Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300 – Cara Tebus & Syarat
Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 dan Baucar Buku eKasih RM300 bagi tahun 2026 adalah untuk membantu meringankan beban pembelian bahan bacaan akademik serta rujukan pelajar.
Penerimaan bantuan ini tertakluk kepada syarat kelayakan dan kaedah penebusan yang berbeza mengikut kategori program.
Jangan keliru, Baucar Buku MADANI (RM100) dan Baucar Buku eKasih (RM300) adalah berbeza.
Rujuk panduan lengkap syarat dan penebusan Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300 di bawah.
Ringkasan Artikel
- Baucar Buku MADANI RM100 adalah untuk golongan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa.
- Baucar Buku eKasih RM300 adalah untuk penerima eKasih yang berdaftar.
- Penerima Baucar Buku eKasih RM300 akan mendapat emel sekiranya layak, manakala kaedah penebusan Baucar Buku MADANI RM100 belum diumumkan secara rasmi.
- Semakan eKasih boleh dibuat melalui https://ekasih2.icu.gov.my/.
1. Baucar Buku MADANI (RM100)
Baucar Buku MADANI (RM100) adalah inisiatif bantuan tahunan kerajaan yang menyasarkan golongan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa bagi memupuk budaya membaca.
Walau bagaimanapun, terdapat perubahan strategi penting di mana pelaksanaannya kini difokuskan secara bersasar bagi memastikan peruntukan digunakan dengan optimum.
Pengumuman ini dibuat semasa perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Syarat Kelayakan:
- Pelajar Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) aktif di seluruh negara.
- Warganegara Malaysia sahaja.
Cara Tebus Baucar Buku MADANI 2026:
Kaedah penebusan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Untuk makluman tahun sebelum ini (2025), penebusan boleh dilakukan melalui MySiswaPlace. Untuk tahun ini, kaedah penebusan belum diumumkan lagi.
2. Baucar Buku eKasih (RM300)
Selain Baucar Buku MADANI, jika keluarga anda berdaftar di dalam sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) turut membuka Inisiatif Sejahtera MADANI – Pendidikan yang menawarkan e-Baucar Buku eKasih bernilai RM300.
Penebusan ini dibuka melalui emel jemputan rasmi dan boleh digunakan di platform Book Capital sehingga tarikh tutup 3 September.

Syarat Kelayakan:
- Pelajar daripada ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih (senarai miskin tegar/miskin).
- Memenuhi kriteria kelayakan khusus yang ditetapkan oleh unit penyelarasan kerajaan.
Cara Tebus Baucar Buku eKasih (RM300) 2026:
Penerima yang layak AKAN MENERIMA EMEL dan boleh menuntut dan membelanjakan baucar ini secara atas talian:
- Layari platform Book Capital di mall.bookcapital.com.my
- Log masuk atau daftar akaun menggunakan maklumat pengenalan diri penerima eKasih.
- Gunakan kredit RM300 yang dimasukkan terus ke dalam akaun untuk pembelian buku rujukan serta buku akademik.
Semak Kelayakan eKasih
Kelayakan permohonan program eKASIH boleh disemak melalui;
Tarikh akhir penebusan ialah 3 September 2026.
Rujukan & Maklumat Lanjut
Layari portal rasmi Book Capital dan ikuti media sosial rasmi Kota Buku untuk info terkini mengenai Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300.
FAQ – Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300
Baucar Buku MADANI adalah inisiatif bantuan kerajaan Malaysia bernilai RM100 untuk pelajar sekolah menenagh dan mahasiswa IPT.
Golongan yang layak menerima baucar ini adalah pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berstatus aktif di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tidak, baucar buku ini adalah kredit digital sepenuhnya dan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai sama sekali.
Sekiranya harga buku melebihi RM100, anda perlu membayar sendiri baki amaun tersebut.
Baucar Buku MADANI diberikan kepada semua pelajar sekolah menengah dan IPT yang layak, manakala Baucar Buku eKasih RM300 ialah bantuan bersasar khusus untuk keluarga yang berdaftar dalam sistem pangkalan data kemiskinan eKasih.
Pelajar yang layak akan menerima emel jemputan rasmi atau notifikasi daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi pautan khas untuk penebusan.
Platform rasmi bagi proses penebusan dan pembelian buku menggunakan Baucar Buku eKasih RM300 adalah melalui e-kedai Book Capital.