Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Apa Itu Zakat Khultah ASB – Cara Daftar & Kelebihan

zakat khultah

Bagi anda yang menyimpan dalam ASB, ada berita baik. Bermula 25 Mei 2026, ASNB dah lancarkan sistem baru nama dia Zakat Khultah (Kelas B).

Lepas ni, tak payah pening kepala nak kira zakat sendiri tiap-tiap tahun sebab ASNB akan potong siap-siap daripada dividen.

Ini bermaksud, zakat pelaburan ASB anda dipotong daripada dividen anda dan dibayar secara automatik oleh pihak ASNB ke pusat zakat sebelum dividen (bersih) dimasukkan ke dalam akaun anda.

Nak faham lebih lanjut mengenai Zakat Khultah ASB (Kelas B), rujuk artikel dan panduan di bawah.

Apa Itu Zakat Khultah ASB (Kelas B) ?

Zakat Khultah ASB adalah sistem potongan zakat automatik di mana zakat pelaburan dipotong terus daripada dana tabung ASB sebelum dividen diagihkan kepada anda

Melalui kaedah ini, wang pelaburan anda digabungkan dengan wang pelabur-pelabur lain ke dalam satu tabung dana yang besar dan diuruskan sebagai satu entiti perniagaan yang tunggal.

Sebelum dividen atau keuntungan tahunan diagihkan ke akaun anda, pihak ASNB akan mengira dan membayar zakat sebanyak 2.57% secara pukal terus daripada tabung besar tersebut kepada pusat zakat yang dilantik.

ASNB membahagikan akaun pelabur kepada Kelas A bagi mereka yang mahu menguruskan zakat sendiri, dan Kelas B bagi mereka yang bersetuju untuk menyertai skim Zakat Khultah ini.

Kesannya, apabila dividen tahunan dimasukkan ke dalam akaun ASB anda, wang tersebut sudah berstatus “bersih” daripada zakat dan boleh digunakan terus dengan tenang mengikut syariat Islam.

Maksud Khultah

Khultah bermaksud percampuran harta yang dimiliki oleh dua orang atau lebih sehingga tidak dapat dibezakan lagi yang membawa kepada pengiraan zakat secara kolektif seolah olah harta tersebut milik satu individu.

Sebagai contoh, Al-Shirazi di dalam kitab Al-Muhazzab fi fiqh al-Shafi’i menghuraikan khultah terjadi apabila haiwan ternakan yang dimiliki oleh dua orang (atau lebih) telah bercampur dan dianggap haiwan ternakan dimiliki oleh seorang sahaja.

Dalam konteks ASB, zakat khultah bermaksud zakat dikira daripada dana ASB sebagai satu entiti tanpa mengira bilangan pelabur, nisab dan haul setiap pelabur secara individu.

Hukum zakat khultah diambil daripada hadith riwayat Anas bin Malik dari Abu Bakar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidak dihimpunkan (harta zakat) yang terpisah dan tidak dipisahkan (harta zakat) yang terhimpun untuk mengelakkan dari zakat, dan dua orang yang bercampur (harta zakatnya) hendaklah dikeluarkan zakat daripada keduanya secara pro-rata” (HR Bukhari).

zakat khultah ASB
Zakat Khultah ASB

Adakah Zakat Khultah Patuh Syariah?

Ya. Zakat Khultah patuh syariah.

Ini berdasarkan penilaian dan pandangan hukum daripada Muzakarah Majlis Kebangsaan Islam (MKI) serta kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri seperti di bawah:

  1. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)
  2. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
  3. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
  4. Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
  5. Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  6. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
  7. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
  8. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
  9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah
  10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu
  11. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
ZAKAT KHULTAH

Kelas A & Kelas B ASB

Bermula 25 Mei 2026, dana harga tetap kini dikategorikan kepada dua kelas, iaitu:

Kelas A:

Semua pemegang unit dana harga tetap sedia ada secara automatik dikategorikan dalam Kelas A. Tiada perubahan kepada pelaburan anda atau cara anda menerima agihan pendapatan. Anda akan terus menerimanya secara penuh, tanpa sebarang potongan.

