Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Cara Guna Kod QR & Passport di eGate MyNIISe

cara guna myniise

Cara Guna Aplikasi MyNIISe, Pelepasan Imigresen 5 Saat Je! – Kalau anda nak elakkan beratur panjang di kaunter imigresen lapangan terbang atau pintu sempadan darat, pastikan anda sudah memuat turun aplikasi MyNIISe siap-siap sebelum bertolak keluar dari rumah.

Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh lepas imigresen dengan hanya mengambil masa 5 saat sahaja!

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ini dibina bagi memodenkan kawalan sempadan melalui pengesahan biometrik dan kod QR digital.

Aplikasi pintar ini diintegrasikan secara berperingkat di pintu masuk utama seperti KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2, serta pintu sempadan darat Johor-Singapura.

Ketahui lebih terperinci cara guna aplikasi MyNIISe di bawah.

Apa Itu Aplikasi MyNIISe?

Aplikasi MyNIISe ialah platform digital rasmi yang menyatukan pelbagai kemudahan imigresen Malaysia dalam satu aplikasi mudah alih.

Fungsi utamanya adalah membolehkan pengembara menjana QR MyGate (Kod QR Individu) bagi menggantikan kaedah imbasan pasport fizikal secara manual di pintu pagar automatik (eGate).

Siapa yang Patut Guna MyNIISe?

Haa, siapa yang patut guna MyNIISe ni?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelacong Asing
  3. Pengguna yang mahu jimat masa di imigresen
  4. Pengguna yang selalu ulang alik sempadan
  5. Pengembara berkumpulan
Cara Guna Kod QR di eGate MyNIISe,
Sumber: Facebook NIISe

Cara Daftar Akaun MyNIISe

Untuk mendaftar akaun MyNIISe, sila rujuk cara-caranya di bawah:

LANGKAH 1: Muat Turun Aplikasi MyNIISe

Aplikasi ini sedia untuk dimuat turun secara percuma melalui platform rasmi berikut:

LANGKAH 2: Daftar Profil Akaun

Anda mempunyai fleksibiliti untuk mendaftar MyNIISe menggunakan salah satu daripada tiga dokumen utama:

  • MyDigital ID: Menggunakan ciri Single Sign-On (SSO). Sistem akan menarik data peribadi dan maklumat pasport anda secara automatik yang disahkan selamat.
  • MyKad: Pendaftaran menggunakan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia.
  • Pasport (Warganegara & Warga Asing): Imbas halaman biodata pasport menggunakan fungsi kamera aplikasi. Pengguna bukan warganegara boleh mengemas kini maklumat pasport terus di dalam sistem.
Pendaftaran Akaun MyNIISe
Sumber: Facebook NIISe

LANGKAH 3: Proses Pengesahan eKYC (Biometrik)

  • Lakukan imbasan wajah (selfie) mengikut panduan pusingan kepala pada skrin telefon anda.
  • Isikan e-mel yang sah (validasi e-mel diperlukan untuk keselamatan akaun).
  • Cipta kata laluan keselamatan baharu untuk melengkapkan pengaktifan.

Cara Guna Kod QR di eGate MyNIISe

Untuk memastikan anda melepasi eGate atau kaunter QR pejalan kaki dalam masa 5 saat tanpa sebarang gangguan, ikuti langkah persediaan berikut:

1. Jana QR Awal-Awal: Semasa sedang berjalan ke arah zon imigresen atau dalam barisan pendek, buka aplikasi MyNIISe dan klik QR MyGate untuk memaparkan kod QR individu anda.

2. Kecerahan Skrin Maksimum: Naikkan brightness skrin telefon anda ke tahap paling tinggi secara manual. Pengimbas eGate sukar membaca kod jika skrin terlalu malap.

3. Sentuh dan Imbas (Saat 1-2): Berdiri tegak di petunjuk lantai eGate. Halakan kod QR pada telefon anda ke sensor pengimbas.

4. Pandang Kamera (Saat 3-4): Pandang tepat ke arah kamera pengecam wajah yang terletak di eGate. Pastikan anda telah menanggalkan topi, cermin mata hitam, atau pelitup muka terlebih dahulu.

5. Selesai (Saat 5): Pintu pagar eGate NIISe akan terbuka secara automatik sekiranya data biometrik padan. Anda boleh terus berjalan.

Mudahkan?

Cara Guna Kod QR di eGate MyNIISe,
Sumber: imigresen

Cara Guna Passport Di Laluan eGate MyNIISe

Tak menggunakan kod QR MyNIISe? Tiada masalah! Anda masih boleh menggunakan pasport fizikal di eGate NIISe. Ikuti langkah mudah di bawah untuk perjalanan yang lancar.

  1. Buka pasport anda di halaman biodata – Muka surat yang ada gambar muka dan maklumat diri.
  2. Masuk ke eGate NIISe
  3. Letakkan pasport pada pengimbas pasport
  4. Imbas wajah anda untuk pengesahan
  5. Setelah diluluskan, teruskan berjalan melepasi eGate
Cara Guna Passport di eGate MyNIISe,
Sumber: Facebook NIISe

Nak panduan lebih jelas, rujuk video yang dikongsikan oleh Facebook NIISe di bawah:

Cara Guna MyNIISe Berkumpulan

Panduan Rasmi Jana Kod QR Kumpulan MyNIISe

  • Langkah 1: Buka aplikasi MyNIISe pada telefon anda dan pilih menu ‘MyGate QR’.
  • Langkah 2: Pilih tab ‘Kumpulan’ pada bahagian atas skrin, kemudian cipta Kod QR kumpulan yang baharu.
  • Langkah 3: Isi maklumat kumpulan yang diminta:
    • Nama Kumpulan (Contoh: Travel, Keluarga)
    • Jenis Kenderaan (Contoh: Kereta)
    • Nombor Kenderaan
    • Tambah ahli kumpulan dengan menekan butang ‘Imbas DTC’.
  • Langkah 4: Imbas kod QR DTC ahli keluarga/rakan anda untuk mengesahkan identiti mereka masuk ke dalam senarai.
  • Langkah 5: Pilih/tandakan nama ahli-ahli yang mahu dimasukkan dalam perjalanan tersebut, kemudian tekan teruskan untuk menjana kod QR. (Sistem membenarkan minimum 1 orang dan maksimum 12 orang termasuk ketua kumpulan).
  • Langkah 6: Pergi semula ke tab ‘Kumpulan’ dan pilih Kod QR yang telah berjaya dijana untuk digunakan di pintu sempadan imigresen.
Cara Guna MyNIISe Berkumpulan
Sumber: Facebook NIISe
Cara Guna Kod QR di eGate MyNIISe,
Sumber: Facebook NIISe

Kelebihan Menggunakan Kod QR Kumpulan (Group QR)

Bagi mereka yang melancong bersama keluarga, warga emas, atau kanak-kanak, MyNIISe dilengkapi dengan fungsi Group QR:

  • Anda boleh mendaftarkan dan menyatukan profil ahli keluarga lain di bawah satu peranti pemilik utama.
  • Sistem akan menjana satu kod QR kumpulan.
  • Kod QR ini boleh diimbas secara bergilir untuk melepaskan setiap ahli kumpulan di kaunter QR MyNIISe tanpa perlu setiap orang memegang telefon pintar sendiri.

Tips Mengatasi Masalah Teknikal MyNIISe

Aplikasi terbaharu ini kadangkala memberikan ralat kecil bergantung pada jenis peranti. Berikut adalah penyelesaian pantas sekiranya anda menghadapi masalah:

  • Ralat “Timeout” Ketika eKYC: Pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang terang dan latar belakang yang kosong semasa melakukan imbasan wajah untuk mengelakkan ralat timeout.
  • Jangan Guna ‘Screenshot’: Kod QR MyNIISe dijana secara dinamik dengan masa keselamatan yang terhad. Penggunaan tangkapan skrin (screenshot) lama akan ditolak oleh mesin pengimbas eGate. Sentiasa buka aplikasi secara langsung.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan bantuan berkaitan MyNIISe, sila hubungi emel: support_myniise@imi.gov.my

Anda juga boleh rujuk laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi MyNIIse untuk info terkini:

  1. Portal Jabatan Imigresen Malaysia – MyNIISe
  2. Facebook NIISe
  3. Instagram niiseofficial 
  4. Tiktok niiseofficial
Cara Guna Kod QR di eGate MyNIISe,

Artikel Berkaitan:

  1. MyNIISe: Panduan Lengkap Cara Daftar, Log Masuk & Guna eGate
  2. MyKad Struktur Baharu, Dilancarkan Jun 2026 – Wajib Tukar IC?

FAQ – Soalan Lazim Cara Guna Kod QR & Passport di eGate MyNIISe

Adakah saya wajib menggunakan MyDigital ID untuk log masuk MyNIISe?

Ya, wajib bagi warganegara Malaysia. Mulai 15 Januari 2026, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan sistem log masuk tunggal (Single Sign-On). Anda perlu memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MyDigital ID terlebih dahulu sebelum boleh mengakses akaun MyNIISe anda.

Bolehkah saya mendaftar MyNIISe menggunakan MyKad?

Boleh. Anda boleh memilih pendaftaran menggunakan MyKad. Pastikan telefon pintar anda mempunyai fungsi NFC untuk membaca cip pada kad pengenalan anda semasa proses eKYC (pengesahan identiti).

Mengapa saya kerap log keluar (auto log-out) dari aplikasi?

Ini adalah ciri keselamatan aplikasi untuk melindungi data peribadi anda. Untuk mengelakkan masalah terpaksa menaip kata laluan di pintu sempadan, sila masuk ke menu Settings di dalam aplikasi dan aktifkan fungsi Biometric Login (imbasan cap jari atau wajah).

Adakah saya masih perlu membawa pasport fizikal?

Ya, wajib. Kod QR MyNIISe hanya digunakan untuk mempercepatkan proses pelepasan di pintu sempadan Malaysia. Anda tetap memerlukan pasport fizikal sebagai dokumen sandaran utama dan untuk pemeriksaan imigresen di negara destinasi (contohnya di Singapura).

Mengapa kod QR MyGate saya gagal diimbas di eGate?

Terdapat beberapa punca utama:
– Kecerahan (brightness) skrin telefon anda terlalu malap.
– Skrin telefon anda retak atau calar teruk pada bahagian kod QR.
– Anda menggunakan tangkapan skrin (screenshot). Kod QR MyNIISe adalah dinamik dan mempunyai masa luput keselamatan. Anda wajib membuka aplikasi secara langsung (live).

Laluan manakah yang menyokong kod QR MyNIISe?

Sistem ini diaktifkan secara berperingkat di pintu masuk utama negara, termasuk laluan eGate di KLIA Terminal 1 & 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta kaunter QR pejalan kaki/motosikal di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

Adakah warga asing boleh menggunakan MyNIISe?

Ya, boleh. Pelawat asing dari negara yang layak boleh mendaftarkan profil menggunakan maklumat pasport mereka di dalam aplikasi MyNIISe untuk menikmati kemudahan eGate.

Ke mana harus saya hubungi jika aplikasi mengalami ralat (error) berterusan?

Anda boleh mengambil tangkapan skrin mesej ralat tersebut dan menghantarnya terus ke emel sokongan teknikal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di support_myniise@imi.gov.my.