Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

MyNIISe: Panduan Lengkap Cara Daftar, Log Masuk & Guna eGate

MyNIISe 2026

MyNIISe (Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan) ialah platform digital utama Malaysia yang direka untuk memodenkan kawalan sempadan, dengan pelaksanaan penuh dijadualkan pada September 2026.

Beratur lebih dua jam di KLIA semata-mata untuk urusan cop pasport kini bukan lagi isu besar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mula mengintegrasikan sistem MyNIISe secara rasmi.

Melalui sistem ini, proses pelepasan sempadan (border clearance) dilaporkan hanya mengambil masa sekitar 5 saat sahaja menggunakan teknologi imbasan muka (facial recognition).

Jadi, sebelum anda tempah tiket penerbangan seterusnya, pastikan anda tahu perubahan besar imigresen ini.

Rujuk perkara penting yang wajib anda faham tentang MyNIISe 2026 di bawah.

Apa Itu MyNIISe? (Sistem Imigresen Baharu Malaysia)

MyNIISe ialah singkatan kepada National Integrated Immigration System. Ia merupakan sebuah platform ekosistem digital bersepadu yang dibangunkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Matlamat utama sistem ini adalah untuk memodenkan kawalan sempadan melalui automasi penuh.

MyNIISe menyatukan pelbagai fungsi imigresen daripada pengurusan visa (e-Visa), pasport, kawalan sempadan, hingga ke pengurusan warga asing di bawah satu sistem berpusat yang selamat, pintar, dan dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bagi pengembara tegar yang kerap tersangkut dalam kesesakan kaunter imigresen KLIA, pelaksanaan sistem autogate MyNIISe adalah penyelesaian yang dinantikan.

Ciri & Kelebihan MyNIISe: Pelepasan Imigresen 5 Saat je!

Dengan menggunakan aplikasi MyNIISe proses pelepasan imigresen kini menjadi jauh lebih lancar melalui fungsi-fungsi berikut:

  • Imbasan Muka Pintar (Facial Recognition): Anda tidak perlu lagi mengeluarkan pasport fizikal berulang kali dari beg. Cukup sekadar memandang ke arah kamera di pintu kawalan untuk pengesahan identiti automatik dalam masa 5 saat.
  • Kod QR: Selain imbasan muka, pengembara boleh menjana kod QR unik terus dari aplikasi telefon pintar untuk melepasi pintu pagar automatik (autogate) dengan sekali imbas.
  • Integrasi MDAC Terus Dalam App: Bagi pelawat asing, borang wajib Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) kini boleh diisi dan disimpan terus di dalam aplikasi MyNIISe sebelum bertolak.
  • Sistem Keselamatan AI Masa Nyata: Di sebalik tabir, sistem ini mampu mengesan dokumen palsu dan menyemak status senarai hitam secara automatik untuk memastikan keselamatan sempadan negara kekal terpelihara.
MyNIISe 2026

Senarai Perkhidmatan di aplikasi MyNIISe

  • e-Visa Overseas
  • e-ESD
  • e-Special Pass
  • e-Appointment
  • e-Check Out Memo (e-COM)
  • e-PLKS/PRA
  • e-Passport
  • e-Complaint
  • e-Payment
  • Automated Biometric Identification System (ABIS)
perkhidmatan dalam aplikasi MyNIISe 2026

Tarikh Pelaksanaan & Garis Masa MyNIISe 2026

Bagi memastikan proses peralihan daripada sistem lama berjalan lancar tanpa mengganggu operasi harian di pintu masuk negara, kerajaan melaksanakan projek berskala besar ini secara berfasa:

  • 15 Januari 2026: Integrasi MyDigital ID mula diwajibkan secara rasmi sebagai satu-satunya kaedah log masuk ke dalam aplikasi MyNIISe bagi warganegara Malaysia.
  • Jun 2026: Fasa pengenalan dokumen fizikal baharu, di mana kerajaan bakal meluncurkan versi MyKad dan Pasport Malaysia yang dipertingkatkan dengan ciri keselamatan biometrik terkini.
  • September 2026: Pelaksanaan penuh dan menyeluruh sistem MyNIISe di seluruh negara. Ini bermakna sistem baharu ini akan beroperasi sepenuhnya di semua pintu masuk udara, darat, dan laut termasuk di KLIA Terminal 1 & 2 serta Tambak Johor.

