Portal MyJanjiTemu JPN – Cara Buat Temujanji Online
Bagi anda yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pastikan anda memanfaatkan portal MyJanjiTemu JPN terlebih dahulu bagi mengelakkan waktu menunggu yang lama di kaunter.
Melalui portal ini, anda boleh membuat tempahan janji temu bagi untuk pelbagai urusan penting seperti pendaftaran kelahiran anak, pertukaran alamat, sehinggalah permohonan MyKad Struktur Baharu.
Untuk makluman, penukaran MyKad Struktur Baharu 2026 bermula Jun ini adalah TIDAK diwajibkan untuk pemegang MyKad sedia ada. Kecuali, tergolong dalam 3 kategori berikut iaitu Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1 (Tanpa Ghost-Image).
Tiga golongan tersebut boleh membuat penukaran IC dalam masa tempoh 3 tahun. Jadi, anda tidak perlu tergesa-gesa okay.
Bagi yang ingin menukar MyKad baharu, anda wajib menggunakan sistem ini untuk membuat temujanji terlebih dahulu di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 18 pejabat JPN terpilih.
Kalau nak tahu cara buat temujanji online untuk tukar MyKad baru 2026 dan pelbagai urusan berkaitan JPN termasuklah cara batalkan janji temu JPN jika mempunyai hal kecemasan di mytemujanji.jpn.gov.my, sila rujuk panduan ringkas di bawah.
- Ringkasan Artikel
- Portal MyJanjiTemu JPN
- Cara Buat Temujanji Guna Portal MyJanjiTemu JPN
- Tutorial Bergambar Cara Buat Temujanji JPN Online
- Video Tutorial Cara Buat Temujanji JPN Online
- Cara Semak & Batalkan Janji Temu JPN
- Jadual Waktu Operasi Kaunter JPN Mengikut Negeri
- Maklumat Lanjut
- FAQ - Soalan Lazim Portal MyJanjiTemu JPN
Ringkasan Artikel
- Layari MyJanjiTemu JPN untuk membuat temujanji JPN online bagi penukaran MyKad baru 2026, daftar kelahiran, perkahwinan sivil dan pelbagai urusan JPN.
- Anda digalakkan untuk membuat temujanji online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter JPN untuk memendekkan masa menunggu.
Portal MyJanjiTemu JPN
Portal MyJanjiTemu JPN adalah sistem tempahan slot dalam talian rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia.
Ia membolehkan orang ramai menjadualkan tarikh dan masa lawatan ke kaunter sebelum hadir, bagi memastikan urusan berjalan lancar, mengurangkan kesesakan, dan menjimatkan masa menunggu.
Anda boleh membuat pelbagai temujanji perkhidmatan JPN termasuklah penukaran MyKad baru 2026 melalui portal ini.
Fungsi Sistem MyJanjiTemu JPN
- Kad Pengenalan (MyKad): Gantian kad rosak, permohonan MyKad Struktur Baharu, atau kad pengenalan kanak-kanak 12 tahun.
- Bahagian Kelahiran: Pendaftaran anak baru lahir atau cabutan sijil kelahiran (surat beranak).
- Bahagian Perkahwinan & Perceraian: Pendaftaran perkahwinan sivil (bukan Islam) atau urusan berkaitan.
- Bahagian Kewarganegaraan: Urusan status taraf penduduk dan kewarganegaraan.
Cara Buat Temujanji Guna Portal MyJanjiTemu JPN
Nak buat temujanji melalui portal JPN ini sangat mudah dan hanya mengambil masa kurang daripada 7 minit. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pertama sekali, layari laman web rasmi MyJanjiTemu JPN di pautan mytemujanji.jpn.gov.my.
- Kemudian, klik “MULA TEMPAHAN”.
- Baca semua terma & syarat dan tandakan kotak kecil di bawah sebagai tanda persetujuan > Klik “SETERUSNYA”
- Pilih cawangan dan Pilih jenis perkhidmatan > Klik “SETERUSNYA”.
- Pilih tarikh dan klik “SEMAK”.
- Untuk pilihan masa pula, anda boleh pilih nak tempah slot mana yang belum penuh > Klik “SETERUSNYA”
- Dah selesai pilih tarikh dan masa, anda kena isi maklumat diri (Nama, No kad pengenalan, No Tel dan Emel).
- Selesai!
Tutorial Bergambar Cara Buat Temujanji JPN Online
Kami kongsikan juga tutorial bergambar Cara Buat Temujanji JPN Online di bawah untuk membantu anda membuat temujanji dengan mudah.








