ILTIZAM PDP Ekuinas: Program Latihan Kerja 12 Bulan untuk Graduan – Gaji RM2800/bulan
Permohonan Program Pembangunan Profesional ILTIZAM (ILTIZAM PDP) Ambilan 2027 kini dibuka secara rasmi mulai 1 September hingga 30 September 2026.
Program anjuran Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) ini menawarkan latihan kerja (on-the-job training) selama 12 bulan dengan bayaran elaun bulanan sebanyak RM2,800 sebulan untuk graduan Bumiputera yang belum mendapat pekerjaan tetap.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi ILTIZAM PDP by Ekuinas di https://iltizam-pdp.ekuinas.com.my/
- Apa itu Program ILTIZAM PDP Ekuinas?
- Kelebihan & Manfaat ILTIZAM PDP 2027
- Siapa yang Layak Memohon?
- Apakah peringkat permohonan untuk Iltizam PDP?
- Bagaimana Cara Memohon ILTIZAM PDP 2027? - Panduan Lengkap
- Dokumen Perlu Dimuat Naik
- Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan
- Tarikh Penting & Garis Masa Permohonan
- Senarai Syarikat Rakan Industri Korporat ILTIZAM PDP 2027
- Sumber Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim ILTIZAM PDP Ekuinas 2027
Apa itu Program ILTIZAM PDP Ekuinas?
Program Pembangunan Profesional ILTIZAM (atau dipanggil ILTIZAM PDP) ialah satu program latihan kerja (on-the-job training) khas selama 12 bulan yang dianjurkan oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).
Senang kata, program ini direka khas untuk membantu graduan Bumiputera yang masih menganggur atau unemployed supaya mereka mendapat pengalaman kerja sebenar dalam dunia korporat.
Bukan sekadar latihan industri (praktikal) biasa, peserta yang terpilih akan diserap masuk ke dalam syarikat-syarikat besar di bawah naungan Ekuinas dan diberikan bimbingan (mentorship) profesional serta elaun bulanan yang sangat lumayan iaitu RM2,800 sebulan.

Bagi memudahkan rujukan pantas bakal pemohon, berikut adalah perincian struktur program:
| Aspek Utama | Perincian Program |
|---|---|
| Penganjur | Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) |
| Sektor Penempatan | Pendidikan, Peruncitan, Logistik, dan Kewangan |
| Tempoh Kontrak | 12 Bulan (Sepenuh Masa) |
| Elaun Sara Hidup | RM2,800 Sebulan (Kadar Baharu 2026/2027) |
| Tarikh Permohonan Dibuka & Tutup | Dibuka bermula 1 September – 30 September 2026 |
Mengapa Program Ini Diwujudkan?
Banyak graduan sukar mendapat kerja kerana tidak mempunyai “pengalaman kerja” atau kurang “kemahiran insaniah” (soft skills) yang dimahukan oleh majikan.
Oleh itu, Ekuinas menubuhkan ILTIZAM PDP sebagai ‘jambatan’ untuk menutup jurang tersebut.
Matlamat utama program ini adalah untuk melatih graduan muda supaya menjadi lebih berkeyakinan, mahir berkomunikasi dalam persekitaran korporat, berkemahiran dan mempunyai nilai pasaran (marketability) yang tinggi untuk terus diambil bekerja selepas tamat program.
Kelebihan & Manfaat ILTIZAM PDP 2027
Peserta yang terpilih sebagai Graduate Associates akan menerima pelbagai manfaat kompetitif sepanjang tempoh program:
- Elaun bulanan tetap sebanyak RM2,800.
- Caruman wajib EPF dan SOCSO.
- Perlindungan insurans kesihatan penuh sepanjang program.
- Bimbingan kerjaya eksklusif daripada mentor industri berpengalaman.
- Penempatan kerja sebenar di syarikat portfolio Ekuinas dan rakan kongsi industri terkemuka (seperti UNITAR, MIMOS, DNeX, Malayan Flour Mills dan sebagainya).
Sepanjang 12 bulan, peserta akan menghadiri kelas intensif untuk belajar tentang kepimpinan, teknik pembentangan (presentation), penulisan laporan perniagaan, persediaan temuduga kerjaya masa depan dan sebagainya.

