Pos ArRahnu Gold-i: Panduan Lengkap Cara Beli Emas Secara Online dengan Modal RM10!
Pos ArRahnu Gold-i ialah platform simpanan dan pelaburan emas digital patuh Syariah yang baru sahaja dilancarkan oleh Pos Malaysia melalui anak syarikatnya, Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd dengan modal pelaburan serendah RM10 sahaja!
Pos ArRahnu Gold-i membolehkan pelanggan membeli, menjual dan mengurus pegangan emas secara digital menerusi platform posarrahnugold.ace2u.com dengan paparan portfolio secara masa nyata.

Sempena pelancaran itu, Pos ArRahnu turut memperkenalkan jongkong emas edisi khas ‘Pos World’ seberat 1 gram yang dihadkan kepada 500 keping sahaja.
Jom rujuk cara beli emas Pos ArRahnu Gold-i, syarat pembelian, modal diperlukan dan kelebihannya di bawah.
- Ringkasan Artikel
- Pos ArRahnu Gold-i Sasarkan Golongan B40 & M40
- Ciri Utama Pos ArRahnu Gold-i
- Pihak yang terlibat dalam transaksi emas
- Apa Syarat Nak Melabur Emas Pos ArRahnu Gold-i?
- Berapa Modal Diperlukan?
- Cara Daftar & Beli Emas Digital Pos ArRahnu Gold-i
- Bolehkah Beli Emas Pos ArRahnu Gold-i ni Secara Manual?
- Berapakah Yuran dan Caj Perkhidmatan yang Dikenakan?
- 5 Kelebihan Utama Menyimpan Emas di Pos ArRahnu Gold-i
- Risiko yang Perlu Anda Tahu
- Info tambahan: Apa itu emas digital dan kenapa melabur dalam emas digital?
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ - Pos ArRahnu Gold-i
Ringkasan Artikel
- Pos ArRahnu Gold-i ialah perkhidmatan simpanan emas digital patuh Syariah milik Pos Malaysia Berhad, yang dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama Go Capital Growth Sdn Bhd.
- Modal Permulaan: Pelabur boleh mula membeli, mengumpul, dan menjual emas tulen gred pelaburan 999.9 secara dalam talian dengan modal minimum serendah RM10 sahaja.
- Sasaran Pasaran: Inisiatif kewangan inklusif ini direka untuk meruntuhkan tembok modal besar bagi membantu golongan belia bekerja, keluarga, serta komuniti segmen B40 dan M40 membina tabungan kalis inflasi.
- Had Pengeluaran Fizikal: Emas digital boleh ditukarkan kepada jongkong emas fizikal (gold bar) atau dinar, serta dijual semula untuk tunai apabila simpanan mencapai had minimum 0.5 gram.
- Edisi Pelancaran Terhad: Sempena fasa pengenalan, jongkong emas fizikal edisi khas “Pos World” seberat 1 gram dikeluarkan secara eksklusif dengan cetakan terhad kepada 500 keping sahaja di cawangan terpilih.
- Akreditasi & Jaminan: Setiap gram aset disandarkan 100% oleh emas fizikal premium yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA), SIRIM Bhd, dan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).
- Cara Pendaftaran: Pengguna hanya perlu melayari portal rasmi ace2u.com, melengkapkan pengesahan identiti digital (eKYC menggunakan MyKad & swafoto), dan membuat pembayaran melalui FPX.
- Akses Perkhidmatan: Selain portal digital, urusan pendaftaran dan khidmat nasihat pelaburan juga boleh dilakukan secara bersemuka di mana-mana outlet fizikal Pos ArRahnu terpilih di seluruh negara.
ARTIKEL LAIN:
- Kelebihan Kad Pink AEON Bank – Patuh Syariah, Cashback, Profit Rate 3.00%, Boleh Diguna Diluar Negara
- Wahed Invest – Panduan Pelaburan Digital Patuh Syariah Untuk Pemula
Pos ArRahnu Gold-i Sasarkan Golongan B40 & M40
Apa Itu Pos ArRahnu Gold-i?
