Jadual Caruman LINDUNG 24 Jam – Berapa Gaji Dipotong?
Kadar caruman baharu bagi Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja SKBBK) oleh PERKESO bermula pada fasa pertama dengan kadar 0.75% daripada gaji bulanan pekerja.
Caruman ini ditanggung sepenuhnya oleh pekerja melalui potongan gaji dan bersifat mandatori untuk semua pekerja sektor formal bermula 1 Jun 2026.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, kadar 0.75% daripada gaji bulanan pekerja tu sebenarnya berapa banyak gaji yang dipotong.
Jangan pening kepala, mari rujuk jadual kadar caruman baharu Skim Lindung 24 Jam yang dikongsikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah.
Ringkasan Artikel
- LINDUNG 24 jam adalah perlindungan di luar waktu bekerja.
- Kadar caruman baharu LINDUNG 24 Jam fasa pertama adalah 0.75% daripada gaji bulanan pekerja.
- Kadar caruman terendah ialah RM0.20 untu gaji RM30 dan RM44.60 untuk gaji melebihi RM6,000.
- Caruman Lindung 24 Jam ditanggung sepenuhnya oleh pekerja.
- Potongan gaji adalah mengikut nilai gaji bulanan.
- Dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2026.
Apa itu Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK)?
Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK) adalah satu inisiatif perlindungan keselamatan sosial terbaharu yang diperkenalkan oleh PERKESO untuk menyediakan perlindungan kepada pekerja daripada implikasi kewangan akibat kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja.
Ini bermaksud, pencarum akan mendapat perlindungan ketika berada di rumah, di luar rumah, di premis majikan, di luar premis majikan, semasa perjalanan atau semasa bersosial, beriadah atau beraktiviti di dalam negara Malaysia semasa pekerja itu BUKAN dalam tempoh cuti tanpa gaji.
Sebelum adanya Skim LINDUNG 24 Jam, kesemua kemalangan dalam situasi tidak berkaitan pekerjaan ini tidak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
Kadar Caruman Baharu LINDUNG 24 Jam
Kadar caruman Lindung 24 JAM akan mengikut fasa pelaksanaan seperti berikut:
- Fasa Pertama (1 Jun 2026 – 31 Mei 2028): 0.75% daripada gaji bulanan.
- Fasa Kedua (1 Jun 2028 – 31 Mei 2031): 1.00% daripada gaji bulanan.
- Fasa Ketiga (Bermula 1 Jun 2031): 1.25% daripada gaji bulanan.
Ini bermaksud, untuk 1 Jun 2026 sehingga 31 Mei 2028 gaji anda akan dipotong sebanyak 0.75%. Potongan ini akan meningkat sehingga 1.25% pada fasa ketiga kelak.
Nak tahu berapa gaji anda dipotong berdasarkan kadar 0.75% tu? Rujuk jadual di bahagian bawah ini.
Jadual Potongan Gaji Skim Lindung 24 JAM SKBBK
Kadar caruman dikira berdasarkan julat gaji bulanan pekerja dan tertakluk kepada had siling gaji RM6,000. Pekerja yang bergaji RM6,000 ke atas akan dikenakan potongan maksimum pada had siling tersebut.
Berikut ialah jadual kadar caruman baharu Skim Lindung 24 Jam:

Kadar Gaji RM30 – RM400
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM0.20 – RM2.65

Kadar Gaji RM401 – RM1200
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM9.35 -RM14.65

Kadar Gaji RM1201 – RM2000
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM9.35 -RM14.65

Kadar Gaji RM2001 – RM2800
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM15.35 -RM20.65

Kadar Gaji RM2801 – RM3600
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM21.35 – RM26.65

Kadar Gaji RM3601 – RM4400
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM27.35 – RM32.65

Kadar Gaji RM4401 – RM5200
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM33.35 – RM38.65

Kadar Gaji RM5201 – RM6000
- Potongan gaji untuk Lindung 24 jam: RM39.35 – RM44.65

