Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Cara Tuntut Faedah (Claim) LINDUNG 24 Jam PERKESO – Panduan Lengkap

CARA CLAIM LINDUNG 24 JAM

Tuntutan faedah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) boleh dikemukakan secara dalam talian melalui Portal LINDUNG FAEDAH PERKESO atau dengan hadir terus ke kaunter pejabat PERKESO terdekat.

Skim baharu yang berkuat kuasa bermula 1 Jun 2026 ini memberi perlindungan kepada pekerja bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja dan tidak berkaitan dengan pekerjaan (seperti kemalangan di rumah atau jalan raya sewaktu bercuti).

Anda boleh rujuk panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat tuntutan atau claim faedah (Claim) LINDUNG 24 Jam PERKESO di bawah.

CARA CLAIM LINDUNG 24 JAM

Apa Faedah Boleh Tuntut Di Bawah Skim LINDUNG 24 Jam?

Di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) PERKESO, anda layak menuntut pelbagai manfaat kewangan dan rawatan perubatan komprehensif bagi sebarang insiden atau musibah yang berlaku di luar waktu bekerja (seperti kemalangan di rumah, kecederaan sewaktu sukan riadah, atau kemalangan jalan raya semasa bercuti).

Senarai Faedah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam):

Jika kes anda diluluskan, anda layak menerima faedah penggantian pendapatan dan bantuan pemulihan seperti:

  1. Faedah Perubatan: Rawatan percuma di klinik panel atau hospital kerajaan.
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS): Elaun tunai harian sepanjang tempoh cuti sakit (MC).
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK): Pampasan pukal atau pencen bulanan jika berlaku cacat kekal.
  4. Elaun Layanan Sentiasa (ELS): Bantuan bulanan RM500 jika pesakit hilang upaya teramat parah.
  5. Kemudahan Pemulihan (Rehabilitasi): Fisioterapi, bekalan kaki palsu, kerusi roda, dan latihan Return to Work.
  6. Faedah Orang Tanggungan (FOT): Pencen bulanan untuk waris (pasangan/anak) jika pencarum meninggal dunia.
  7. Faedah Pengurusan Mayat (FPM): Bantuan tunai sehingga RM3,000 untuk pengurusan jenazah.
  8. Kemudahan Pendidikan: Pinjaman atau bantuan pendidikan untuk anak-anak pencarum yang meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal parah.

Untuk pengetahuan anda, setakat 30 Jun 2026 (tempoh sebulan pelaksanaan LINDUNG 24 Jam), sebanyak:

  • 457 kes diluluskan
  • RM1.27 juta telah disalurkan kepada orang berinsurans dan keluarga mereka

Jumlah ini belum termasuk bayaran faedah jangka panjang yang akan terus dibayar kepada penerima yang layak mengikut peruntukan skim.

Cara Buat Tuntutan /Claim Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO 2026

Tuntutan faedah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO (Kemalangan Bukan Bencana Kerja) boleh dilakukan melalui dua cara utama, iaitu: secara dalam talian (online) atau hadir secara fizikal di kaunter PERKESO berdekatan anda.

