Cara Mohon Skim Mesra YAWAS untuk Warga Emas & OKU – Bermula 17 September
Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja mengumumkan pembukaan 50,000 permohonan baharu bagi program Skim Mesra. Pengumuman rasmi ini disampaikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari.
Permohonan boleh dilakukan bermula 17 September 2026 (8 pagi) menerusi portal rasmi Skim Mesra YAWAS di https://mesra.yawas.com.my
Melalui program ini, mereka yang layak bakal menerima bantuan baucer tahunan Jom Shopping bernilai RM150 bermula pada tahun 2027.
Baca panduan lengkap bagaimana cara memohon dan syarat bantuan Skim Mesra untuk Warga Emas & OKU ini dengan mudah.
DIKEMASKINI: 17 SEPTEMBER 2026
- Ringkasan Skim Mesra untuk Warga Emas & OKU
- Apakah Itu Skim Mesra Selangor?
- Bila Permohonan Dibuka & Tarikh Tutup
- Semak Kelayakan & Cara Mohon Skim Mesra Selangor 2026
- Bagaimanakah cara semakan SPR dilakukan?
- Apa Dokumen Perlu Disediakan? - Senarai semak
- Apa Syarat Kelayakan Skim Mesra Selangor?
- Berapa Nilai Bantuan dan Bila Diagihkan?
- Apa Itu Khairat Darul Ehsan (KDE)?
- Manfaat Skim Mesra & Panduan Penting Penebusan Baucar RM150
- Senarai Pasaraya yang Boleh Gunakan Baucar Jom Shopping Skim Mesra
- Rujukan & Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Skim Mesra YAWAS untuk Warga Emas & OKU
Ringkasan Skim Mesra untuk Warga Emas & OKU
- Penerima yang layak akan mendapat bantuan tahunan berupa baucar beli-belah bernilai RM150 setahun untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya panel terpilih.
- Program ini menggabungkan dua kumpulan sasar di bawah satu sistem, iaitu Warga Emas (60 tahun ke atas) dan Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa had umur.
- Pemohon (atau ibu bapa/penjaga bagi anak OKU di bawah 18 tahun) wajib merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.
- Permohonan dalam talian (online) dibuka pada 17 September 2026 (8:00 Pagi) dan akan ditutup apabila kuota 50,000 pendaftaran baharu telah dipenuhi.
- Pendaftaran baharu yang diluluskan pada tahun 2026 akan mula menerima dan menebus baucar RM150 tersebut pada tahun 2027 mengikut fasa bulan kelahiran ahli.
Apakah Itu Skim Mesra Selangor?
Skim Mesra Selangor ialah program bantuan kebajikan daripada Kerajaan Negeri Selangor khusus untuk membantu golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi pemberian baucar bernilai RM150 setahun.
Program yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.
Setiap pemohon yang telah lulus pendaftaran Skim Mesra Usia Emas atau Skim Mesra Insan Istimewa akan dikira sebagai ahli Skim Mesra. Ahli layak menerima manfaat berupa baucar beli-belah RM150 setiap tahun.
Dua Kategori Utama Skim Mesra Selangor
Program ini terbahagi kepada dua kategori utama:
- Kategori Warga Emas (Dahulunya dinamakan SMUE) : Khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU)
- Kategori Orang Kurang Upaya / OKU (Dahulunya dinamakan SMIS : Khas untuk warga emas.

Bila Permohonan Dibuka & Tarikh Tutup
Berdasarkan maklumat rasmi daripada pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berikut adalah tarikh penting bagi pembukaan dan penutupan permohonan baharu Skim Mesra Selangor untuk tahun 2026:
- Tarikh Buka: 17 September 2026 (Khamis) jam 8:00 Pagi.
- Tarikh Tutup: 31 Disember 2026 (Khamis).
Walaupun tarikh tutup rasmi dijadualkan pada hujung tahun, pendaftaran akan ditutup lebih awal sebaik sahaja kuota khas 50,000 pendaftaran baharu telah dipenuhi. Jadi, daftar secepat mungkin!
Semak Kelayakan & Cara Mohon Skim Mesra Selangor 2026
Cara untuk memohon pendaftaran baharu Skim Mesra Selangor bagi tahun 2026 boleh dilakukan secara dalam talian (online) sepenuhnya bermula pada Khamis, 17 September 2026 jam 8:00 pagi.
- Sila layari portal rasmi YAWAS di portal rasmi Skim Mesra YAWAS di https://mesra.yawas.com.my
- Pergi ke menu Permohonan Online SMUE / SMIS dan klik “Mohon Disini” atau klik je terus pautan ini: Mohon Disini




Bagaimanakah cara semakan SPR dilakukan?
Mudah sahaja, rujuk cara-caranya di bawah.
Langkah 1: Layari portal rasmi mysprsemak.spr.gov.my.
Langkah 2: Klik pada menu “Semakan Daftar Pemilih”.
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang (-) dan isi kod captcha keselamatan.
Langkah 4: Sistem akan memaparkan maklumat Localiti, Daerah Mengundi, DUN, dan Parlimen anda.
Langkah 5: Tekan butang Print Screen (jika guna komputer) atau tekan butang Volume Down + Power (jika guna telefon) untuk ambil tangkap layar (screenshot). Atau boleh klik ‘Cetak’ untuk muat turun.
Selesai!
PENTING: Pemohon di bawah 18 tahun belum boleh mengundi, jadi kelayakan bergantung pada status pengundi penjaga di Selangor.



Apa Dokumen Perlu Disediakan? – Senarai semak
Berikut adalah senarai semak (checklist) dokumen mengikut kategoi yang diperlukan untuk permohonan Skim Mesra 2026:
KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)
- Kad Pengenalan Pemohon (Depan & Belakang).
- Gambar Pemohon bersama Kad Pengenalan (Selfie / Kad di tangan).
- Dokumen Semakan SPR.
- Program Khairat Darul Ehsan (KDE): Kad Pengenalan Pewaris (Depan & Belakang).
KATEGORI OKU BERUMUR 18 TAHUN & KE BAWAH
- Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang).
- Gambar pemohon bersama Kad Pengenalan.
- Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga (depan & belakang).
- Tangkap layar semakan MySPR ibu bapa / penjaga.
- Kad OKU JKM (jika berkaitan).
- Surat Akuan Sumpah (jika bukan ibu bapa kandung).
KATEGORI OKU (19 TAHUN DAN KE ATAS)
- Salinan MyKad: Depan & Belakang (Format PNG/JPG/JPEG, saiz <5MB).
- Gambar Pemohon Dengan MyKad: Selfie bersama MyKad.
- Tangkap Layar SPR: Hasil semakan Daftar Pemilih SPR.
- Kad OKU JKM: Wajib untuk pengesahan kategori SMIS.
- Dokumen Pewaris: Diperlukan jika menyertai Program Khairat Darul Ehsan (KDE) bernilai RM1,000
Semua dokumen mestilah dalam bentuk gambar digital atau fail PDF dengan saiz maksimum 5MB sahaja per fail untuk dimuat naik semasa mendaftar online.



TIPS PENTING!
Cara Tukar Saiz Gambar Ke Bawah 5MB” Menggunakan Telefon Bimbit
- Hantar gambar dokumen tersebut ke WhatsApp ahli keluarga lain, kemudian muat turun (download) semula gambar itu. WhatsApp akan mengecilkan (compress) saiz gambar tersebut secara automatik menjadi sekitar 200KB hingga 500KB sahaja tanpa menjejaskan kejelasan tulisan!
- Atau, anda boleh pergi ke pautan ini untuk kecilkan saiz imej: https://www.iloveimg.com/compress-image/compress-png
- Untuk kecilkan saiz pdf boleh guna: https://www.ilovepdf.com/compress_pdf
Memandangkan 50,000 kuota dibuka esok pagi (17 September 2026), trafik ke laman web YAWAS pasti akan tersangat sesak.
- Jika pautan gagal dimuatkan, bersihkan cache browser anda atau gunakan mod Incognito/Private Window.
- Waktu terbaik untuk memohon sekiranya sistem perlahan adalah pada waktu lewat malam (selepas jam 11:00 malam) atau awal pagi (sebelum jam 7:00 pagi) apabila jumlah pelawat berkurangan.
Apa Syarat Kelayakan Skim Mesra Selangor?
Pastikan anda atau ahli keluarga memenuhi kriteria wajib di bawah sebelum menghantar borang pendaftaran:
Kategori 1: Warga Emas (60 Tahun dan Ke Atas)
Bagi datuk, nenek, atau ibu bapa kita yang ingin memohon, ada 3 syarat utama yang wajib dipenuhi:
- Faktor Umur: Mestilah berusia 60 tahun dan ke atas.
- Kewarganegaraan: Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
- Status Pengundi & Kediaman: Mestilah merupakan pengundi berdaftar dan menetap di dalam Negeri Selangor.
Kategori 2: Orang Kurang Upaya (OKU)
Bagi golongan insan istimewa pula, syarat-syaratnya dipecahkan mengikut ketetapan berikut:
- Kad Sah JKM: Mestilah pemegang Kad OKU yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Had Umur: Program ini tiada had umur untuk golongan OKU. Semua peringkat umur layak memohon.
- Kewarganegaraan: Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
- Bagi Pemohon Berumur 19 Tahun ke Atas: Perlu merupakan pengundi berdaftar dan menetap di Negeri Selangor.
- Bagi Anak Istimewa Berumur 18 Tahun ke Bawah: Ibu, bapa, atau penjaga yang sah mestilah merupakan pengundi berdaftar dan menetap di Negeri Selangor.

Berapa Nilai Bantuan dan Bila Diagihkan?
Setiap pemohon yang berjaya mendaftar Skim Mesra dan diluluskan akan menerima:
- Baucar “Jom Shopping”: Bernilai RM150 setahun untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya panel yang dilantik.
Info Tambahan: Pemohon amat disarankan untuk mendaftar sebagai ahli KDE pada masa yang sama ketika membuat permohonan Skim Mesra bagi mendapatkan manfaat yang disediakan di bawah KDE iaitu Khairat Kematian RM1000.
Apa Itu Khairat Darul Ehsan (KDE)?
Manfaat khairat kematian sebanyak RM1,000 yang mendaftarkan maklumat penjaga secara automatik sebagai pewaris.
Bila Bantuan Skim Mesra 2026 Diagihkan?
- Permohonan Fasa Baharu (Tahun 2026): Bagi anda yang mendaftar bermula 17 September 2026 dan diluluskan, bantuan baucar RM150 tersebut akan mula diagihkan dan boleh dinikmati pada tahun 2027.
- Jadual Serahan Tahunan: Agihan baucar ini biasanya akan diserahkan secara berperingkat mengikut bulan kelahiran ahli skim.
Cara Bantuan Diserahkan
Pihak YAWAS atau Pusat Khidmat DUN kawasan anda akan menghantar notifikasi pesanan ringkas (SMS) untuk meminta anda hadir mengambil baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.
โ ๏ธ Nota Penting: Baucar RM150 yang telah diambil mestilah dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan (90 hari) selepas tarikh penebusan sebelum ia luput dan terbatal.
Manfaat Skim Mesra & Panduan Penting Penebusan Baucar RM150
Sila ambil perhatian terhadap 7 perkara penting di bawah:
โ Setiap ahli yang layak dan masih hidup akan menerima baucar beli-belah bernilai RM150 setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan bantuan kos sara hidup.
โ Baucar fizikal boleh dituntut terus di Pusat Khidmat DUN kawasan masing-masing. Waris atau pemohon wajib membawa Kad Pengenalan (MyKad) asal ahli yang berdaftar untuk tujuan pengesahan sistem.
โ Penting untuk diketahui bahawa tuntutan baucar selepas kematian ahli adalah TIDAK DIBENARKAN. Bantuan ini hanya sah digunakan semasa ahli masih hidup.
โ Baucar “Jom Shopping” ini tidak boleh digunakan di semua kedai. Ia hanya boleh dibelanjakan di pasar raya panel yang telah ditetapkan dan dilantik oleh pihak YAWAS sahaja.
