Kelebihan Kad Pink AEON Bank – Patuh Syariah, Cashback, Profit Rate 3.00%, Boleh Diguna Diluar Negara
Kad pink AEON Bank (Kad Debit-i Visa AEON Bank) adalah pilihan terbaik untuk anda yang mahu simpan duit sambil menjana keuntungan tinggi 3.00% p.a. serta mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukar terus kepada wang tunai.
100% patuh syariah pulak tu!
Bagi anda yang mencari cara untuk simpan duit sambil berbelanja, kad digital ini menawarkan pelbagai ganjaran dan ciri-ciri yang menarik.
Paling penting, tiada minimum gaji diperlukan untuk memohon.
- Ringkasan Artikel
- Kad Pink AEON Bank ni Apa Sebenarnya? Kad kredit ke?
- 6 Kelebihan Kad Pink AEON Bank
- 6. Boleh Digunakan Di Luar Negara
- Ada Yuran Tersembunyi Atau Caj Tak?
- Siapa Layak Mohon Kad Pink AEON Bank Ni?
- Cara Mohon Kad Pink AEON Bank
- Selamat ke Simpan Duit Guna Kad Pink AEON Bank?
- Betul Ke Patuh Syariah?
- Boleh ke guna Kad Pink AEON untuk bayar MRT / Tol?
- Cara Tebus Mata Ganjaran AEON Points untuk Dapatkan Cash
- Kadar keuntungan
- Tempoh Sah
- Muat Turun Aplikasi AEON Bank
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Kad Pink Aeon Bank
Ringkasan Artikel
- Menawarkan kadar keuntungan tinggi sehingga 3.00% p.a. melalui ciri Savings Account-i dan Savings Pots.
- Setiap perbelanjaan RM1 mendapat minimum 1x AEON Point, dan ganjaran meningkat sehingga 8x ganda untuk pembelian di cawangan AEON Group.
- Pengguna boleh menukar ganjaran terus kepada wang tunai (cash) ke dalam akaun dengan syarat minimum tebusan rendah (200 mata).
- Dilengkapi elemen gamifikasi “Neko Missions” (misi kucing comel) untuk mengumpul pulangan tunai ekstra dan baucar percuma.
- Diiktiraf sebagai Bank Digital Islamik Pertama di Malaysia, dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dilindungi oleh PIDM, dan 100% patuh syariah.
- Menyokong Sistem Pembayaran Terbuka (Open Payment System) menggunakan rangkaian Visa untuk pembayaran tol lebuhraya terpilih (seperti MEX, KESAS, LDP) dan pengangkutan awam.
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa sebarang syarat gaji minimum.
Kad Pink AEON Bank ni Apa Sebenarnya? Kad kredit ke?
Kad Pink AEON Bank ini bukan kad kredit, sebaliknya ia adalah Kad Debit-i (Kad Debit Islamik) yang memotong duit terus daripada baki simpanan anda sendiri.
Berbeza dengan kad kredit AEON Credit Service, kad pink ini memerlukan anda memasukkan duit (top-up) terlebih dahulu sebelum boleh berbelanja.
Macam kita pakai kad debit bank yang biasa tu. Cuma, kad pink AEON ni ada banyak kelebihan lain daripada kad debit bank biasa tu.
Fungsi kad debit AEON ni hampir sama seperti kad kredit sebab ada simbol VISA tu.
Anda boleh gunakannya di pasar raya, shopping online, membuat pembayaran di luar negara, serta menggunakan fungsi paywave dengan mudah.

Apa Kegunaan Kad Pink AEON Bank?
Hah, ada banyak kegunaan kad debit AEON bank ni, antaranya ialah:
- Belanja di Kedai: Tap (PayWave) di mana-mana kedai berlogo Visa (Dapat AEON Points).
- Beli Online: Guna di Shopee, Lazada, TikTok Shop, Grab, dan Foodpanda.
- Sistem Tol & Transit: Tap di pagar MRT/LRT/KTM dan lorong tol bertanda logo Visa (Sistem Terbuka)
- Langganan Digital: Bayar Netflix, Spotify, YouTube Premium, dan iCloud.
- Top-Up E-Wallet: Tambah nilai baki Touch ‘n Go eWallet dan Boost.
- Cari Cash: Keluar duit di mana-mana ATM berlogo Visa / MEPS.

6 Kelebihan Kad Pink AEON Bank
1. Letak Duit, Duit “Beranak” Sendiri – Profit Rate 3.00% p.a.
Biasa kalau simpan duit dalam akaun debit bank biasa, hujung tahun cuma dapat beberapa sen sahaja, bukan? AEON Bank berbeza.
Melalui ciri Savings Account-i dan Savings Pots, anda boleh menikmati kadar keuntungan tinggi sebanyak 3.00% p.a!
Kadar ini dikira setiap hari, bermakna lagi banyak anda simpan, lagi untung. Sambil simpan duit untuk travel atau kahwin, tahu-tahu duit dah bertambah!