Info tambahan:
- Jenis Pertama: Untuk semua pekerja tempatan (warganegara dan pemastautin tetap) yang berumur di bawah 60 tahun. – Merangkumi tiga (3) perlindungan serentak, iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan, dan Skim Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam).
- Jenis Kedua: Untuk pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun ke atas, ATAU pekerja baharu yang mula mencarum selepas berumur 55 tahun. – merangkumi dua (2) perlindungan sahaja, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam)
Contoh Kes Boleh Tuntut Manfaat LINDUNG 24 JAM
Berikut ialah contoh-contoh kes yang membolehkan pencarumn membuat tuntutan di bawah Skim LINDUNG 24 JAM:
- Kemalangan ketika balik ke kampung halaman atau kembali semula ke tempat penginapan dalam musim perayaan yang melibatkan individu yang berstatus pekerja secara bersendirian atau bersama keluarga atau rakan.
- Kemalangan ketika membawa keluarga bercuti atau bersiar-siar di mana sahaja dalam negara Malaysia.
- Kemalangan terjatuh dari tempat tidur (katil) di rumah.
- Kemalangan ketika bersiap atau sedang melakukan ibadah keagamaan sama ada ketika di lokasi ibadah atau dalam perjalanan.
- Kemalangan disondol binatang atau tercedera ketika ibadat qurban.
- Kemalangan ketika perjalanan semula ke tempat kerja atau ke tempat tinggal bagi mengambil barang peribadi yang tertinggal.
- Semasa menjalankan aktiviti riadah atau acara sukan persendirian, contohnya berbasikal dan bermain bolasepak dan sebagainya.
- Kemalangan ketika membaiki kerosakan di rumah sendiri atau di mana sahaja yang tidak merupakan pekerjaan yang menjanakan pendapata penggajiannya.
- Apa-apa kemalangan berbentuk peribadi dan tidak berkaitan pekerjaan di bawah AKSP 1969.
Contoh Kes Tidak Dilindungi
Skim LINDUNG 24 Jam ini semestinya bertujuan memberikan perlindungan secara komprehensif kepada pekerja. Namun begitu, senario kemalangan atau penyakit yang disenaraikan di bawah tidak diliputi, iaitu:
- Kemalangan yang diperakukan sebagai Bencana Pekerjaan di bawah Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
- Kemalangan yang disabitkan penipuan (fraud). Kemalangan yang melibatkan perbuatan jenayah.
- Kemalangan mencederakan diri sendiri (self-inflicted) atau membunuh diri.
- Kemalangan ke atas pekerja asing yang berada di Malaysia yang menyalahgunakan pas atau permit atau sebarang aktiviti bukan berkaitan pekerjaan sah yang bercanggah dengan syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
- Kemalangan ketika dalam tempoh cuti tanpa gaji dan tidak mencarum Skim LINDUNG 24 Jam pada bulan kemalangan itu, melainkan bagi hal keadaan seperti berikut:
- Pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji atau tidak hadir bekerja yang tidak dibayar gaji dalam tempoh singkat yang mana status perkhidmatannya masih aktif atau tidak terjejas bagi bulan kemalangan itu.
- Cuti tanpa gaji atau tidak hadir bekerja dalam tempoh singkat merujuk kepada cuti atau tidak hadir bekerja tanpa gaji harian, iaitu pekerja yang bekerja dengan bayaran gaji harian dan mengambil cuti tanpa gaji atau tidak hadir bekerja pada hari-hari tertentu tanpa bayaran gaji.
- Pekerja dalam tempoh cuti bagi menghabiskan baki cuti rehat tahunan atau mengambil cuti penghujung perkhidmatan bagi tujuan persaraan atau penamatan perkhidmatan.
- Pekerja yang dijadualkan bertugas tetapi tidak hadir bertugas atas urusan peribadi yang tidak menjejaskan status perkhidmatannya.
- Kemalangan ketika belum lagi berstatus pekerja dalam mana-mana perusahaan yang tertakluk di bawah AKSP 1969.
- Kemalangan selepas tarikh 15 Julai 2026 dan pekerja tidak mencarum atau tiada bukti caruman dalam Skim LINDUNG 24 Jam, walaupun pekerja itu berstatus pekerja aktif di bawah AKSP 1969.
- Kemalangan terbit sebelum masa dan tarikh berkuatkuasa Skim LINDUNG 24 Jam, iaitu sebelum pukul 12:00 tengah malam (00:00 jam) 1 Jun 2026.
