F1 Kembali Ke Sepang 2026 – Harga Tiket & Jadual Perlawanan
KUALA LUMPUR โ Formula 1 (F1) disahkan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
Perlumbaan ini dianjurkan secara rasmi bagi menggantikan slot Grand Prix Bahrain yang terpaksa ditangguhkan akibat krisis geopolitik di Timur Tengah.
Menariknya, acara ini akan mengekalkan nama Bahrain Grand Prix yang dihoskan oleh Malaysia dengan kos yuran penganjuran (sanction fees) ditanggung sepenuhnya oleh dana kedaulatan Bahrain, Mumtalakat.
Pengumuman rasmi ini dibuat secara bersama oleh pihak Formula 1, persekutuan FIA, serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain.
Acara ini menamatkan penantian sembilan tahun peminat tempatan sejak kali terakhir perlumbaan F1 diadakan di Malaysia pada tahun 2017.
- Bila Tarikh F1 di Malaysia?
- Berapa Harga Tiket F1 Sepang 2026?
- Cara Beli Tiket F1 Sepang 2026 - Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia
- Macam Mana Nak Jadi Sukarelawan F1 Sepang 2026?
- Persiapan Fasiliti Litar Bernilai Hingga RM100 Juta!
- Jadual Perlawanan F1 2026 di Sepang - Bahrain Grand Pix
- Rujukan & Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Sukarelawan F1 di Litar Sepang - Bahrain Grand Prix di Malaysia
Bila Tarikh F1 di Malaysia?
Perlumbaan Formula 1 (F1) di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Formula 1 kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun menyepi didorong oleh krisis keselamatan di Timur Tengah.
Perang yang membabitkan beberapa buah negara di rantau tersebut menyebabkan litar Sakhir di Bahrain serta litar Jeddah di Arab Saudi dinilai sebagai zon berisiko tinggi untuk penganjuran acara sukan berskala besar global.
- Tarikh: 2 โ 4 Oktober 2026
- Lokasi: Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia
- Status Kontrak: Hos gantian (stand-in host) khusus untuk kalendar musim 2026 sahaja.
- Jadual Fasa Asia (Triple-Header): Perlumbaan di Sepang ini akan berada di antara GP Azerbaijan (24โ26 September) dan GP Singapura (9โ11 Oktober).

“Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia“
Walaupun perlumbaan ini berlangsung di Litar Sepang, ia tidak akan menggunakan nama ‘Malaysian Grand Prix’.
Sebaliknya, perlumbaan yang dijadualkan pada 2 hingga 4 Oktober 2026 ini akan dijenamakan secara rasmi sebagai ‘Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia‘.

Berapa Harga Tiket F1 Sepang 2026?
| Kategori Tiket (3-Day) | Warganegara Malaysia (MYR) | Antarabangsa (USD) | Nota & Diskaun Kanak-kanak |
|---|---|---|---|
| ๐๏ธ Main Grandstand | RM 2,083.40 | $566.05 | ๐ถ Umur 3โ6: Diskaun 25% ๐ผ Bawah 3: Percuma (Tanpa tempat duduk) |
| ๐๏ธ K1 Grandstand | RM 1,386.00 | $350.13 | ๐ถ Umur 3โ6: Diskaun 25% ๐ผ Bawah 3: Percuma (Tanpa tempat duduk) |
| ๐๏ธ F Grandstand | RM 1,291.40 | $376.39 | ๐ถ Umur 3โ6: Diskaun 25% ๐ผ Bawah 3: Percuma (Tanpa tempat duduk) |
| ๐ฟ B Hillstand | RM 809.60 | $218.90 | ๐ถ Umur 3โ6: Diskaun 25% ๐ผ Bawah 3: Percuma (Tanpa tempat duduk) |
| ๐ฟ C Hillstand | RM 809.60 | $218.90 | ๐ถ Umur 3โ6: Diskaun 25% ๐ผ Bawah 3: Percuma (Tanpa tempat duduk) |
| ๐ฟ G Hillstand | RM 200.00 | – | โ Tiada diskaun kanak-kanak ๐ผ Bawah 3: Percuma (Tanpa tempat duduk) |