Tuntutan faedah Lindung 24 Jam boleh dilakukan dengan mudah secara online. Tak perlu susah-susah pergi pejabat PERKESO. Tapi, permohonan tuntutan secara online ini untuk WARGANEGARA sahaja ya.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman rasmi Portal LINDUNG FAEDAH PERKESO.
  2. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Pilih menu Permohonan Faedah dan klik Permohonan Baru.
  4. Kemudian, pilih jenis permohonan (kemalangan).
  5. Isi borang permohonan faedah bahagian maklumat orang berinsurans, dan klik Seterusnya.
  6. Isi tarikh kemalangan, pilih TIDAK untuk soalan ‘Adakah kemalangan berlaku kerana urusan kerja’ untuk tuntutan Lindung 24 Jam.
  7. Lengkapkan semua maklumat berkaitan kemalangan, kecederaan, doktor yang merawat serta maklumat tempoh cuti sakit dan klik Seterusnya.
  8. Untuk bahagian maklumat majikan, ia akan dipaparkan automatik, semak dan klik Seterusnya.
  9. Pilih bank dan isi nombor akaun bank anda. Klik Seterusnya.
  10. Muat naik dokumen dalam format PDF atau imej (pastikan muat naik dalam tempoh 30 hari untuk mengelakkan permohonan ditutup).
  11. Pilih pejabat berurusan yang berdekatan anda, semak maklumat di bahagian Pengesahan Permohonan Orang Berinsurans, tandakan kotak kecil sebagai persetujuan dan pengakuan.
  12. Akhir sekali, klik Hantar.
cara claim lindung 24 jam sbkk (1)
Layari laman rasmi Portal LINDUNG FAEDAH PERKESO.
cara claim lindung 24 jam sbkk (2)
Pilih menu Permohonan Faedah
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Klik Permohonan Baru
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Kemudian, pilih jenis permohonan (kemalangan, penyakit khidmat, keilatan, kematian, atau hilang upaya kekal) dan klik Seterusnya.
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Isi dan lengkap maklumat diri (Orang Berinsurans)
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Contoh untuk tuntutan jenis Kemalangan: Isi tarikh kemalangan, pilih TIDAK untuk soalan ‘Adakah kemalangan berlaku kerana urusan kerja’ untuk tuntutan Lindung 24 Jam
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Lengkapkan semua maklumat berkaitan kemalanga, kecederaan, doktor yang merawat serta maklumat tempoh cuti sakit dan klik Seterusnya.
cara claim lindung 24 jam
Untuk bahagian maklumat majikan, ia akan dipaparkan automatik, semak dan klik Seterusnya.
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Pilih bank dan isi nombor akaun bank anda. Klik Seterusnya.
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Muat naik semua dokumen yang diperlukan
cara claim lindung 24 jam sbkk (3)
Pilih pejabat berurusan yang berdekatan anda, semak maklumat di bahagian Pengesahan Permohonan Orang Berinsurans, tandakan kotak kecil sebagai persetujuan dan pengakuan. Akhir sekali, klik Hantar.

VIDEO TUTORIAL TUNTUTAN FAEDAH LINDUNG 24 JAM (KES KEMALANGAN)

Di bawah ini juga kami kongsikan video tutorial untuk claim Lindung 24 JAM untuk panduan yang lebih jelas:

Tutorial Cara Claim LINDUNG 24 Jam PERKESO (Sumber: Instagram PERKESO)

MAKLUMAN:

Anda kena daftar dulu akaun di Portal LINDUNG FAEDAH PERKESO sebelum buat tuntutan faedah Lindung 24 jam. Sekiranya anda BELUM DAFTAR, sila rujuk panduan Cara Daftar Akaun Portal LINDUNG FAEDAH.

Bagi pencarum yang memilih urusan manual, anda boleh hadir ke mana-mana pejabat PERKESO berhampiran.

  1. Muat turun dan cetak borang permohonan faedah. Klik: Borang 34 – Butiran Notis dan Tuntutan Faedah
  2. Isi borang tuntutan tersebut secara manual dengan lengkap dan jelas. (PENTING: Borang ini perlukan cop syarikat dan tandatangan majikan)
  3. Sediakan salinan dokumen yang diperlukan seperti:
    • Salinan kad pengenalan.
    • Sijil cuti sakit asal (MC).
    • Slip gaji untuk 6 bulan ke belakang dari tarikh kemalangan.
    • Salinan rekod kehadiran untuk bulan kemalangan.
    • Maklumat akaun bank (muka depan).
    • Laporan Polis asal dan peta lakaran (jika terlibat dalam kemalangan jalan raya).
  4. Bawa borang yang telah lengkap beserta dokumen sokongan fizikal terus ke Kaunter Pejabat PERKESO terdekat.
  5. Serahkan dokumen di kaunter untuk proses semakan dan serahan fail oleh pegawai bertugas.

ATAU, anda boleh terus ke Pejabat PERKESO yang terdekat, dapatkan borang di kaunter dan isi dengan lengkap.

Kemudian, setelah mendapatkan cop dan tandatangan majikan, bawa dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di atas untuk dihantar sekali.

ATAU, Pihak majikan juga boleh mengisi dan menghantar borang ini bersama dokumen sokongan yang anda sediakan.

BORANG 34 – BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH

Apa Dokumen Diperlukan untuk Claim Lindung 24 Jam?

