Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out), Notis Pelepasan Liabiliti & Pro Kontra Teruskan Caruman

teruskan dan batalkan lindung 24 jam

(Dikemaskini semula: 14 Julai 2026)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan opsyen pengecualian (opt-out) bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung24 Jam) secara dalam talian bermula Isnin, 13 Julai 2026.

Skim LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini bertukar status daripada mandatori kepada sukarela bagi semua pekerja tempatan.

Keputusan yang diumumkan oleh Jemaah Menteri dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membolehkan pekerja tempatan memilih untuk keluar (opt-out) daripada skim ini jika tidak mahu meneruskan potongan caruman.

TERKINI

  • Jika anda ingin KEKAL menyertai LINDUNG 24 Jam, TIADA tindakan diperlukan.
  • Tempoh penghantaran Notis Pelepasan Liabiliti: 13 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026

PENTING!

  • Sekiranya tiada notis diterima sehingga 31 Ogos 2026, penyertaan anda akan diaktifkan secara automatik sebagai MENYERTAI LINDUNG 24 Jam.

Ringkasan Artikel

  • Pekerja tempatan boleh memilih untuk membatalkan (opt-out) caruman Skim Lindung 24 Jam.
  • Permohonan TIDAK MENYERTAI boleh dilakukan secara online melalui portal Lindung Faedah atau secara manual dengan mengisi borang disediakan PERKESO.
  • Sesiapa yang ingin memilih TIDAK MENYERTAI caruman Lindung 24 Jam wajib mengisi Borang Perakuan Pelepasan Liabiliti secara dalam talian di Portal Rasmi PERKESO.
  • Pengisian borang ini melepaskan PERKESO dan majikan daripada sebarang tanggungjawab tuntutan jika berlaku kemalangan di luar waktu kerja.
  • Pekerja yang memilih untuk opt-out boleh mencarum semula pada bila-bila masa.
  • Jika anda ingin KEKAL menyertai LINDUNG 24 Jam, TIADA tindakan diperlukan.

Tarikh-tarikh Penting:

  • Tempoh penghantaran Notis Pelepasan Liabiliti: 13 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026. Kalau tak hantar selepas 31 Ogos, penyertaan anda akan diaktifkan secara automatik.

Lindung 24 Jam Kini Adalah Opsyen

Skim LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini bertukar status daripada mandatori kepada sukarela bagi semua pekerja tempatan.

Pekerja asing kekal mandatori ya!

Keputusan yang diumumkan oleh Jemaah Menteri dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membolehkan pencarum tempatan memilih untuk keluar (opt-out) daripada skim ini jika tidak mahu meneruskan potongan caruman.

CARA BATAL LINDUNG 24 JAM

Perkara Penting yang Wajib Diketahui Sebelum Batalkan Caruman

Sebelum anda batalkan perlindungan ini, pastikan anda memahami beberapa ketetapan undang-undang dan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan:

  • Hanya untuk Warganegara Malaysia: Pilihan opt-out ini eksklusif untuk pekerja tempatan sahaja. Bagi pekerja asing, caruman Skim LINDUNG 24 Jam ini tetap diwajibkan (mandatori) di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Kesan Memilih Membatalkan Caruman (opt-out): Sebaik sahaja anda keluar, PERKESO dan pihak majikan tidak lagi bertanggungjawab atau memikul sebarang liabiliti sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, mengalami kecederaan, atau meninggal dunia di luar waktu kerja.
  • Tiada Pemulangan Caruman (No Refund): Pihak PERKESO menegaskan bahawa caruman yang telah dipotong sebelum tarikh anda memohon opt-out (seperti caruman bulan Jun) tidak akan dipulangkan. Ini kerana potongan tersebut dikira sah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sepanjang tempoh skim tersebut berjalan sebagai mandatori.

Jangan risau, anda masih boleh memilih untuk menyertai semula Skim LINDUNG 24 Jam ini pada masa akan datang.

Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out) Secara Online

Pekerja tempatan boleh membatalkan caruman Skim LINDUNG 24 Jam dengan menandakan kotak “Saya tidak mahu menyertai Skim Lindung 24 Jam” melalui borang yang disediakan di portal rasmi Lindung Faedah PERKESO.

Jom rujuk panduan penyertaan (nak batalkan atau sertai) skim LINDUNG 24 Jam di bawah ini:

Langkah 1: Layari portal Lindung Faedah di https://lindungfaedah.perkeso.gov.my/auth/ dan log masuk. Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Daftar Akaun” dan lengkapkan maklumat pendaftaran.

Langkah 2: Kemudian, tetapkan kata laluan, tandakan persetujuan syarat pengguna, dan klik “Daftar Akaun”. Klik, Seterusnya.

Langkah 3: Pada bahagian Jenis Permohonan, klik Baharu dan baca semua maklumat yang dipaparkan.

