Tips Dapatkan Perisian AI Percuma untuk Belia 18-30 Tahun Menjelang 31 Ogos
Perisian AI Percuma 3 Bulan untuk Belia Berumur 18 -30 Tahun Sempena 31 Ogos 2026!
Nak tahu tak, kalau anda berumur 18 sehingga 30 tahun, anda layak untuk dapatkan akses Perisian AI Percuma selama 3 bulan sempena 31 Ogos 2026 ini.
Syaratnya mudah sahaja, anda perlu siapkan modul latihan digital di platform Rakyat Digital yang boleh diakses mulai 31 Ogos nanti.
Tapi, ada had limit tau. Hanya 100,000 peserta terawal yang berjaya menamatkan kursus pendek ditetapkan sahaja layak untuk menerima manfaat perisian AI ini secara percuma.
Jadi, kena siapkan cepat bila dah boleh akses nanti (31 Ogos 2026). Tak boleh tangguh-tangguh kalau nak terima manfaat ini.
Ini adalah satu inisiatif yang perlu disambut baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya zaman sekarang ni semua dah guna AI.
- Ringkasan Artikel
- Kenapa Belia Malaysia Wajib Rebut Peluang Ini?
- Macam Mana Nak Dapat Perisian AI Percuma 3 Bulan untuk Belia 18-30 Tahun?
- Apa Kursus yang Wajib Disiapkan?
- Apa Perisian AI Percuma 3 Bulan yang Dijanjikan?
- Macam Mana Nak Tebus Manfaat Ini?
- Tips Dapatkan Perisian AI Percuma untuk Belia 18-30 Tahun
- Rujukan & Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Perisian AI Percuma untuk Belia 18-30 Tahun
Ringkasan Artikel
- Perisian AI Percuma 3 Bulan untuk Belia Berumur 18 -30 Tahun
- Kewarganegaraan: Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Had Umur: Belia berusia 18 hingga 30 tahun.
- Kuota: Terhad kepada 100,000 peserta pertama yang berjaya menamatkan kursus di platform Rakyat Digital.
- Tarikh pelaksanaan: 31 Ogos 2026

Kenapa Belia Malaysia Wajib Rebut Peluang Ini?
Industri kerja hari ini menuntut kecekapan digital yang tinggi. Semua orang berlumba-lumba belajar teknologi AI yang terkini.
Sebagai belia di Malaysia, ini lah peluang anda untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai AI dan memahami fungsi sebenarnya untuk dimanfaatkan dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian.
Langganan premium perisian seperti ChatGPT Plus atau Claude Pro biasanya menelan kos yang agak banyak, dalam anggaran sekitar RM50-RM100 untuk sebulan.
Melalui inisiatif ini, belia bukan sahaja dapat menjimatkan hampir RM300++ untuk tempoh 3 bulan, malah berpeluang meningkatkan nilai resume (cv enhancement).
Sebab, setiap kali siap satu kursus, anda boleh dapatkan logo yang boleh dikongsikan ke LindkedIn dan platform lain.

Macam Mana Nak Dapat Perisian AI Percuma 3 Bulan untuk Belia 18-30 Tahun?
Secara ringkasnya, untuk dapatkan perisian A1 percuma 3 bulan tu, anda kena siapkan 5 modul kursus AI yang disediakan bermula 31 Ogos 2026 nanti.
Kursus tersebut boleh diakses melalui portal rasmi Rakyat Digital.
Program di bawah inisiatif AI Untuk Rakyat ini terhad kepada 100,000 peserta terawal yang berjaya menamatkan kursus pendek ditetapkan.
CARA DAPATKAN PERISIAN AI PERCUMA 3 BULAN
Rujuk cara dapatkan perisian AI percuma berikut:
- Pergi ke portal rasmi di Rakyat Digital.
- Kalau belum ada akaun, klik ‘register’ untuk daftar akaun terlebih dahulu. Kalau dah ada akaun, klik je ‘Log masuk’.
- Di bahagian dashboard, pilih siri kursus khas belia untuk program AI Untuk Rakyat. Tonton video tutorial, fahami nota etika penggunaan AI, dan jawab soalan kuiz.
- Selepas selesai tamatkan kursus, sistem portal akan menjana kod promosi atau memberikan akses pautan terus untuk anda mengaktifkan langganan percuma selama 3 bulan bagi aplikasi AI terkemuka pasaran.
NOTA EDITOR: Portal Rakyat Digital sedang diselenggara sehingga 11 Ogos 2026.

Apa Kursus yang Wajib Disiapkan?
Berdasarkan semakan kami, terdapat 5 modul yang kena siapkan, iaitu:
- Keselamatan AI (AI Safety)
- AI Generatif (Generative AI)
- AI Berasaskan Ejen (Agentic AI)
- Pengkomputeran Awan untuk Rakyat (Cloud Untuk Rakyat)
- Keselamatan Siber (Cyber SAFE)
Jangan pening dulu. Walaupun nama modul ini agak gempak, tapi sebenarnya fungsinya sangat menarik dan membantu untuk urusan harian.
5 Modul Wajib Disiapkan
1. Keselamatan AI (AI Safety)
- Etika dan peraturan menggunakan AI secara betul supaya tidak membawa keburukan.
- Apa yang mungkin dipelajari: Cara menggunakan teknologi AI secara beretika dan sebagainya.
2. AI Generatif (Generative AI)
- Dalam bahasa mudahnya, AI yang bertindak sebagai “Pencipta”.
- Anda bagi arahan (prompt), AI terus siapkan tugasan itu. Contoh generate image, nanti AI akan hasilkan imej ini.
Apa yang mungkin dipelajari: Cara mengarahkan sistem AI (seperti ChatGPT atau Google Gemini) untuk menulis karangan, membuat laporan, mencipta gambar, atau menyusun jadual kerja dalam masa beberapa saat sahaja dan sebagainya.
3. AI Berasaskan Ejen (Agentic AI)
- AI yang bertindak sebagai “Pekerja Automatik” yang boleh buat keputusan sendiri.
- Berbeza dengan AI Generatif yang memerlukan arahan satu demi satu, Agentic AI boleh ‘berfikir’ dan menyelesaikan tugasan besar dari A sampai Z secara mandiri.
Apa yang mungkin dipelajari: Cara menggunakan sistem AI yang mampu merancang strategi, melayari internet, membuka aplikasi e-mel, menyunting fail tanpa perlu dipantau setiap minit dan sebagainya.
4. Pengkomputeran Awan untuk Rakyat (Cloud Untuk Rakyat)
- Maksud Mudah: Teknologi menyimpan data dan menjalankan perisian di internet, bukan di dalam memori telefon atau komputer kita.
- Analogi: Menyewa stor simpanan di awan. Kita tidak perlu beli komputer yang mahal atau cakera keras (hard disk) yang besar untuk simpan fail kerja atau projek AI yang berat.
Apa yang mungkin dipelajari: Asas pengurusan data internet secara efisien dan cara menggunakan fungsi storan awan (seperti Google Drive atau OneDrive) untuk bekerjasama dalam kumpulan secara masa nyata (real-time).
5. Keselamatan Siber (Cyber SAFE)
- Cara melindungi diri, akaun bank, dan peranti daripada menjadi mangsa godaman internet atau penipuan digital (scam).
Apa yang mungkin dipelajari: Teknik mengenali e-mel penipuan (phishing), cara mencipta kata laluan yang tidak boleh digodam, langkah-langkah selamat ketika menggunakan Wi-Fi awam agar data peribadi anda tidak dicuri dan sebagainya.
Kena siapkan lima-lima modul ini tau baru boleh dapatkan perisian AI untuk belia yang percuma 3 bulan tu.