Untuk membuat tuntutan (claim) di bawah Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) oleh PERKESO, anda perlu menyediakan dokumen sokongan utama bagi membuktikan kemalangan berlaku di luar waktu kerja.

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan:

  • Salinan Kad Pengenalan (IC) pekerja / pencarum.
  • Sijil Cuti Sakit (Medical Certificate – MC) yang sah daripada hospital atau klinik panel.
  • Laporan Polis (jika kemalangan melibatkan jalan raya).
  • Penyata Gaji terkini (untuk pengesahan kadar bayaran faedah).
  • Buku / Penyata Akaun Bank pekerja untuk urusan pembayaran terus (direct credit).

Dokumen Tambahan (Mengikut Jenis Tuntutan)

  • Laporan Perubatan / Kesihatan sekiranya perlu.
  • Peta lakaran (jika melibatkan kemalangan).
  • Sijil Kematian & Permit Kubur sekiranya tuntutan dibuat oleh waris untuk Faedah Pengurusan Mayat atau Orang Tanggungan.

Makluman: Untuk mengetahui senarai dokumen yang diperlukan mengikut kes, sila rujuk PERKESO berhampiran anda.

Cara Tuntut Faedah LINDUNG 24 Jam untuk Pekerja Asing

Untuk pekerja asing, tuntutan boleh dibuat menggunakan Borang 34-PA (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah Pekerja Asing).

Borang ini memerlukan pengesahan, tandatangan rasmi, serta cop syarikat majikan.

Pihak majikan boleh log masuk ke Portal ASSIST PERKESO untuk melaporkan kemalangan dan menghantar tuntutan pekerja asing secara digital.

Majikan atau pekerja asing juga boleh memuat turun borang, melengkapkannya, dan menghantar dokumen fizikal terus ke mana-mana kaunter Pejabat PERKESO terdekat.

BORANG 34 -PA Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah Pekerja Asing)

Dokumen diperlukan:

  • Salinan Pasport pekerja asing yang masih sah (menggantikan kad pengenalan).
  • Salinan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau pas kerja yang sah.
  • Sijil Cuti Sakit Asal (MC).
  • Slip Gaji 6 Bulan Terkini sebelum bulan kemalangan berlaku.
  • Rekod Kehadiran Kerja pada bulan kemalangan.
  • Salinan Muka Depan Buku Bank / Penyata Bank pekerja (akaun mestilah aktif).
  • Laporan Polis Asal dan Peta Lakaran (jika kes kemalangan jalan raya semasa pergi/balik kerja)

Rujuk senarai semak dokumen permohonan Borang 34-PA untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.

Apa Kes Boleh yang Boleh Buat Tuntutan?

Info ini sangat penting untuk semua pencarum agar anda tidak keliru dan boleh mendapatkan hak anda sepenuhnya.

Ingat ya, Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) oleh PERKESO melindungi pekerja bagi kes kemalangan atau kecederaan yang berlaku di LUAR waktu bekerja.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam sehari walau di mana sahaja anda berada, asalkan insiden tersebut adalah kemalangan BUKAN PADA WAKTU BEKERJA/BUKAN BENCANA KERJA.

Contohnya:

  • Kemalangan Domestik / Di Rumah: Tergelincir di dalam bilik air, jatuh tangga, atau cedera semasa memasak di rumah pada hujung minggu.
  • Kemalangan Jalan Raya Peribadi: Terlibat dalam nahas jalan raya semasa keluar membeli barang dapur, bersiar-siar dengan keluarga, atau pulang ke kampung.
  • Kecederaan Sukan / Rekreasi: Mengalami kecederaan (seperti patah tulang atau terseliuh teruk) semasa bermain bola sepak, mendaki gunung, atau berjoging bersama rakan.
  • Musibah Semasa Bercuti: Terlibat dalam kemalangan atau mendapat kecederaan fizikal ketika sedang bercuti di kampung.
  • Kemalangan Selepas Waktu Kerja: Ditimpa musibah selepas waktu pejabat tamat, contohnya semasa berpatah balik ke tempat kerja untuk mengambil barang peribadi yang tertinggal.

Apa Kes TIDAK Boleh Buat Tuntutan?

