam-macam lagi.

Siapa minat belajar secara praktikal bukan teori semata, boleh mohon TVET di portal UP_TVET.

Apa Kos yang Ditawarkan TVET?

Kursus atau “kos” yang ditawarkan dalam TVET di Malaysia sangat banyak dan dipecahkan kepada beberapa bidang utama (kluster industri). Jadi, anda boleh pilih ikut minat dan pasaran kerja yang tengah laku keras.

Untuk mengetahui senarai kursus/kos di tawarkan sila rujuk:

Tak jumpa kursus yang anda nak cari? Ikuti tip membuat carian kursus ni.

kursus TVET
Gambar cara cari kursus TVET diambil daripada FB UP TVET

Apa Kelebihan Masuk TVET?

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia sedang menggalakkan para pelajar untuk mendaftar kursus dan bidang TVET kerana industri memang tengah “dahaga” pekerja mahir.

Ini 6 kelebihan utama kalau anda pilih untuk masuk TVET:

1. Habis Belajar, Senang Dapat Kerja (Kadar Kerja >90%)

Majikan zaman sekarang dah tak tengok sijil atas kertas sangat. Majikan nak orang yang masuk kerja, terus reti buat kerja. Sebab itu, lebih 90% graduan TVET dapat kerja dalam masa 6 bulan selepas tamat belajar.

2. Belajar Sambil Buat

Kalau anda jenis tak suka mengantuk menghadap buku teks 24 jam, masuk TVET jawapannya. Sistem TVET iala 70% praktikal (amali) dan 30% teori.

Markah dikira berdasarkan projek yang dibuat dekat bengkel, bukan semata-mata bergantung pada exam bertulis.

3. Gaji Masyuk & Permintaan Tinggi

Jangan ingat budak TVET ni kerja gaji murah. Sekarang, kalau ada kemahiran tinggi (high-skilled), contohnya pakar kimpalan bawah air (underwater welding), pakar sistem solar, atau pakar cybersecurity, gaji boleh mencecah 4 hingga 5 angka sebulan, kalah orang ada degree biasa!

4. Peluang Jadi “Bos” Sendiri (Mudah Buka Bisnes)

Peluang nak buka bisnes sendiri tu cerah sebab pelajar TVET ni ada skill teknikal yang orang lain tak ada. Jadi tak semestinya kena kerja makan gaji.

Ramai graduan TVET buka bengkel kereta sendiri, kedai kek/bakeri, syarikat pendawaian elektrik, atau buat servis freelance aircond.

5. Sijil Laku Keras & Diiktiraf

Sijil kemahiran yang diperolehi bukan sijil biasa-biasa. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) ini diiktiraf oleh industri besar dan ada lencana MQA.

6. Banyak Ditanggung Kerajaan & Ada Elaun

Banyak institusi TVET awam (macam GiatMARA, ILP, atau IKBN) menawarkan yuran yang sangat murah, malah ada yang percuma. Paling best, ada program yang siap bagi elaun bulanan (duit poket) sepanjang korang belajar. Jadi, tak adalah korang keluar belajar terus tanggung hutang pinjaman yang besar.


Memandangkan Fasa Rayuan & Permohonon Baharu UP_TVET 2026 tengah dibuka sekarang sampai 30 Jun ini, anda kena bertindak cepat. Ambil peluang untuk mohon sekarang!

Rujukan & Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, kursus atau penggunaan sistem, sila hubungi pihak TVET melalui saluran berikut:

  •  Emel: up_tvet@mohr.gov.my
  •  WhatsApp (Teks Sahaja): 019-231 8243
  •  Waktu Operasi: 8:30 pagi – 5:00 petang
  •  Hari Operasi: Isnin – Jumaat (kecuali cuti umum)

Media Sosial Rasmi UP_TVET

Anda juga boleh terus rujuk di portal UP_TVET atau gunakan fungsi UP_TVET Bot di bahagian bawah kanan laman terlebih dahulu sebelum menghubungi saluran lain.

Rujuk juga:

FAQ – Soalan Lazim Permohonan Rayuan TVET 2026

Bilakah keputusan rayuan UP_TVET Perdana dikeluarkan?

Keputusan akhir rayuan akan diumumkan sehari selepas tamat tarikh permohonan rayuan bagi fasa tersebut.

Bagaimanakah jika saya masih tidak menerima sebarang tawaran sehingga tarikh tersebut?

Sekiranya tiada sebarang tawaran diterima selepas tarikh akhir keputusan rayuan, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Berapakah bilangan ambilan utama TVET Perdana dalam setahun?

Pengambilan dibuka 2 kali setahun iaitu Ambilan Januari dan Ambilan Julai (selepas keputusan SPM diumumkan).

Di manakah permohonan rayuan TVET boleh dibuat?

Log masuk ke akaun sedia ada anda di Portal UP_TVET.

Adakah pemohon baharu yang terlepas fasa perdana boleh membuat rayuan?

Ya boleh. Tempoh rayuan turut dibuka kepada calon baharu yang langsung belum pernah mendaftar sebelum ini.

Bilakah fasa rayuan TVET dibuka?

Rayuan TVET 2026 kini dibuka bermula 8 Jun sehingga 30 Jun 2026 di portal UPTVET (https://mohon.tvet.gov.my/).

Sistem penawaran untuk pemohon baharu dan rayuan adalah berasaskan “First Come, First Served” (Siapa cepat, dia dapat) tertakluk kepada baki kekosongan kuota program tersebut. Jangan lupa buat permohonan/rayuan segera!

Penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan am sahaja. Sila rujuk saluran rasmi Unit Pengambilan TVET untuk maklumat yang sah dan muktamad. Pembaca diingatkan bahawa proses permohonan dan rayuan UP_TVET adalah PERCUMA dan hanya dilakukan secara dalam talian. 
Semua pautan yang disediakan dalam artikel ini adalah pautan terus yang selamat ke portal rasmi berkaitan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, penipuan (scam), atau isu keselamatan data. 
Tags:

Penulis bebas, aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan gaya hidup, berita, info viral dan topik bebas.

View All Posts