Anak Terlalu Pemalu? – Ini 8 Cara Bina Keyakinan Diri Kanak-Kanak (Tips Ibu Bapa Boleh Amalkan)

Anak Terlalu Pemalu - Ini 8 Cara Bina Keyakinan Diri Kanak-Kanak (Tips Ibu Bapa Boleh Amalkan)

Adakah anak anda terlalu malu untuk bercakap dengan orang lain, takut mencuba perkara baharu atau cepat mengalah apabila melakukan kesilapan? 

Jika ya, artikel ini akan membantu anda sebagai ibu bapa untuk memahami keadaan tersebut sekaligus memberi cadangan serta tips penyelesaian yang boleh diamalkan.

Sifat pemalu sebenarnya adalah lumrah kanak-kanak, terutama apabila mereka berada dalam suasana baharu atau bertemu dengan orang yang belum dikenali.

Keyakinan diri bukan sesuatu yang perlu dipaksa. Ia boleh dipupuk secara berperingkat melalui hubungan yang selamat, sokongan dan bimbingan yang konsisten daripada ibu bapa.

Jom baca tips mudah yang boleh ibu bapa amalkan untuk membantu anda bina keyakinan diri yang dikongsikan di bawah.

Ringkasan Artikel

  • Keyakinan diri membantu kanak-kanak lebih berani mencuba, berkomunikasi dan menghadapi cabaran.
  • Ibu bapa boleh membantu membina keyakinan anak melalui pujian, sokongan dan komunikasi yang positif.
  • Elakkan membandingkan anak dengan adik-beradik atau rakan kerana setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza.
  • Keyakinan diri boleh dipupuk sejak kecil dan disesuaikan mengikut peringkat umur.
  • Kesilapan ialah sebahagian daripada proses pembelajaran dan boleh dijadikan peluang untuk anak mencuba semula.

Kenapa Anak-Anak Perlu Mempunyai Keyakinan Diri?

Pernah tak lihat, seorang anak yang berani mengangkat tangan di dalam kelas walaupun belum pasti jawapannya. Atau, seorang anak yang sanggup mencuba aktiviti baharu walaupun pada percubaan pertama dia mungkin gagal.

Keberanian seperti ini tidak semestinya bermaksud anak tidak berasa takut. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kanak-kanak itu mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dirinya dan bersedia untuk mencuba.

Keyakinan diri boleh membantu kanak-kanak belajar membuat keputusan, berkomunikasi dengan orang lain, menjadi lebih berdikari dan menghadapi cabaran yang sesuai dengan usia mereka.

Dalam perkembangan kanak-kanak, pembentukan identiti diri, penghargaan kendiri dan keupayaan mengurus emosi juga merupakan sebahagian daripada proses membesar.

Menurut UNICEF, kanak-kanak berkembang dengan lebih baik apabila mereka berasa selamat, disayangi dan difahami. 

Pendekatan keibubapaan positif juga membantu kanak-kanak belajar membuat keputusan, mengurus emosi dan membina kepercayaan terhadap diri sendiri.

Keyakinan Diri Bukan Bermaksud Anak Perlu Sentiasa Berani

Penting untuk difahami bahawa anak yang yakin diri tidak semestinya sentiasa berani, banyak bercakap atau selesa berada di hadapan orang ramai.

Ada kanak-kanak yang memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Mereka mungkin lebih suka memerhati dahulu sebelum menyertai aktiviti.

Apa yang penting ialah, memberi mereka ruang untuk mencuba mengikut kemampuan sendiri.

Anak yang mempunyai keyakinan diri secara sihat boleh belajar bahawa tidak mengapa berasa takut atau melakukan kesilapan, asalkan mereka masih boleh mencuba semula.

Apa Tanda-tanda Anak Ada Keyakinan Diri yang Rendah?

Menurut American Academy of Pediatrics, kanak-kanak/remaja yang mempunyai keyakinan diri yang rendah sering menunjukkan sikap/tingkah laku berikut:

  1. Mengelak cabaran atau tugasan sebelum mencuba kerana takut gagal atau berasa tidak berdaya.
  2. Cepat mengalah sebaik sahaja menghadapi sedikit kesukaran atau rasa kecewa.
  3. Menipu atau berbohong apabila merasakan mereka akan kalah dalam permainan.
  4. Bertingkah laku kebudak-budakan atau membuat lawak bodoh yang melampau sehingga mengundang ejekan.
  5. Menjadi terlalu mengawal, suka mengarah, atau tidak fleksibel untuk menutup rasa tidak cekap.
  6. Kerap memberi alasan atau memperkecilkan kepentingan sesuatu perkara untuk menyalahkan faktor luaran.
  7. Gred sekolah merosot atau mula hilang minat terhadap aktiviti yang biasa mereka gemari.
  8. Menarik diri daripada persekitaran sosial serta semakin kurang berhubung dengan rakan-rakan.
  9. Emosi tidak stabil seperti kerap kelihatan sedih, menangis, tiba-tiba mengamuk, atau menjadi terlalu pendiam.
  10. Suka mengkritik diri sendiri dengan ayat seperti “Saya bodoh,” “Tak ada orang suka saya,” atau “Semua orang lebih bijak”.
  11. Sukar menerima maklum balas, sama ada dalam bentuk pujian mahupun teguran daripada orang lain.
  12. Terlalu sensitif atau bimbang secara melampau tentang apa yang orang lain fikirkan mengenai diri mereka.
  13. Mudah terikut pengaruh rakan yang negatif sehingga mula membenci sekolah, ponteng kelas, atau melawan kata.

8 Cara Bina Keyakinan Diri Kanak-Kanak

Apabila anak berjaya melakukan sesuatu, jangan hanya memberi perhatian kepada keputusan akhir. Apabila anak berjaya melakukan sesuatu, jangan hanya memuji hasilnya.

Sebagai contoh, daripada berkata: โ€œPandainya dapat nombor satu!โ€

โœ… Ibu bapa boleh berkata: โ€œMama nampak kamu betul-betul berusaha siapkan latihan ini. Good job!โ€

Pujian terhadap usaha membantu anak memahami bahawa proses belajar dan mencuba juga mempunyai nilai.

Lagipun, jangan sangka anak kecil tidak tahu menilai kata-kata kita.

Kajian daripada jurnal American Psychological Association yang bertajuk “Young children infer the informativeness of othersโ€™ praise“, mendapati kanak-kanak seawal usia 4 dan 5 tahun sebenarnya sangat bijak membezakan antara ‘pujian kosong’ dengan ‘pujian yang ikhlas’.

Mereka tahu sekiranya kita sekadar memuji secara semberono tanpa melihat kualiti usaha mereka atau sebaliknya.

Melalui siri eksperimen yang dijalankan, kanak-kanak terbukti lebih menghargai guru yang memberikan maklum balas jujur dan spesifik mengikut matlamat tugasan, berbanding guru yang memuji semua benda secara random.

Ini menunjukkan bahawa anak-anak kita sebenarnya mahukan pujian yang bermaklumat,iaitu pujian yang betul-betul menggambarkan usaha keras dan membantu mereka untuk terus belajar, bukannya sekadar kata-kata manis untuk menyedapkan hati sahaja.

Tidak semua perkara perlu ditentukan oleh ibu bapa. Berikan pilihan mudah yang sesuai dengan umur mereka. Contohnya:

  • โ€œNak pakai baju biru atau merah?โ€
  • โ€œNak baca buku yang mana malam ini?โ€ – Tunjukkan dua buku supaya mudah dipilih.
  • โ€œNak kemas mainan dahulu atau susun buku dahulu?โ€

Pilihan kecil seperti ini memberi peluang kepada anak untuk belajar membuat keputusan dan menyuarakan kehendak mereka.

Pada masa yang sama, ibu bapa masih boleh menetapkan batas yang sesuai supaya pilihan tersebut tidak menjadi terlalu banyak atau mengelirukan anak.

Secara peribadinya, apabila menggunakan cara ini, saya mendapati anak saya lebih yakin mengutarakan pendapat dan mudah menjelaskan perkara yang dimahukannya tanpa perlu drama tantrum. Ini juga salah satu bentuk keyakinan diri yang penting untuk kanak-kanak.

Jika anak takut mencuba sesuatu, elakkan daripada terus memaksa atau memarahinya.

Sebaliknya, pecahkan aktiviti tersebut kepada langkah yang lebih kecil.

Sebagai contoh, jika anak takut bercakap di hadapan kelas, mulakan dengan meminta mereka bercerita kepada ibu bapa atau ahli keluarga terlebih dahulu.