2. Mata Ganjaran – 1 point RM1, Up To 8x point jika belanja di AEON Mall!
Setiap kali anda sapu (swipe) kad pink ini untuk bayar makan, beli minyak, atau shopping baju, anda akan dapat sekurang-kurangnya 1x AEON Point untuk setiap RM1.
Lebih syok lagi, kalau anda gunakan untuk SHOP-PINK di cawangan AEON Group (seperti AEON Stores, AEON BiG, dan AEON Wellness), mata ganjaran boleh melonjak naik sehingga 8x ganda semasa kempen tertentu!

3. Tukar Points Jadi Tunai
Banyak bank lain bagi reward points tapi nak tebus punya lah susah, kena kumpul beribu-ribu mata baru boleh tukar payung atau pen.
Dengan AEON Bank, sistemnya sangat straightforward.
Anda hanya perlukan minima 200 AEON Points untuk tebus terus menjadi wang tunai (cash) yang akan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Belanja dapat point, lepastu point boleh jadi duit balik. Sumpah berbaloi!
4. Join “Neko Missions” untuk Dapatkan Ganjaran
Bosan dengan perbankan yang terlalu skema?
AEON Bank membawakan elemen gamifikasi yang comel melalui maskot kucing mereka untuk Neko Missions.
Sambil anda berbelanja di jenama kegemaran seperti Boost Juice, Decathlon, atau kedai retail terpilih, anda boleh mengumpul “Neko Paws” untuk melayakkan diri mendapat baucar percuma dan pulangan tunai ekstra.
Sambil belanja, sambil main game!

5. 100% Patuh Syariah
Bagi pengguna Muslim, ini adalah faktor paling penting. AEON Bank merupakan Bank Digital Islamik Pertama di Malaysia.
Ini bermakna segala transaksi, sistem simpanan, dan pengurusan dana anda adalah dijamin patuh syariah, bersih daripada unsur riba, dan dipantau ketat. Hati pun rasa tenang dan lapang bila berbelanja
6. Boleh Digunakan Di Luar Negara
Untuk kaki travel, Kad Debit-i Visa AEON Bank (kad pink) ini juga boleh digunakan di seluruh dunia di mana-mana kedai atau ATM yang mempunyai logo Visa tau. Tak perlu tukar duit banyak-banyak.
Anda hanya perlu mengaktifkannya terlebih dahulu di dalam aplikasi sebelum terbang ke luar negara.
- Buka aplikasi AEON Bank.
- Masuk ke menu Card Management (Pengurusan Kad).
- Cari pilihan Overseas Transaction / International Usage.
- Tukarkan butang ke status ‘ON’.
- Setkan tarikh tempoh perjalanan anda jika diminta.

Caj adalah 1% daripada jumlah keseluruhan transaksi anda. Jika anda mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM global berlogo Visa, caj yang dikenakan adalah RM10.00 bagi setiap kali pengeluaran.
Ada Yuran Tersembunyi Atau Caj Tak?
Benda paling kita risau bila mohon apa-apa kad adalah yuran atau caj tersembunyi yang kadang-kadang kita tak perasan pun ada (ini biasanya sebab salah sendiri sebab tak baca betul-betul).
Anda boleh rujuk jenis fi/caj dan kadar bayaran yang dikenakan di bawah:

Siapa Layak Mohon Kad Pink AEON Bank Ni?
Syaratnya sangat mudah dan tidak ketat langsung sebab ini kad debit:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai MyKad (NRIC) yang sah untuk proses imbasan
- Mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi AEON Bank
- Tiada syarat gaji minimum diperlukan!
Cara Mohon Kad Pink AEON Bank
Tak payah beratur panjang dekat kaunter bank. Anda cuma perlu ikuti langkah mudah ini dari rumah:
Langkah 1: Muat Turun Aplikasi AEON Bank
- Untuk pengguna IOS: App Store
- Untuk pengguna Android: Google Play

Langkah 2: Buka Akaun Simpanan Digital (Akaun Simpanan-i)
- Buka aplikasi dan ikuti langkah pendaftaran yang tertera di skrin.
- Masukkan kod rujukan (referral code) jika ada untuk mendapatkan mata ganjaran aluan percuma.
- Lakukan proses pengesahan identiti (e-KYC) dengan mengambil gambar MyKad anda dan imbasan muka (selfie).


Anda perlu aktifkan akaun dengan memasukkan deposit pertama (RM1) melalui pindahan FPX dari bank anda yang lain atau melalui DuitNow.