Namun begitu, terdapat beberapa situasi khusus yang tidak diliputi di bawah skim ini iaitu:

  • Kemalangan yang berlaku semasa waktu kerja atau dalam perjalanan pergi/balik kerja (kes ini perlu dituntut di bawah Skim Bencana Pekerjaan sedia ada, bukan LINDUNG 24 Jam).
  • Kecederaan yang terjadi disebabkan oleh penglibatan pencarum dalam aktiviti haram atau jenayah.
  • Kemalangan berlaku di luar Malaysia atas urusan peribadi.
  • Orang Berinsurans pekerja asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau melanggar apa-apa syarat kemasukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]
  • Bencana pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789]
  • Bencana domestik di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 [Akta 838]
  • Sebarang cubaan membunuh diri atau perbuatan mencederakan diri sendiri dengan sengaja.
  • Keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit seperti kencing manis, demam, darah tinggi dan lain-lain.

Jika Sudah Ada Penyakit Sedia Ada, Adakah Boleh Tuntut?

Boleh, anda tetap boleh membuat tuntutan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam sekiranya anda mempunyai penyakit sedia ada, asalkan punca cuti sakit atau kecederaan tersebut adalah disebabkan oleh kemalangan fizikal.

Pihak PERKESO menegaskan bahawa skim ini tidak menolak permohonan semata-mata kerana faktor kesihatan sedia ada. Namun, syarat dan perbezaan situasi di bawah perlu difahami dengan jelas:

Situasi yang BOLEH Dituntut

Anda layak menerima faedah sekiranya kemalangan fizikal berlaku ke atas diri anda, walaupun anda menghidap penyakit kronik:

  • Contoh 1: Seorang penghidap kencing manis tergelincir dari tangga di rumah pada hari Ahad dan mengalami patah kaki. Kes ini boleh dituntut kerana kecederaan kaki itu berpunca daripada impak kemalangan (jatuh tangga), bukan akibat penyakit kencing manisnya.
  • Contoh 2: Seorang pesakit darah tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya peribadi semasa memandu ke pasar. Kes ini boleh dituntut untuk kecederaan fizikal yang dialami akibat pelanggaran tersebut.

Situasi yang TIDAK BOLEH Dituntut

Tuntutan akan ditolak sekiranya kemasukan ke hospital atau cuti sakit adalah bagi tujuan merawat penyakit itu sendiri:

  • Contoh 1: Pesakit kencing manis dimasukkan ke wad kerana kadar gula dalam darah terlalu tinggi atau perlu memotong jari kaki akibat jangkitan kuman (gangren). Kes ini tidak boleh dituntut kerana tiada unsur kemalangan fizikal yang berlaku.
  • Contoh 2: Seseorang mendapat cuti sakit (MC) kerana demam biasa, diserang strok, atau serangan jantung secara tiba-tiba di rumah. Keadaan ini dikecualikan daripada perlindungan Skim LINDUNG 24 Jam.
CARA CLAIM LINDUNG 24 JAM

Video Tutorial Cara Tuntut LINDUNG 24 Jam (Kes Kemalangan & Kematian)

Tonton video tutorial yang dikongsikan oleh PERKESO ini mengetahui cara buat tuntutan kes kemalangan dan kematian langkah demi langkah secara dalam talian.

Kes KEMALANGAN

Kes KEMATIAN

Makluman:

Selain daripada Skim LINDUNG 24 Jam, waris atau orang tanggungan arwah boleh menuntut tiga jenis bantuan utama daripada PERKESO sekiranya berlaku kes kematian, bergantung kepada punca kematian dan status caruman arwah iaitu:

  1. Pencen Penakat (Di bawah Skim Keilatan)
  2. Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
  3. Faedah Orang Tanggungan / FOT (Di bawah Skim Bencana Pekerjaan) – Jika kematian berlaku dalam waktu bekerja/disebabkan bencana kerja.

Rujukan & Pertanyaan

Talian Bantuan & Sokongan Fizikal

Jika anda menghadapi masalah teknikal semasa proses online, anda boleh menggunakan saluran alternatif berikut:

  • Hubungi Careline: Telefon talian khidmat pelanggan PERKESO di 1-300-22-8000.
  • Emel Sokongan: Hantar pertanyaan ke e-mel rasmi perkeso@perkeso.gov.my.
  • Hadir Fizikal: Anda juga boleh terus membawa dokumen sokongan (seperti MC, kad pengenalan, dan laporan polis) ke mana-mana Pejabat PERKESO yang berhampiran dengan lokasi anda untuk bantuan ejen di kaunter.