Pemegang unit Muslim boleh memilih Kelas B untuk terima pengagihan pendapatan bersih selepas potongan zakat.

Kelas B:

Bagi pemegang unit Muslim yang ingin mengurus zakat mereka dengan lebih mudah, anda boleh memilih untuk sertai Kelas B di mana anda akan menerima agihan pendapatan selepas potongan zakat.

Contoh pengiraan kadar bersih dividen:

5.75* – (2.57% x 5.75%) = 5.60%

  • *Kadar pengagihan pendapatan & bonus ASB 2025
  • Kiraan berdasarkan kaedah al-Mustaghallat, dengan kadar 2.57%.
ZAKAT KHULTAH KELAS B
Tukar ke kelas B untuk sertai Zakat Khultah

Macam Mana Nak Tukar Ke Kelas B ASB?

Anda boleh tukar ke Kelas B untuk menyertai Zakat Khultah melalui:

  • Portal & aplikasi myASNB
  • Kaunter cawangan & ejen ASNB
  • Kiosk ASNB

Cara paling cepat untuk menukar akaun ASB anda kepada Kelas B (Zakat Khultah) adalah secara dalam talian melalui aplikasi myASNB.

Zakat Khultah ASB
Tukar ke Kelas B (Zakat Khultah melalui aplikasi MyASNB, kaunter atau Kiosk ASB

Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB

Rujuk cara-cara tukar Kelas B ASB (Zakat Khultah) di bawah:

  1. Buka apliksi MyASB anda dan klik menu ‘Zakat Khultah’
  2. Kemudian, klik ‘Pilih Dana untuk Sertai KelasB’.
  3. Klik akaun dana yang anda ingin tukar ke Kelas B.
  4. Seterusnya, tandakan kotak kecil sebagai persetujuan dan klik Teruskan.
  5. Klik ‘Pasti’ untuk pengesahan.
  6. Klik ‘Pasti’ sekali lagi.
  7. Kalau nak tengok resit, klik ‘Lihat Resit’
  8. Selesai.

Rujuk juga panduan bergambar tukar ke kelas B (Zakat Khultah) di bawah:

Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB
Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB
Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB
Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB
Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB
Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB
Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Apps MyASNB

Cara Tukar Ke Kelas B ASB Melalui Kaunter & Kiosk ASB

Untuk menukar akaun ASB anda kepada Kelas B (Zakat Khultah) secara fizikal, anda boleh melakukannya di mana-mana Kiosk Mesin ASNB atau Kaunter Cawangan & Ejen Rasmi ASNB.

1. Cara Tukar Melalui Kiosk ASNB

Kiosk layan diri ASNB biasanya terletak di cawangan utama ASNB atau lokasi terpilih.

  • Masukkan Kad Pengenalan: Masukkan MyKad anda ke dalam slot kiosk dan lakukan pengesahan cap jari (biometrik) untuk keselamatan.
  • Pilih Menu Zakat: Pada skrin utama kiosk, cari dan pilih butang menu bertulis “Zakat Khultah” atau “Kemaskini Akaun/Zakat”.
  • Pilih Dana ASB: Sistem akan memaparkan senarai dana harga tetap yang anda miliki. Pilih “ASB” (atau dana lain seperti ASB 2/ASM yang ingin ditukar).
  • Sahkan Pilihan Kelas B: Skrin akan memaparkan penyataan persetujuan penukaran akaun dari Kelas A ke Kelas B. Tekan “Setuju” atau “Sahkan”.
  • Ambil Resit: Kiosk akan mencetak resit transaksi sebagai bukti status akaun anda kini telah berjaya ditukar ke Kelas B.

2. Cara Tukar Melalui Kaunter ASNB & Ejen Sah

Anda boleh hadir ke Cawangan Rasmi ASNB atau kaunter ejen sah mereka seperti Maybank, CIMB, RHB, AmBank, Affin Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, dan Pos Malaysia.

