Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Astro X3, Harga Serendah RM39.99/sebulan – Cara Langgan, Pakej dan Kelebihan

Astro X3

Astro X3 adalah satu produk terbaru daripada Astro Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai 2026.

Konsep utama Astro X3 memfokuskan kepada formula tiga perkara: Tanpa Astro Box (Decoder), Tanpa Pemasangan (Installation), dan Tanpa Kontrak (pilihan tanpa kontrak bermula Disember 2026).

Apa maksudnya tu?

Maksudnya, anda hanya memerlukan sambungan internet yang stabil dan peranti atau Smart TV yang serasi untuk mendaftar dan mula menonton. Macam kalau kita nak daftar Netflix, Disney+ Hotstar, dan Viu tu.

Tak perlu dah tunggu kehadiran juruteknik ke kediaman anda untuk set up Astro Box macam sebelumnya.

Perkhidmatan Astro X3 akan mula boleh diakses secara rasmi oleh pengguna bermula 20 Julai 2026.

Ringkasan Artikel

  • Astro X3 ditawarkan serendah RM39.99 sebulan (Entertainment) atau RM89.99 (Sports) dengan kontrak, manakala pilihan tanpa kontrak akan disediakan pada Disember 2026.
  • Perkhidmatan 100% internet ini menjamin siaran bebas gangguan hujan.
  • Pengguna boleh mendaftar sepenuhnya secara dalam talian (online) bermula 20 Julai 2026.
  • Siaran akan iaktifkan serta-merta menerusi Smart TV atau aplikasi Astro GO tanpa perlu apa-apa installation.
harga pakej astro terbaru x3

Astro X3, Pilihan Baru Langganan Astro

Jika anda masih menggunakan Astro Beyond atau Astro Ultra/Ulti Box dan terikat dengan kontrak bertahun-tahun, anda boleh tukar ke Astro X3 ini.

Istimewanya dengan Astro X3 ini, anda dah tak perlu pening kepala atau risau lagi dengan masalah “siaran hilang masa hujan lebat” (rain fade).

Selepas ini, kalau hujan ribut kat luar pun, anda tetap boleh layan drama atau perlawanan bola dengan tenang.

Semua rancangan kegemaran anda akan distrim terus 100% menggunakan sambungan internet rumah. Sesi menonton pun jadi jauh lebih lancar dan puas hati!

astro x3 2026
Astro Malaysia

Apa Perlu Ada untuk Guna Astro X3?

Untuk menggunakan perkhidmatan penstriman Astro X3 bermula 20 Julai 2026 ini, anda perlu ada:

  1. Internet: Memandangkan Astro X3 beroperasi 100% menggunakan teknologi penstriman digital, talian internet rumah yang pantas adalah sangat penting. Kelajuan minimum: Sekurang-kurangnya 30 Mbps.
  2. Peranti:
    • Smart TV: Televisyen pintar yang menyokong sistem operasi serasi (seperti Samsung Tizen, LG webOS, Android TV, atau Google TV).
    • Peranti Penstriman (Streaming Devices): Kotak Android TV Google yang sah, Xiaomi Mi Box, atau Google Chromecast dengan Google TV yang disambungkan ke TV biasa anda.
    • Peranti Mudah Alih: Telefon pintar atau tablet (Android/iOS) untuk menonton secara mudah alih menggunakan aplikasi Astro GO.

Dua itu je yang anda perlu ada untuk gunakan Astro X3 ini.

Pilhan Pakej Astro X3 dan Harga

Pelan permulaan ditawarkan dengan komitmen kontrak 12 bulan & tanpa kontrak (bermula Disember 2026) untuk dua jenis pakej;

  1. Entertaiment Pack
  2. Sports Pack
Jadual Pelan Astro X3
Pelan Astro X3 Harga Jualan Kontrak Manfaat Langganan
Entertainment 12 Pack RM39.99 / bulan 12 bulan
  • Akses > 65 saluran
  • Astro GO
Entertainment Pack RM59.99 / bulan Tiada kontrak
  • Akses > 65 saluran
  • Astro GO
Sports 12 Pack
(Termasuk Entertainment)
RM89.99 / bulan 12 bulan
  • Akses > 80 saluran
  • Sukan langsung
  • Astro GO
  • beIN SPORTS CONNECT
  • Sun NXT Lite
Sports Pack
(Termasuk Entertainment)
RM109.99 / bulan Tiada kontrak
  • Akses > 80 saluran
  • Sukan langsung
  • Astro GO
  • beIN SPORTS CONNECT
  • Sun NXT Lite

Pilihan pelan fleksibel tanpa kontrak membolehkan anda berhenti atau menangguhkan (pause) langganan pada bila-bila masa akan diperkenalkan bermula Disember 2026.

astro x3 pakej ditawarkan
Instagram Astro Malaysia

Siapa Sesuai Pakai Astro X3?