Akaun anda sudah boleh digunakan walaupun anda belum mempunyai kad fizikal berwarna pink. Untuk mohoh kad fizikal, rujuk langkah berikutnya.
Langkah 3: Pesan Kad Fizikal (Kad Pink)
- Sebaik sahaja akaun simpanan anda aktif, pergi ke menu atau tab “Card” (Kad) di bahagian bawah aplikasi.
- Tekan butang “Order now” atau “Tempah sekarang”.
- Pilih reka bentuk kad berwarna merah jambu (Pink).
- Isikan butiran yang diminta dan sahkan alamat penghantaran rumah anda dengan betul.
- Klik sahkan/confirm. Selesai! Kad anda akan diproses dan dihantar menggunakan kurier dalam masa beberapa hari bekerja.

Langkah 4: Aktifkan Kad Sebaik Sahaja Sampai
- Sementara menunggu kad fizikal sampai, anda sebenarnya sudah boleh mula menggunakan kad maya (virtual card) di dalam aplikasi untuk membeli-belah secara atas talian (online shopping)
- Apabila kad fizikal pink itu sampai ke rumah, buka semula aplikasi AEON Bank, pergi ke tab “Card”, klik “Activate Card”, dan ikut arahan mudah seperti mengimbas kod bar (barcode) yang disediakan sekali di dalam surat kad untuk menetapkan PIN 6-angka anda.
Berapa lama masa ambil untuk kad fizikal sampai rumah?
Kad fizikal AEON Bank biasanya mengambil masa 6 hingga 10 hari bekerja untuk sampai ke rumah anda selepas permohonan diluluskan di dalam aplikasi.
Anda tidak perlu menunggu kad fizikal sampai untuk mula berbelanja. Anda boleh menggunakan Kad Maya (Virtual Card) yang sedia ada di dalam aplikasi serta-merta untuk:
- Melakukan pembelian atas talian (online shopping).
- Membayar bil atau tambah nilai e-wallet.
- Menghubungkan kad dengan aplikasi pembayaran digital.
Selamat ke Simpan Duit Guna Kad Pink AEON Bank?
Ya, simpan duit guna Kad Pink AEON Bank adalah 100% selamat, sah, dan patuh Syariah sepenuhnya.
Sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia, ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dana anda dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.
Satu lagi, kalau kad anda hilang, anda boleh terus kunci kad tersebut melalui aplikasi AEON Bank di telefon bimbit anda.

