Bantuan Kasih Johor 2026: Semakan Status BKJ Fasa 4 (Bermula 8 Ogos) & Info Agihan Bantuan
Portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor telah mengaktifkan sistem semakan status keputusan permohonan dan rayuan bermula 8 Ogos 2026.
Anda boleh membuat semakan secara dalam talian dengan melayari laman sesawang rasmi https://bkj.johor.gov.my/ dan hanya perlu memasukkan nombor MyKad (tanpa tanda sempang) untuk mengetahui status kelulusan anda.
[KEMAS KINI 12 OGOS 2026]

- Semakan Status BKJ Fasa 4
- Macam Mana Nak Semak Lulus atau Tidak BKJ Fasa 4
- Kaedah Penyaluran Bantuan - Kalau Lulus, Nak Ambil Bantuan Kasih Johor Fasa 4 Di Mana?
- Apa Nak Buat Kalau Rayuan / Permohonan Baru BKJ Fasa 4 GAGAL?
- Apa Syarat Kelayakan Bantuan Kasih Johor 2026?
- Apa Senarai Bantuan yang Boleh Dipohon?
- Panduan Permohonan Baharu & Rayuan Bantuan Kasih Johor 2026 (Ditutup)
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ- Soalan Lazim Bantuan Kasih Johor 2026
Semakan Status BKJ Fasa 4
Bagi pemohon yang telah menghantar permohonan baharu dan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4, anda kini boleh membuat semakan status kelulusan BERMULA 8 OGOS 2026.
Semakan kelulusan ini terbuka kepada semua pemohon daripada 23 kategori golongan sasar berikut yang telah memohon:
- Warga Emas 60 Tahun
- Suri Rumah Tidak Bekerja
- Pasangan Baru Berkahwin
- Penjaja Dan Peniaga Kecil
- Murid atau Kanak-kanak OKU
- Anak Yatim Negeri Johor
- Ketua Isi Rumah Miskin
- Pengusaha & Pemandu Bas / Van Sekolah
- Penerima Bantuan Am JKM
- Jawatankuasa Masjid dan Surau
- Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun
- Pegawai Keselamatan dan Pembersihan
- Pengusaha Homestay
- Penggali Kubur
- Persatuan Belia Negeri ROY
- Persatuan Sukan Negeri Johor
- Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urus Setia SUKMA
- Atlet SUKMA ke IPTA/IPTS
- RELA
- Sukarelawan APM
- Anggota Bomba Bantuan
- Setiausaha JPKK dan Kampung Baru Cina
- Pembantu Guru Tadika Agama Negeri Johor

PENTING!
Kepada pemohon BKJ bagi bantuan kategori berikut:
🔹 Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
🔹 Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam)
Maklumat berkaitan tarikh, masa dan lokasi penyerahan mengikut DUN akan diumumkan secara rasmi oleh YPKDT dari semasa ke semasa.
Pemohon dan penerima dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi YPKDT bagi mendapatkan maklumat terkini.

Macam Mana Nak Semak Lulus atau Tidak BKJ Fasa 4
Semakan Bantuan Kasih Johor boleh dilakukan melalui portal rasmi BKJ.
- Pergi ke portal rasmi BKJ untuk membuat semakan sama ada lulus atau tidak.
- Masukkan nombor kad pengenalan. Tak perlu letak tanda sempang (-)
- Klik SEMAK.
Selesai.

Contoh Status Penerima yang LULUS BKJ FASA 4 2026
Sekiranya LULUS, anda akan menerima status seperti berikut:
“Tahniah! Anda Layak Menerima Bantuan Kasih Johor Fasa 4”.

Contoh Status Penerima yang TIDAK LULUS BKJ FASA 4 2026:
Sekiranya TIDAK BERJYA/TIDAK LULUS, anda akan menerima status seperti berikut:

Jangan sedih, Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan skim bantuan bersasar baharu pada setiap kali pembentangan Belanjawan Negeri.
Sekiranya rezeki anda tiada dalam BKJ Fasa 4, anda boleh bersedia untuk memohon inisiatif kebajikan lain yang bakal diumumkan pada masa hadapan.
Kaedah Penyaluran Bantuan – Kalau Lulus, Nak Ambil Bantuan Kasih Johor Fasa 4 Di Mana?
Bagi pemohon yang mendapat status LULUS untuk Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4, kaedah penyaluran bantuan bukan secara kredit terus (bank in) ke akaun bank, sebaliknya ia dilakukan secara serahan fizikal.
Anda perlu mengambil bantuan tersebut di Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) atau lokasi komuniti terpilih (seperti dewan orang ramai/balairaya) di kawasan tempat tinggal anda.
- Lokasi spesifik bergantung kepada kawasan DUN tempat anda mendaftar semasa membuat permohonan/rayuan.
Tarikh, masa, dan lokasi tepat penyerahan akan diumumkan secara berperingkat dari semasa ke semasa oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) atau Pusat Khidmat DUN anda.
Pemohon dinasihatkan supaya sentiasa menyemak media sosial rasmi YPKDT atau menghubungi pejabat DUN kawasan masing-masing untuk mendapatkan jadual giliran penyerahan.
Syarat Penting Semasa Mengambil Bantuan
- Wajib Hadir Sendiri: Penerima yang lulus mestilah hadir sendiri ke lokasi penyerahan.
- Bawa Dokumen Asal: Anda wajib membawa Kad Pengenalan (MyKad) asal untuk tujuan verifikasi sebelum bantuan diserahkan.
- Tiada Wakil Dibenarkan: Pihak urus setia tidak membenarkan sebarang wakil untuk mengambil bagi pihak pemohon, kecuali atas alasan kesihatan yang sangat kritikal (perlu dirujuk kepada urus setia DUN).
Apa Nak Buat Kalau Rayuan / Permohonan Baru BKJ Fasa 4 GAGAL?
Jika status semakan permohonan baharu atau rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 anda memaparkan status GAGAL atau Tiada Dalam Rekod:
1. Anda perlu merujuk terus kepada agensi yang bertanggungjawab untuk membuat aduan atau semakan manual. Contohnya:
- Kategori Suri Rumah & Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam): Diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT)
- Kategori Penjaja & Peniaga Kecil: Diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT / Majlis Perbandaran) daerah masing-masing.
- Kategori Warga Emas / Ketua Isi Rumah Miskin: Diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor atau Pejabat Daerah.
Boleh terus hubungi agensi yang berkaitan untuk bertanyakan mengenai permohonan anda yang tidak berjaya.
2. Atau, hadir secara fizikal ke Pejabat Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) tempat anda bermastautin.
Bawa bersama salinan kad pengenalan (MyKad) dan dokumen sokongan (seperti slip pendapatan, surat pengesahan tidak bekerja, atau sijil nikah bagi pasangan baru).
Pihak urus setia DUN mempunyai akses sistem untuk menyemak kod alasan penolakan permohonan anda dan boleh membantu mengemukakan aduan terus kepada agensi pengurus jika terdapat ralat teknikal.
Apa Syarat Kelayakan Bantuan Kasih Johor 2026?
Untuk mengetahui syarat kelayakan bagi setiap kategori pemohon, anda boleh terus layari portal rasmi BKJ 2026. Klik sini: Bantuan Kasih Johor 2026
Kemudian, masukkan no kad pengenalan dan pilih kategori bantuan yang sesuai dengan anda. Syarat kelayakan akan terus dipaparkan.
Klik kotak kecil “Saya pastu untuk teruskan permohonan” jika anda ingin menepati syarat dan ingin membuat permohonan/rayuan.
Kalau tak jelas, anda boleh rujuk infografik dibawah ini:

Apa Senarai Bantuan yang Boleh Dipohon?
Terdapat 23 inisiatif bantuan yang boleh dipilih mengikut kategori pemohon iaitu:
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 1 (Warga Emas 60 Tahun) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 2 (Suri Rumah Tidak Bekerja) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 3 (Pasangan Baru Berkahwin) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 4 (Penjaja Dan Peniaga Kecil) – Nilai bantuan : RM300 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 5 (Murid atau Kanak-kanak OKU) – Nilai bantuan : RM150 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 6 (Anak Yatim Negeri Johor) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 7 (Ketua Isi Rumah Miskin) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 8 (Pengusaha & Pemandu Bas / Van Sekolah) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 9 (Penerima Bantuan Am JKM) – Nilai bantuan : RM300 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 10 (Jawatankuasa Masjid dan Surau) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 11 (Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 12 (Pegawai Keselamatan dan Pembersihan) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 13 (Pengusaha Homestay) – Nilai bantuan : RM300 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 14 (Penggali Kubur) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 15 (Persatuan Belia Negeri ROY) – Nilai bantuan : RM5000 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 16 (Persatuan Sukan Negeri Johor) – Nilai bantuan : RM5000 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 17 (Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urus Setia SUKMA) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 18 (Atlet SUKMA ke IPTA/IPTS) – Nilai bantuan : RM1000 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 19 (RELA) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 20 (Sukarelawn APM) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 21 (Anggota Bomba Bantuan) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 22 (Setiausaha JPKK dan Kampung Baru Cina) – Nilai bantuan : RM200 seorang.
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 23 (Pembantu Guru Tadika Agama Negeri Johor) – Nilai bantuan : RM500 seorang.
Panduan Permohonan Baharu & Rayuan Bantuan Kasih Johor 2026 (Ditutup)
Sudah ditutup ❌
Kemaskini Ogos 2026: Tiada lagi fasa rayuan seterusnya (Fasa Rayuan Kedua) untuk Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 selepas sistem keputusan dibuka pada 8 Ogos 2026.
Permohonan baharu dan rayuan Bantuan Kasih Johor 2026 boleh dibuat secara dalam talian di portal Bantuan Kasih Johor 2026
Cara Mohon BKJ & Rayuan Melalui Portal Bantuan Kasih Johor 2026
- Pergi ke laman sesawang Bantuan Kasih Johor 2026 (atau klik pautan ini).
- Masukkan nombor kad pengenalan dan tandakan kotak I’m not a robot, klik Semak.
- Kemudian, klik Permohonan.
- Sila pilih bantuan (ada 23 kategori bantuan yang boleh dipilih mengikut kelayakan)
- Tanda kotak kecil Saya pasti untuk teruskan permohonan, klik Teruskan.
- Isi borang permohonan, dan muat naik gambar kad pengenalan (saiz maksimum 3.0 mb, PDF 500kb) – format jpeg, png, pdf. Kalau tak tahu buat, boleh minta tolong anak-anak, jiran, anak saudara dll.
- Dah lengkap semua, klik kotak kecil pengesahan maklumat yang diberikan dalah benar, tandakan juga kotak I’m not a robot dan klik Hantar.
Rujuk juga tutorial video dan infografik panduan bergambar yang disediakan di bawah:




Rujukan dan Pertanyaan
Untuk sebarang rujukan rasmi, pertanyaan lanjut, atau masalah teknikal mengenai permohonan baharu dan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4, anda perlu merujuk kepada saluran rasmi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor.
- Pautan Sistem: Sistem Bantuan Kasih Johor (BKJ)
- Talian Am BKJ (Khidmat Pengurusan SUK Johor)
- Pejabat Daerah Tempatan
Atau:
- Sila hadir ke mana-mana 71 Kaunter Fizikal BKJ yang dibuka khas di semua 56 kawasan Dewan Negeri (DUN) Johor.
- Kaunter ini dijaga oleh urus setia DUN serta sukarelawan Southern Volunteers yang sedia membantu menyemak borang anda.
FAQ- Soalan Lazim Bantuan Kasih Johor 2026
Bantuan ini menyasarkan golongan warga emas, suri rumah, golongan miskin tegar (eKasih), penerima Bantuan Am JKM, serta penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ya. Menerusi Inisiatif 4, bantuan diperluaskan khusus kepada penjaja dan peniaga kecil yang mempunyai lesen atau berdaftar secara sah dengan PBT di kawasan masing-masing.
Anda diwajibkan membawa Kad Pengenalan (MyKad) asal serta salinannya untuk tujuan semakan dan pengesahan. Bagi kategori penjaja, bawa bersama dokumen lesen perniagaan yang berkaitan jika diminta.
Tidak boleh. Kehadiran wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi memastikan bantuan diserahkan terus kepada pemohon yang hakiki.
Anda boleh menyemak status kelulusan di Portal BKJ Johor bermula 8 Ogos 2026. Layari: https://bkj.johor.gov.my/
Penafian: Segala maklumat mengenai Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2026 di laman web ini adalah untuk rujukan am sahaja untuk membantu pemohon Bantuan Kasih Johor mendapatkan maklumat berdasarkan semakan yang dibuat melalui sumber rasmi. Pengguna dinasihatkan untuk merujuk Sistem Bantuan Kasih Johor untuk urusan rasmi dan maklumat terkini.