Cara Daftar MyNIISe Guna Passport

  1. Buka aplikasi MyNIISe dan log masuk menggunakan MyDigital ID
  2. Log masuk akaun MyDigital anda.
  3. Masukkan kata laluan akaun MyDigital anda.
  4. Teruskan proses pendaftaran akaun MyNIISe.
  5. Anda perlu menambah passport anda dalam akaun MyNIISe.
  6. Ambil gambar suafoto untuk pengesahan.
  7. Cipta kata laluan anda.
  8. Selesai.

Panduan Bergambar Cara Daftar MyNIISe

Rujuk juga panduan bergambar cara daftar MyNIISe menggunakan MyDigital ID di bawah:

cara daftar MyNIISe 2026

Video Panduan Daftar MyNIISe

Untuk panduan lebih jelas, anda boleh rujuk video tutorial cara daftar MyNIISe di bawah:

Cara Daftar & Log Masuk MyNIISe Guna MyDigital ID

Bagi memastikan perlindungan data peribadi yang tinggi dan mengelakkan risiko kecurian identiti, MyDigital ID telah ditetapkan sebagai kaedah pengesahan rasmi tunggal (Single Sign-On) untuk warganegara Malaysia.

log masuk MyNIISe 2026

Rujuk cara daftar dan log masuk MyNIISe menggunakan MyDigital ID di bawah:

1. Muat turun aplikasi MyDigital ID dan MyNIISe.

Pastikan anda sudah memuat turun kedua-dua aplikasi ini. Sekiranya belum, anda boleh klik pautan muat turun di bawah.

MyDigital ID:

MyNIISe:

log masuk MyNIISe 2026
Muat turun aplikasi MyDigital ID dan MyNIISe

2. Daftar Akaun MyDigital ID.

Kalau anda belum daftar akaun MyDigital ID, anda boleh rujuk stepnya di bawah. Kalau dah daftar, anda boleh skip langkah ini.

  • Buka aplikasi MyDigital ID.
  • Pilih nak daftar secara online ataupun daftar di kiosk.
  • Masukkan emel. Klik, Seterusnya.
  • Anda akan terima nombor OTP 6 angka di alamat emel yang didaftarkan. Masukkan kod tersebut dan klik, Seterusnya.
  • Masukkan nama dan nombor kad pengenalan. Klik, Seterusnya.
  • Cipta kata laluan.
  • Selesai.
log masuk MyNIISe 2026
Daftar akaun MyDigtal ID dan buat pengesahana identiti (eKYC)
log masuk MyNIISe 2026
Masukkan alamat emel anda
log masuk MyNIISe 2026
Masukkan nombor 0TP 6 digit yang dihantar ke alamat emel anda
log masuk MyNIISe 2026
Lengkapkan nama dan nombor kad pengenalan

3. Buka aplikasi MyNIISe

  • Pilih Log Masuk dengan MyDigital ID
  • Klik YA
  • Lengkapkan pengesahan, klik YA.
  • Masukkan kata laluan, klik OK.
  • Selesai. Anda dah boleh akses perkhidmatan dalam aplikasi MyNIISe.
log masuk MyNIISe 2026
Jika anda sudah mempunyai MyDigital ID, teruskan buka aplikasi MyNIISe
log masuk MyNIISe 2026
Pilih ‘Log Masuk dengan MyDigital ID”
log masuk MyNIISe 2026
Klik YA untuk memulakan pengesahan ID Digital
log masuk MyNIISe 2026
Klik Ya untuk bersetuju dan lengkapkan pengesahan
log masuk MyNIISe 2026
Masukkan kata laluan yang anda sudah daftarkan

Video Cara Log Masuk MyNIISe Menggunakan MyDigital ID

Untuk panduan lebih jelas cara log masuk MyNIISe menggunakan MyDigital ID, anda boleh rujuk video tutorial yang disediakan oleh pihak MyDigital ID di bawah:

Cara Guna Aplikasi MyNIISe Di Lapangan Terbang

Bila anda sudah sampai di pintu imigresen lapangan terbang, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter manual.

Prosesnya sangat mudah, anda hanya perlu ikuti 3 langkah ringkas ini berdasarkan infografik rasmi KDN:

1. Muat turun aplikasi MyNIISe dan lengkapkan proses pendaftaran akaun: Pastikan anda sudah memuat turun aplikasi MyNIISe dan menyelesaikan proses pendaftaran profil pengembara sebelum tiba di lapangan terbang.