Betul Ke Patuh Syariah?
Ya, 100% Patuh Syariah.
AEON Bank (M) Berhad beroperasi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
Ia juga mempunyai Jawatankuasa Syariah khas yang memantau setiap produk seperti Akaun Simpanan-i dan Savings Pot.
Sistem simpanan dan keuntungan yang dijana juga adalah bebas daripada unsur riba, gharar, dan judi. Jadi, tak perlu ragu-ragu!
Boleh ke guna Kad Pink AEON untuk bayar MRT / Tol?
Boleh jika kemudahan sistem bayaran terbuka (Open Payment System) disediakan di lokasi tersebut.
Memandangkan Kad Pink AEON Bank ialah sebuah kad debit Visa, ia tidak mempunyai cip Touch ‘n Go (TNG) fizikal. Oleh itu, cara penggunaannya adalah berbeza mengikut mod pengangkutan dan lebuhraya.
Kad ini boleh digunakan di lebuhraya yang menyediakan lorong khas bertanda logo Visa / Mastercard / MyDebit (Sistem Pembayaran Terbuka). Antara lebuhraya yang menyokong sistem ini termasuklah:
- Lebuhraya MEX
- Lebuhraya KESAS
- Lebuhraya LDP
- Lebuhraya Sprint
- Terowong SMART
- Lebuhraya New Pantai Expressway (NPE)
- Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
- Lebuhraya SILK & LKSA
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Jambatan Pulau Pinang
Untung lorong Touch ‘n Go / SmartTAG / RFID biasa, kad ini tidak boleh digunakan secara terus kerana lorong ini memerlukan cip TNG atau tag RFID khas.
Tips: Anda boleh mendaftarkan Kad Pink AEON anda di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet sebagai sumber dana. Gunakan fungsi PayDirect atau hubungkan dengan RFID supaya baki tol ditolak terus daripada eWallet yang ditambah nilai menggunakan kad tersebut.
Cara Tebus Mata Ganjaran AEON Points untuk Dapatkan Cash
- Buka Aplikasi: Log masuk ke aplikasi AEON Bank di telefon pintar anda.
- Masuk ke Menu Ganjaran: Klik pada tab atau ikon ‘Rewards’ (Ganjaran) yang tertera di skrin utama.
- Pilih Tebus: Tekan butang ‘Redeem’ atau ‘Redeem Points’.
- Pilih Opsyen Cash: Pilih pilihan ‘Convert to Cash’ (Tukar kepada Wang Tunai).
- Masukkan Jumlah: Masukkan jumlah mata ganjaran yang ingin ditukarkan (Kadar penukaran: 200 AEON Points = RM1).
- Sahkan Transaksi: Semak butiran dan tekan ‘Confirm’.
Duit tunai tersebut akan dimasukkan serta-merta (real-time) ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank anda dan boleh terus digunakan untuk berbelanja atau dipindahkan ke bank lain.
Kadar keuntungan
| Produk | Kadar keuntungan promosi* | Kadar keuntungan semasa |
|---|---|---|
| Savings Pot | 3.00% setahun | 0.25% setahun |
Kadar Keuntungan Siling merujuk pada kadar keuntungan siling yang dipersetujui dan digunakan untuk mengira keuntungan dalam harga jualan komoditi murabahah. Kadar Keuntungan Siling adalah 10% setahun.
*Tempoh promosi: Sah sehingga 31 Ogos 2026
Tempoh Sah
Tempoh sah bagi Kad Debit-i fizikal (kad pink) AEON Bank adalah selama 5 tahun dari tarikh kad tersebut dikeluarkan.
Muat Turun Aplikasi AEON Bank
Aplikasi rasmi AEON Bank boleh dimuat turun secara percuma melalui pautan berikut:
- Pengguna Apple (iOS): Muat Turun di Apple App Store
- Pengguna Android: Muat Turun di Google Play Store
Rujukan dan Pertanyaan
Untuk sebarang rujukan rasmi, aduan, atau pertanyaan lanjut mengenai produk perbankan digital AEON Bank, anda boleh menghubungi pihak pengurusan melalui saluran rasmi berikut:
- Hotline Careline: +603 – 4816 8888
- Hubungi talian ini pada bila-bila masa (24/7) untuk bantuan kecemasan seperti melaporkan kad hilang/dicuri, masalah transaksi gagal, atau akaun disekat.
Layari portal rasmi AEON Bank untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut di hwww.aeonbank.com.my/
FAQ – Soalan Lazim Kad Pink Aeon Bank
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah berjaya membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank melalui aplikasi mudah alih.
Tiada bayaran dikenakan buat masa ini kerana yuran pengeluaran kad sebanyak RM12 diberikan pengecualian (fee waiver).
Untuk kali pertama penggunaan, anda wajib memasukkan kad ke dalam terminal dan memasukkan 6-digit nombor PIN anda. Selesai transaksi pertama ini, fungsi PayWave (contactless) akan aktif secara automatik.
Boleh, kerana ia menggunakan rangkaian Visa. Anda hanya perlu mengaktifkan tetapan ‘International/Overseas Transaction’ di dalam aplikasi sebelum menggunakannya di luar negara.
Kebiasaannya disebabkan fungsi Online Transaction (CNP) belum diaktifkan. Sila semak aplikasi anda di bahagian Card Management dan pastikan fungsi transaksi atas talian dihidupkan.
Had asal (default) pembelian ialah RM5,000 sehari dan pengeluaran ATM ialah RM3,000 sehari. Anda boleh menaikkan atau menurunkan had ini pada bila-bila masa melalui aplikasi.
Anda akan mendapat mata ganjaran bagi setiap perbelanjaan yang memenuhi syarat menggunakan Kad Pink ini, dengan ganjaran berlipat kali ganda sekiranya berbelanja di premis ekosistem AEON (AEON Mall, AEON BiG, AEON Wellness).
Ya. Sila semak baki dan tarikh luput mata ganjaran anda secara berkala terus pada paparan menu Rewards di dalam aplikasi.
Masuk ke aplikasi serta-merta, pergi ke menu Card Management, dan tekan ‘Lock Card’ untuk membekukan kad. Seterusnya, hubungi Talian Khidmat Pelanggan 24 Jam di +603 – 4816 8888 untuk melaporkan kehilangan dan memohon kad gantian.
Wang yang diasingkan ke dalam Savings Pot tidak dihubungkan terus dengan Kad Pink anda. Jika kad fizikal anda diklon atau dicuri, pelaku hanya boleh mengakses baki yang ada di dalam akaun utama sahaja, manakala baki di dalam Savings Pot kekal selamat.
Penafian: Kandungan yang terkandung dalam artikel ini disediakan "seperti adanya" semata-mata untuk tujuan penyebaran maklumat am. Ia tidak membentuk sebarang tawaran, cadangan, atau nasihat rasmi untuk melanggan sebarang produk perbankan. Penulis dan pihak pengurusan portal ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau liabiliti yang timbul daripada tindakan pembaca berdasarkan maklumat di atas.