Pos ArRahnu Gold-i adalah platform simpanan emas digital yang menyasarkan pasaran massa, terutamanya golongan belia bekerja, keluarga, serta komuniti B40 dan M40 untuk membina jaminan kewangan jangka panjang melalui pemilikan emas.
Melalui model ini, pengguna tidak lagi perlu risau tentang kos simpanan fizikal yang tinggi atau risiko kehilangan, kerana keseluruhan portfolio boleh dijejak dan diuruskan secara dalam talian pada bila-bila masa.
Boleh Tukar ke Emas Fizikal/Tunai
Melalui platform ini, pelanggan boleh membeli emas digital berdasarkan harga pasaran semasa serta mempunyai pilihan untuk menukarkannya kepada emas fizikal atau tunai apabila pegangan atau had pembelian semula (buyback threshold) mencapai minimum 0.5 gram.
Proses penukaran emas digital kepada fizikal ini juga dipermudahkan kerana pelanggan hanya perlu membuat permohonan menerusi platform dalam talian sebelum emas fizikal tersebut dihantar terus ke alamat yang ditetapkan.
Adakah Pelaburan Emas Pos ArRahnu Gold-i Selamat & Patuh Syariah?
Ya, pelaburan ini selamat dan diperakui patuh Syariah oleh SALIHIN Shariah Advisory.
Setiap pembelian emas digital disandarkan 100% oleh rizab emas fizikal tulen gred 999.9 yang diiktiraf oleh LBMA dan SIRIM. Semua simpanan fizikal disimpan di dalam bilik kebal keselamatan berasurans penuh yang diuruskan oleh Safeguards G4S.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, bersama Ketua Pos Ar-Rahnu, Mohammed Zubair Peerpulavar, menegaskan bahawa platform Pos Ar-Rahnu Gold-i ini berstatus patuh Syariah (Syariah-compliant digital gold service).
Jaminan Ketulenan & Kualiti
Bagi memberikan jaminan terhadap ketulenan, kualiti, serta ketelusan produk, setiap emas yang ditawarkan menerusi platform ini disokong penuh oleh pentauliahan dan pengesahan daripada badan bertauliah terkemuka termasuk London Bullion Market Association (LBMA), SIRIM, dan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).
Perkhidmatan ini kini boleh diakses dengan mudah sama ada secara fizikal menerusi outlet Pos Ar-Rahnu terpilih di seluruh negara atau melalui platform digital, https://posarrahnugold.ace2u.com/
Pelanggan hanya perlu mendaftar, melengkapkan proses eKYC dan boleh membeli emas bermula RM10 menerusi laman web berkenaan.
Ciri Utama Pos ArRahnu Gold-i
- Modal Mula Sangat Rendah: Pengguna boleh mula mengumpul aset emas dengan nilai serendah RM10.
- Patuh Syariah Sepenuhnya: Transaksi dan sandaran emas digital diuruskan mengikut garis panduan muamalat Islam.
- Spread Harga Kompetitif: Menawarkan salah satu jurang harga (spread) beli dan jual terendah di pasaran Malaysia.
- Ketulenan Emas 999.9: Semua emas digital disandarkan oleh emas fizikal gred pelaburan premium.
- Jaminan Akreditasi Kebangsaan & Global: Setiap gram emas disokong oleh pengesahan daripada London Bullion Market Association (LBMA), SIRIM Bhd, dan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).

Pihak yang terlibat dalam transaksi emas
i. Pelanggan
- Sebagai Pembeli – Pelanggan membeli emas tersebut dari POS ArRahnu Gold-i.
- Sebagai Penjual – Pelanggan menjual emas tersebut kepada POS ArRahnu Gold-i
ii. Syarikat (Go Capital Growth Sdn Bhd)
- Sebagai Penjual – Syarikat menjual emas tersebut kepada pelanggan.
- Sebagai Pembeli – Syarikat membeli semula emas daripada pelanggan.
- Sebagai Penjaga – Syarikat bertindak sebagai wakil pelanggan POS ArRahnu Gold-i untuk menjaga emas yang dibeli oleh pelanggan.
- Sebagai Pembekal Emas – Syarikat mendapatkan Jongkong Emas 999.9% yang diperakui oleh SIRIM untuk dijual melalui POS ArRahnu Gold-i.