2. Buka Kod QR Laluan: Semasa menghampiri pintu pagar automatik (autogate), buka aplikasi MyNIISe pada telefon pintar anda dan jana Kod QR perjalanan anda.

3. Imbas di Laluan Khas: Cari papan tanda “Laluan MyNIISe”. Seterusnya, imbas Kod QR tersebut pada mesin pengimbas di pintu pagar automatik dan sistem imbasan muka akan mengesahkan identiti anda dalam masa 5 saat sahaja.

Cara Guna Aplikasi MyNIISe Di Lapangan Terbang
Sumber: NIISe

Panduan Penggunaan Laluan MyNIISe di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)

LALUAN PEJALAN KAKI

  1. Jana Kod QR MyNIISe
  2. Berjalan ke arah kaunter manual
  3. Imbar kod QR yang telah dijana tadi pada pengimbas QR
  4. Pandang ke arah pegawai untuk pengesahan
  5. Sila berjalan ke arah kaunter manual

LALUAN KERETA (BERKUMPULAN)

  1. Buka “MyGate QR” dan pilih tab “Kumpulan”
  2. Isi maklumat kumpulan dan tambah ahli menggunakan kod QR DTC
  3. Jana kod QR dan pandu ke pos pemeriksaan
  4. Imbas kod QR MyNIISe yang telah dijana tadi pada pengimbas QR
  5. Pegawai akan membuat pengesahan
  6. Pandu keluar setelah palang dibuka

eGate NIISe

Bermula Mac 2026, fasa integrasi eGate NIISe telah mula diaktifkan secara berperingkat di lapangan terbang antarabangsa utama seperti KLIA Terminal 1 & 2, Pulau Pinang, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Pintu pagar automatik eGate NIISe ini menyokong dua kaedah pelepasan pantas:

  1. menggunakan Kod QR daripada aplikasi MyNIISe ATAU
  2. menggunakan Pasport Fizikal anda

Kaedah A: Guna Pasport Fizikal di eGate NIISe

Untuk melepasi eGate NIISe dengan pasport fizikal, anda boleh rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Buka Pasport: Buka pasport anda siap-siap pada halaman biodata (muka surat bergambar yang mengandungi cip).
  2. Masuk ke dalam eGate: Tunggu giliran anda dan masuk ke dalam ruangan eGate NIISe.
  3. Letakkan Pasport dengan Betul (Cara yang BETUL): Letakkan halaman biodata pasport menghadap ke bawah secara rata di atas mesin pengimbas (scanner). Jangan sesekali melipat, mengangkat, atau menggerakkan pasport semasa proses imbasan sedang berjalan.
  4. Imbasan Muka: Pandang tepat ke arah kamera pintar di hadapan anda untuk pengesahan wajah (facial recognition). Pastikan anda menanggalkan topi, cermin mata hitam, atau pelitup muka buat sementara waktu.
  5. Selesai: Pintu pagar automatik akan terbuka dalam masa 5 saat selepas identiti anda disahkan.
@niiseofficial Cara Menggunakan Pasport Anda di eGate NIISe Pasport anda juga diterima sebagai alternatif untuk pelepasan imigresen melalui eGate NIISe. Ikuti panduan ringkas ini untuk pengalaman yang lebih cepat dan lancar ✈️ ✨ Kini Lebih Mudah dengan NIISe – How to Use Your Passport at eGate NIISe Your passport is also accepted as an alternative for immigration clearance via eGate NIISe. Follow this simple guide for a faster, smoother experience ✈️ ✨ NIISe Way To Go @Kementerian Dalam Negeri @Jabatan Imigresen Malaysia @AKPS (MCBA) @MyGCCMalaysia #NIISe #MyNIISe #NowEasierWithNIISe #NIISeWaytoGo #NIISeLah ♬ New Beginnings – ZydSounds

Sumber: niiseofficial

Kaedah B: Guna Kod QR Aplikasi MyNIISe (Paling Pantas)