Langkah 4: Di bahagian Perakuan Pekerja, sila tanda ‘✓’ pilihan penyertaan Skim Lindung 24 Jam. Tandakan kotak “Saya tidak mahu menyertai Skim Lindung 24 Jam” jika anda memilih untuk opt-out daripada Skim LINDUNG 24 Jam ini.

Sekiranya anda memilih untuk terus mencarum, TIADA tindakan perlu dibuat.

Langkah 5: Muat turun borang deklarasi sebagai rekod.

Belum selesai lagi, berdasarkan maklumat terkini PERKESO, mana-mana pekerja yang nak opt-out perlu mengisi dan menandatangani Notis Pelepasan Liabiliti Skim LINDUNG 24 Jam. Notis ini perlu diserahkan sebelum 31 Ogos 2026.

Sekiranya tiada notis diterima sehingga 31 Ogos 2026, penyertaan anda akan diaktifkan secara automatik sebagai MENYERTAI LINDUNG 24 Jam.

LANGKAH 6: Isi Notis Pelepasan Liabiliti Skim LINDUNG 24 Jam, tandatangan dan masukkan tarikh deklarasi yang dibuat melalui Portal Lindung Faedah.

[Panduan Bergambar] Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out) & Notis Liabiliti Pelepasan

Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)

Muat Turun PDF Panduan Pengguna NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM

Anda boleh muat turun Panduan Pengguna Notis Pelepasan Liabiliti Lindung 24 Jam di bawah:

Muat Turun PDF NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM

Untuk menghantar NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM secara manual di pejabat Perkeso berdekatan, sila muat turun PDF NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM di bawah:

NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM
NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM

Bila Potongan Gaji Akan Berhenti?

Majikan dikehendaki menyerahkan potongan caruman gaji bulan Jun kepada PERKESO paling lewat pada 15 Julai 2026.

Jika anda melengkapkan borang pengecualian (opt-out) secara dalam talian yang mula dibuka pada Isnin, 13 Julai 2026, gaji anda tidak akan dipotong bagi untuk bulan Julai 2026 dan bulan-bulan seterusnya.

Kenapa Caruman Bulan Jun Tidak Dikembalikan?

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, dalam sidang media rasmi berkata, caruman bulan Jun tidak boleh dipulangkan secara retroaktif kerana perlindungan insuran tersebut telah pun diberikan kepada pekerja sepanjang bulan tersebut.

PERKESO telah mula membayar faedah perlindungan kepada pencarum yang ditimpa kemalangan di luar waktu kerja.

Hampir RM2 juta pampasan telah disalurkan kepada 1,056 tuntutan sepanjang bulan pertama pelaksanaan tersebut.

Pro & Kontra Teruskan atau Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam

Memilih sama ada untuk mengekalkan perlindungan LINDUNG 24 Jam atau melakukan opt-out memerlukan pertimbangan yang sewajarnya terhadap risiko kewangan peribadi anda.

Aspek Pertimbangan Kekal Mencarum (Pilihan Sukarela) Keluar Skim (Opt-Out)
Kesan pada Gaji Gaji bersih dikurangkan sebanyak 0.75% setiap bulan. Tiada lagi potongan, memberikan gaji bawa pulang yang lebih tinggi.
Tahap Perlindungan Perlindungan penuh jika berlaku kemalangan domestik, sukan, atau rekreasi di luar waktu pejabat. Tiada perlindungan luar waktu kerja dari PERKESO. Risiko kos ditanggung sendiri.
Alternatif Risiko Sesuai untuk golongan B40 atau mereka yang tidak mempunyai insurans kemalangan peribadi swasta. Sesuai jika anda sudah memiliki Pelan Kemalangan Peribadi. (PA) Jangan keliru, kad perubatan (medical card) tak sama dengan LINDUNG 24 JAM tau.

Artikel lain: Skim LINDUNG 24 Jam VS Medical Card/Insurans Swasta – Perlu ke Cancel?

