MyKad Baru 2026 – 3 Golongan Yang Wajib Tukar IC
MyKad baru (MyKad Struktur Baharu) 2026 bakal perkenalkan secara rasmi mulai Jun 2026 oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Ada beberapa penambahbaikan yang dilakukan terutamanya dari segi sistem keselamatan. Untuk pengetahuan anda, MyKad struktur baharu JPN ini direka dengan teknologi keselamatan ultra-tinggi untuk mengelakkan isu-isu berkaitan pemalsuan identiti.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, adakah wajib tukar MyKad baru ini dengan segera? Jangan risau, tak wajib pun tukar MyKad baru. MyKad yang sedia ada masih boleh digunakan untuk semua urusan rasmi.
Bagi anda yang ingin membuat penukaran MyKad, anda boleh membuat tempahan slot temujanji di Sistem Janji Temu JPN online.
Jom ketahui ciri keselamatan MyKad versi baharu polikarbonat ini dan cara tukar IC baharu di bawah!
- Ringkasan Artikel
- Apa Itu MyKad Baru (MyKad Struktur Baharu)?
- Pelaksanaan Pengeluran & Gantian MyKad Baru
- Senarai 18 Pejabat JPN Terpilih - Tukar MyKad Baru
- Cara Tukar MyKad Baru
- Panduan Bergambar Buat Temujanji Tukar IC di Sistem Janji Temu JPN -
- 4 Ciri Baharu MyKad Versi 2026 (Lebih Selamat & Tahan Lasak)
- Adakah Wajib Tukar Kepada MyKad Baharu?
- Siapa Yang Akan Wajib Tukar MyKad Baru?
- Fungsi Touch 'n Go (TnG) Tiada Pada MyKad Baru
- Maklumat Lanjut
- FAQ - Soalan Lazim MyKad Struktur Baharu
Ringkasan Artikel
- Tarikh Pelancaran: 1 Jun 2026
- Status Kewajipan: TIDAK WAJIB tukar serta-merta. MyKad lama anda masih sah untuk semua urusan rasmi
- Fungsi Dihentikan: Cip Touch ‘n Go (TnG) dibuang sepenuhnya untuk fokus kepada keselamatan data. Baki wang dalam IC lama boleh dituntut semula (refund) secara online di portal Touch ‘n Go menggunakan nombor siri kad.
- Fasa pelaksanaan & pengeluaran MyKad baru: Dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 18 pejabat terpilih sahaja untuk fasa permulaan.
- Kaedah Permohonan: Wajib melalui Sistem Janji Temu JPN.
- Kumpulan Wajib: Pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT), dan MyKad Versi 1 (tiada ghost-image. Wajib tukar MyKad dalam tempoh tiga tahun.
Apa Itu MyKad Baru (MyKad Struktur Baharu)?
MyKad Struktur Baharu (atau sebelum ini dikenali MyKad Generasi Baharu) merupakan kad pengenalan pintar versi terkini yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia mulai Jun 2026 bagi menggantikan reka bentuk dan sistem MyKad lama yang telah digunakan sejak tahun 2012.
Pengenalan kad generasi baharu ini bertujuan utama untuk menangani isu pemalsuan identiti dan jenayah siber yang semakin licik dengan mempertingkatkan benteng pertahanan keselamatan data peribadi rakyat secara menyeluruh.
Bukan itu sahaja, kad pengenalan versi terbaharu ini turut diselaraskan bagi menyokong pengoperasian Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) yang akan datang.
Selain MyKad, pasport Malaysia juga akan ada versi baharu. Walaubagaimanapun pelancarannya yang dijadualkan pada 1 Jun ini telah ditangguhkan kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Berdasarkan kenyataan rasmi terbaharu daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tarikh pelancaran MyKad Struktur Baharu ini juga belum ditetapkan pada 1 Jun 2026 secara mutlak.
JPN menjelaskan ia akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh yang akan diumumkan nanti, manakala sistem MyNIISe akan mula dilaksanakan secara berperingkat.


Pelaksanaan Pengeluran & Gantian MyKad Baru
Berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, pengeluaran dan gantian MyKad Struktur Baharu akan mula dilaksanakan selepas pelancarannya oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad kerana MyKad sedia ada masih sah digunakan untuk semua urusan rasmi, termasuk penebusan subsidi dan bantuan Kerajaan.
Sebagai permulaan, pengeluaran dan gantian MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berfasa di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 18 pejabat JPN terpilih secara sistem janji temu, sebelum diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
Pendekatan ini bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, teratur dan mengelakkan kesesakan di kaunter JPN.
Keutamaan pelaksanaan pengeluaran MyKad Struktur Baharu hanya kepada pemohon yang telah membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN serta pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1 (Tanpa Ghost-Image).
Dalam masa yang sama, pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 adalah diwajibkan untuk menukar kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga (3) tahun.