  1. Jana Kod QR: Buka aplikasi MyNIISe di telefon pintar anda dan jana Kod QR perjalanan anda sebelum menghampiri eGate.
  2. Imbas di Mesin: Berdiri di laluan eGate NIISe, halakan skrin telefon anda yang memaparkan Kod QR ke arah sensor pengimbas.
  3. Sahkan Identiti: Pandang ke arah kamera imbasan muka, dan eGate akan terbuka secara automatik.
@niiseofficial Video Panduan: Cara penggunaan kod QR MyNIISe di eGate NIISe Pastikan anda menggunakan QR MyNIISe dengan cara yang betul untuk pengalaman laluan eGate yang lebih pantas dan lancar. 📲 Jom daftar aplikasi MyNIISe sekarang! 📲 Muat turun MyNIISe di Apple App Store, Google Play & Huawei AppGallery ✨ Kini Lebih Mudah dengan NIISe! – Video Guide: How to use the MyNIISe QR code at the NIISe eGate Ensure you use your MyNIISe QR the right way for a faster and smoother eGate experience. 📲 Register for the MyNIISe app now! 📲 Download MyNIISe today on the Apple App Store, Google Play & Huawei AppGallery ✨ NIISe Way To Go! @Kementerian Dalam Negeri @Jabatan Imigresen Malaysia @AKPS (MCBA) @MyGCCMalaysia #NIISe #MyNIISe #KiniLebihMudahdenganNIISe #NIISeWaytoGo #NIISeLah ♬ original sound – NIISe

Sumber: niiseofficial

Info tambahan:

  • Sistem eGate NIISe yang baharu ini bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat Malaysia, malah ia kini telah dibuka kepada pelancong dari 64 buah negara terpilih (termasuk Singapura, Brunei, dan negara ASEAN yang lain semasa waktu pelepasan pulang).
  • Syarat utamanya ialah pelawat asing wajib melengkapkan borang MDAC secara dalam talian sebelum menggunakan laluan eGate ini.

Adakah MyNIISe Wajib untuk Semua?

Jawapannya, TIDAK (buat masa ini).

Penggunaan aplikasi mudah alih MyNIISe masih bersifat pilihan (optional) dan bukan satu kemestian untuk semua pengembara.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan perjalanan anda tidak terjejas. Pengembara masih boleh menggunakan pilihan sedia ada, iaitu:

  • MyBorderPass
  • Autogate menggunakan pasport
  • Kaunter pemeriksaan fizikal

Pelawat Asing: Penggunaan aplikasi juga tidak diwajibkan kepada pelancong luar. Mereka tetap boleh menggunakan kaunter manual atau autogate yang dibenarkan, asalkan telah melengkapkan pengisian borang Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) secara dalam talian sebelum tiba.

Untuk mengetahui cara isi MDAC menggunakan MyNIISe, rujuk gambar rajah di bawah.

International Travelers: Is MyNIISe Mandatory for Tourists?

  • No, for this time being (Jun 2026) the MyNIISe mobile application is optional for foreign visitors.
  • You can still clear immigration checkpoints through conventional manual counters or eligible digital autogates.
  • However, all international tourists are still strictly required to complete and submit the Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) online prior to arrival.

To find out how to submit your MDAC seamlessly using the MyNIISe (if you already registered), please refer to the step-by-step infographic guide below.

List of 64 Eligible Countries for NIISe eGate Facilities:

All international travelers holding a valid biometric passport from these 64 countries are eligible to use the NIISe eGate for automated immigration clearance, provided they have successfully submitted their MDAC:

  • ASEAN & Neighboring Countries: Singapore, Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Myanmar, Philippines, Vietnam, Timor-Leste, and Thailand.
  • East Asia & Oceania: Australia, New Zealand, Japan, South Korea, Mainland China, Hong Kong SAR, and Taiwan.
  • Europe (European Union & Non-EU): United Kingdom, Ireland, France, Germany, Italy, Spain, Portugal, Netherlands, Belgium, Luxembourg, Switzerland, Austria, Denmark, Finland, Norway, Sweden, Iceland, Poland, Czech Republic, Slovakia, Hungary, Croatia, Slovenia, Estonia, Latvia, Lithuania, Greece, Cyprus, Malta, Bulgaria, Romania, Albania, Andorra, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia & Herzegovina, Georgia, Liechtenstein, Moldova, North Macedonia, San Marino, Türkiye, Ukraine, and Russia.
  • North America: United States and Canada.
  • Middle East: Saudi Arabia, United Arab Emirates (UAE), Qatar, Oman, Bahrain, Kuwait, and Jordan.