- Apa-apa penyakit atau kecederaan yang tidak berkait dengan kemalangan termasuk penyakit khidmat.
8 Manfaat Skim Lindung 24 Jam SKBBK
Berikut ialah manfaat-manfaat yang layak dituntut oleh pencarum skim ini sekiranya layak:
1. Faedah Hilang Upaya Sementara
- Dibayar sepanjang cuti sakit (MC) minimum 4 hari (termasuk hari kemalangan).
- Tetap dibayar walaupun pekerja hadir bekerja dan menerima gaji.
2. Faedah Hilang Upaya Kekal
- Dibayar jika mengalami kecacatan atau hilang upaya berkekalan.
- Kadar ditentukan Jemaah Doktor mengikut peratusan kecacatan, gaji, dan umur.
- Kaedah bayaran dan syarat adalah sama seperti Skim Bencana Pekerjaan.
3. Faedah Perubatan & Bayaran Ganti Belanja
- Rawatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan hingga pulih.
- Kes parah dirawat di wad kelas dua hospital kerajaan (rawatan pakar disediakan jika perlu).
- Rawatan swasta/bukan panel boleh dituntut (ganti belanja) mengikut kadar hospital kerajaan.
4. Elaun Layanan Sentiasa
- Elaun tambahan sebanyak RM500 sebulan atas syor Jemaah Doktor.
- Layak untuk pekerja yang cacat kekal sepenuhnya dan memerlukan penjaga peribadi.
5. Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
- Jasmani: Fisioterapi, terapi pekerjaan, alat prostetik/implan, kerusi roda, atau tongkat.
- Vokasional & RTW: Latihan kemahiran (elektrikal, jahitan, dll.) untuk kembali bekerja.
- Semua kos pemulihan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO mengikut syarat.
6. Faedah Orang Tanggungan
- Pencen bulanan untuk waris (pasangan, anak, ibu bapa) jika pekerja meninggal dunia.
- Kadar dan agihan syer mengikut syarat sedia ada Skim Lindung Pekerja.
7. Faedah Pengurusan Mayat
- Bantuan tunai RM3,000 jika pekerja meninggal dunia atau sedang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal.
- Dibayar terus kepada waris terdekat (balu, duda, anak, ibu/bapa).
Jika tiada waris, dibayar mengikut resit belanja sebenar (maksimum RM3,000) kepada pengurus jenazah.
8. Faedah Pendidikan
- Pinjaman pendidikan disediakan untuk anak tanggungan pekerja.
- Layak jika pekerja meninggal dunia atau menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.
Panduan & Rujukan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar caruman Skim Lindung 24 jam, sila rujuk portal rasmi PERKESO.
Muat Turun Panduan Majikan & Pekerja
- Jadual Caruman
- Soalan Lazim LINDUNG 24 Jam
- Soalan Lazim Format Teks Fail
- Muat-turun Format Teks Fail Caruman Pekerja
- Tatacara Pemilihan Majikan
FAQ – Kadar Caruman Baharu LINDUNG 24 Jam
Tarikh kuat kuasa rasmi bagi pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja – SKBBK) serta kadar caruman baharu ini adalah bermula pada 1 Jun 2026
Pada fasa pertama pelaksanaan (bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2028), kadar caruman baharu yang ditetapkan adalah sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan pekerja.
idak, kadar caruman akan dinaikkan secara berperingkat mengikut tiga fasa.
Fasa 1 (1 Jun 2026 – 31 Mei 2028): Kadar potongan adalah 0.75%.
Fasa 2 (1 Jun 2028 – 31 Mei 2031): Kadar potongan meningkat kepada 1.00%.
Fasa 3 (Bermula 1 Jun 2031): Kadar potongan meningkat kepada 1.25%.
TIDAK. Kos caruman baharu ini ditanggung sepenuhnya (100%) oleh pekerja sektor formal itu sendiri melalui kaedah potongan gaji bulanan.
Majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan potongan gaji pekerja masing-masing mengikut jadual caruman yang betul.
Had siling gaji bulanan yang ditetapkan untuk skim ini adalah RM6,000 sebulan. Bagi pekerja yang menerima gaji melebihi RM6,000, jumlah potongan caruman mereka adalah statik berdasarkan had siling RM6,000 tersebut.
– Amaun Minimum: RM0.20 sebulan (bagi pekerja bergaji RM30 dan ke bawah).
– Amaun Maksimum: RM44.65 sebulan (bagi pekerja bergaji RM6,000 ke atas).