Siapa yang Layak Memohon?
Program ini memfokuskan kepada golongan yang memerlukan, terutamanya anak-anak daripada keluarga B40 atau M40 rendah (pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan).
Syarat akademik asas adalah memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas, berstatus Bumiputera, dan berumur bawah 30 tahun.
Jika anda memenuhi syarat ini, ILTIZAM PDP Ekuinas adalah peluang keemasan terbaik untuk mengubah masa depan kerjaya anda daripada seorang penganggur kepada seorang profesional korporat!

Ringkasan Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera.
- Berumur maksimum 30 tahun pada 31 Disember 2026.
- Pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda. Terbuka kepada sebarang bidang pengajian, dengan CGPA minimum 3.00 daripada universiti di Malaysia.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 (termasuk elaun, pencen, bonus, dan sebarang pendapatan lain).
- Menganggur (tidak bekerja) pada tarikh tutup permohonan.
- Tidak layak bagi individu yang telah menyertai mana-mana Program Pekerjaan Graduan (seperti SL1M, Protege, MyStep, atau yang setaraf dengannya) yang berdurasi 6 bulan atau lebih.
- Tidak layak bagi mereka yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana (Master’s Degree), PhD, Pensijilan Profesional atau yang setaraf dengannya, atau merancang untuk melanjutkan pengajian tersebut dalam tahun 2027.
- Semua permohonan yang dihantar akan dipertimbangkan berdasarkan maklumat yang diberikan. Calon yang berjaya akan dijemput ke peringkat permohonan yang kedua.
Soalan Berkaitan

Apakah peringkat permohonan untuk Iltizam PDP?
Peringkat permohonan adalah seperti di bawah:
- Peringkat 1: Penyerahan Borang Permohonan
- Peringkat 2: Penyerahan Esei
- Peringkat 3: Penilaian Fizikal
Bagaimana Cara Memohon ILTIZAM PDP 2027? – Panduan Lengkap
Pendaftaran dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan secara digital sepenuhnya dengan melayari laman web rasmi pengambilan di https://iltizam-pdp.ekuinas.com.my/.
Sila pastikan resume, transkrip akademik, dan dokumen pendapatan dikemas kini sebelum dihantar.
Ikuti panduan lengkap permohonan di bawah:
PERINGKAT 1:
- Pergi ke laman sesawang rasmi ILTIZAM PDP Ekuinas di https://iltizam-pdp.ekuinas.com.my/
- Klik “Apply Now”
- Daftar akaun dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan seperti nama, emel dan cipta kata laluan.
- Emel verifikasi akan dihantar ke alamat emel anda. Buka emel dan klik pautan “Verify Email Address” untuk buat pengesahan.
- Anda boleh log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang ditetapkan.
- Pada paparan dashboard utama: Klik “My Application” dan seterusnya, klik “Create New Application”
- Masukkan nombor kad pengenalan dan isi maklumat yang diperlukan
- Isi semua maklumat yang perlukan, tanda kotak persetujuan dan klik “Submit”.







PERINGKAT 2:
- Setelah klik submit, anda akan dibawa ke paparan seterusnya seperti di bawah.
- Klik ‘Start’ untuk mulakan isi bahagian seterusnya dan muat naik dokumen diperlukan.
Anda perlu lengkapkan semua bahagian:
- Personal
- Contact
- Family
- Education
- Employment
- References
- Declaration
- Attachment -Muat Naik dokumen
Setelah selesai, anda boleh teruskan menjawab soalan Esei.