MyKad dan Pasport Baharu (Jun 2026)

Selari dengan pelancaran MyNIISe, kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan MyKad dan Pasport Malaysia versi baharu bermula Jun 2026.

Ini apa yang anda perlu tahu:

  • Cip Biometrik Lebih Kuat: Dokumen generasi baharu ini dilengkapi dengan cip biometrik yang lebih berkuasa tinggi untuk simpanan data yang lebih selamat dan proses imbasan yang lebih pantas
  • Ciri Anti-Pemalsuan Terkini: Menggunakan teknologi cetakan laser keselamatan tinggi yang sangat sukar untuk ditiru oleh pihak tidak bertanggungjawab.
  • Pasport Lama Masih Laku: Jangan risau, anda tidak perlu berebut-rebut ke pejabat imigresen. Pasport Malaysia sedia ada yang anda pegang sekarang masih sah dan boleh digunakan seperti biasa sehinggalah ia tamat tempoh (expired).
  • MyKad Tidak Wajib Tukar: Sama seperti passort, MyKad lama juga tidak perlu tukar ke MyKad baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: MyKad Struktur Baharu, Dilancarkan Jun 2026 – Wajib Tukar IC?

Untuk muat turun aplikasi MyNIISe, sila klik pautan di bawah:

MyNIISe:

Atau klik, https://www.imi.gov.my/index.php/kini-lebih-mudah-dengan-niise/

muat turun aplikasi MyNIISe 2026

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan dan info lanjut mengenai MyNIISe, sila emel: support_myniise@imi.gov.my

Anda juga boleh rujuk laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi MyNIIse untuk info terkini:

  1. Portal Jabatan Imigresen Malaysia – MyNIISe
  2. Facebook NIISe
  3. Instagram niiseofficial 
  4. Tiktok niiseofficial

FAQ – Soalan Lazim MyNIISe 2026

Adakah saya wajib mendaftar MyDigital ID untuk menggunakan MyNIISe?

Ya, bagi warganegara Malaysia, integrasi MyDigital ID adalah wajib bermula 15 Januari 2026 sebagai satu-satunya kaedah log masuk (Single Sign-On) yang selamat ke dalam aplikasi MyNIISe. Ini bagi mengelakkan kes kecurian identiti di pintu sempadan.

Can foreign tourists download and use the MyNIISe application?

Yes, international visitors can download the app to create a digital traveler profile and submit their Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) directly inside the application interface before flying to Malaysia.

Telefon saya tiada fungsi NFC, bolehkah saya mendaftar akaun MyNIISe?

Boleh. Pengguna warganegara Malaysia yang mendaftar menggunakan kaedah MyDigital ID atau MyKad tidak memerlukan fungsi NFC pada telefon pintar mereka kerana pengesahan data ditarik terus daripada pangkalan data rasmi negara. Fungsi NFC hanya diperlukan jika anda memilih untuk mendaftar terus menggunakan imbasan cip pasport fizikal.

Adakah pasport lama saya terbatal apabila Pasport Malaysia baharu dilancarkan pada Jun 2026?

Tidak. Pasport Malaysia sedia ada yang anda pegang sekarang masih sah dan boleh digunakan seperti biasa sehinggalah ia tamat tempoh (expired). Anda hanya akan menerima pasport versi baharu apabila membuat permohonan pembaharuan (renew) selepas tarikh tersebut.

What should I do if the eGate NIISe fails to scan my face or QR code?

Do not panic. If you encounter any technical issues at the eGate, you can immediately step out and proceed to the conventional manual immigration counters where officers are on standby to assist you.

Bolehkah saya menyemak status sekatan perjalanan atau senarai hitam (blacklist) melalui MyNIISe?

Boleh.

Mengapa imbasan muka (facial recognition) saya sering gagal atau ‘Error’ semasa mendaftar?

Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh faktor pencahayaan atau aksesori wajah. Semasa melakukan swafoto (selfie) pengesahan biometrik, pastikan anda:
– Berada di ruang yang terang tetapi tidak mempunyai silau cahaya yang keterlaluan.
– Menanggalkan cermin mata, topi, atau pelitup muka (face mask).
– Memastikan kedudukan kamera berada separas dengan mata dan tidak terlalu senget.