FAQ – Soalan Lazim

Bagaimana cara membuat permohonan tuntutan faedah?

Tuntutan boleh dikemukakan melalui dua kaedah utama:
– Secara Dalam Talian (Online): Log masuk ke Portal LINDUNG Faedah PERKESO untuk mengisi notis kemalangan dan memuat naik dokumen.
– Secara Fizikal: Hadir terus ke mana-mana kaunter Pejabat PERKESO terdekat dengan membawa semua dokumen sokongan asal.

Berapa hari minimum cuti sakit (MC) untuk layak menuntut Faedah Hilang Upaya Sementara?

Pekerja layak menuntut faedah tunai harian ini sekiranya mendapat cuti sakit sekurang-kurangnya tidak kurang daripada 4 hari, termasuk hari kemalangan berlaku. Faedah ini tetap dibayar walaupun majikan memberikan cuti sakit bergaji penuh kepada pekerja.

Adakah wakil boleh membuat tuntutan jika pekerja terlalu cedera untuk memohon sendiri?

Boleh. Sekiranya pekerja mengalami kecederaan parah akibat kemalangan dan tidak mampu menguruskan permohonan, tuntutan faedah boleh dilakukan oleh pihak lain (seperti ahli keluarga atau waris) tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh PERKESO.

Adakah kemalangan sebelum skim ini berkuat kuasa boleh dituntut?

Tidak boleh. Skim LINDUNG 24 Jam mula berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Jun 2026. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku sebelum tarikh kuat kuasa tersebut tidak dilindungi dan tidak boleh dituntut di bawah skim ini.

Adakah majikan berhak mengambil wang faedah harian (MC) yang diterima pekerja?

Tidak berhak. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) adalah hak mutlak pekerja. Pihak majikan sama sekali tidak mempunyai hak undang-undang untuk menuntut atau memotong bahagian faedah tersebut.

Apa syarat-syarat tuntutan untuk setiap faedah di bawah Skim LINDUNG 24 Jam?

Setiap faedah di bawah Skim LINDUNG 24 Jam mempunyai syarat kelayakan dan kriteria tuntutan khusus yang telah ditetapkan oleh pihak PERKESO:

1. Faedah Perubatan: Kemalangan luar kerja + Rawatan di Klinik Panel PERKESO / Hospital Kerajaan sahaja.
2. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS): Cuti sakit (MC) minimum 4 hari berturut-turut termasuk hari kemalangan.
3. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK): Mengalami kecacatan kekal + Mesti disahkan oleh Jemaah Doktor PERKESO.
4. Elaun Layanan Sentiasa (ELS): Hilang upaya kekal 100% + Perlu bantuan orang lain untuk urus diri.
5. Kemudahan Pemulihan: Sedang terima FHUS/FHUK + Perlu fisioterapi atau alat bantuan (kaki palsu/kerusi roda).
6. Faedah Orang Tanggungan (FOT): Pencarum meninggal dunia + Dibayar kepada balu/duda (seumur hidup) & anak (bawah 21 tahun).
7. Faedah Pengurusan Mayat (FPM): Kes kematian skim + RM3,000 one-off dibayar kepada pengurus jenazah.
8. Kemudahan Pendidikan: Pencarum meninggal / cacat kekal + Anak dapat tawaran belajar Diploma/Ijazah di IPT.

Penafian (Disclaimer): Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat undang-undang atau keputusan muktamad daripada pihak PERKESO. Sebarang syarat, kelayakan, dan proses tuntutan rasmi adalah tertakluk kepada pindaan serta kelulusan mutlak daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dari semasa ke semasa.

Penulis dan pemilik portal ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, salah faham, atau implikasi perundangan yang timbul akibat penggunaan maklumat daripada artikel ini. Sila rujuk terus kepada portal rasmi PERKESO atau hadir ke Pejabat PERKESO berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini, tepat, dan sahih mengenai tuntutan Skim LINDUNG 24 Jam.

Penulis bebas dan aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan kewangan, gaya hidup dan topik trending.

View All Posts

You Missed