  • Bawa Dokumen: Anda hanya perlu membawa MyKad (Kad Pengenalan) asal anda. Buku pelaburan tidak wajib tetapi boleh dibawa jika ada.
  • Maklumkan kepada Pegawai: Beritahu pegawai kaunter: “Saya ingin menukar akaun ASB saya kepada Kelas B untuk Zakat Khultah (potongan zakat automatik)”.
  • Sahkan Identiti: Pegawai akan menyemak akaun anda dan meminta anda melakukan pengesahan cap jari atau menandatangani borang pengesahan sistem.
  • Kemaskini Masa-Nyata: Pegawai kaunter akan memproses permohonan tersebut, dan status akaun anda akan dikemas kini ke Kelas B secara serta-merta (real-time) dalam sistem pusat.

Video Tutorial Cara Tukar ASB ke Kelas B

Untuk panduan lebih jelas, sila rujuk video tutorial cara tukar ASB ke Kelas B yang dikongsikan ASNBmy di bawah:

Macam Mana Zakat Khultah Dilaksanakan?

Secara praktikalnya, pelaksanaan Zakat Khultah ASB dilaksanakan secara automatik oleh ASNB melalui penggabungan dana pelabur (kolektif) dan pemotongan terus daripada nilai dividen sebelum ia dikreditkan ke akaun anda.

Mekanisme ini menggabungkan hukum syarak mengenai percampuran harta (Khultah) dengan kaedah pengiraan zakat berasaskan pulangan pelaburan (Zakat al-Mustaghallat).

Sistem ini tidak dipaksa ke atas semua orang, sebaliknya berjalan atas dasar pilihan sukarela pelabur.

Anda perlu menukar status akaun ASB ke Kelas B secara sukarela melalui Aplikasi myASNB atau kaunter.

Tindakan menukar ke Kelas B ini dikira sebagai pemberian kebenaran (wakil) kepada ASNB untuk menguruskan zakat anda.

Wang anda dicampurkan dengan wang semua pelabur lain yang turut memilih Kelas B. Dana keseluruhan ini dikira sebagai satu harta milikan besar yang tunggal, tanpa melihat lagi had minimum (nisab) atau tempoh simpanan (haul) bagi setiap individu.

Apabila tiba penghujung tahun kewangan dana (contohnya Disember untuk ASB), ASNB akan mengira keuntungan keseluruhan tabung.

  • Zakat dipotong pada kadar 2.57%.
  • Kadar 2.57% ini dipilih kerana operasi pelaburan ASNB mengikut kalendar Masihi (365 hari), berbanding kadar asal Islam 2.5% yang mengikut kalendar Hijriah (354 hari).
  • Pengiraan 2.57% ini hanya dikenakan ke atas jumlah dividen, bonus, dan bonus khas sahaja. Wang modal pokok yang anda simpan langsung tidak disentuh.

Sebelum peratusan dividen diumumkan kepada umum, pihak ASNB menolak siap-siap bahagian 2.57% daripada keseluruhan keuntungan kumpulan Kelas B.

Wang zakat yang terkumpul secara pukal tersebut akan diserahkan terus oleh ASNB kepada pusat-pusat zakat negeri yang dilantik.

Perbezaan Bayaran Zakat Biasa & Zakat Khultah

Perbezaan utama antara kedua-dua kaedah ini terletak pada objektif pengiraan harta, kadar peratusan yang digunakan, dan cara bayaran dilakukan.

Berikut adalah perbandingan terperinci antara Zakat Biasa (Kaedah Simpanan/Kelas A) dan Zakat Khultah (Kaedah Pelaburan/Kelas B) untuk pelaburan ASB anda:

Ciri-ciriZakat Biasa (Kelas A)Zakat Khultah (Kelas B)
Kadar Zakat2.5%2.57%
Sasaran PengiraanModal Pokok + DividenDividen & Bonus Sahaja
Asas KalendarHijriah (354 hari)Masihi (365 hari)
Syarat Haul & NisabPerlu dikira secara individuDiabaikan (dikira atas dana kelompok)
Kaedah PengiraanManual oleh pelabur sendiriAutomatik oleh sistem ASNB
Cara PembayaranBayar sendiri di pusat zakatDipotong terus sebelum agihan dividen
Status Dividen DiterimaBelum bersih (wajib dikira lagi)Sudah 100% bersih dan suci
Fleksibiliti PilihanBoleh tukar ke Kelas B pada bila-bila masaKekal (tidak boleh patah balik ke Kelas A)

Sebelu ini, anda tunggu dividen masuk. Anda kena kira sendiri baki duit, semak kadar nisab, dan pergi ke pejabat zakat untuk bayar guna duit poket sendiri.

Tetapi, bila pilih Kelas B (Zakat Khultah)pihak ASNB mengumpul semua duit pelabur menjadi satu “tabung besar”.

Sebelum mereka bahagikan dividen kepada anda, mereka potong siap-siap 2.57% daripada tabung besar itu untuk dibayar terus kepada pusat zakat

Contoh Pengiraan Zakat ASB

Untuk membuat perbandingan yang tepat, kita gunakan contoh situasi pelaburan berikut:

  • Jumlah Modal Pokok ASB: RM50,000 (kekal setahun, cukup nisab dan haul)
  • Kadar Dividen ASB (Andaian): 5.5% (Jumlah Dividen = RM2,750)
  • Kadar Zakat Kelas A: 2.5% (Atas keseluruhan harta: Modal + Dividen)
  • Kadar Zakat Kelas B (Zakat Khultah): 2.57% (Atas nilai agihan/dividen sahaja)

Jadual Perbandingan Pengiraan Zakat ASB (Modal: RM50,000

Formula & Langkah PengiraanKelas A (Zakat Biasa / Simpanan)Kelas B (Zakat Khultah / Automatik)
1. Nilai Yang Dikenakan ZakatModal + Dividen
(RM50,000 + RM2,750 = RM52,750)
Dividen Sahaja
(RM2,750)
2. Kadar Zakat Yang Ditentukan2.5% (Asas Kalendar Hijriah)2.57% (Dilaraskan ke Kalendar Masihi)
3. Formula PengiraanRM52,750 x 2.5%RM2,750 x 2.57
4. Jumlah Zakat Wajib DibayarRM1,318.75RM70.68
5. Cara PembayaranPelabur keluarkan wang sendiri & bayar manual di Pusat Zakat.Dipotong terus secara automatik oleh ASNB daripada tabung.
6. Jumlah Dividen Dalam AkaunRM2,750 (Belum bersih zakat modal). – perlu membayar RM1,318.75 zakat. RM2,679.32 (Dividen bersih yang sudah suci).

Zakat Khultah Layak Rebat Cukai?

Ya, bayaran Zakat Khultah ASB layak mendapat rebat cukai pendapatan sepenuhnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Walaupun zakat dipotong secara pukal di peringkat tabung, ASNB tetap akan mengeluarkan Penyata Zakat individu.

Anda boleh memuat turun penyata rasmi ini secara digital melalui portal atau aplikasi myASNB selepas musim pengagihan dividen selesai.

Penyata digital tersebut mempunyai butiran lengkap yang sah untuk digunakan sebagai bukti potongan semasa mengisi e-Filing LHDN.

Apa Kelebihan Pilih Zakat Khultah ASB?

Kelebihan memilih zakat Khultah ialah:

  1. Pengiraan zakat dibuat secara automatik
  2. Pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB
  3. Memastikan zakat tidak mengurangkan nilai modal pelaburan
  4. Sekali aktif di aplikasi myASNB, sistem urus sendiri setiap tahun
  5. Nilai zakat jauh lebih rendah berbanding kaedah zakat simpanan biasa (Kelas A)
  6. Patuh syariah, diiktiraf rasmi oleh Penasihat Syariah PNB dan Majlis Fatwa Negeri
  7. Layak mendapat rebat cukai pendapatan
Zakat Khultah ASB
Kelebihan Zakat Khultah

Nota Penting Sebelum Tukar Ke Kelas B (Zakat Khultah)

  • Sebaik sahaja anda memilih untuk opt-in ke Kelas B bagi sesuatu dana, anda tidak dibenarkan untuk menukarnya semula kepada Kelas A (pembayaran manual) bagi dana tersebut.
  • Jika anda mempunyai beberapa dana harga tetap yang lain (contohnya: ASB 2 atau ASM), penukaran status ini tidak berlaku secara automatik untuk semua. Anda perlu membuat pilihan opt-in bagi setiap dana itu secara berasingan.
  • Anda disarankan membuat penukaran ini sebelum tempoh penggantungan urus niaga dana (closing period) bagi tahun kewangan semasa. Jika anda menukarnya semasa tempoh akaun sedang digantung untuk pengiraan dividen, potongan zakat automatik hanya akan bermula pada tahun kewangan yang berikutnya.
Zakat Khultah ASB
Pilih Zakat Khultah untuk lebih mudah bayar zakat

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai baki pelaburan semasa, anda boleh menyemak butiran lanjut mengenai fungsi pelbagai kelas ini secara terus di portal rasmi Zakat Khultah ASNB

Ikuti media sosial ASB:

  1. Facebook Amanah Saham Nasional Berhad
  2. Instagram ASNBmy 
  3.  X ASNBmy_official  
  4. Youtube AmanahSahamNasionalBerhad

FAQ – Soalan Lazim Zakat Khultah

Untuk mengetahui soalan lazim mengenai Zakat Khultah, sila rujuk: https://www.asnb.com.my/zakat-khultah

Adakah skim Kelas B (Zakat Khultah) ini wajib untuk semua pelabur?

Tidak. Skim ini adalah berasaskan pilihan sukarela (opt-in). Status asal akaun anda adalah Kelas A (urus sendiri). Anda perlu menukarnya sendiri jika mahu menyertai Kelas B.

Adakah kaedah Zakat Khultah ini sah di sisi undang-undang syarak dan fatwa Malaysia?

Ya, sah. Jawatankuasa Penasihat Syariah PNB dan sebahagian besar Majlis Fatwa Negeri-Negeri di Malaysia telah meluluskan dan mewartakan kaedah pengiraan ini khusus untuk dana harga tetap ASNB.

Mengapakah kadarnya 2.57% dan bukan 2.5% seperti zakat biasa?

Kadar dilaraskan kepada 2.57% kerana pengurusan dana ASB dikira mengikut kalendar Masihi (365 hari setahun), manakah kadar asal 2.5% adalah berdasarkan kalendar Hijriah (354 hari setahun).

Bagaimana jika jumlah dividen saya kecil dan tidak cukup nisab (had minimum)?

Di bawah konsep Khultah (percampuran harta), syarat nisab individu diabaikan. Ini kerana semua dana pelabur Kelas B dikumpul menjadi satu tabung raksasa yang sudah pastinya melebihi had nisab, lalu zakat dipotong secara pukal daripada tabung tersebut.

Bolehkah saya patah balik ke Kelas A selepas mendaftar Kelas B?

Tidak boleh. Sebaik sahaja anda menukar status sesuatu dana kepada Kelas B (Zakat Khultah), pilihan tersebut adalah kekal bagi dana tersebut dan tidak boleh diubah semula ke Kelas A.

Adakah penukaran ke Kelas B ini automatik untuk semua akaun (ASB, ASB 2, ASM)?

Tidak. Penukaran status dilakukan secara berasingan mengikut jenis dana [1]. Jika anda mempunyai akaun ASB dan ASB 2, anda perlu melakukan proses opt-in bagi kedua-dua akaun tersebut satu per satu.

Adakah pemegang unit Kelas B boleh menuntut rebat cukai atas potongan zakat yang dikenakan?

Ya, pemegang unit Kelas B boleh menuntut rebat cukai menggunakan resit rasmi yang akan dikeluarkan oleh Pusat Zakat Negeri yang berkaitan.

Jika saya menyertai Kelas B bagi dana ASB pada Jun 2026 dan potongan zakat dikenakan untuk tahun berakhir kewangan dana pada 31 Disember 2026, adakah saya layak menuntut rebat cukai bagi Tahun Taksiran 2026 semasa penghantaran e-Filing cukai pendapatan pada Mac 2027?

Tidak, kerana bayaran zakat dana ASB bagi tahun kewangan berakhir 2026 akan direkodkan pada Januari 2027.