  • PRO (Kelebihan):
    • Perlindungan 24 Jam Luar Waktu Kerja: Anda dilindungi daripada kemalangan domestik, aktiviti sukan, rekreasi, atau sebarang kejadian di luar waktu pejabat dan di luar premis tempat kerja.
    • 8 Faedah Komprehensif: Layak menuntut pelbagai bantuan termasuk Faedah Perubatan (rawatan percuma), Faedah Hilang Upaya Sementara (elaun cuti sakit/MC), Faedah Hilang Upaya Kekal, dan Faedah Orang Tanggungan untuk waris jika berlaku kematian.
    • Sangat Mampu Milik (B40 Friendly): Kadar caruman hanya 0.75% daripada gaji bulanan, menjadikannya pelan perlindungan asas yang sangat murah berbanding insurans swasta.
    • Kemudahan Pendidikan & Rehabilitasi: Menyediakan bantuan pinjaman pendidikan untuk anak-anak serta kemudahan pemulihan fizikal (seperti kaki palsu atau fisioterapi).
  • KONTRA (Kelemahan):
    • Pengurangan Gaji Bersih: Gaji bawa pulang (take-home pay) anda akan berkurangan sebanyak 0.75% setiap bulan untuk potongan caruman ini.
  • PRO (Kelebihan):
    • Gaji Bawa Pulang Lebih Tinggi: Tiada lagi potongan 0.75%, memberikan anda lebihan tunai dalam gaji bulanan bermula bulan Julai 2026 dan seterusnya.
    • Tiada Pertindihan (Sesuai Jika Dah Ada Insurans): Pilihan yang bijak jika anda sudah pun mempunyai Pelan Kemalangan Peribadi (PA) swasta.
  • KONTRA (Kelemahan):
    • Tiada Perlindungan Luar Waktu Kerja: Jika anda terlibat dalam kemalangan di rumah atau ketika bersukan, PERKESO dan majikan tidak lagi bertanggungjawab atau memikul sebarang liabiliti kewangan.
    • Kos Ditanggung Sendiri: Semua kos rawatan, kerugian pendapatan akibat cuti sakit, atau kos hilang upaya bagi kemalangan luar waktu kerja perlu ditanggung sepenuhnya menggunakan wang simpanan sendiri.
    • Tiada Pemulangan Wang: Caruman bulan Jun yang telah dipotong tidak akan dikembalikan (no refund) kerana perlindungan telah pun diaktifkan sepanjang bulan tersebut.

Berbaloikah Teruskan Caruman? Apa Faedah Diterima?

Skim ini melindungi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan di luar premis tempat kerja. Terdapat 8 faedah yang anda boleh tuntut iaitu:

  1. Faedah Perubatan: Rawatan percuma di klinik panel atau hospital kerajaan.
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS): Elaun tunai harian sepanjang tempoh cuti sakit (MC).
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK): Pampasan pukal atau pencen bulanan jika berlaku cacat kekal.
  4. Elaun Layanan Sentiasa (ELS): Bantuan bulanan RM500 jika pesakit hilang upaya teramat parah.
  5. Kemudahan Pemulihan (Rehabilitasi): Fisioterapi, bekalan kaki palsu, kerusi roda, dan latihan Return to Work.
  6. Faedah Orang Tanggungan (FOT): Pencen bulanan untuk waris (pasangan/anak) jika pencarum meninggal dunia.
  7. Faedah Pengurusan Mayat (FPM): Bantuan tunai sehingga RM3,000 untuk pengurusan jenazah.
  8. Kemudahan Pendidikan: Pinjaman atau bantuan pendidikan untuk anak-anak pencarum yang meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal parah.

Anda boleh rujuk jadual pengiraan faedah Lindung 24 Jam di bawah:

 jadual pengiraan faedah lindung 24 jam fasa 1.j

Apa Kes yang Dilindungi?

Berdasarkan peruntukan di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) PERKESO, kes atau situasi yang dilindungi adalah semua jenis kemalangan atau kejadian yang berlaku di LUAR waktu bekerja dan di LUAR premis tempat kerja:

Contohnya:

  • Tergelincir atau jatuh di dalam bilik air rumah.
  • Terkena renjatan elektrik semasa mengendalikan alatan rumah.
  • Melecur atau cedera semasa memasak di dapur pada hari cuti.
  • Kecederaan akibat bermain bola sepak, badminton, atau futsal bersama rakan-rakan pada waktu malam.
  • Kemalangan semasa melakukan aktiviti mendaki gunung (hiking), berbasikal, atau berenang pada hujung minggu.
  • Kecederaan sewaktu bersenam di pusat gimnasium peribadi.
  • Kemalangan jalan raya sewaktu keluar membeli barangan dapur atau barangan harian.
  • Kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman semasa bercuti. (Nota Penting: Jika kemalangan berlaku semasa perjalanan pergi/balik kerja, ia dikategorikan sebagai Bencana Kerja di bawah Akta 4 sedia ada, bukan di bawah LINDUNG 24 Jam.)
  • Disengat atau dipatuk haiwan berbisa (seperti ular atau tebuan) di kawasan rumah.
  • Menjadi mangsa jenayah (seperti ragut, samun, atau pecah rumah) yang menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian.

Perkara yang TIDAK Dilindungi (Pengecualian Kes)

  • Membunuh diri atau kecederaan yang disengajakan oleh diri sendiri.
  • Kemalangan yang berlaku akibat pengaruh alkohol atau dadah terlarang.
  • Kecederaan akibat penglibatan dalam aktiviti jenayah atau rusuhan.
  • Penyakit sedia ada (seperti serangan jantung, diabetes, atau strok) – NOTA: Skim ini hanya melindungi kes kemalangan sahaja, bukannya pelan perlindungan penyakit kritikal.