โ Baucar yang telah diambil mempunyai tarikh luput. Ia hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan (90 hari) selepas penebusan dibuat.
โ Sila simpan baucar anda dengan cermat. Baucar yang hilang, rosak, atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tersebut adalah terbatal dan tidak boleh diganti semula.
โ Ahli atau waris dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini maklumat nombor telefon bimbit terkini dalam sistem e-Mesra bagi mengelakkan terlepas sebarang notifikasi SMS penting mengenai tarikh serahan bantuan.
Senarai Pasaraya yang Boleh Gunakan Baucar Jom Shopping Skim Mesra
Penebusan baucar “Jom Shopping” Skim Mesra bernilai RM150 setahun hanya boleh dilakukan di pasar raya panel terpilih yang telah menandatangani pakej kerjasama rasmi bersama Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Apabila anda mengambil baucar fizikal di Pejabat Pusat Khidmat DUN kawasan masing-masing, bahagian belakang atau cap pada baucar tersebut biasanya akan memaparkan senarai kedai mengikut lokaliti.
Rujukan & Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, masalah memuat naik dokumen dan sebagainya, berikut adalah saluran rasmi yang boleh anda rujuk:
- Portal Permohonan SkIM Mesra: mesra.yawas.com.my
- Talian Hotline YAWAS: 03-5481 8800
- Emel rasmi YAWAS: pertanyaan.yawas@gmail.com.
- Facebook Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS
- Sistem Program Khairat Darul Ehsan: kde.yawas.com.my
Anda juga boleh hadir terus secara fizikal ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan tempat mengundi pemohon.
Baca FAQ rasmi mengenai Skim Mesra YAWAS 2026 di sini: https://mesra.yawas.com.my/faq.php
NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim Skim Mesra YAWAS untuk Warga Emas & OKU
Tidak perlu. Kuota 50,000 pendaftaran baharu yang dibuka bermula 17 September 2026 ini hanya dikhususkan untuk warga Selangor yang belum pernah mendaftar atau belum menjadi ahli sebelum ini. Ahli lama akan menerima manfaat tahunan mereka seperti biasa.
Memandangkan pemohon berumur di bawah 18 tahun belum layak mengundi, Kerajaan Negeri Selangor menggunakan status pendaftaran pengundi MySPR ibu bapa atau penjaga yang sah untuk mengesahkan bahawa keluarga tersebut menetap dan merupakan warga Selangor.
Baucar ini hanya boleh digunakan di pasar raya panel terpilih yang dilantik oleh pihak YAWAS seperti Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave, TF Value-Mart, NSK, dan beberapa pasar raya komuniti tempatan yang sah mengikut kawasan DUN anda.
Tidak boleh. Baucar ini hanya sah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas (seperti beras, minyak masak, tepung, dan susu). Ia tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau digunakan untuk membeli barangan bukan makanan.
Baucar mestilah digunakan dalam tempoh 3 bulan (90 hari) selepas tarikh penebusan dibuat. Baucar yang hilang, rosak, atau luput selepas tempoh 3 bulan tersebut adalah terbatal dan tidak akan diganti semula.
Sistem portal YAWAS menetapkan bahawa setiap fail dokumen mestilah dalam format PNG, JPG, JPEG, atau PDF dan bersaiz tidak melebihi 5MB per fail. Pastikan juga gambar yang diambil adalah jelas, tidak silau, dan tulisan boleh dibaca.
Penafian Maklumat (Disclaimer): Artikel panduan ini ditulis bertujuan untuk kemudahan perkongsian maklumat am dan bantuan komuniti sahaja. Laman blog ini bukanlah laman web rasmi bagi pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) atau Kerajaan Negeri Selangor. Segala maklumat, syarat kelayakan, dan prosedur pendaftaran yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada kenyataan media dan poster rasmi YAWAS bagi sesi pendaftaran Skim Mesra 2026. Pihak kami sentiasa berusaha memastikan maklumat terkini dipaparkan, namun sebarang perubahan dasar atau keputusan kelulusan mutlak adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa pihak pengurusan YAWAS. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa merujuk portal rasmi di yawas.com.my untuk sebarang semakan muktamad.