Astro X3 amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu menikmati kandungan premium Astro tanpa bebanan kontrak yang bertahun-tahun dan perkakasan fizikal.

Kalau anda terdiri daripada salah satu kategori di bawah, anda sangat digalakkan untuk daftar Astro X3 bagi pengalaman menonton yang lebih baik.

1. Penghuni Rumah Strata (Kondominium, Apartmen & Flat)

Banyak pengurusan bangunan (JMB) melarang pemasangan piring satelit di balkoni atau luar dinding bangunan atas faktor estetika dan keselamatan.

Dengan Astro X3, anda hanya perlu menyambungkan Smart TV ke internet rumah untuk menonton.

2. Golongan Muda, Pelajar & Penyewa Rumah

Golongan ini sering berpindah-randah dan tidak mahu terikat dengan kontrak Astro tradisional selama 24 bulan yang mengenakan denda penalti tinggi jika dibatalkan awal.

Astro X3 menawarkan pilihan tanpa kontrak (bermula Disember 2026).

Anda bebas menghentikan (pause) atau menamatkan langganan pada bila-bila masa mengikut tempoh sewaan rumah atau bajet bulanan.

3. Pengguna yang Bosan dengan Masalah “Gangguan Hujan”

Pengguna dekoder lama (Astro Beyond/Ultra Box) sering mengalami masalah siaran terputus (rain fade) sebaik sahaja hujan lebat melanda.

Astro X3 menggunakan teknologi penstriman awan (cloud streaming) 100%. Siaran televisyen dan perlawanan sukan kekal lancar serta jelas tanpa gangguan biarpun cuaca buruk di luar.

4. Peminat Sukan yang Mahukan Alternatif Netflix

Platform penstriman global seperti Netflix, Disney+ Hotstar, atau Viu mempunyai filem yang hebat tetapi tiada siaran sukan LIVE.

Astro X3 memberikan pengalaman aplikasi digital yang moden seperti Netflix, tetapi dilengkapi dengan Pek Sports (Premier League, F1, MotoGP, badminton) serta saluran TV secara langsung.

Berminat? Ini Cara Daftar Astro X3

Walaupun Astro X3 hanya akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai 2026, proses pendaftaran awal boleh dilakukan menggunakan cara berikut:

  1. Layari portal Astro di https://promotions.astro.com.my/bm/details/x3
  2. Klik butang “Daftar sekarang”. 
  3. Lengkapkan dan hantar borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan. 
  4. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja Astro X3 tersedia. 
  5. Langgan dan terus mula menstrim. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp atau kunjungi mana-mana premis Astro. Tertakluk pada terma dan syarat.

Astro X3 Serendah RM39.99 sebulan
Astro Malaysia
cara daftar astro x3
Astro Malaysia

Macam Mana Nak Tukar Daripada Astro Biasa ke Astro X3?

Sebelum memohon pertukaran, anda dinasihatkan untuk menyemak status kontrak akaun sedia ada anda melalui aplikasi My Astro atau hubungi talian khidmat pelanggan Astro di WhatsApp 03-9543 3838.

  • Jika Kontrak Dah Tamat: Anda boleh menukar pakej ke Astro X3 dengan serta-merta tanpa sebarang sekatan atau penalti.
  • Jika Masih Dalam Kontrak: Sila semak dengan ejen Astro sama ada anda dibenarkan melakukan migrasi terus (tukar pakej) tanpa dikenakan denda pembatalan awal.

Cara Tukar Pakej (Mulai 20 Julai 2026)

Melalui Aplikasi My Astro atau Laman Web:

  1. Buka aplikasi My Astro di telefon pintar anda.
  2. Log masuk menggunakan Astro ID anda yang sedia ada.
  3. Pergi ke menu ‘Account’.
  4. Skrol ke bawah dan pilih bahagian ‘Subscription’ atau ‘TV Pack’.
  5. Pilih pelan Astro X3 yang anda mahukan, sama ada Astro X3: Entertainment (RM39.99/bulan) atau Astro X3: Sports (RM89.99/bulan).
  6. Sahkan penukaran pelan. Siaran digital anda akan diaktifkan secara serta-merta.