Senarai 18 Pejabat JPN Terpilih – Tukar MyKad Baru
Untuk fasa permulaan ini, pencetakan kad struktur terbaharu ini hanya dilakukan di beberapa cawangan sahaja.
Anda boleh membuat permohonan di 18 pejabat JPN terpilih MyKad yang telah diwartakan di seluruh negara.
Pastikan anda menyemak senarai lokasi penuh ini terlebih dahulu di dalam Sistem Janji Temu JPN online sebelum hadir ke kaunter untuk mengurangkan waktu menunggu anda.
NOTA:
- Buat masa ini, senarai rasmi bagi 18 cawangan tersebut belum didedahkan secara spesifik oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
- Lokasi yang pasti anda boleh buat penukaran MyKad baru adalah di Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
Kami akan mengemas kini jadual 18 pejabat JPN terpilih ini secara masa-nyata (real-time) sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat oleh pihak JPN.
Cara Tukar MyKad Baru
Bagi mengelakkan kesesakan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan penukaran MyKad baru untuk fasa awal diwajibkan menggunakan sistem janji temu JPN.
Rujuk cara-cara buat temujanji di bawah:
Cara Buat Temujanji Tukar IC di Sistem Janji Temu JPN
- Layari Portal Rasmi Sistem MyJanjiTemu JPN
- Kemudian, klik “MULA TEMPAHAN”.
- Baca semua terma & syarat dan tandakan kotak kecil di bawah sebagai tanda persetujuan > Klik “SETERUSNYA”
- Pilih cawangan dan Pilih jenis perkhidmatan: “Kad Pengenalan” > Klik “SETERUSNYA”.
- Pilih tarikh dan klik “SEMAK”.
- Untuk pilihan masa pula, anda boleh pilih nak tempah slot mana yang belum penuh > Klik “SETERUSNYA”
- Dah selesai pilih tarikh dan masa, anda kena isi maklumat diri (Nama, No kad pengenalan, No Tel dan Emel).
- Selesai!
Panduan Bergambar Buat Temujanji Tukar IC di Sistem Janji Temu JPN –
Kalau tak faham, anda boleh rujuk panduan bergambar Cara Buat Temujanji Tukar IC di Sistem Janji Temu JPN di bawah:








Kalau nak batalkan temujanji:
- Klik MyJanjitemu JPN.
- Klik Semak/Batalkan Permohonan.
- Masukkan kad pengenalan, no tel dan emel. Lepastu klik, Semak Permohonan.
- Klik, batal.
- Selesai.



4 Ciri Baharu MyKad Versi 2026 (Lebih Selamat & Tahan Lasak)
Ada beberapa ciri baru dan pembaharuan yang dibuat untuk MyKad baru ini, antaranya ialah:
1. Ciri Keselamatan Ditingkatkan
Kalau sebelum ini hanya ada 23 ciri keselamatan pada MyKad, tapi versi baru ini ditingkatkan kepada 53 ciri keselamatan.
Selain itu, MyKad baru ini juga akan menggunakan teknologi laser engraving, imej hologram bertingkat dan cetakan teks mikro. Ini semua ciri keselamatan untuk bantu menyukarkan sindiket memalsukan MyKad.
Satu lagi, MyKad baru ini juga akan dilengkapi dengan kod QR khas pada permukaan kad. Jadi, kalau pihak penguatkuasa nak buat verifikasi identiti, ia boleh dilakukan secara pantas dan tepat.
2. Diintegrasikan Dengan MyNIISe
Struktur data di dalam cip MyKad baru in juga akan diselaraskan sepenuhnya dengan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe).
3. Diperbuat Daripada Bahan Polikarbonat
MyKad baru diperbuat daripada bahan polikarbonat gred tinggi menggantikan bahan plastik (PVC) berasaskan poliester pada kad lama.
Bahan polikarbonat ini lagi tahan lasak, tidak mudah patah dan tidak mudah terkopek (lapisan plastiknya).
4. Pemansuhan Fungsi Touch ‘n Go (TnG)
Fungsi cip hibrid Touch ‘n Go dibuang sepenuhnya daripada MyKad Generasi Baharu. Maksudnya, MyKad yang baru ini dah tak boleh digunakan untuk bayaran di plaza tol, pengangkutan awam (LRT/MRT), atau mesin parkir sebab fungsi TnG sudah dimansuhkan.

Adakah Wajib Tukar Kepada MyKad Baharu?
Jawapannya adalah TIDAK.
Kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa tiada paksaan atau garis masa ketat untuk orang awam menukar kad pengenalan lama kepada versi generasi baharu pada 1 Jun 2026.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, proses pertukaran akan dilaksanakan secara berperingkat dan sukarela bagi mengelakkan lambakan atau kesesakan luar biasa di kaunter JPN seluruh negara.
MyKad sedia ada di dompet anda sekarang masih kekal sah dan boleh digunakan untuk semua urusan rasmi perbankan, kerajaan, dan swasta.
Siapa Yang Akan Wajib Tukar MyKad Baru?
Golongan yang diwajibkan untuk menukar kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga (3) tahun ialah pemegang dokumen pengenalan diri versi lama seperti berikut:
3 Golongan Wajib Tukar MyKad Baru
- Kad Pengenalan Plastik (KPP)
- Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT)
- MyKad Versi 1 (Tanpa Ghost-Image)
Bagi rakyat Malaysia yang lain, kerajaan menegaskan bahawa anda TIDAK WAJIB untuk menukar kad secara tergesa-gesa.
MyKad anda yang sedia ada masih sah sepenuhnya untuk digunakan bagi semua urusan rasmi, perbankan, tuntutan subsidi, serta pengagihan bantuan kerajaan.

Fungsi Touch ‘n Go (TnG) Tiada Pada MyKad Baru
Antara kejutan terbesar dalam evolusi MyKad 2026 ini ialah pemansuhan fungsi Touch ‘n Go (TnG).
Kad pengenalan baharu tidak lagi dilengkapi cip hibrid untuk pembayaran tol, pengangkutan awam (LRT/MRT), atau parkir.
Bagaimana Cara Tebus Baki Wang TnG Dalam IC Lama?
Jika anda perlu menukar kad pengenalan dan masih mempunyai baki wang di dalam MyKad lama, jangan risau. Anda boleh menuntut wang tersebut semula (refund) dengan langkah berikut:
- Minta slip cetakan nombor siri Touch ‘n Go di kaunter JPN semasa proses pertukaran kad.
- Layari Portal Rasmi Touch ‘n Go.
- Isi borang permohonan bayaran balik secara dalam talian (e-Refund) menggunakan nombor siri tersebut.
- Baki wang akan dikreditkan terus ke akaun bank anda.
Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan lebih terperinci mengenai MyKad baru (MyKad Struktur Baharu) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di saluran rasmi berikut:
- Portal Rasmi: Laman Web JPN
- Media Sosial Rasmi: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
- Aduan & Maklum Balas Online: e-Pertanyaan SISPAA JPN
- Talian Khidmat Pelanggan: 03-80008000
- Faks: 03-88808288
FAQ – Soalan Lazim MyKad Struktur Baharu
Tidak wajib. MyKad sedia ada masih sah dan boleh digunakan seperti biasa untuk semua urusan rasmi. Tiada tempoh masa tamat yang ditetapkan untuk penukaran kad lama.
3 Golongan Wajib Tukar MyKad Baru ialah:
– Kad Pengenalan Plastik (KPP)
– Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT)
– MyKad Versi 1 (Tanpa Ghost-Image)
Fungsi TnG dimansuhkan sepenuhnya bagi memberikan fokus mutlak kepada aspek keselamatan identiti. Langkah ini juga mengurangkan risiko kad pengenalan anda terdedah, tercicir, atau digodam apabila kerap digunakan di tempat awam seperti di plaza tol dan mesin parkir.
Baki wang tersebut tidak akan hilang. Semasa anda menukar kad di kaunter JPN, anda boleh meminta slip nombor siri TnG kad lama tersebut. Seterusnya, lakukan permohonan pulangan balik (e-Refund) secara online di portal rasmi Touch ‘n Go untuk dikreditkan terus ke akaun bank anda.
Tidak. Tiada sebarang denda dikenakan. MyKad sedia ada yang anda gunakan sekarang masih sah dan boleh berfungsi seperti biasa untuk semua urusan rasmi perbankan, imigresen, dan agensi kerajaan.