Ya, faedah LINDUNG 24 Jam BOLEH dituntut.

Walaupun anda mempunyai penyakit sedia ada, skim ini tetap memberikan perlindungan penuh sekiranya kecederaan atau kematian tersebut berpunga daripada faktor luar (kemalangan) sewaktu anda pergi ke pasar pada hari Ahad.

Artikel lain: Cara Tuntut Faedah (Claim) LINDUNG 24 Jam PERKESO – Panduan Lengkap

Medical Card vs Lindung 24 Jam

Medical Card dan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO mempunyai fungsi yang sangat berbeza.

Perbezaan utamanya ialah Medical Card membiayai kos rawatan hospital swasta, manakala LINDUNG 24 Jam bertindak sebagai pengganti pendapatan (cash allowance) dan pampasan waris akibat kemalangan luar waktu kerja.

Jadi, kalau anda teruskan caruman takde isu perlindungan yang bertindih. Jangan keliru okay!

Ciri Perlindungan Kad Perubatan Swasta (Medical Card) Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO
Fokus Utama Membiayai bil rawatan perubatan dan surgeri di hospital swasta. Menyediakan elaun tunai, pampasan, dan pemulihan.
Skop Perlindungan Meliputi penyakit kritikal, penyakit biasa, dan kemalangan (bergantung pelan). Hanya melindungi kemalangan di luar waktu kerja (domestik, sukan, rekreasi).
Kadar Caruman / Premium Lebih tinggi (ratusan ringgit sebulan) dan meningkat mengikut faktor umur. Sangat murah (hanya 0.75% daripada gaji bulanan pekerja).
Saringan Kesihatan Ketat. Ada pemeriksaan kesihatan, sekatan penyakit sedia ada (pre-existing), dan had umur. Tiada saringan. Tiada pemeriksaan kesihatan, tiada sekatan penyakit, dan tiada had umur bekerja.
Bantuan Tunai Harian Tiada (kecuali jika mengambil elaun hospital berasingan). Ada Faedah Hilang Upaya Sementara (elaun tunai harian sepanjang cuti sakit/MC).
Pampasan Hilang Upaya Kekal Membayar pampasan pukal (lump sum) mengikut polisi pelan hayat/kemalangan. Menyediakan pencen bulanan seumur hidup atau pampasan pukal mengikut tahap kecacatan.
Kebaikan untuk Waris (Kematian) Pampasan kematian dibayar terus mengikut jumlah perlindungan hayat (jika ada). Menyediakan Faedah Orang Tanggungan (pencen waris), Elaun Mayat, dan Pinjaman Pendidikan anak.
Lokasi Rawatan Bebas memilih rangkaian hospital swasta panel yang selesa. Rawatan percuma di Klinik Panel PERKESO atau Hospital Kerajaan sahaja.

Rujukan & Pertanyaan

Soalan Lazim Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)

Di manakah saya boleh memohon untuk keluar (opt-out) daripada skim ini?

Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi PERKESO.

Apakah dokumen utama yang perlu diisi?

Pencarum perlu menandakan kotak “Saya tidak mahu menyertai Skim Lindung 24 Jam” melalui borang di dalam portal Lindung Faedah Perkeso untuk opt-out daripada skim Lindung 24 Jam.

Adakah saya akan mendapat semula (refund) wang caruman bulan Jun yang telah dipotong?

Tidak. Tiada pemulangan wang (no refund) bagi caruman bulan Jun kerana perlindungan insurans tersebut telah pun aktif berjalan sepanjang bulan tersebut.

Mengapa caruman Jun dianggap sah dan tidak boleh dipulangkan?

Kerana sepanjang bulan Jun, skim ini beroperasi secara mandatori di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sebelum kerajaan menukarkannya kepada sukarela pada Julai.

Bilakah potongan gaji saya akan benar-benar berhenti?

Jika anda memohon opt-out sekarang, pemberhentian potongan gaji akan bermula untuk gaji bulan Julai dan bulan-bulan seterusnya.

Adakah semua pekerja boleh memohon opt-out?

Tidak. Pilihan opt-out ini hanya untuk pekerja tempatan (warganegara Malaysia). Bagi pekerja asing, skim ini tetap mandatori.

Apakah risiko utama selepas saya keluar daripada skim ini?

PERKESO dan majikan tidak lagi bertanggungjawab atau memikul liabiliti jika anda ditimpa kemalangan, kecederaan, atau meninggal dunia di luar waktu bekerja.

Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out)
Penafian: Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah bagi tujuan maklumat am dan rujukan sahaja. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, salah faham, atau implikasi undang-undang yang timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Rujuk laman web PERKESO untuk maklumat terperinci. 

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed