ILMUchat Pro – Cara Tebus Akses Percuma 3 Bulan, Kelebihan dan Kegunaannya

Infografik ILMUchat Pro - Cara Tebus Akses Percuma 3 Bulan

Cara tebus ILMUchat Pro percuma selama 3 bulan adalah dengan melengkapkan modul pembelajaran AI di platform Rakyat Digital, memilih ganjaran pada papan pemuka, dan membuat pengesahan identii menggunakan MyDigital ID.

Insentif khas sempena Hari Kebangsaan ke-69 melalui program AI Untuk Rakyat ini menawarkan akses premium percuma kepada 100,000 warganegara Malaysia yang layak selama 3 bulan kepada golongan belia dan pelajar berusia 18 hingga 30 tahun.

Namun, tawaran ini bukan diberikan secara automatik kerana peserta perlu melengkapkan modul pembelajaran AI yang ditetapkan di platform Rakyat Digital terlebih dahulu.

Bagi anda yang ingin mengetahui kegunaanILMUchat Pro ini, cara tebus untuk dapat akses 3 bulan percuma serta langkah pengaktifannya, sila rujuk panduan lengkap di bawah.

Infografik ILMUchat Pro - Cara Tebus Akses Percuma 3 Bulan

RINGKASAN ARTIKEL

  • Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun berpeluang mendapatkan ILMUchat Pro secara percuma selama tiga bulan.
  • Tawaran ini merupakan sebahagian daripada program AI Untuk Rakyat melalui platform Rakyat Digital.
  • Peserta perlu melengkapkan modul pembelajaran AI yang ditetapkan sebelum menebus ganjaran.
  • Pengaktifan ILMUchat Pro memerlukan pengesahan melalui MyDigital ID.
  • ILMUchat Pro boleh membantu pengguna dalam tugasan seperti menulis, menghasilkan grafik, menyediakan slaid dan membina prototaip aplikasi.

ILMUchat Pro – Akses Percuma 3 Bulan!

ILMUchat Pro ialah versi berbayar (premium) bagi ILMUchat, iaitu aplikasi kecerdasan buatan (AI) buatan tempatan Malaysia yang dibangunkan oleh YTL AI Labs.

Ia direka khas untuk memahami budaya dan bahasa harian rakyat Malaysia, termasuklah Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan bahasa rojak (Manglish)! – Ini yang saya suka sangat berbanding ChatGPT dan AI yang lain.

Bukan itu sahaja, ILMUchat juga kenal tempat-tempat dekat Malaysia. Memang lokal habislah.

Anda boleh akses ILMUchat versi biasa (percuma) di sini: https://www.ilmu.ai/

Untuk versi biasa (percuma) ini, anda boleh akses pada bila-bila masa. Sama macam ChatGPT, GEMINI, dan perisian AI yang lain.

Walaubagaimanapun, versi percuma ini ada hadnya dan respons agak lambat waktu orang tengah sesak.

TAPI, ILMUchat Pro ni pula sebaliknya. Memang laju dan tak ada had carian.

Kerajaan dah bagi akses percuma untuk versi pro ni selama 3 bulan tau. Kalau bayar, RM50 sebulan. Jadi, 3 bulan percuma maksudnya and aboleh jimat RM150!

Infografik ILMUchat Pro, kelayakan dan cara tebus
Infografik Berita RTM

Siapa Yang Layak Dapatkan 3 Bulan Free ILMUchat Pro?

Untuk tawaran yang diumumkan pada 2026 ini, syarat umur yang dinyatakan ialah:

  • Rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Selain syarat umur, peserta juga perlu melengkapkan modul pembelajaran yang ditetapkan melalui Rakyat Digital sebelum boleh menuntut tawaran tersebut.
  • Program ini menyasarkan sehingga 100,000 rakyat Malaysia.

Kursus Apa yang Wajib Disiapkan di Platform Rakyat Digital?

Untuk melayakkan diri menebus akses percuma 3 bulan ILMUchat Pro, golongan belia (18-30 tahun) wajib menyelesaikan dan lulus 6 modul kursus utama.

