Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN 2027
Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN adalah salah satu tumpuan utama dalam pembentangan Belanjawan 2027.
Berita baiknya, had pelepasan cukai individu kini dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 buat kali pertama sejak tahun 2010.
Langkah ini, bersama dengan peluasan skop beberapa pelepasan lain, dijangka memberikan lebihan pendapatan boleh guna kepada sekitar lima juta pembayar cukai di Malaysia.
Rujuk senarai pelepasan cukai individu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah diperluas dan dikemas kini berdasarkan pengumuman rasmi Belanjawan 2027 di bawah.
Dikemaskini: 9 Oktober 2026
- Had Pelepasan Cukai 2027 Dinaikkan ke RM12,000
- Senarai Pelepasan Cukai Individu 2027
- Pelarasan Kadar Cukai Pendapatan Individu (Pemastautin)
- Senarai Pelepasan Sedia Ada & Had Maksimum Tuntutan
- Ringkasan Senarai Pelepasan Cukai Individu LHDN (Belanjawan 2027)
- Implikasi Kepada Pembayar Cukai
- Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN
Had Pelepasan Cukai 2027 Dinaikkan ke RM12,000
Had pelepasan cukai individu secara automatik telah dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 bagi Tahun Taksiran 2027.
Insentif yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan mengurangkan beban sara hidup golongan M40.
Selain pelepasan asas ini, kadar cukai bagi julat pendapatan RM70,001 hingga RM150,000 turut dikurangkan sebanyak satu mata peratusan, sekali gus memberikan penjimatan sehingga RM1,600 kepada pembayar cukai.

Senarai Pelepasan Cukai Individu 2027
Bagi memastikan sistem percukaian kekal relevan dengan keperluan sedia ada, kerajaan telah memperluas skop pelepasan dalam beberapa kategori utama seperti berikut:
- Pelepasan Asas Individu: Dinaikkan kepada RM12,000 (berbanding RM9,000 sebelum ini).
- Kesihatan & Rawatan Perubatan: Skop rawatan perubatan kini diperluas untuk merangkumi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin (postnatal care).
- Penjagaan Ibu Bapa & Datuk Nenek: Pelepasan ini diperluas untuk merangkumi semua perbelanjaan penjagaan am, dan tidak lagi terhad kepada kos rawatan kesihatan atau perubatan sahaja.
- Pendidikan & Kemahiran: Pelepasan yuran pengajian kini meliputi semua bidang pengajian serta kemasukan kos yuran tuisyen anak-anak.
- Sukan & Rekreasi: Di bawah pelepasan peralatan sukan, skop kini diperluas secara spesifik untuk membolehkan tuntutan bagi pembelian kasut sukan.
- Gaya Hidup Moden & Kebajikan: Skop gaya hidup digital dan sosial diperluas bagi merangkumi:
- Yuran langganan perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI).
- Kos keseluruhan bagi pemvaksinan (vaccination).
- Kos pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat perlindungan haiwan yang berdaftar.





Pelarasan Kadar Cukai Pendapatan Individu (Pemastautin)
Selain menaikkan had pelepasan, kerajaan turut mengurangkan kadar cukai sebanyak satu mata peratusan bagi kategori di bawah:
- Pendapatan Bercukai RM70,001 hingga RM100,000: Kadar cukai dikurangkan kepada 18%.
- Pendapatan Bercukai RM100,001 hingga RM150,000: Kadar cukai dikurangkan kepada 24%.
- Pendapatan Bercukai Melebihi RM1 Juta: Kadar cukai diselaraskan secara progresif naik kepada 30%
Senarai Pelepasan Sedia Ada & Had Maksimum Tuntutan
Beberapa pelepasan insentif hijau, perlindungan sosial, dan pemilikan rumah yang diperkenalkan sebelum ini tetap diteruskan dengan had potongan seperti berikut:
- Gaya Hidup Hijau (Terhad RM2,500): Pembayaran pemasangan, sewaan, pembelian, atau langganan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta pembelian mesin kompos sisa makanan domestik (terpakai sehingga tahun taksiran 2027).
- Faedah Pinjaman Perumahan (Terhad RM5,000 hingga RM7,000): Pelepasan cukai ke atas pembayaran faedah pinjaman untuk pemilikan rumah pertama bagi perjanjian jual beli (SPA) yang ditandatangani bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2027.
- Insurans Pendidikan dan Perubatan (Terhad RM4,000): Potongan bagi premium insurans kesihatan atau pelan pendidikan anak-anak.
- Skim Persaraan Swasta – PRS (Terhad RM3,000): Caruman atau simpanan dalam akaun Skim Persaraan Swasta serta anuiti tertangguh.
