Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300 – Cara Tebus & Syarat

baucar buku 2026

Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 dan Baucar Buku eKasih RM300 bagi tahun 2026 adalah untuk membantu meringankan beban pembelian bahan bacaan akademik serta rujukan pelajar.

Penerimaan bantuan ini tertakluk kepada syarat kelayakan dan kaedah penebusan yang berbeza mengikut kategori program.

Jangan keliru, Baucar Buku MADANI (RM100) dan Baucar Buku eKasih (RM300) adalah berbeza.

Rujuk panduan lengkap syarat dan penebusan Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300 di bawah.

Ringkasan Artikel

  1. Baucar Buku MADANI RM100 adalah untuk golongan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa.- DIBUKA JULAI (untuk pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT sahaja).
  2. Baucar Buku eKasih RM300 adalah untuk penerima eKasih yang berdaftar. – PENEBUSAN SEHINGGA 3 September (UNTUK YANG LAYAK SAHAJA).
  3. Semakan eKasih boleh dibuat melalui https://ekasih2.icu.gov.my/ (untuk Baucar Buku eKasih RM300).
  4. Penerima Baucar Buku eKasih RM300 akan mendapat emel sekiranya layak, manakala kaedah penebusan Baucar Buku MADANI RM100 boleh dilakukan di Portal Book Capital melalui DELIMa (untuk pelajar sekolah menengah) dan melalui mySiswa untuk pelajar IPT dan seangkatannya).

1. Baucar Buku MADANI (RM100)

Baucar Buku MADANI (RM100) adalah inisiatif bantuan tahunan kerajaan yang menyasarkan golongan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa bagi memupuk budaya membaca.

Walau bagaimanapun, terdapat perubahan strategi penting di mana pelaksanaannya kini difokuskan secara bersasar bagi memastikan peruntukan digunakan dengan optimum.

Pengumuman ini dibuat semasa perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Tarikh Penebusan

Pelajar sekolah menengah boleh menebus Baucar Buku MADANI 2026 yang bernilai RM100 dengan satu transaksi pembelian bermula 1 Julai 2026 (10 pagi) sehingga 31 Oktober 2026 (11.59 malam).

baucar buku madani 2026 rm100

Syarat Kelayakan

  • Pelajar Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) aktif di seluruh negara.
  • Warganegara Malaysia sahaja.

Cara Tebus Baucar Buku MADANI 2026 (untuk pelajar Sekolah Menengah)

Berikut merupakan mekanisme pemberian Baucar Buku MADANI 2026 :

LANGKAH 1: Bermula dari Laman Utama DELIMa.

  • Penerima perlu klik pada pautan TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026 di laman utama DELIMa untuk memulakan proses penebusan di Portal Book Capital. Klik sini untuk login DELIMa: https://d2.delima.edu.my/login

LANGKAH 2: Daftar di Portal Book Capital.

LANGKAH 3: Terima Baucar Buku Secara Digital

  • Kredit RM100 akan dipapar di akaun masing-masing

LANGKAH 4: Pilih dan beli Buku

  • Penerima boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL KHAS BAUCAR BUKU.

LANGKAH 5: Bayar dan guna Baucar Buku Madani 2026

  • Penerima boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran Baucar Buku (Book Voucher).

LANGKAH 6: Tunggu Penghantaran

  • Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan
BAUCAR BUKU MADANI 2026
Gambar: Book Capital
baucar buku madani 2026

Terma & Syarat

  1. Baucar Buku ini hanya boleh digunakan di portal Book Capital (mall.bookcapital.com.my) sahaja. Kos penghantaran adalah termasuk dalam jumlah Baucar Buku. Sekiranya jumlah pembayaran adalah lebih dari amaun baucar buku, anda boleh membuat pembayaran menggunakan kaedah lain seperti kad debit, kad kredit, pembayaran dalam talian dan sebagainya.
  • Anda boleh membuat penebusan baucar buku melalui portal Book Capital. Anda hanya perlu membuat tetapan maklumat yang diminta seperti alamat dan no telefon bagi urusan penghantaran buku.
  • Baucar boleh ditebus selepas anda membuat pemilihan kurier dan mengesahkan jumlah pembelian di Portal Book Capital (mall.BookCapital.com.my)
  • Setelah pengesahan pembayaran dibuat, pembekal/pengedar buku akan menyediakan dan menghantar pesanan anda dalam tempoh 3-9 hari.
  • Setelah pesanan anda dihantar, anda boleh membuat semakan nombor penjejakan dan status penghantaran di paparan dashboard anda. 

Pembelian Buku Menggunakan Baucar Buku MADANI di BookCapital

  • Penerima wajib membeli sekurang-kurangnya satu (1) buku daripada kategori “Judul Khas Baucar Buku MADANI 2026”.
  • Selepas itu, baki baucar boleh digunakan untuk membeli buku-buku lain yang tersedia di platform Book Capital, yang menawarkan lebih 950,000 judul buku merangkumi pelbagai kategori dan genre bacaan.
  • Judul Khas ialah kategori buku yang telah disaring dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian bagi menyokong hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa pengumuman pemberian Baucar Buku MADANI 2026 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 29 Mei 2026 yang menekankan kepentingan membaca bahan berilmu dan berkualiti.
  • Kategori ini merangkumi:
    • Karya Sasterawan Negara;
    • Karya Agung Dunia;
    • Karya Pemenang Anugerah Sastera;
    • Sejarah;
    • Falsafah;
    • Ekonomi;
    • Geopolitik;
    • Kecerdasan Buatan (AI);
    • Teknologi;
    • Teknologi Maklumat (IT);
    • Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja (one-off purchase). Semua buku yang ingin dibeli perlu dimasukkan ke dalam satu transaksi. Baki baucar yang tidak digunakan dalam transaksi tersebut akan luput.

Cara Tebus Baucar Buku MADANI 2026 (untuk pelajar IPT dan seangkatan)

Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 untuk pelajar IPT dan seangkatan boleh dilakukan melalui MySiswa Place.

Walaubagaimanapun, setakat ini kaedah penebusan belum dimaklumkan secara rasmi lagi. Info ini akan dikemaskini kelak.


2. Baucar Buku eKasih (RM300)

Selain Baucar Buku MADANI, jika keluarga anda berdaftar di dalam sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) turut membuka Inisiatif Sejahtera MADANI – Pendidikan yang menawarkan e-Baucar Buku eKasih bernilai RM300.

Penebusan ini dibuka melalui emel jemputan rasmi dan boleh digunakan di platform Book Capital sehingga tarikh tutup 3 September.

Baucar Buku eKasih (RM300)
Sumber: Kota Buku

Syarat Kelayakan:

  • Pelajar daripada ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih (senarai miskin tegar/miskin).
  • Memenuhi kriteria kelayakan khusus yang ditetapkan oleh unit penyelarasan kerajaan.

Cara Tebus Baucar Buku eKasih (RM300) 2026:

Penerima yang layak AKAN MENERIMA EMEL dan boleh menuntut dan membelanjakan baucar ini secara atas talian:

  1. Layari platform Book Capital di mall.bookcapital.com.my
  2. Log masuk atau daftar akaun menggunakan maklumat pengenalan diri penerima eKasih.
  3. Gunakan kredit RM300 yang dimasukkan terus ke dalam akaun untuk pembelian buku rujukan serta buku akademik.

Semak Kelayakan eKasih

Kelayakan permohonan program eKASIH boleh disemak melalui;

  1. https://www.icu.gov.my ATAU
  2. https://ekasih2.icu.gov.my/

Tarikh akhir penebusan ialah 3 September 2026.

Rujukan & Maklumat Lanjut

Layari portal rasmi Book Capital dan ikuti media sosial rasmi Kota Buku untuk info terkini mengenai Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300.

Alamat: Perbadanan Kota Buku
Aras Bawah, Blok 2250,
CoPlace 6, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Emel: info@kotabuku.my

FAQ – Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300

Apa itu Baucar Buku MADANI RM100?

Baucar Buku MADANI adalah inisiatif bantuan kerajaan Malaysia bernilai RM100 untuk pelajar sekolah menenagh dan mahasiswa IPT.

Siapakah yang layak untuk menerima Baucar Buku MADANI RM100?

Golongan yang layak menerima baucar ini adalah pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berstatus aktif di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Adakah baucar buku ini boleh ditukarkan kepada wang tunai?

Tidak, baucar buku ini adalah kredit digital sepenuhnya dan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai sama sekali.

Bagaimanakah proses pembayaran dilakukan sekiranya harga buku yang ingin dibeli melebihi nilai RM100?

Sekiranya harga buku melebihi RM100, anda perlu membayar sendiri baki amaun tersebut.

Apakah perbezaan utama antara Baucar Buku MADANI RM100 dan Baucar Buku eKasih RM300?

Baucar Buku MADANI diberikan kepada semua pelajar sekolah menengah dan IPT yang layak, manakala Baucar Buku eKasih RM300 ialah bantuan bersasar khusus untuk keluarga yang berdaftar dalam sistem pangkalan data kemiskinan eKasih.

Bagaimanakah seseorang pelajar tahu bahawa mereka layak menerima Baucar Buku eKasih RM300?

Pelajar yang layak akan menerima emel jemputan rasmi atau notifikasi daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi pautan khas untuk penebusan.

Di manakah platform rasmi untuk menebus Baucar Buku eKasih RM300 ini?

Platform rasmi bagi proses penebusan dan pembelian buku menggunakan Baucar Buku eKasih RM300 adalah melalui e-kedai Book Capital.

Bagaimana cara menjejaki pesanan buku saya?

Anda boleh menjejaki pesanan anda secara dalam talian dengan mengikuti langkah berikut:

i.     Pergi ke profil anda
ii.    Cari bahagian Sejarah Pembelian
iii.   Tekan ID Pesanan

Sekiranya anda tidak dapat mengesan status pesanan anda pada halaman penjejakan kurier, ini bermakna bungkusan anda baru sahaja diambil oleh rakan kurier kami dan ia belum diimbas ke dalam sistem. Maklumat status penghantaran dengan penyedia khidmat kurier kami akan tersedia dalam masa 24 jam selepas penghantaran.

Sila hubungi kami di
info@kotabuku.my  atau telefon +6018-2036330
dengan nombor pesanan anda dan butiran judul jika anda tidak dapat mengesan bungkusan anda 48 jam selepas bungkusan dihantar. 

Bila saya akan menerima pesanan buku saya?

Selepas pesanan anda dihantar, tempoh masa penerimaan pesanan adalah berdasarkan lokaliti penjual yang anda pilih.
Contoh Situasi:
1.   Pembeli di Semenanjung – Penjual di Semenanjung – 21 hari
2.   Pembeli semenanjung – Penjual Sabah & Sarawak 30 hari
3.   Pembeli di Sabah & Sarawak – Penjual di Semenanjung 30 hari
4.   Pembeli di Sabah & Sarawak – Penjual di Sabah Sarawak 21

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada kami melalui saluran support ticket (https://mall.bookcapital.com.my/ticket). 

Artikel ini dikemaskini pada:1 Julai 2026

Ain merupakan penulis artikel kewangan di ewarta.my, memfokuskan kepada pengurusan kewangan mikro dan pelaburan runcit tempatan. Turut aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan kewangan, gaya hidup dan topik trending.

View All Posts

You Missed