Apa Perisian AI Percuma 3 Bulan yang Dijanjikan?
Kerajaan mengumumkan penawaran akses dan langganan premium percuma selama 3 bulan kepada “aplikasi AI terkemuka” (premium/berbayar) bagi belia yang menamatkan modul di portal Rakyat Digital.
Walau bagaimanapun, senarai nama perisian AI yang spesifik belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Digital.
Kementerian Digital sekarang ini sedang memperkemas penyediaan modul latihan teknikal dan memuktamadkan kerjasama strategik bersama penyedia teknologi global sebelum pendaftaran rasmi program dibuka pada 31 Ogos 2026.
Secara peribadinya, kami menjangka perisian AI yang akan terlibat adalah ChatGPT Plus, Microsoft Copilot Pro, Claude Pro, atau Midjourney.
Tapi, apapun kita tunggu pengumuman rasmi kelak.
Macam Mana Nak Tebus Manfaat Ini?
Panduan dan mekanisme terperinci mengenai cara menebus manfaat akses perisian AI percuma 3 bulan ini akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Digital menjelang pelancaran program pada 31 Ogos 2026.
Anda digalakkan untuk melayari portal rasmi Rakyat Digital dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kenyataan media dan kemas kini yang sahih.

Tips Dapatkan Perisian AI Percuma untuk Belia 18-30 Tahun
Memandangkan kuota adalah terhad kepada 100,000 peserta terawal, anda perlu bertindak pantas sebaik sahaja portal dibuka pada 31 Ogos 2026.
Anda boleh cuba tips di bawah ini untuk tamatkan kursus segera dan dapatkan perisian AI percuma untuk belia:
1. Sebelum 31 Ogos, pastikan anda sudah mendaftar dan boleh log masuk ke platform Rakyat Digital. Jangan tunggu 31 Ogos baru nak terhegeh-hegeh daftar.
NOTA: Portal sedang diselenggara sehingga 11 Ogos 2026.
2. Boleh siapkan dulu modul AI Introduction sementara tunggu 31 Ogos. Ada dua bahagian utama yang perlu diselesaikan; AI Target dan AI Aware. Senang je, sejam pun dah boleh siap.
3. Jangan tangguh, buat segera. Kuota 100,000 tu sikit je jika dibandingkan dengan jumlah belia yang di Malaysia. Sebaiknya, 31 Ogos tu terus log in portal Rakyat Digital dan siapkan semua 5 modul tersebut.
4. Sediakan nota ringkas. Fokus kepada istilah asas seperti ‘Prompting’ dalam AI Generatif dan ‘Phishing’ dalam modul Keselamatan Siber untuk memudahkan anda menjawab kuiz. Tapi tak perlu risau pun, kalau fokus mesti boleh jawab.
5. Pakai laptop/komputer/tab. Anda digalakkan menggunakan komputer riba atau tablet berbanding telefon pintar untuk paparan nota interaktif yang lebih jelas.
Rujukan & Pertanyaan
Rujukan sumber rasmi mengenai perisian AI percuma untuk belia 18-30 tahun (AI untuk Rakyat) adalah seperti berikut:
- Sila layari laman web rasmi Rakyat Digital untuk pengumuman garis panduan terbaharu.
- Anda boleh menyemak pekeliling rasmi terkini melalui portal Kementerian Digital Malaysia.
- Facebook Kementerian Digital
FAQ – Soalan Lazim Perisian AI Percuma untuk Belia 18-30 Tahun
Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
Ya, asalkan memenuhi syarat had umur yang ditetapkan.
Terhad kepada 100,000 peserta pertama yang menamatkan kursus.
Tidak, akaun akan kembali ke pelan asas (free tier) secara automatik.
Boleh, kursus ini bersifat self-paced (mengikut kelapangan masa anda).
Pendaftaran dibuka secara rasmi bermula 31 Ogos 2026.