Apabila sudah lebih selesa, mereka boleh mencuba bercakap dengan seorang rakan, kumpulan kecil dan akhirnya dalam situasi yang lebih mencabar.

Pendekatan secara berperingkat boleh membantu anak mendapat pengalaman bahawa mereka sebenarnya mampu melakukan sesuatu yang pada mulanya kelihatan menakutkan.

โœ… Ibu bapa boleh mulakan dengan pertanyaan mudah seperti ini: “Hari ini cuba ceritakan dengan mama, apa awak buat sepanjang hari?”

Kalau dah biasa buat, boleh cuba pula aktiviti bercerita di rumah. Bagi satu tajuk mudah seperti, “Ceritakan makanan kegemaran awak”.

Bagi anak berdiri dan dengar dengan baik apa yang disampaikan sambil berinteraksi. Cara ini sekaligus dapat membantu anak-anak untuk berucap dengan yakin di hadapan orang ramai kelak.

โ€œKenapa adik boleh buat, kamu tak boleh?โ€

Hah, ayat seperti ini mungkin kedengaran biasa, tetapi perbandingan berulang boleh membuatkan anak merasakan dirinya tidak cukup bagus.

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan, minat dan kekuatan yang berbeza. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali merasakan anak kita tidak cukup hebat atau tidak sehebat anak orang lain.

Sebaiknya, buatlah perbandingkan diri anak dengan perkembangan dirinya sendiri. Contohnya:

โœ… โ€œDulu kamu takut bercakap dengan orang. Sekarang dah berani tegur cikgulah. Hebatnya awak!โ€

Itulah perkembangan yang patut diraikan dan dihargai.

Ramai ibu bapa mahu membantu anak sehingga tanpa sedar melakukan terlalu banyak perkara untuk mereka. Sedangkan kesilapan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Jika anak tersalah menyusun sesuatu, tertumpahkan air atau gagal menyiapkan tugasan, bantu mereka memahami apa yang berlaku tanpa memalukan mereka.

Daripada berkata: โ€œKan dah salah!โ€

โœ… Cuba: โ€œTak apa, kita tengok semula. Apa yang boleh kita cuba lain kali?โ€

Adakalanya, sebagai ibu bapa kita kalah dengan emosi. Saya pun begitu juga. Pernah sekali tu, anak saya sepahkan makanan dan saya memarahinya. Padahal, dia baru berusia 3 tahun dan masih mencuba untuk makan sendiri.

Pada sesi makan seterusnya, anak saya sudah tidak mahu lagi mencuba makan sendiri. Bila ditanya kenapa, dia menjawab, “nanti ibu marah kalau sepah”.

Daripada peristiwa ini saya belajar, apabila kita memarahi dan tidak membiarkan anak melakukan kesilapan, mereka cenderung untuk tidak mencuba lagi. Lesson learnt ๐Ÿ˜…โœ…

Kadang-kadang anak tidak memerlukan penyelesaian segera. Mereka hanya mahu didengari Apabila anak bercerita, cuba berhenti seketika daripada melihat telefon atau melakukan kerja lain dan berikan perhatian.

Tanyakan soalan mudah seperti:

  • โ€œApa yang kamu rasa?โ€
  • โ€œKenapa kamu rasa macam tu?โ€
  • โ€œApa yang kamu fikir patut kita buat?โ€

Apabila anak merasakan pendapatnya dihargai, mereka lebih mudah belajar untuk menyuarakan pandangan dengan yakin.

Jika anak melakukan kesalahan, cuba tegur tingkah laku tersebut tanpa melabel diri anak.

Contohnya, elakkan:โ€œKamu memang pemalas.โ€

โœ…Sebaliknya: โ€œKerja sekolah kamu masih belum siap. Jom kita cari cara supaya boleh siapkan.โ€

Perbezaannya nampak kecil, tetapi mesej yang diterima anak sangat berbeza. Mereka belajar bahawa sesuatu tingkah laku boleh diperbaiki tanpa merasakan diri mereka sebagai โ€œanak yang bermasalahโ€.

Satu lagi yang saya cuba amalkan, apabila anak saya buat sesuatu yang menyebabkan kemarahan apabila berada di tempat yang ramai orang, saya akan cuba berhenti sejenak daripada bercakap. Menahan diri daripada memarahinya di hadapan ramai.

Saya akan cakap, “Mama nak cakap sikit, jom masuk kereta jap”. Barulah saya akan menegur dan memberi pandangan serta meminta alasan dia berbuat demikian.

Selain itu, saya selalu cuba twist kemarahan tu kepada satu kata-kata yang positif seperti, saya akan cakap “Eh anak soleh ni”, “Eh anak bijak pandai kaya raya”, “Eh anak dengar cakap ni”. Semoga menjadi doa untuknya. Begitulah.

Anak juga boleh membina keyakinan melalui tugasan mudah dalam kehidupan seharian. Ya, betul. Benda ini nampak macam tak berkaitan, tapi sebenarnya ini adalah cara paling mudah dan praktikal untuk bantu anak membina keyakini diri.

Contoh tanggungjawab yang boleh diberikan:

Anak 5 tahun ke bawah:

  • menyimpan mainan,
  • memilih pakaian,
  • membantu membawa barang ringan.

Anak saya yang berumur 3 tahun suka sangat tolong saya sidai pakaian. Apa yang saya buat, saya belikan penyangkut baju bersaiz kecil yang sesuai dengan pakaiannya untuk dia sidai sendiri. Memang seronoklah dia walaupun baju tu herot berot. Takpelah, yang penting berusaha nak buat.

Anak 5-12 tahun:

  • mengemas bilik,
  • menyediakan beg sekolah,
  • membantu kerja rumah yang sesuai.

Remaja 12 tahun ke atas:

  • mengurus jadual sendiri,
  • membuat keputusan berkaitan aktiviti,
  • membantu merancang urusan keluarga yang sesuai.

Untuk anak remaja pula, saya suka agihkan tugasan memasak. Anak remaja ni kreatif, macam-macam jenis masakan dibuat. Walaupun lelaki, saya sangat tekankan untuk pandai memasak sekurang-kurangnya nanti boleh masak untuk diri sendiri.

Tugasan seperti ini memberi peluang kepada anak untuk belajar bertanggungjawab, menyelesaikan masalah dan melihat bahawa mereka juga mempunyai peranan dalam keluarga. Sekaligus, membentuk jati diri anak untuk berdikari dan menjadi orang yang bertanggungjawab.

Berapa Umur yang Sesuai untuk Anak Mula Membina Keyakinan Diri?

Proses membina keyakinan diri (self-esteem) anak sebenarnya bermula sejak bayi lagi, namun ia terbentuk dengan kukuh dan boleh diukur apabila anak mencecah usia 5 tahun.

Kajian daripada University of Washington mendedahkan bahawa pada usia 5 tahun, kanak-kanak sudah mempunyai rasa harga diri yang stabil dan asas keyakinan diri yang menyamai struktur psikologi orang dewasa.

โ€œWe found that as young as 5 years of age self-esteem is established strongly enough to be measured,โ€ – University of Washington

Tahapan Perkembangan Keyakinan Diri Mengikut Umur

Fasa perkembangan psikososial ini diasaskan oleh pakar psikologi terkenal, Erik Erikson. Teori beliau membuktikan bahawa setiap peringkat umur mempunyai cabaran emosi tersendiri yang membentuk personaliti dan keyakinan diri kanak-kanak.

  • Fokus Utama: Membina rasa selamat melalui hubungan dengan penjaga.
  • Apabila ibu bapa konsisten memenuhi keperluan asas (memberi makan, memeluk, memujuk semasa menangis), bayi belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang selamat dan boleh dipercayai.
  • Jika keperluan ini diabaikan, bayi berkemungkinan membesar dengan rasa curiga, cemas, dan tidak percaya kepada persekitaran mereka.
  • Dalam kerangka teori Erikson, pengalaman hubungan yang konsisten dan responsif pada peringkat ini dikaitkan dengan perkembangan rasa percaya dan keselamatan.
  • Fokus Utama: Membina kawalan diri dan kebebasan fizikal.
  • Kanak-kanak pada usia ini mula sedar mereka adalah individu yang berasingan daripada ibu bapa. Mereka mahu membuat pilihan sendiri (pilih baju, makan sendiri, atau pilih mainan).
  • Membiarkan mereka mencuba (walaupun comot atau lambat) akan membina sifat berdikari. Sebaliknya, jika ibu bapa terlalu mengongkong atau kerap memarahi kesilapan mereka, anak akan mula berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri >> ini boleh memberi kesan pada keyakinan diri kanak-kanak kelak.
  • Fokus Utama: Mengambil inisiatif untuk merancang dan melaksanakan aktiviti.
  • Ini adalah fasa interaksi sosial yang aktif. Anak-anak mula mencipta permainan, membahagikan tugas dengan rakan, dan bertanya banyak soalan (“Kenapa langit biru?”).Apabila ibu bapa menyokong usaha mereka untuk memimpin atau mencuba tugasan baharu (seperti membantu mengemas rumah), anak akan merasa diri mereka berguna dan mampu memimpin. Jika inisiatif mereka disekat atau dianggap sebagai menyusahkan, mereka akan membesar dengan rasa bersalah kerana “menyusahkan” orang dewasa dan tidak yakin diri.

Perkara Yang Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak

Selain mengetahui cara meningkatkan keyakinan diri anak, ibu bapa juga perlu mengetahui beberapa pendekatan yang perlu dielakkan untuk dilakukan agar tidak menjejaskan keyakinan diri anak.

Antaranya:

  • Kritikan Keterlaluan dan Label Negatif: Kata-kata ibu bapa akan menjadi “suara hati” anak apabila mereka dewasa. Kata-kata kesat atau label buruk (seperti “malas” atau “lembab”) akan melekat sebagai identiti diri anak. Ini membuatkan mereka percaya bahawa mereka tidak berguna dan takut untuk mencuba perkara baharu kerana bimbang akan dimarahi lagi.
  • Amalan Membanding-bandingkan Anak: Tindakan membandingkan anak dengan orang lain akan membunuh keyakinan diri mereka. Anak akan berasa diri mereka sentiasa tidak cukup bagus, tidak dihargai, dan boleh menanam sifat cemburu serta benci terhadap diri sendiri.
  • Gaya Asuhan Helikopter (Overprotective): Apabila ibu bapa terlalu mengongkong dan menguruskan semua benda, anak tidak berpeluang untuk belajar daripada kesilapan. Akibatnya, anak akan membesar dengan rasa ragu-ragu terhadap kebolehan diri, menjadi terlalu bergantung kepada orang lain, dan mudah cemas.
  • Hanya Memuji Hasil: Memuji gred A atau kemenangan sahaja tanpa melihat proses kerja keras akan membuatkan anak berasa nilai diri mereka hanya terletak pada kejayaan semata-mata. Ini mewujudkan rasa takut yang melampau terhadap kegagalan dan membuatkan mereka mudah berputus asa apabila berdepan tugasan yang sukar.
  • Sasaran yang Tidak Realistik: Meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan usia anak akan memberikan tekanan emosi yang berat. Apabila anak kerap gagal memenuhi standard tersebut, mereka akan menganggap diri mereka sebagai sebuah kegagalan dan terus hilang minat untuk mencuba.

Tanda-Tanda Anak Mempunyai Keyakinan Diri yang Tinggi

Ini antara ciri-ciri utama yang menunjukkan seorang anak mempunyai asas keyakinan diri (self-esteem) yang sihat dan kukuh:

Anak yang yakin diri tidak akan melarikan diri daripada tugasan atau aktiviti yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Mereka melihat perkara baharu sebagai satu penerokaan yang menyeronokkan, bukannya satu ancaman.

Namun, ini tidak bermaksud mereka tidak pernah takut atau malu.

Apabila menghadapi kegagalan, mereka tidak terus menyalahkan diri sendiri atau terus tak nak mencuba lagi.

Mereka mempunyai daya ketahanan (resilience) untuk bangun semula dan mahu mencuba lagi kerana faham bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses belajar.

Anak yang mempunyai keyakinan diri tinggi lebih fokus kepada pembaikan diri dan mampu mengekalkan pandangan positif terhadap diri sendiri walaupun mengalami kegagalan.

Mereka sering menawarkan diri untuk melakukan tugasan rumah atau cuba menguruskan diri sendiri tanpa disuruh.

Sifat ini lahir kerana mereka berasa diri mereka berkebolehan, berguna, dan mempunyai peranan penting dalam persekitaran keluarga.

Kajian Gao et al. yang diterbitkan dalam Journal of Applied Developmental Psychology meneliti hubungan antara self-esteem kanak-kanak, gaya keibubapaan autoritatif dan strategi menghadapi cabaran (approach coping).

Dapatan ini menyokong idea bahawa keyakinan diri dan cara kanak-kanak menghadapi cabaran saling berkaitan.

Mereka lebih stabil dari segi emosi, tidak mudah berasa cemas, dan boleh menerima teguran dengan baik.

Mereka boleh membezakan antara teguran terhadap “perbuatan” mereka dengan “nilai diri” mereka. Mereka tahu mereka tetap disayangi walaupun melakukan kesilapan.

Handspring Health mendedahkan bahawa asas keyakinan diri yang tinggi sejak kecil bertindak sebagai pelindung utama yang mengurangkan risiko gangguan kebimbangan (anxiety) dan kemurungan apabila mereka membesar.

Namun, ia bukan bermaksud anak sentiasa yakin dan tidak pernah mengalami keraguan.


Rujukan

Berikut ialah antara rujukan yang digunakan:

NOTA EDITOR: Artikel ini telah disemak oleh Kaunselor Berdaftar. Namun, sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim Cara Bina Keyakinan Diri Kanak-Kanak

Bagaimana cara untuk meningkatkan keyakinan diri anak?

Ibu bapa boleh meningkatkan keyakinan anak dengan memberi pujian terhadap usaha, memberi peluang membuat pilihan, menggalakkan mereka mencuba perkara baharu dan mendengar pendapat mereka.

Umur berapa sesuai untuk mula membina keyakinan diri anak?

Keyakinan diri boleh dipupuk sejak bayi dan diteruskan mengikut peringkat perkembangan anak. Tidak perlu menunggu sehingga anak mula bersekolah.

Kenapa anak kurang yakin dengan diri sendiri?

Anak mungkin kurang yakin kerana pengalaman negatif, terlalu kerap dibandingkan dengan orang lain, takut melakukan kesilapan atau kurang mendapat peluang untuk mencuba sesuatu secara sendiri.

Adakah memuji anak boleh meningkatkan keyakinan diri?

Ya, tetapi sebaiknya puji usaha dan proses, bukan keputusan semata-mata. Contohnya, puji anak kerana berusaha menyiapkan tugasan walaupun hasilnya masih belum sempurna.

Patutkah ibu bapa membandingkan anak dengan anak lain?

Perlu dielakkan. Perbandingan berulang boleh membuatkan anak berasa dirinya tidak cukup baik. Lebih baik ibu bapa melihat perkembangan anak berbanding pencapaiannya sendiri sebelum ini.

Bagaimana cara membantu anak yang malu bercakap dengan orang lain?

Mulakan secara perlahan. Berikan peluang kepada anak bercakap dalam suasana yang selesa, seperti bersama ahli keluarga, sebelum memperkenalkan mereka kepada kumpulan yang lebih besar.

Adakah membiarkan anak melakukan kesilapan boleh meningkatkan keyakinan diri?

Ya. Kesilapan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Ibu bapa boleh membantu anak melihat kesilapan sebagai peluang untuk mencuba semula dan mencari cara yang lebih baik.

Apakah aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri anak?

Aktiviti seperti bersukan, melukis, membaca, bermain secara berkumpulan, bercakap di hadapan keluarga dan melakukan tugasan mudah di rumah boleh membantu anak membina kemahiran serta keyakinan.

Bilakah ibu bapa perlu mendapatkan bantuan jika anak terlalu kurang yakin?

Jika rasa takut atau kurang yakin anak berterusan sehingga mengganggu kehidupan harian seperti sekolah, persahabatan atau aktiviti sosial, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada guru, kaunselor, ahli psikologi atau profesional kesihatan yang sesuai.

Penafian:Maklumat dalam artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan kesedaran umum sahaja. Ia tidak boleh digunakan sebagai pengganti nasihat, diagnosis, atau rawatan profesional daripada pakar psikologi kanak-kanak atau pakar pediatrik. 

Puan Sofia merupakan seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata dan pengkaji kandungan digital yang aktif berkongsi panduan keibubapaan, tips harian, gaya hidup praktikal serta artikel informatif di ewarta.my.

View All Posts

You Missed