PERINGKAT 3: HANYA YANG LAYAK AKAN MENDAPAT EMAIL UNTUK PENILAIAN FIZIKAL.
Dokumen Perlu Dimuat Naik
Sila ambil perhatian, di bahagian akhir, anda dikehendaki memuat naik dokumen berikut:
- Resume Terkini
- Kad Pengenalan (Pemohon)
- Sijil Kelahiran (Pemohon)
- Sijil Pendidikan (SPM/Setaraf, Diploma/Setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Profesional)
- Transkrip Keputusan (Diploma/Setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Profesional)
- Slip gaji terkini atau sebarang bukti pendapatan lain (Pemohon, Bapa, Ibu, Penjaga, Pasangan)
Dokumen yang dimuat naik boleh dalam bentuk dokumen yang diimbas (scan) berwarna atau gambar jelas yang diambil menggunakan telefon bimbit.
Semua permohonan yang dihantar akan dipertimbangkan berdasarkan maklumat yang diberikan. Keputusan oleh pihak Pengurusan Ekuinas adalah muktamad. Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.
Nota:
- Semua ruangan adalah wajib diisi melainkan dinyatakan sebagai pilihan (optional).
- Untuk dokumen lampiran, hanya fail jenis jpeg, jpg, png, dan pdf sahaja yang dibenarkan dengan saiz maksimum 4MB.
- Sila namakan semula fail anda mengikut format berikut:
NAMA PENUH_NAMA FAIL (contoh: ALI BIN ABU_RESUME TERKINI, ALI BIN ABU_SIJIL KELAHIRAN, ALI BIN ABU_SIJIL IJAZAH, ALI BIN ABU_SLIP GAJI, dan lain-lain). - Jika anda tidak sengaja memuat naik fail yang salah, cuma muat naik fail yang baharu. Fail tersebut akan menggantikan (overwrite) fail yang lama.
- Jika anda memerlukan salinan Borang Pengesahan Pendapatan, anda boleh memuat turunnya di sini.
- Jika bapa, ibu, atau penjaga anda tidak mempunyai sebarang bukti pendapatan, sila nyatakannya di dalam Borang Pengesahan Pendapatan.
SOALAN BERKAITAN
Bolehkah saya mengemukakan salinan kad pengenalan (NRIC) untuk menggantikan sijil kelahiran?
Tidak. Sijil kelahiran adalah dokumen WAJIB yang mesti dikemukakan untuk pengesahan status Bumiputera anda.
Apakah yang perlu saya lakukan jika sijil kelahiran saya hilang?
Anda boleh memohon โCabutan Surat Beranakโ daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apakah dokumen yang perlu saya muat naik jika ibu bapa saya telah bersara?
- Sektor Kerajaan: Anda perlu memuat naik penyata pencen yang boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia ATAU mengisi dan mengemukakan โBorang Pengesahan Pendapatanโ.
- Sektor Swasta: Anda wajib mengisi dan mengemukakan โBorang Pengesahan Pendapatanโ.
(Nota: Borang ini boleh dimuat turun daripada Borang Permohonan di Bahagian Lampiran).

Jika ibu bapa saya bekerja sendiri, bekerja tanpa slip gaji, atau tidak bekerja, apakah dokumen yang perlu saya muat naik?
Anda perlu mengisi dan mengemukakan โBorang Pengesahan Pendapatanโ yang dimuat turun dari Bahagian Lampiran borang permohonan.

Jika saya seorang graduan baharu dan belum mempunyai transkrip rasmi ijazah, apakah dokumen yang perlu dimuat naik?
Anda perlu memuat naik transkrip mini/sebahagian (partial) atau transkrip/keputusan peperiksaan tidak rasmi bagi setiap semester.
Jika saya seorang graduan baharu dan belum mempunyai sijil rasmi ijazah, apakah dokumen yang perlu dimuat naik?
Anda perlu memuat naik Surat Tamat Belajar (Completion Letter) daripada universiti anda.

Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan
Anda boleh muat turun borang pengesahan pendapatan di bawah:
Pautan: https://iltizam-pdp.ekuinas.com.my/form/Borang%20Pengesahan%20Pendapatan.pdf
Tarikh Penting & Garis Masa Permohonan
| Fasa Pengambilan | Tarikh / Tempoh Masa | Proses & Tindakan Pemohon |
|---|---|---|
| 1. Permohonan Online (Online Application) |
1 September โ 30 September 2026 |
|
| 2. Pusat Penilaian (Assessment Centre) |
Pertengahan Oktober โ Pertengahan November 2026 |
|
| 3. Keputusan Pemilihan (Selection Results) |
Disember 2026 |
|
| 4. Pelancaran Program (Programme Launch) |
Januari 2027 |
|

Senarai Syarikat Rakan Industri Korporat ILTIZAM PDP 2027
Peserta yang berjaya terpilih sebagai Graduate Associates bakal ditempatkan di rangkaian syarikat terkemuka serta rakan industri strategik Ekuinas.
Anda akan didedahkan dengan persekitaran kerja profesional merangkumi pelbagai sektor seperti teknologi, kewangan, logistik, pengeluaran, dan pendidikan.
Antara syarikat korporat dan agensi utama yang terlibat dalam pengambilan kali ini termasuklah:
- Sektor Pendidikan & Latihan: UNITAR International University, eCEOs
- Sektor Teknologi, Digital & Inovasi: Cradle, DNeX, Silentmode, MIMOS, Technology Depository Agency (TDA)
- Sektor Kewangan, Hartanah & Pelaburan: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), KAF, New Moon Capital
- Sektor Logistik & Rantaian Bekalan: Tresgo
- Sektor Pembuatan, Runcit & Industri: FMM, Heidelberg, Bluesify, Mizou, Alfameli, Efficient Frontier, Malayan Flour Mills Berhad, MPRC (Malaysia Petroleum Resources Corporation).
Bolehkah saya memilih syarikat penempatan saya?
Tidak. Ekuinas akan menempatkan “Graduate Associates” (Rakan Siswazah) di syarikat portfolio atau syarikat rakan kongsi mereka. Pengaturan yang dibuat adalah berdasarkan latar belakang pemohon dan keperluan yang ditawarkan oleh syarikat portfolio dan rakan kongsi tersebut.

Sumber Rujukan
- Laman Web Permohonan Utama: Portal Rasmi ILTIZAM PDP Ekuinas.
- Media sosial:
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk:
- General Inquiries โ 603-7710 7171 or 6018-230 2011 (WhatsApp)
- Technical Support Inquiries โ 6013-332 0285
- Email: iltizam.pdp@ekuinas.com.my

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim ILTIZAM PDP Ekuinas 2027
Tarikh akhir untuk menghantar permohonan secara online dan menduduki ujian esei adalah pada 30 September 2026. Sebarang penyerahan selepas tarikh ini tidak akan diterima oleh sistem.
Setiap peserta yang terpilih akan menerima elaun sara hidup tetap sebanyak RM2800 sebulan sepanjang 12 bulan tempoh program latihan kerja dijalankan.
Tidak layak. Syarat akademik wajib yang ditetapkan oleh Ekuinas mestilah pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan nilai CGPA minimum 3.00 dan ke atas daripada universiti di Malaysia.
Merujuk kepada kriteria rasmi terkini, keutamaan kelayakan akademik dikhususkan untuk graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti di Malaysia (tempatan).
Anda mestilah langsung tidak bekerja dan tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap pada tarikh permohonan ditutup. Sekiranya anda bekerja sambilan di luar bidang akademik akibat kesukaran ekonomi, status anda dikira underemployed dan kelayakan tertakluk kepada keputusan tapisan saringan dokumen pendapatan keluarga.
Tidak boleh. Individu yang telah menghadiri mana-mana Program Pekerjaan Graduan (seperti SL1M, Protege, MySTEP, atau yang setaraf dengannya) bagi tempoh 6 bulan atau lebih adalah tidak layak.
Tidak boleh. Program ini tidak terbuka kepada mereka yang sedang dalam proses pengajian atau merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master’s Degree), PhD, atau Pensijilan Profesional dalam tahun 2027. Anda mestilah bersedia memberi komitmen kerja sepenuh masa.
Sesi penilaian fasa kedua bagi calon yang disenarai pendek akan diadakan di pusat penilaian fizikal mengikut wilayah/zon masing-masing pada pertengahan Oktober sehingga pertengahan November 2026
Tidak. Keputusan yang dibuat adalah muktamad. Walau bagaimanapun, Ekuinas berhak untuk mengubah sebarang pengaturan penempatan yang telah dibuat jika difikirkan sesuai.
Ya. Pemohon yang layak akan disenarai pendek dan dijemput ke peringkat penilaian fizikal.
Mereka yang layak untuk penilaian fizikal akan dimaklumkan melalui e-mel.
Ya, anda layak memohon program ini selagi anda menganggur pada tarikh tutup permohonan (30 September 2026).