Siri modul ini disediakan secara dalam talian di hub literasi portal rasmi Rakyat Digital:

  1. AI Nation 2030: Pendekatan MADANI โ€“ Memahami hala tuju dan visi negara Malaysia ke arah transformasi AI nasional.
  2. CYBERSAFE untuk Rakyat โ€“ Pembelajaran asas keselamatan siber, perlindungan data, dan cara melindungi diri daripada ancaman digital.
  3. AI Generatif (Generative AI) โ€“ Pengenalan kepada teknologi AI yang menjana teks, gambar, dan kod (seperti fungsi utama ILMUchat).
  4. Keselamatan AI (AI Security / Safety) โ€“ Memahami etika penggunaan AI yang bertanggungjawab serta risiko penyalahgunaan teknologi.
  5. Agentik AI untuk Semua (Agentic AI for All) โ€“ Mempelajari sistem AI masa kini yang mampu bertindak secara automatik/berdikari (AI agents) untuk menyelesaikan tugasan kompleks.
  6. Cloud untuk Rakyat (Cloud for People) โ€“ Asas pengkomputeran awan (cloud computing) yang menjadi tulang belakang kepada operasi data dan AI.

Cara nak mula belajar, anda klik sahaja ‘Start Course’ untuk setiap kursus tersebut.

Infografik Kursus Apa yang Wajib Disiapkan di Platform Rakyat Digital untuk tebus ilmuchat pro

Info Penting Pembelajaran:

  • Format Pembelajaran: Kendiri (self-learning) secara dalam talian. Anda boleh tonton video penerangan atau membaca nota mengikut masa sendiri.
  • Syarat Melepasi: Di akhir setiap modul, terdapat kuiz pendek. Anda mesti lulus kuiz bagi kesemua 6 modul untuk membuka status kelayakan tebusan ganjaran.
  • Bahasa: Kursus ini disediakan dalam bahasa yang mudah difahami.

Selepas status kesemua modul bertukar menjadi hijau atau “Selesai (Completed)”, butang tuntutan ganjaran ILMUchat Pro akan muncul pada dashboard akaun anda.

Checklist Sebelum Tebus ILMUchat Pro Percuma

Kalau anda memang layak, jangan terus cuba menebus sebelum memastikan beberapa perkara ini sudah tersedia.

1. Semakan Syarat Kelayakan Diri โœ…

  • Warganegara Malaysia: Mempunyai MyKad (Kad Pengenalan) yang sah.
  • Kategori Umur: Berumur di antara 18 hingga 30 tahun sahaja.
  • Kuota Kempen: Tebus dengan segera kerana tawaran ini terhad kepada 100,000 belia pertama yang berjaya menyelesaikan syarat.

2. Persediaan Aplikasi & Akaun โœ…

  • Muat turun aplikasi MyDigital ke telefon pintar anda (melalui Google Play Store atau Apple App Store).
  • Pastikan akaun sudah didaftar, diaktifkan dan sedia digunakan

3. Sila Selesaikan Tugasan Wajib โœ…

  • Modul Latihan AI: Sudah melengkapkan kursus atau kuiz pendek mengenai kesedaran AI di dalam portal Rakyat Digital.
  • Status Kursus: Memastikan status paparan pada dashboard Rakyat Digital bertukar kepada “Selesai” (Completed) untuk membuka butang ganjaran.

4. Persediaan Akaun ILMUchat โœ…

  • Akaun ILMUchat Biasa: Sudah mendaftar akaun percuma (Basic) di portal ilmu.ai menggunakan e-mel yang sama dengan akaun Rakyat Digital anda untuk mengelakkan ralat penyelarasan (sync error).

Semua dah setel, hah rujuk cara tebus kat bawah.


Macam Mana Nak Dapat Akses Percuma 3 Bulan ILMUchat Pro?

Untuk mendapatkan akses percuma selama 3 bulan (bernilai RM150) bagi versi premium ILMUchat Pro, anda perlu lengkapkan Kursus Latihan AI (AI Untuk Rakyat) terlebih dahulu.

