Cara Daftar SSM Percuma 2026 – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
Cara Daftar SSM Percuma 2026 di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) boleh dilakukan bermula 1 Jun 2026.
Melalui skim ini, anda berpeluang menikmati 2 tahun percuma pengecualian fi pembaharuan perniagaan selepas pendaftaran awal diluluskan. Betul, tak perlu bayar apa-apa yuran pun!
Permohonan SSM percuma boleh dilakukan melalui secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my (kini dikenali sebagai SSM4U: ssm4u.com.my)
Anda boleh rujuk cara daftar SSSM percuma 2026 (SPPP) di bawah.
- Ringkasan
- SSM Percuma - Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
- Cara Daftar SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar
- Tutorial Bergambar Cara Daftar SSM Percuma 2 Tahun
- Apa Dokumen Diperlukan Daftar SSM?
- Syarat Kelayakan Daftar SSM Percuma SPPP
- Tempoh dan Insentif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP)
- Kelebihan Daftar SSM
- Rujukan & Info Lanjut
- FAQ - Soalan Lazim Daftar SSM Percuma SPPP
Ringkasan
- SPPP ialah insentif pengecualian fi pendaftaran perniagaan oleh SSM untuk membantu meringankan beban kewangan golongan sasar.
- Tiga Kategori Layak: Terbuka khusus kepada usahawan golongan B40, pelajar IPT sepenuh masa, dan warga emas berumur 60 tahun ke atas (SPPWE).
- Had Permohonan: Hanya sah untuk satu (1) pendaftaran perniagaan pertama sahaja dan tidak terpakai untuk pendaftaran cawangan.
- Kaedah Permohonan: Proses dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal SSM EzBiz atau secara fizikal di kaunter SSM dengan menyertakan dokumen sokongan yang sah.
- Tempoh manfat dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun.
SSM Percuma – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) 2026 ialah salah satu inisiatif terbaru SSM 2026 bagi membantu golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.
Tempoh manfaat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun pendaftaran SSM percuma berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Jun 2026.
Inisiatif ini diperluas bagi menyokong ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) di Malaysia.
Cara Daftar SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar
Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my.
Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online, kemudian hadir di pejabat SSM terdekat untuk pengesahan identiti pemilik bagi tujuan keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz Online.
Pendaftaran Portal EzBiz Online
- Layari portal EzBiz Online di ezbiz.ssm.com.my dan anda akan dibawa ke portal SSM4U: https://ssm4u.com.my/
- Klik Register Now
- Isi maklumat pra-pendaftaran; no kad pengenalan, nama dan emel. Klik ‘Proceed’.
- Seterusnya, lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Tandakan kotak kecil sebagai persetujuan dan klik ‘Register’.



Tandakan kotak kecil sebagai persetujuan dan klik ‘Register’.
Setelah pendaftaran akaun berjaya, anda perlu log masuk dan buat permohonan SPPP 2026.
- Log masuk akaun yang anda daftarkan tadi atau layari https://ssm4u.com.my/ dan klik Login.
- Dah login, pilih kotak EZBIZ > ‘View details’.
- Klik ‘Go To Ezbiz’ > My Bussiness Service > “New Bussiness Registration”.
- Anda perlu lengkapkan borang permohonan digital.
- Pada bahagian Incentive, pilih Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) > Pilih kategori (Pelajar IPT, Usahawan B40, Warga Emas) > Pilih “2 tahun”.
- Kemudian, dah siap isi klik NEXT.
- Isi maklumat cawangan sekiranya ada, pilih Yes. Kalau takda, pilih NO.
- Pilih YES/NO untuk ‘Is Online Seller?’
- Masukkan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat > klik NEXT.
- Jelaskan jenis perniagaan anda, add bussiness code (jika perlu), > klik NEXT.
- Sahkan pemilik perniagaan, > klik NEXT.
- Muat naik dokumen yang diperlukan (rujuk senarai di bahagian bawah)
- Akhir sekali, klik ‘Submit For Verification’.
Tutorial Bergambar Cara Daftar SSM Percuma 2 Tahun
Panduan di bawah menjelaskan cara daftar SSM Percuma di bawah SPPP dengan lebih jelas untuk panduan pelajar IPT dan usahawan B40 yang layak memohon.




Pilih YES/NO untuk ‘Is Online Seller?’
Masukkan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat > klik NEXT.

Sahkan pemilik perniagaan, > klik NEXT.

Apa Dokumen Diperlukan Daftar SSM?
Rujuk senarai dokumen yang diperlukan untuk daftar SSM percuma di bawah:
Dokumen bagi Kategori Usahawan Kumpulan B40:
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang); dan
- Bukti pengesahan menjalankan perniagaan :
- Permohonan bantuan pinjaman/ geran perniagaan; atau
- Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
- Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dokumen bagi Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
- Salinan kad pelajar; dan
- Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.
Syarat Kelayakan Daftar SSM Percuma SPPP
Inisiatif SSM ini dikhususkan kepada tiga kategori utama warganegara Malaysia yang tidak mempunyai entiti perniagaan aktif di SSM iaitu:
- Usahawan Kumpulan B40: Penerima atau pasangan penerima bantuan tunai khas kerajaan (seperti STR).
- Pelajar Sepenuh Masa: Pelajar dalam negara di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej, atau Pusat Kemahiran.
Kategori Usahawan Kumpulan B40:
- Pemegang MyKad/MyPR
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
- Pemegang MyKad/MyPR
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Jadi, sekiranya anda tergolong dalam kategori di atas, jangan lepaskan peluang untuk daftar SSM percuma.
Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja).
Tempoh dan Insentif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP)
Melalui skim penambahbaikan SPPP 2026 ini, pemohon yang berjaya akan menerima pengecualian fi bernilai:
- Fi Pendaftaran Perniagaan: RM60 nama sendiri, RM120 nama tred.
- Fi Maklumat Perniagaan (Business Profile): RM10.
Ini bermaksud, dengan mendaftar di bawah SPPP anda boleh jimat sehingga RM70/RM130 untuk perlindungan pendaftaran perniagaan selama 2 tahun. Berbaloi sangat!

Kelebihan Daftar SSM
Bagi anda belum mendaftar perniagaan anda dengan SSM, berikut ialah kelebihan jika anda berbuat demikian:
- Perniagaan anda sah di sisi undang-undang. Ini bermaksud anda boleh mengelak daripada risiko didenda atau penjara.
- Anda juga akan berpeluag memohon pelbagai insentif, pinjaman dan latihan daripada pelbagai agensi berdaftar seperi Bank Rakyar, MARA, TEKUN, SME Corp, PERNAS, PUNB dan agensi lain.
- Perniagaan yang berdaftar dengan SSM membuatkan pelanggan lebih mempercayai dan yakin untuk berurusniaga bersama anda.
- Kewangan lebih terurus sekiranya perniagaan didaftarkan dengan SSM kerana anda boleh membuka akaun bank perniagaan khusus dengan pihak bank. Kalau takda SSM, susah nak buka akaun bank bussiness.
Rujukan & Info Lanjut
Untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) dan cara daftar SSM percuma, anda boleh layari portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Rujuk juga:
- Panduan Pendaftaran Perniagaan Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT Sepenuh Masa .
- SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA (SPPP)
FAQ – Soalan Lazim Daftar SSM Percuma SPPP
Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) ialah inisiatif SSM yang mengecualikan fi pendaftaran perniagaan bagi membantu usahawan golongan B40, pelajar IPT, dan warga emas memulakan perniagaan secara sah. Melalui skim ini, pemohon yang layak dapat mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian secara PERCUMA selama 2 TAHUN.
Skim ini terbuka kepada:
– Usahawan Kumpulan B40: Individu yang berdaftar dalam sistem bantuan kerajaan (seperti Sumbangan Tunai Rahmah).
– Pelajar IPT: Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS), politeknik, kolej, dan institusi/pusat kemahiran.
Untuk Warga Emas (Individu berumur 60 tahun ke atas) boleh mohon SPPWE.
– Daftar Akaun: Layari portal SSM EzBiz, daftar akaun pengguna, dan lakukan pengesahan identiti secara dalam talian (e-KYC).
– Isi Maklumat: Klik menu New Business Registration, pilih jenis skim SPPP, dan isi maklumat perniagaan anda.
– Muat Naik Dokumen: Sertakan salinan kad pengenalan bersama dokumen sokongan (seperti bukti bantuan B40, kad pelajar, atau surat pengesahan IPT) lalu hantar untuk kelulusan.
Setiap individu yang layak hanya dibenarkan membuat satu (1) kali permohonan sahaja sepanjang skim ini berlangsung. Pengecualian tidak terpakai untuk pendaftaran perniagaan kedua atau seterusnya.
Boleh, dengan syarat SEMUA rakan kongsi dalam perniagaan tersebut mestilah terdiri daripada individu yang memenuhi kriteria kelayakan SPPP (sama ada kategori B40 atau Pelajar IPT). Jika salah seorang rakan kongsi tidak layak, pengecualian fi tidak akan diberikan.
Tiada had umur ditetapkan untuk kategori usahawan B40. Asalkan anda berumur 18 tahun ke atas (syarat sah mendaftar perniagaan) dan data anda disahkan berada dalam pangkalan data bantuan kerajaan, anda layak memohon.
Secara amnya, proses kelulusan melalui portal SSM EzBiz mengambil masa dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja, bergantung kepada ketepatan dokumen sokongan dan maklumat perniagaan yang anda hantar.