PENTING:
- Pastikan anda tiba 15 minit sebelum waktu slot. Kelewatan akan menyebabkan tiket janji temu anda terbatal secara automatik.
- Pastikan anda membawa bersama dokumen asal yang diperlukan (seperti surat beranak, kad pengenalan lama, atau sijil nikah) mengikut jenis urusan anda bagi mengelakkan permohonan ditolak di kaunter.
Video Tutorial Cara Buat Temujanji JPN Online
Temujanji JPN Anak Baru Lahir (Daftar Sijil Kelahiran)
Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan kelahiran bayi mereka, anda wajib membuat tempahan slot di bawah kategori perkhidmatan “Kelahiran”.
- Tempoh Wajib: Pendaftaran kelahiran biasa mestilah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh bayi dilahirkan. Jika terlepas, anda perlu memohon di bawah kategori Daftar Lewat Kelahiran.
- Dokumen Perlu Dibawa: Pastikan anda membawa Kad Pengenalan ibu dan ayah (asal), Sijil Nikah/Perkahwinan, Buku Pink Ibu (buku rekod kesihatan), serta Borang Pengesahan Kelahiran dari hospital.
- Rujuk: https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran
Temujanji JPN Tukar Alamat (Pindaan Butiran MyKad)
- Jika anda telah berpindah rumah dan mahu mengemas kini alamat terkini pada kad pengenalan, anda perlu memilih kategori urusan “Kad Pengenalan” di sistem MyJanjiTemu.
- Rujuk: https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-pindaan
Daftar Kahwin JPN Online (Sivil / Bukan Islam)
Bagi pasangan bukan Islam yang ingin mendaftarkan perkahwinan undang-undang (sivil), JPN kini menyediakan kemudahan pautan terus melalui Sistem Portal OSKC JPN.
Cara Semak & Batalkan Janji Temu JPN
Sekiranya anda ada hal kecemasan atau perkara yang tidak membolehkan anda hadir pada waktu temujanji, anda boleh batalkan temujanji JPN tersebut melalui cara-cara berikut:
- Klik MyJanjitemu JPN.
- Klik Semak/Batalkan Permohonan.
- Masukkan kad pengenalan, no tel dan emel. Lepastu klik, Semak Permohonan.
- Klik, batal.
- Selesai.



Jadual Waktu Operasi Kaunter JPN Mengikut Negeri
Bagi memastikan slot permohonan melalui Sistem MyJanjiTemu JPN berjalan lancar, sila rujuk waktu bekerja rasmi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah:
> Negeri: Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
- Hari Urusan: Isnin hingga Jumaat
- Waktu Operasi Kaunter: 8.00 Pagi – 4.45 Petang
- Waktu Rehat (Isnin – Khamis): 1.00 Petang – 2.00 Petang
- Waktu Rehat (Jumaat): 12.15 Tengah Hari – 2.45 Petang
> Negeri: Kedah, Kelantan & Terengganu
- Hari Urusan: Ahad hingga Khamis
- Waktu Operasi Kaunter (Ahad – Rabu): 8.00 Pagi – 4.45 Petang
- Waktu Operasi Kaunter (Khamis): 8.00 Pagi – 3.15 Petang
- Waktu Rehat (Ahad – Khamis): 1.00 Petang – 2.00 Petang
> Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan
- Hari Urusan: Isnin hingga Jumaat
- Waktu Operasi Kaunter: 8.00 Pagi – 4.45 Petang
- Waktu Rehat (Isnin – Khamis): 1.00 Petang – 2.00 Petang
- Waktu Rehat (Jumaat):
- Sabah & Labuan: 11.30 Pagi – 2.00 Petang
- Sarawak: 11.45 Pagi – 2.15 Petang
> Kaunter JPN di Cawangan UTC Seluruh Negara
- Hari Bekerja Biasa: 8.00 Pagi – 7.00 Petang
- Hari Minggu (Sabtu & Ahad): 8.00 Pagi – 5.00 Petang
- Waktu Rehat: Tiada waktu rehat kaunter dibuka terus, kecuali pada hari Jumaat (mengikut waktu solat Jumaat negeri masing-masing).

PENTING: Pihak JPN berhak membatalkan tiket temujanji JPN online anda secara automatik jika anda hadir lewat daripada waktu slot yang telah dipilih.
Maklumat Lanjut
Dapatkan bantuan dan hantar pertanyaan ke:
- pro@jpn.gov.my
- uag.teama@jpn.gov.my
- Talian am: 03-8000 8000
Layari portal MyJanjiTemu JPN di https://mytemujanji.jpn.gov.my/ & Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
FAQ – Soalan Lazim Portal MyJanjiTemu JPN
Portal MyJanjiTemu JPN adalah sistem tempahan slot dalam talian rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia.
Anda boleh menempah slot masa permohonan seawal 30 hari sebelum tarikh urusan yang dirancang. Walau bagaimanapun, slot tertakluk kepada kekosongan kuota harian di cawangan yang dipilih.
Sekiranya anda ada hal kecemasan atau perkara yang tidak membolehkan anda hadir pada waktu temujanji, anda boleh batalkan temujanji JPN tersebut melalui cara-cara berikut:
1. Klik MyJanjitemu JPN.
2. Klik Semak/Batalkan Permohonan.
3. Masukkan kad pengenalan, no tel dan emel. Lepastu klik, Semak Permohonan.
4. Klik, batal.
5. Selesai.
Boleh kecuali untuk urusan penukaran MyKad baru 2026 (wajib buat temujanji).
Tidak perlu. Anda hanya perlu menyimpan salinan digital dalam bentuk tangkapan skrin (screenshot) slip atau menunjukkan emel pengesahan kod QR terus daripada skrin telefon pintar anda kepada pegawai kaunter.