Rujuk panduan langkah demi langkah di bawah:

  1. Layari portal ILMUchat di https://www.ilmu.ai/ms/
  2. Klik “Daftar Sekarang” / “Sign up now”
  3. Sebaik sahaja anda klik butang tersebut anda akan dibawa ke Portal Rakyat Digital.
  4. Log masuk ke Portal Rakyat Digital. Atau kalau belum ada akaun, klik Daftar.
  5. Untuk log masuk, anda wajib gunakan MyDigital ID.
  6. Dah berjaya log masuk, boleh klik tab bahagian atas “Hab Literasi Digital
  7. Klik “Mulakan Kursus”.
  8. Anda akan lihat senarai 6 kursus yang wajib disiapkan.
  9. Bila dah siapkan semua kursus tersebut, anda boleh buat penebusan dengan klik “Redeem Now”, dan pilih ILMUchat.
  10. Lepastu, verify emel anda, dan selesai!

Infografik ILMUchat Pro daftar sekarang
Infografik ILMUchat Pro - Cara Tebus Akses Percuma 3 Bulan

Perbezaan Versi Basic (Percuma) vs Pro (RM50/bulan)

Kalau nak tahu apa beza ILMUchat yang basic dan yang Pro, anda boleh rujuk jadual di bawah:

Ciri / Fungsi Versi Basic (RM0) Versi Pro (RM50)
Akses Platform Web, iOS & Android Web, iOS & Android
Carian Web & Memori Ada Ada (Lebih Pantas)
Bina Slaid & Poster Terhad Tanpa Had (Unlimited)
Bina Tool Guna Kod Terhad Tanpa Had (Unlimited)
Muat Naik Fail & Dokumen Terhad Tanpa Had (Unlimited)
Ciri Baharu (New Updates) Lambat Akses Awal (Early Access)
Kelajuan Respons Biasa (Perlu beratur waktu sesak) Sangat Laju (Prioriti Utama)

Paling penting, semua data yang anda masukkan ke dalam ILMUchat adalah selamat dan dilindungi di bawah PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kerana server pengurusannya dihoskan sepenuhnya di dalam Malaysia.


Apa Kegunaan ILMUchat?

Mungkin masih ramai yang masih belum tahu kewujudan ILMUchat ini dan kegunaaannya. Okay, jom baca penjelasan di bawah.

Sama ada anda seorang pelajar yang kesuntukan masa, usahawan PKS (SME) yang mahu memajukan perniagaan, atau pekerja yang ada banyak kerja nak disiapkan, ini adalah antara kegunaan utama ILMUchat yang boleh membantu mudahkan urusan seharian anda:

1. Faham “Bahasa Rojak” & Konteks Tempatan (Kelebihan Paling Gempak!)

Biasa tak guna AI luar negara, tapi bila kita sebut terma Malaysia seperti โ€œGeorgetownโ€, ia keliru sama ada Georgetown di Pulau Pinang atau di Amerika Syarikat?

Hah, kalau guna ILMUchat, isu itu takkan berlaku. Aplikasi ini memang direka untuk lokal.

  • Manglish & Rojak: Anda boleh taip campur-campur bahasa Melayu, Inggeris, dan bahasa pasar. Ia tetap faham tanpa masalah.
  • Rujukan Tempatan: Sangat ‘expert’ tentang budaya, adat resam, geografi, dan sistem pentadbiran di Malaysia.

2. Membantu Urusan Rasmi & Sistem Kerajaan Malaysia

Satu cabaran utama AI global (seperti ChatGPT atau Gemini versi standard) adalah mereka kurang data tepat tentang sistem birokrasi negara kita.

ILMUchat pula memang dilatih khusus dengan data tempatan untuk membantu anda:

  • Urusan Cukai & Kewangan: Bertanya tentang cara pengiraan cukai pendapatan LHDN atau pelepasan cukai terkini.
  • Bantuan & Grant: Menyemak syarat-syarat permohonan geran PKS (SME), pinjaman PTPTN, atau bantuan subsidi kerajaan yang aktif.
  • Semakan Polisi: Memahami dokumen undang-undang atau polisi kerajaan yang panjang dengan ringkasan yang cepat dan padat.

Berguna sangat!

3. Hasilkan Slaid Pembentangan & Poster Guna AI

Anda tidak perlu lagi pening kepala membuka perisian reka bentuk dari awal. Versi ILMUchat membolehkan anda membuat bahan visual secara terus:

  • Slide Builder: Berikan tajuk atau topik, dan AI akan drafkan slaid pembentangan yang kemas dan berstruktur.
  • Poster & Grafik: Sesuai untuk usahawan yang mahu buat poster jualan digital atau poster promosi media sosial dengan cepat.

4. Menulis dan Mengedit Kandungan Gred ‘A’

Mahu tulis emel rasmi kepada bos dalam Bahasa Melayu yang korporat? Atau mahu tukar artikel bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang natural (bukan bunyi Google Translate)?

ILMUchat, got you!

  • Alih Bahasa Tepat: Terjemahan yang dihasilkan sangat mengikut struktur ayat tempatan (โ€œcikgu sure bagi A!โ€).
  • Penulisan Kreatif & Profesional: Membantu mengarang e-mel, surat rasmi, artikel blog, sehinggalah ke kapsyen media sosial (TikTok, Instagram, Facebook).

5. Membina Aplikasi & Game Mini Tanpa Kod (No-Code Builder)

Bagi anda yang terlibat dalam dunia digital atau pendidikan, ILMUchat mempunyai fungsi kod (coding) yang membolehkan anda membina alatan digital sendiri.

Tulis arahan ringkas, dan AI akan hasilkan kod pengaturcaraan untuk membina kalkulator mini, borang digital, atau simple game.

6. Analisis Fail Dokumen yang Panjang (File Upload)

Anda ada fail PDF setebal 50 halaman yang perlu dibaca sebelum mesyuarat? Jangan risau, guna je ILMUchat!

  • Nuat naik dokumen tersebut ke dalam ILMUchat.
  • Arahkan AI untuk: “Senaraikan 5 isi penting daripada fail ini” atau “Cari bahagian yang membincangkan tentang bajet kewangan”.

Selesai dalam masa beberapa saat!

Adakah Perlu Bayar Untuk Mendapatkan ILMUchat Pro 3 Bulan?

Tidak, bagi peserta yang layak dan berjaya menebus tawaran ini, akses ILMUchat Pro diberikan secara percuma selama tiga bulan.

Harga langganan ILMUchat adalah RM50 sebulan, tiga bulan bersamaa RM150. Tapi dengan menyiapkan semua kursus yang disyaratkan, anda boleh akses dengan PERCUMA SAHAJA!

Kelebihan ILMUchat Pro

Apa untungnya atau apa bestnya guna ILMUchat Pro berbanding jika guna AI lain (seperti ChatGPT Plus, Gemini Advanced) atau versi percuma?

Okay, baca kat bawah.

  • Lebih Murah:
    • Langganan AI premium ChatGPT Plus/Gemini Advanced) berharga USD20 sebulan, iaitu sekitar RM85 hingga RM90 ikut tukaran duit sekarang. ILMUchat Pro cuma RM50 sebulan, jimat hampir separuh harga!
    • Paling menarik, sekarang ni akses ILMUchat pro percuma je selama 3 bulan sekiranya anda berusia 18-30 tahun dan dah siapkan kursus yang diwajibkan di platform Rakyat Digital.
  • Tak Pelat Bila Bercakap:
    • Fungsi sembang suara (voice chat) AI global biasanya bunyi pelik bila sebut perkataan Melayu. Tapi, ILMUchat Pro guna loghat dan intonasi Malaysia yang asli, bunyi sebiji macam sembang dengan kawan sendiri!
  • Faham Terus “Bahasa Pasar” yang digunakan rakyat Malaysia:
    • Tak payah pening kepala pusing ayat korporat. Anda taip campur-campur bahasa Melayu, Inggeris, dan bahasa rojak (Manglish), AI ini tetap faham konteks tanpa masalah.
  • Sistem Pembayaran Mesra Tempatan: Anda tak perlu risau kad kredit ditolak atau akaun kena banned tiba-tiba kalau nak langgan yang pro. Pembayaran pelan Pro menyokong FPX dan e-dompet tempatan dengan khidmat pelanggan terus di Malaysia.
  • Data Dijamin Selamat (Patuh PDPA):
    • Server ILMUchat Pro dihoskan dan dikawal sepenuhnya di dalam Malaysia. Segala dokumen sensitif kerja atau tugasan anda dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), bukan dihantar ke server luar negara.
  • Pakar Rujukan Sistem Malaysia:
    • Kalau tanya pasal cukai LHDN, bantuan subsidi, atau geran PKS (SME), ia boleh beri jawapan yang tepat mengikut polisi negara berbanding AI global yang tiada data lokal terperinci.
  • Satu App Untuk Semua Kerja Grafik:
    • Anda tak payah langgan perisian grafik asing lagi. Dalam satu langganan Pro, anda dah boleh jana slaid pembentangan lengkap dan reka poster visual dengan pantas.

Rujukan & Pertanyaan

Jika anda menghadapi sebarang masalah sepanjang proses pendaftaran, pembelajaran di portal Rakyat Digital, pengesahan MyDigital ID, atau penebusan kod di ILMUchat, berikut adalah senarai saluran rujukan dan bantuan rasmi yang boleh anda hubungi:

1. Urusan Penebusan & Kursus (Rakyat Digital)

Untuk masalah berkaitan modul latihan AI yang tidak dikemas kini, kuiz tersangkut, atau kod penebusan tidak dipaparkan selepas tamat belajar:

  • Laman Web Rasmi: rakyatdigital.gov.my
  • E-mel Bantuan: helpdesk@my-digital.my / support@rakyatdigital.gov.my
  • Agensi Pengelola: MyDIGITAL Corporation & Kementerian Digital Malaysia

2. Urusan Pengesahan Identiti (MyDigital ID)

Jika aplikasi MyDigital ID anda mengalami ralat (error) semasa imbasan muka (biometrik) atau gagal membuat pengesahan warganegara:

  • Laman Web Rasmi: mydigitalid.gov.my
  • Talian Bantuan (Hotline): +603-8000 8000 (Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia – MyGCC)
  • Kaunter Fizikal: Anda juga boleh hadir ke kiosk MyDigital ID di cawangan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) atau UTC terpilih jika aplikasi telefon pintar bermasalah.

3. Urusan Akaun & Langganan AI (ILMUchat Pro)

Sekiranya kod penebusan sudah dimasukkan tetapi akaun masih berstatus Basic, atau anda menghadapi masalah teknikal semasa menggunakan fungsi Pro (Slide Builder/No-Code Builder):

  • Laman Web Rasmi: www.ilmu.ai
  • E-mel Sokongan: support@ilmu.ai
  • Syarikat Pembangun: YTL AI Labs

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.


FAQ – Soalan Lazim ILMUchat Pro

1. Siapa yang layak mendapatkan ILMUchat Pro percuma?

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memenuhi syarat program dan melengkapkan modul pembelajaran AI yang ditetapkan.

2. Berapa lama ILMUchat Pro diberikan secara percuma?

Akses diberikan selama tiga bulan.

3. Berapa harga biasa ILMUchat Pro?

Harga biasa yang dinyatakan oleh ILMUchat ialah RM50 sebulan untuk pelan Pro.

4. Perlu bayar atau masukkan kad kredit untuk tebus?

Bagi tawaran promosi ini, peserta yang layak boleh mendapatkan akses percuma melalui proses penebusan Rakyat Digital. Maklumat promosi rasmi yang dikongsikan menyatakan tiada bayaran diperlukan untuk penebusan tersebut.

5. Perlu ada MyDigital ID?

Ya. Pengesahan melalui MyDigital ID diperlukan untuk mengaktifkan akses percuma tersebut.

6. Di mana nak tebus ILMUchat Pro percuma?

Penebusan dilakukan melalui Rakyat Digital selepas peserta melengkapkan modul yang ditetapkan.

7. Bolehkah orang bawah 18 tahun dapat tawaran ini?

Tidak berdasarkan syarat tawaran 2026 yang diumumkan. Sasaran program ini ialah rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.

8. Apa yang boleh dibuat dengan ILMUchat Pro?

Antara kegunaannya ialah membantu menghasilkan e-mel dan surat, mencari maklumat perkhidmatan tempatan, menghasilkan poster dan grafik, membuat pembentangan serta membangunkan prototaip aplikasi.

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed