Dermasiswa B40 2026 – Apa yang Perlu Pemohon Tahu & Tips Penting

Dermasiswa B40 2026 - Apa yang Perlu Pemohon Tahu & Tips Penting

Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA tahun 2026 dibuka mulai 3 Ogos hingga 16 Ogos 2026 melalui portal rasmi ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di pautan berikut: https://esilav2.jpa.gov.my

Program ini merupakan bantuan kewangan penuh (BUKAN PINJAMAN) yang menyasarkan pelajar lepasan SPM tahun 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Universiti Awam, Politeknik, dan IPTS terpilih.

 Dermasiswa 2026

10 Info Penting Mengenai Dermasiswa B40 2026 yang Pemohon Wajib Tahu

Pelajar yang berminat untuk memohon, pastikan anda baca satu persatu dengan teliti maklumat di bawah untuk mengelakkan permohonan anda tidak diterima atau gagal.

Program ini menggunakan konsep single-intake berasaskan tahun peperiksaan semasa.

  • Status Layak: Calon yang menduduki SPM pada tahun 2025 dan mendapat tawaran Diploma pada tahun 2026.
  • Status Tidak Layak: Calon lepasan SPM 2024 atau tahun-tahun sebelumnya yang menangguh pengajian atau baru mendaftar Diploma pada tahun ini.
  • Had Umur: Pemohon belum mencapai umur 19 tahun pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM (atau bawah 20 tahun bagi pelajar kelas peralihan).

Maksudnya, tak perlu bayar balik. Inilah kelebihan Dermasiswa B40 ni yang jadi sebab ramai orang berebut nak mohon.

Berbeza dengan Pinjaman Boleh Ubah JPA atau PTPTN, Dermasiswa B40 dikategorikan sebagai hadiah atau bantuan dana mutlak.

Anda tidak akan dibebani hutang pendidikan selepas graduasi dengan syarat anda mematuhi terma perjanjian kontrak seperti mengekalkan pencapaian PNGK gred minimum setiap semester dan tidak gagal/dibuang kolej.

10 Info Penting Mengenai Dermasiswa B40 2026 yang Pemohon Wajib Tahu

Bantuan ini disasarkan secara eksklusif untuk laluan TVET dan akademik peringkat Diploma sahaja.

Pelajar peringkat program Asasi (Foundation), Matrikulasi, Sijil, atau Ijazah Sarjana Muda (Degree) TIDAK LAYAK MEMOHON.

Pemohon juga wajib mempunyai Surat Tawaran Rasmi.

(Formula Pendapatan Per Kapita = Jumlah Pendapatan Isirumah ÷ Jumlah Tanggungan).

Pendapatan per kapita bermaksud “gaji seisi rumah dibahagikan mengikut jumlah kepala (orang) dalam keluarga (tanggungan).

JPA meletakkan had RM5,249 seorang untuk memastikan bantuan ini adil. Walaupun gaji ibu bapa nampak besar, jika anak ramai, nilai “per kepala” akan jadi kecil dan pelajar tetap layak memohon.

Nak lebih faham, rujuk contoh di bawah:

Dermasiswa B40 2026 - Apa yang Perlu Pemohon Tahu & Tips Penting 1
Contoh kiraan pendapatan per kapita

🟢 Contoh 1: Gaji Tinggi, Tapi LAYAK (Sebab Anak Ramai)

  • Gaji Kasar Bapa: RM8,000
  • Gaji Kasar Ibu: RM8,000
  • Jumlah Pendapatan: RM16,000 sebulan
  • Jumlah Tanggungan: 6 orang (Bapa + Ibu + 4 anak yang masih bersekolah)

LAYAK memohon kerana RM2666.66 di bawah RM5,249 (had per kapita ditetapkan).

🔴 Contoh 2: Gaji Sama, Tapi TIDAK LAYAK (Sebab Anak Sedikit)

  • Gaji Kasar Bapa: RM8,000
  • Gaji Kasar Ibu: RM8,000
  • Jumlah Pendapatan: RM16,000 sebulan
  • Jumlah Tanggungan: 3 orang sahaja (Bapa + Ibu + anak bersekolah seorang)

TIDAK LAYAK kerana RM 5333.33 sudah melebihi had RM5,249.

NOTA: Pendapatan per kapita dikira berdasarkan kaedah dan takrif yang ditetapkan oleh JPA. Oleh itu, pemohon perlu merujuk dokumen rasmi program ketika mengisi maklumat keluarga.

Ibu, bapa, atau pemohon tidak disenarai hitam atau sedang menghadapi tindakan undang-undang oleh JPA.

Semakan silang (cross-checking) akan dilakukan bersama agensi kerajaan. Pemohon, ibu, atau bapa tidak boleh berada dalam status:

  • Senarai hitam (blacklist) Jabatan Imigresen atau LHDN.
  • Sedang menghadapi tindakan undang-undang / muflis.
  • Mempunyai rekod tuntutan ganti rugi pecah kontrak tajaan JPA yang belum diselesaikan.
Cara Semak Senarai Hitam JPA
Ibu bapa wajib buat semakan senarai hitam JPA

Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/disenarai hitam, sila hubungi 03-8000 8000 dalam tempoh 3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 16 Ogos 2026 (Ahad) untuk penyelarasan lanjut.

Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.

Semakan senarai hitam JPA boleh dibuat di pautan:  https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php

Cara Semak Senarai Hitam JPA
Cara Semak Senarai Hitam JPA

Klik butang semakan berikut:

Semak Senarai Hitam JPA

Pemohon perlu memenuhi syarat kesihatan yang ditetapkan oleh JPA dan disahkan sihat untuk mengikuti pengajian.

Pemeriksaan kesihatan (Medical Check-up) lengkap diperlukan selepas mendapat tawaran kelulusan bersyarat.

Pencapaian akademik dikira berdasarkan gred minimum bertulis. Calon mestilah mendapat:

  • Menduduki SPM buat kali pertama.
  • Mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil.

Bagi TVETMARA yang terpilih seperti Institut Kemahiran MARA (IKM)/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)/ MARA-Japan, Industrial Institute (MJII) dan ILKA lain seperti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/ Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

  • Menduduki SPM 2025 dan mendapat sekurangkurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana satu subjek lain yang diambil;

Pemohon daripada kategori pendapatan M40 atau T20 juga boleh memohon sekiranya memenuhi had pendapatan per kapita serta semua syarat lain yang ditetapkan JPA.

Sebab tu kena fahamkan betul-betul apa maksud “pendapatan per kapita keluarga mestilah RM5,249.00 sebulan dan ke bawah“.

✅ Pendapatan per kapita keluarga, maksudnya: Jumlah Pendapatan Isi Rumah DIBAHAGI dengan Jumlah Tanggungan.

Dermasiswa B40 2026 - Apa yang Perlu Pemohon Tahu & Tips Penting
  1. Ibu dan bapa.
  2. Anak-anak yang belum bekerja (bersekolah atau sedang belajar di IPT).
  3. Adik-beradik OKU atau ahli keluarga uzur yang ditanggung sepenuhnya (perlu dokumen bukti).
  4. Anak yang sudah bekerja atau sudah berkahwin TIDAK BOLEH diletakkan sebagai tanggungan.

Dermasiswa ini melibatkan pengajian peringkat Diploma dalam bidang/program yang ditetapkan, termasuk laluan TVET yang memenuhi syarat program.

Untuk universiti awam, berikut ialah 4 bidang yang layak memohon:

  1. Kejuruteraan & Teknologi (Contoh: Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Awam, Elektrik, Sains Komputer, IT).
  2. Sains (Contoh: Diploma Sains Gunaan, Sains Kimia, Bioteknologi).
  3. Seni Bina (Contoh: Diploma Seni Bina, Ukur Bahan, Perancangan Bandar).
  4. Sastera & Sains Sosial (Contoh: Diploma Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Perhotelan)
DERMASISWA B40 BIDANG PENGAJIAN

Tajaan ini tidak terpakai di semua kolej swasta. Institusi yang diiktiraf bagi program DB40 2026 ini termasuk:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • TVETMARA: Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

Telah mendapat tawaran*/ telah mendaftar* di institusi pengajian tersebut.

*mengikut kesesuaian berdasarkan kepada tarikh iklan penajaan dikeluarkan

Dermasiswa B40 2026 - Apa yang Perlu Pemohon Tahu & Tips Penting

NOTA EDITOR: Semua info yang dinyatakan tertakluk kepada dasar penajaan semasa.

Tarikh Penting Dermasiswa 2026

  • Permohonan dibuka: 3 Ogos 2026
  • Permohonan ditutup: 16 Ogos 2026
  • Keputusan permohonan: Minggu ketiga OKTOBER 2026
Tarikh Penting Dermasiswa 2026

Apa Manfaat & Bentuk Tajaan Dermasiswa B40 (DB40) 2026?

Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan menerima struktur pembiayaan seperti berikut:

Jenis Elaun / Bantuan Deskripsi Pembayaran
Yuran Pengajian Fizikal Dibayar terus kepada bendahari universiti/kolej (100% perlindungan).
Elaun Sara Hidup RM700.00 sebulan (dikreditkan terus ke akaun bank pelajar setiap semester).
Elaun Buku & Perkakas Diberikan setahun sekali untuk pembelian rujukan akademik dan alat tulis.
Elaun Kertas Projek Bantuan khas pusingan akhir (jika silibus subjek memerlukan tesis/projek).

Nota: Kadar dan bentuk elaun adalah tertakluk kepada terma penajaan JPA serta dasar semasa program.

Permohonan Dermasiswa DB40 2026 Boleh Dibuat Melalui Portal JPA

Pautan rasmi dan terkini untuk memohon program ini adalah terus ke Portal eSILAV2 JPA.

Semua urusan pendaftaran akaun baharu, pengisian profil keluarga, dan muat naik dokumen sokongan untuk Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 dilakukan sepenuhnya melalui sistem tersebut.

  1. Layari portal rasmi ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di pautan berikut: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW
  2. Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Kalau belum ada akaun, sila klik “Daftar” untuk log masuk dan membuat permohonan Dermasiswa B40 2026 ini.
https://esilav2.jpa.gov.my permohonan dermasiswa b40 2026
https://esilav2.jpa.gov.my

Bila Tarikh Tutup Dermasiswa 2026?

Permohonan Dermasiswa B40 2026 boleh dilakukan mulai 3 Ogos (Isnin, 2 petang) hingga 16 Ogos 2026 (Ahad, 5 petang).

Dermasiswa B40 2026 - Apa yang Perlu Pemohon Tahu & Tips Penting

Tips Penting untuk Pemohon Dermasiswa B40 2026

1. Kira Pendapatan Per Kapita dengan Betul

Walaupun jumlah pendapatan kasar ibu bapa kelihatan tinggi (contohnya dalam kelompok M40), anda mungkin masih layak sekiranya mempunyai bilangan tanggungan yang ramai (anak yang masih bersekolah atau belajar di IPT).

Pastikan anda membahagikan pendapatan tersebut dengan jumlah isi rumah terlebih dahulu.

2. Sediakan Dokumen Sokongan Lebih Awal & Buat Pengesahan

Memandangkan tempoh permohonan online amat singkat (sekitar dua minggu sahaja), sediakan dokumen penting awal-awal dan buat pengesahan jika perlu.

  • Slip Gaji Ibu Bapa: Sediakan slip gaji bulan terbaharu. Jika ibu bapa bekerja sendiri atau tidak bekerja, wajib isi Borang Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Pegawai Gred A.
  • Sijil Lahir Tanggungan: Semua sijil lahir adik-beradik yang masih bersekolah/kuliah perlu dimuat naik sebagai bukti “bilangan kepala” untuk pengiraan per kapita.
  • Surat Tawaran Universiti (Letter of Offer): Wajib menunjukkan anda telah ditawarkan tempat dalam peringkat Diploma di institusi yang diiktiraf.

3. Semak Status Penaja Sedia Ada

Pemohon perlu mematuhi syarat berkaitan pertindihan penajaan yang ditetapkan JPA.

Jika menerima tajaan atau bantuan pendidikan lain, semak terma program DB40 dan tindakan yang perlu diambil sekiranya permohonan diluluskan.

4. Pengesahan Pendapatan Tanpa Slip Gaji

Jika ibu bapa bekerja sendiri (petani, peniaga kecil, pemandu), jangan biarkan ruangan pendapatan kosong.

Dapatkan Borang Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu, Ketua Kampung, atau Pegawai Profesional Gred A (Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

5. Elakkan Menghantar Permohonan Pada Saat Akhir

Portal permohonan sering mengalami gangguan pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir permohonan disebabkan ribuan pelajar log masuk serentak.

Anda boleh cuba log masuk dan muat naik dokumen pada waktu 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi. Masa ni server mungkin lebih stabil.

Pastikan anda menyimpan (Save/Draft) maklumat pada setiap helaian borang sebelum beralih ke halaman seterusnya bagi mengelakkan data hilang jika internet terputus.

Iklan Permohonan Dermasiswa B40 2026 - Syarat & Cara Mohon

Siapa yang Boleh Mengesahkan Borang Pengesahan Pendapatan (Tiada Slip Gaji)?

Setelah borang diisi lengkap oleh ibu bapa, ia wajib ditandatangani dan dicop rasmi oleh individu yang diberi kuasa oleh JPA (Pegawai Pengurusan & Profesional Gred A ke atas). Antaranya:

  • Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JPKK / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)
  • Pegawai Daerah / Penolong Pegawai Daerah
  • Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Contoh: Guru Besar, Pengetua Sekolah, Pegawai Polis berpangkat
  • Inspektor ke atas, Doktor Hospital Kerajaan
  • Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai (JP)

Tips tambahan:

  1. Pastikan individu yang mengesahkan borang tersebut meletakkan Cop Nama & Jawatan Rasmi mereka.
  2. Setelah borang pengesahan lengkap dan disahkan, imbas borang tersebut semula menggunakan aplikasi telefon pintar (seperti CamScanner) ke dalam format PDF atau JPEG sebelum dimuat naik (upload) semula ke dalam sistem.

Iklan Permohonan Dermasiswa B40 2026 – Syarat & Cara Mohon

Rujuk infografik iklan yang dikongsikan oleh bahagian Penajaan JPA di bawah mengenai Permohonan Dermasiswa B40 2026:

Panduan Memohon Penajaan JPA Melalui ePermohonan

1Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA menggunakan ePermohonan?

Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.

Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan, bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut?

Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.

 Dermasiswa 2026

Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?

Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.

Saya ingin membatalkan pendaftaran akaun eSILA-ID saya. Apa perlu saya lakukan?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF. Akaun eSILA-ID adalah tidak boleh dihapuskan. Sekiranya anda mengesyaki akaun eSILA-ID anda didaftarkan/digunakan oleh pihak lain, sila hubungi talian teknikal untuk bantuan lanjut.

Saya ingin membatalkan permohonan saya untuk program ini. Apa perlu saya lakukan?

Anda boleh membatalkan sendiri permohonan anda secara layan diri dengan cara klik pada ‘Masalah Log Masuk’ di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat

Muat Turun PDF Iklan & Soalan Lazim Dermasiswa 2026

Untuk bacaan lebih lanjut, sila rujuk PDF Iklan DB40 di bawah:

Sebarang persoalan, boleh rujuk & muat turun PDF set soalan lazim Dermasiswa DB40 2026 berikut:

Rujukan dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah teknikal, kemusykilan mengenai syarat kelayakan, atau memerlukan pengesahan lanjut sepanjang tempoh permohonan dari 3 Ogos hingga 16 Ogos 2026, anda boleh merujuk kepada saluran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah:

  • Laman Web Utama Penajaan: Portal Penajaan JPA
  • Emel: dermasiswa2026@jpa.gov.my
  • Talian Utama Call Centre: 03-8000 8000 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 4.30 petang)

Pautan Penting Dermasiswa 2026

FAQ – Soalan Lazim Dermasiswa B40 2026

JPA – FAQ DERMASISWA 2026
JPA – FAQ DERMASISWA 2026
Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita RM5,249.00 sebulan?

Ia bermaksud jumlah pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam rumah. Nilai akhir bagi setiap “kepala” mestilah RM5,249.00 atau ke bawah untuk layak memohon.

Ibu saya tidak bekerja (suri rumah), adakah dia dikira dalam bilangan tanggungan?

Ya, dikira. Sesiapa sahaja ahli keluarga tulen yang tinggal bersama dan makan minumnya ditanggung oleh ketua keluarga (termasuk ibu yang tidak bekerja) dikira sebagai satu kepala tanggungan.

Adakah adik-beradik yang sudah berumur 23 tahun dan sedang belajar di universiti masih dikira sebagai tanggungan?

Ya. Adik-beradik di bawah umur 21 tahun, atau berumur lebih 21 tahun yang masih melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi dikira sebagai tanggungan (wajib lampirkan surat pengesahan belajar sebagai bukti).

Saya merupakan lepasan SPM 2024 dan baru mendapat tawaran Diploma tahun ini. Bolehkah saya memohon?

Tidak boleh. Program DB40 2026 ini dibuka secara eksklusif untuk pelajar lepasan SPM 2025 sahaja mengikut konsep ambilan setahun sekali (single-intake).

Saya mendapat keputusan 5A dalam SPM, tetapi subjek Sejarah saya mendapat Gred D. Adakah saya layak memohon?

Tidak layak. Syarat khusus akademik mewajibkan pemohon mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Adakah penajaan ini terbuka untuk pelajar peringkat Asasi, Matrikulasi, atau Ijazah Sarjana Muda (Degree)?

Tidak. Dermasiswa B40 ini disediakan khusus untuk pengajian peringkat Diploma sahaja di Universiti Awam, Politeknik, dan TVET MARA terpilih sahaja.

Saya tiada slip gaji ibu bapa kerana mereka bekerja sendiri. Bagaimana saya mahu hantar bukti pendapatan?

Anda perlu mendaftar akaun di Portal eSILAV2 JPA, isi maklumat penjaga, dan muat turun Borang Pengesahan Pendapatan yang disediakan di dalam sistem. Cetak borang tersebut dan dapatkan cop pengesahan daripada Ketua Kampung, Penghulu, atau Pegawai Kerajaan Gred A sebelum diimbas (scan) semula ke dalam sistem.

Bolehkah saya menerima tajaan Dermasiswa B40 JPA ini jika saya sudah memohon Pinjaman PTPTN?

Boleh memohon. Namun, sekiranya permohonan DB40 anda LULUS, anda wajib menandatangani surat pembatalan/penolakan pinjaman PTPTN tersebut kerana anda tidak dibenarkan menerima dua penajaan serentak. DB40 adalah tajaan penuh yang tidak perlu dibayar balik.

Mengapa butang “Daftar Baru” atau menu permohonan DB40 tidak muncul di portal eSILA walaupun tarikh hari ini sudah 3 Ogos 2026?

Pihak JPA biasanya mengaktifkan pautan sistem secara berperingkat pada hari pertama pembukaan. Jika portal masih lambat atau tidak memaparkan borang, cuba bersihkan cache pelayar internet anda atau gunakan mod Incognito/Private Window pada waktu luar puncak (lewat malam).

Dikemaskini: 11 Ogos 2026.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my. Menulis berkaitan bantuan kerajaan, kewangan, pelaburan runcit tempatan dan turut aktif menulis beberapa topik lain berkaitan gaya hidup, tips harian dan topik trending. Komited menyediakan panduan yang tepat dan telus.

View All Posts

You Missed