Melalui WhatsApp Rasmi Astro:

  • Hantar mesej ke nombor WhatsApp Astro di 03-9543 3838 dan nyatakan bahawa anda mahu menukar akaun satelit/box sedia ada kepada pelan penstriman Astro X3.

Ejen Astro akan memaklumkan jika anda perlu memulangkan semula kotak dekoder (Ultra/Ulti Box) ke pusat khidmat pelanggan Astro terdekat atau ejen sah mereka.

Sebaik sahaja akaun anda berjaya ditukarkan ke pelan Astro X3, anda tidak memerlukan lagi dekoder fizikal atau kad pintar.

Sementara menunggi 20 Julai, anda boleh buat pendaftaran awal di https://promotions.astro.com.my/bm/details/x3

Perbezaan Astro X3, Netflix, Disney dan VIU

Kalau dah ada netflix, perlu ke nak ada Astro X3?

Jawapannya adalah bergantung pada keperluan anda. Cuba rujuk jadual perbezaan Astro X3, Netflix, Disney dan VIU di bawah ini.

Perbezaan Astro X3 dan Astro One Pack

Pek Astro One dan Astro X3 ialah dua model langganan yang berbeza daripada Astro Malaysia.

Perbezaan paling ketara ialah Pek Astro One menggunakan dekoder fizikal (Ultra/Ulti Box), manakala Astro X3 ialah pelan digital sepenuhnya (streaming-first) tanpa memerlukan sebarang dekoder atau piring satelit.

Rujuk perbezaan antara dua produk Astro X3 dan Astro One Pack di bawah:

astro x3 harga
astro x3
astro x3

Kenapa Astro X3 ini jauh lebih best dan mesra pengguna?

1. Tak Payah Tunggu Abang Teknikal Datang Rumah

Lupakan proses renyah kena buat janji temu dengan juruteknik atau tebuk dinding rumah semata-mata nak pasang wayar dan piring hitam.

Proses langganan Astro X3 ini sangat mudah.

Daftar sahaja secara online, muat turun aplikasi Astro dekat Smart TV atau telefon, dan anda boleh terus menonton dalam masa beberapa minit!

2. Bebas Kontrak, Boleh ‘Pause’ Bila-Bila Masa (Mula Disember 2026)

Bermula hujung tahun ini, Astro X3 akan perkenalkan pelan tanpa kontrak. Maksudnya, anda ada kebebasan penuh untuk melanggan ikut bajet.

Kalau bulan itu rasa sibuk atau nak balik kampung lama, anda boleh henti seketika (pause) atau batalkan langganan bila-bila masa tanpa perlu bayar sebarang denda penalti.

3. Sangat Jimat & Poket Selamat

Sebab semuanya digital, anda tak perlu lagi bayar yuran pemasangan atau deposit kotak dekoder yang mahal macam dulu.

Pakej hiburan pula bermula serendah RM39.99 sebulan sahaja.

Memang sangat sesuai untuk anak muda, bajet keluarga kecil, atau anda yang tinggal di apartment atau kondominium yang tak dibenarkan pasang piring satelit di luar.

Siaran Berulang-ulang ke Nanti?

Tidak dinafikan, Astro memang terkenal dengan isu siaran berulang sebelum ini.

Walau bagaimanapun, untuk Astro X3, Astro Malaysia telah menukar strategi kandungan mereka bagi memastikan ia berbaloi untuk dilanggan.

Semasa pelancaran rasmi Astro X3, Astro telah mengumumkan barisan kandungan baharu yang akan ditayangkan di Astro X3 iaitu:

  • Filem Baharu Eksklusif: FilemTerbang, Kudrat 1968, dan HAK: Tuntut atau Tunduk
  • Drama Melayu & Asia: Siri drama baharu seperti Bulan Henti Bicara, Sumpahan Mencintaimu, Love of My Life, dan Jutawan Ekspres 2.
  • Rancangan Realiti Mega (Signature Live): Program kegemaran ramai seperti Big Stage Rocketfuel, Astro Star Quest 2026, dan Kilauan Emas Selebriti.

Jika anda mengambil Pek Sports (RM89.99/bulan), isu siaran berulang tidak akan menjadi masalah utama kerana anda membayar untuk aksi sukan langsung (LIVE) yang sentiasa berubah setiap minggu.

Anda mendapat akses penuh perlawanan Premier League, UEFA Champions League, Formula 1, MotoGP, Wimbledon, dan kejohanan badminton antarabangsa.

Memang syok!

Rujukan dan Pertanyaan

Untuk sebarang rujukan lanjut, semakan status, atau pertanyaan rasmi mengenai Astro X3, anda boleh merujuk terus kepada saluran komunikasi rasmi Astro Malaysia berikut:

  • Astro Malaysia
  • Astro Corporate Media Room.
  • WhatsApp Rasmi Astro: Hubungi ejen khidmat pelanggan secara pantas di talian +603 9543 3838. Anda hanya perlu menghantar mesej “Hi” untuk memulakan perbualan.
  • Aplikasi My Astro: Muat turun aplikasi My Astro di telefon pintar anda untuk menyemak butiran akaun, status kontrak sedia ada, atau menghantar tiket bantuan secara terus.

FAQ – Soalan Lazim Astro X3

Apakah itu Astro X3?

Astro X3 ialah perkhidmatan penstriman digital (streaming-first) daripada Astro Malaysia. Tanpa Box, Tanpa Pemasangan, dan Tanpa Kontrak (pilihan tanpa kontrak bermula Disember 2026).

Bilakah Astro X3 akan dilancarkan?

Astro X3 telah diumumkan secara rasmi pada 7 Julai 2026 dan akan mula boleh diakses serta dilanggan oleh pengguna pada 20 Julai 2026.

Berapakah harga langganan Astro X3?

– Entertainment: RM39.99/bulan (Kontrak 12 Bulan) | RM59.99/bulan (Tanpa Kontrak – bermula Disember 2026).
– Sports: RM89.99/bulan (Kontrak 12 Bulan) | RM109.99/bulan (Tanpa Kontrak – bermula Disember 2026).

Adakah terdapat yuran pemasangan atau deposit?

Tiada. Oleh kerana tiada penghantaran dekoder atau piring satelit, tiada sebarang yuran pemasangan atau deposit perkakasan dikenakan.

Apakah peralatan yang diperlukan untuk menonton Astro X3?

Anda hanya memerlukan sambungan internet rumah (Wi-Fi) yang stabil dan peranti yang serasi seperti Smart TV (Samsung, LG, Google TV/Android TV) atau peranti mudah alih yang dipasang dengan aplikasi Astro GO.

Berapakah kelajuan internet minimum yang diperlukan?

Kelajuan minimum yang dicadangkan ialah 30 Mbps untuk penstriman biasa, dan 100 Mbps ke atas untuk kualiti HD/4K yang lancar bagi siaran sukan secara langsung.

Saya pengguna Astro lama, bolehkah saya bertukar ke Astro X3?

Boleh. Sila semak status kontrak semasa anda melalui aplikasi My Astro terlebih dahulu. Jika kontrak lama anda telah tamat, anda boleh beralih ke Astro X3 bermula 20 Julai 2026. Jika masih dalam kontrak, hubungi khidmat pelanggan untuk menyemak terma penalti atau migrasi.

Adakah siaran Astro X3 akan terganggu semasa hujan lebat?

Tidak. Isu gangguan cuaca (rain fade) tidak akan berlaku kerana Astro X3 menggunakan penstriman internet sepenuhnya (100% cloud-based) dan bukannya isyarat satelit fizikal.

Bagaimanakah fungsi pelan “Tanpa Kontrak” berfungsi?

Bermula Disember 2026, pelan tanpa kontrak membolehkan anda melanggan mengikut bulan. Anda bebas untuk menghentikan seketika (pause) atau menamatkan langganan pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang denda.

Penafian: Artikel mengenai Astro X3 ini ditulis berdasarkan portal promosi utama dan kenyataan media korporat daripada Astro Malaysia. Pihak ewarta.my tidak mempunyai sebarang hubungan komersial, tajaan (sponsored) atau kerjasama rasmi dengan pihak Astro Malaysia. Semua maklumat harga, struktur pakej, dan ketersediaan pelan (termasuk pilihan tanpa kontrak bermula Disember 2026) adalah tepat pada tarikh penerbitan artikel ini.
Tags:

Penulis bebas dan aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan kewangan, gaya hidup dan topik trending.

View All Posts

You Missed