Cara Beli Tiket F1 Sepang 2026 – Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia
Maklumat rasmi mengenai pelepasan jualan dan harga tiket Formula 1 Sepang 2026 masih belum diumumkan secara terperinci oleh pihak pengurusan litar.
Memandangkan pengumuman penambahan Malaysia ke dalam kalendar F1 2026 sebagai hos gantian bagi GP Bahrain baru sahaja disahkan hari ini (26 Julai 2026), fasa penjualan tiket dijangka akan dibuka tidak lama lagi.
TIPS: Memandangkan perlumbaan dijadualkan pada 2 hingga 4 Oktober 2026, anda boleh buat tempahan penginapan (hotel/airbnb/etc) segera. Permintaan hotel di sekitar KLIA, Sepang, dan Nilai dijangka akan melonjak dengan sangat pantas.
Macam Mana Nak Jadi Sukarelawan F1 Sepang 2026?
Untuk menjadi sukarelawan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang (PETRONAS Sepang International Circuit) bagi perlumbaan yang dijadualkan pada 2 hingga 4 Oktober 2026, anda boleh mendaftar melalui pautan berikut:
>> https://myprofil.iyres.gov.my/
Permohonan dibuka mulai 2 September 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui platform Sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan syarat-syarat seperti berikut: ๐๐ป
- 1๏ธโฃ : Warganegara Malaysia
- 2๏ธโฃ : Berusia 18 tahun dan ke atas
- 3๏ธโฃ : Sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit
- 4๏ธโฃ : Berdisiplin, berintegriti, boleh bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi
Rujuk cara permohonan di sini: Permohonan Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026

Persiapan Fasiliti Litar Bernilai Hingga RM100 Juta!
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganggarkan peruntukan sekitar RM50 juta hingga RM100 juta bagi memperkasakan kemudahan bilik VIP (hospitality suites), pusat media, serta sistem perisian garaj pasukan.
Selaku rakan strategik utama, PETRONAS akan mengerah kepakaran logistik dan kejuruteraan cecair mereka bagi memastikan bekalan bahan api serta fasiliti litar berada pada tahap optimum sepanjang minggu perlumbaan.
Jadual Perlawanan F1 2026 di Sepang – Bahrain Grand Pix
Perlawanan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia akan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
FIA telah mengesahkan waktu perlumbaan tidak akan dijalankan pada waktu malam, sebaliknya berlangsung pada waktu siang. Berikut adalah perincian jadual sesi utama (Waktu Tempatan Malaysia, MYT / UTC+8):
๐ Jumaat, 2 Oktober 2026
- ๐ข Latihan Bebas 1 (FP1): 12:30 PM โ 1:30 PM
- ๐ข Latihan Bebas 2 (FP2): 04:00 PM โ 5:00 PM
๐ Sabtu, 3 Oktober 2026
- ๐ข Latihan Bebas 3 (FP3): 12:30 PM โ 1:30 PM
- ๐ด Kelayakan (Qualifying): 04:00 PM โ 5:00 PM
๐ Ahad, 4 Oktober 2026
- ๐ Perlumbaan Utama (Race): 3:00 PM โ 5:00 PM (56 Pusingan)

Rujukan & Pertanyaan
Bagi mendapatkan maklumat rasmi, pengumuman tiket terkini, atau urusan media berkaitan Formula 1 Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026, sila hubungi saluran rasmi di bawah:
- Thread: Sepang Circuit
FAQ – Soalan Lazim Sukarelawan F1 di Litar Sepang – Bahrain Grand Prix di Malaysia
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang sihat fizikal dan mental. Pengalaman dalam sukan permotoran adalah satu kelebihan namun latihan asas akan diberikan oleh pihak SIC sebelum minggu perlumbaan.
Sukarelawan yang berjaya dan hadir bertugas akan menerima elaun saguhati sebanyak RM60 sehari.
Tidak. Pihak SIC hanya menyediakan sajian makanan dan minuman sepanjang hujung minggu perlumbaan. Sukarelawan perlu menguruskan pengangkutan dan penginapan sendiri.
Tarikh pra-jualan dan struktur harga tiket rasmi akan diumumkan oleh pihak PETRONAS Sepang International Circuit dalam fasa terdekat. Slot pembelian dijangka dibuka secara berperingkat menerusi platform tiket dalam talian rasmi mereka.
Penafian: Info dalam artikel ini adalah untuk panduan bagi memudahkan peminat F1 di Malaysia mengetahui maklumat terkini. Perincian mengenai tiket, jadual, dan permohonan sukarelawan adalah tertakluk kepada pindaan semasa oleh pihak PETRONAS Sepang International Circuit (SIC) dan pengurusan Formula 1. Sila rujuk laman web rasmi Sepang Circuit untuk maklumat terkini.