- Caruman PERKESO (Terhad RM350): Potongan caruman pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Ringkasan Senarai Pelepasan Cukai Individu LHDN (Belanjawan 2027)
| Kategori Pelepasan | Sebelum (Kadar Semasa / TT 2026) | Selepas (Belanjawan 2027 / TT 2027) |
|---|---|---|
| Pelepasan Individu & Tanggungan | RM9,000 automatik | RM12,000 (Naik buat kali pertama sejak 2010) |
| Rawatan & Penjagaan Perubatan | Terhad kepada kos perubatan & kesihatan ibu bapa | Diperluas kepada semua kos penjagaan ibu bapa/datuk nenek โข Termasuk perkhidmatan pascabersalin diri/pasangan |
| Pendidikan & Kemahiran | Terhad kepada bidang pengajian terpilih (sarjana muda ke bawah) | Diperluas kepada semua bidang pengajian โข Termasuk yuran tuisyen anak-anak |
| Peralatan Sukan & Gaya Hidup | Terhad kepada buku, peralatan sukan, dan komputer | Kini merangkumi pembelian kasut sukan โข Langganan AI โข Kos vaksinasi โข Kos adopsi haiwan peliharaan dari pusat berdaftar |
| Yuran Tadika & Taska | RM3,000 (Sedia ada) | Pelepasan RM3,000 dilanjutkan 3 tahun lagi sehingga 2027 |
| Banjaran Pendapatan Bercukai | Kadar Cukai Semasa | Kadar Cukai Baharu (Belanjawan 2027) | Impak Kepada Pembayar Cukai |
|---|---|---|---|
| RM70,001 โ RM100,000 | 19% | 18% (Turun 1%) | Golongan M40: Penjimatan cukai sehingga RM1,600 |
| RM100,001 โ RM150,000 | 25% | 24% (Turun 1%) | Golongan M40: Penjimatan cukai tambahan |
| Melebihi RM1,000,000 | 28% (sehingga RM2 juta) | 30% (Bermula lebih awal) | Golongan T20 Teratas: Kadar cukai progresif dinaikkan |
Implikasi Kepada Pembayar Cukai
Melalui gabungan peningkatan pelepasan asas individu kepada RM12,000 dan pemotongan kadar cukai peratusan M40, kumpulan pekerja kelas pertengahan akan menikmati penjimatan cukai bersih.
Langkah meluaskan skop penjagaan ibu bapa serta tuisyen anak turut dilihat membantu mengurangkan beban komitmen bulanan “generasi sandwic” di Malaysia.
Sebagai persediaan e-Filing akan datang, pembayar cukai dinasihatkan untuk mula mengasingkan resit-resit pembelian bermula sekarang. Berdasarkan peraturan LHDN, semua dokumen sokongan, invois, dan resit pembelian (termasuk resit langganan AI, pembelian kasut, atau dokumen pengambilan haiwan angkat) wajib disimpan dengan selamat selama 7 tahun bagi tujuan audit percukaian.
Akhir kata, terima kasih PMX!
Rujukan
- Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) โ Portal Rasmi Maklum Balas Pra-Belanjawan & Teks Ucapan Rasmi: mof.gov.my
NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
Muat Turun Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2027 di bawah:
FAQ – Soalan Lazim Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN
Pelepasan cukai mengurangkan amaun Pendapatan Bercukai anda (mengikut kurangan kategori). Manakala Rebat cukai ialah potongan terus daripada Jumlah Cukai yang Ditaksir (contohnya rebat cukai individu berpendapatan bawah RM35,000 atau bayaran Zakat/Fitrah).
Pelepasan cukai adalah amaun atau perbelanjaan yang dibenarkan oleh LHDN untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan anda. Ini membantu mengurangkan jumlah pendapatan yang akan dikenakan cukai.
Ya, wajib. Anda perlu menyimpan semua resit pembelian (seperti buku, insurans, yuran taska, atau alatan sukan) selama 7 tahun sebagai bukti sekiranya diperiksa oleh pihak LHDN.
Struktur baharu ini akan berkuat kuasa bagi Tahun Taksiran 2027. Ini bermakna, ia terpakai untuk pendapatan yang anda peroleh sepanjang tahun 2027, yang mana pengisytiharan cukai (e-Filing) akan dibuat pada awal tahun 2028.
Ya, boleh. Skop pelepasan ini telah dipertingkatkan daripada “rawatan kesihatan” sahaja kepada semua kos perbelanjaan penjagaan am ibu bapa dan datuk nenek. Ini meringankan beban anak-anak yang menanggung kos penjaga harian atau pusat jagaan orang tua.
Ya, boleh dituntut. Perbelanjaan bagi yuran langganan perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI) kini dimasukkan secara rasmi di bawah perluasan skop pelepasan gaya hidup digital. Pastikan invois langganan mempunyai nama anda dan bukti pembayaran disimpan.
Ya, layak. Di bawah Belanjawan 2027, skop pelepasan sukan telah diperluas secara spesifik untuk merangkumi pembelian kasut sukan.