Apa Syarat Nak Melabur Emas Pos ArRahnu Gold-i?
Syarat Kelayakan:
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap dengan memiliki MyKad & MyTentera yang sah.
- Bukan warganegara Malaysia juga boleh membuka akaun, dengan syarat mereka mempunyai Akaun Bank Semasa atau Simpanan tempatan di Malaysia.
- Sesuai untuk penyimpan kali pertama, pelajar, belia bekerja, mahupun suri rumah kerana tiada syarat slip gaji.
Untuk proses eKYC semasa pendaftaran dilakukan secara dalam talian melalui portal digital Pos Ar-Rahnu Gold-i, anda hanya perlu menyediakan:
- Kad Pengenalan (MyKad)
- Telefon Pintar dengan Kamera: Untuk melengkapkan proses electronic Know-Your-Customer (eKYC) melalui imbasan wajah (selfie) secara langsung.
- Akaun Perbankan Dalam Talian (FPX): Mempunyai akaun bank tempatan yang aktif (seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dll.) untuk membuat pembayaran pembelian emas.
Itu je, senangkan?
Berapa Modal Diperlukan?
Anda boleh mula membeli dan mengumpul emas bermula serendah RM10 sahaja.
Jika anda ingin mengeluarkan jongkong emas fizikal sebenar atau menjualnya semula untuk mendapatkan tunai, pegangan emas digital anda mestilah telah mencapai minimum 0.5 gram.
Cara Daftar & Beli Emas Digital Pos ArRahnu Gold-i
Proses pendaftaran dan pembelian emas digital Pos Ar-Rahnu Gold-i dilakukan sepenuhnya secara digital melalui laman web rasmi posarrahnugold.ace2u.com
Jom rujuk cara-caranya di bawah:
Pendaftaran Akaun
- Pertama sekali, layari portal Pos Ar-Rahnu Gold-i di posarrahnugold.ace2u.com
- Klik Daftar/Log Masuk.
- Lengkapkan semua bahagian:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat bank
- Muat Naik ID – muat naik bahagian depan dan belakang kad pengenalan dalam format .jpg, .jpeg dan .png
- Pin keselamatan – cipta kod pin 6 digit dan sahkan pin.
- Setelah selesai, anda boleh log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang ditetapkan.




Log Masuk (kemaskini maklumat)
- Setelah membuat pendaftaran akaun, anda boleh log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang ditetapkan.
- Buat carian TIN, lengkapkan alamat dan tandakan saya bersetuju dengan Terma & Syarat. Kemudian, masukkan pin keselamatan dan klik Hantar.
- Baca disklaimer, tanda kotak kecil pengesahan dan klik Teruskan.
- Klik, Kembali ke Halaman Utama untuk membuat pembelian emas digital.



Cara Beli Emas Digital Pos ArRahnu Gold-i
- Pada halaman utama, klik menu Beli Emas.
- Masukkan berat dan nilai dalam RM akan dipaparkan. Anda juga boleh tentukan nak beli berapa RM, nanti berat emas akan dipaparkan .
- Tanda bersetuju, dan klik Hantar.
- Semak maklumat pembelian dalam e-Aqad, masukkan pin keselamatan dan klik Hantar.
- Buat pembayaran secara online.
- Anda akan diberi resit online.
Okay, selesai dah pembelian pertama emas digital Pos Ar-Rahnu Gold-i secara online. Mudah je!




Bolehkah Beli Emas Pos ArRahnu Gold-i ni Secara Manual?
BOLEH.
Sekiranya anda menghadapi kesukaran mendaftar secara dalam talian, anda juga boleh mengunjungi outlet cawangan fizikal Pos Ar-Rahnu yang terpilih untuk dibantu oleh kakitangan bertugas.
Berapakah Yuran dan Caj Perkhidmatan yang Dikenakan?
Yuran penyimpanan yang dikenakan adalah sebanyak 1% setahun berdasarkan nilai pegangan emas harian anda (diakru harian dan ditolak setiap akhir bulan).
Selain itu, terdapat yuran pemprosesan gerbang pembayaran FPX sebanyak MYR 1.20 bagi setiap transaksi pembelian yang berjaya dilakukan di platform digital.
Yuran Penyimpanan
- Yuran penyimpanan adalah 1% setahun atau bersamaan RM1.00 dalam gram emas, yang mana lebih tinggi.
- Bagi penutupan akaun, yuran penyimpanan akan dikira secara pro-rata.
- Selain itu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas yuran penyimpanan dan dicaj mengikut undang-undang serta peraturan semasa
Kos Penebusan Emas Fizikal
5 Kelebihan Utama Menyimpan Emas di Pos ArRahnu Gold-i
- Sangat Mampu Milik: Pelaburan boleh dimulakan dengan modal serendah RM10 sahaja.
- Patuh Syariah Sepenuhnya: Operasi dan sandaran emas digital disahkan patuh Syariah oleh panel penasihat muamalat.
- Ketulenan Gred Premium: Setiap gram emas disandarkan oleh emas fizikal 999.9 dengan akreditasi LBMA, SIRIM, dan NMIM.
- Selamat Tanpa Risiko: Pelabur tidak perlu membayar kos sewa peti simpanan atau bimbang risiko kecurian di rumah.
- Kecairan Yang Tinggi: Emas digital mudah ditukar kepada tunai atau dikeluarkan sebagai jongkong emas fizikal bermula 0.5 gram.
Risiko yang Perlu Anda Tahu
Setiap pelaburan pasti ada risikonya, sama seperti emas digital Pos ArRahnu Gold-i ini. Berikut ialah tiga risiko yang perlu anda tahu:
- Risiko Pelaburan: Nilai pegangan emas anda dan sebarang potensi pulangan adalah tertakluk kepada turun naik pasaran emas. Memandangkan harga emas boleh menjadi tidak stabil, tiada jaminan pulangan dan anda mungkin mengalami pulangan yang lebih rendah atau menanggung kerugian.
- Risiko Harga: Nilai emas mungkin menurun disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk perubahan keadaan ekonomi, perkembangan industri, sentimen pasaran, dan peristiwa geopolitik. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi harga emas secara berasingan daripada pergerakan pasaran yang lebih luas.
- Risiko Pasaran: POS ArRahnu Gold-i terdedah kepada risiko pasaran akibat pergerakan harga yang tidak menguntungkan. Faktor seperti perubahan harga emas global, kadar faedah, dan kadar pertukaran mata wang asing boleh mempengaruhi nilai pelaburan anda.
Info tambahan: Apa itu emas digital dan kenapa melabur dalam emas digital?
Mungkin ada yang masih kurang jelas, apa itu emas digital, kenapa nak melabur dalam emas digital, berbaloikah berbanding emas fizikal beli kat kedai, selamat ke, dan sebagainya.
Jom baca jawapan ringkas di bawah.
1. Apa Sebenarnya Emas Digital Ini?
Emas digital adalah sistem di mana anda membeli emas tulen secara dalam talian (melalui aplikasi atau laman web) tanpa perlu memegang logam tersebut secara fizikal pada waktu belian.
Setiap ringgit atau gram emas yang anda beli akan disimpan dengan selamat di dalam akaun perisian digital anda, tetapi ia disandarkan 100% oleh jongkong emas fizikal sebenar yang disimpan di dalam bilik kebal keselamatan berasurans (bergantung pada platform yang anda pilih).
2. Kenapa Perlu Melabur Dalam Emas Digital?
- Modal Sangat Kecil: Berbanding kedai emas yang memerlukan anda membeli sekurang-kurangnya 1 gram (bernilai ratusan ringgit), emas digital Pos Ar-Rahnu Gold-i boleh dibeli bermula serendah RM10 sahaja.
- Boleh Dibeli Bila-bila Masa: Anda boleh membeli atau menjual emas terus dari telefon pintar anda pada bila-bila masa mengikut pergerakan harga pasaran semasa, tanpa perlu beratur di kedai.
- Tiada Caj Rekabentuk / Upah: Pelaburan emas digital tidak dikenakan caj upah pertukangan yang mahal seperti mana anda membeli barang kemas fizikal.
3. Berbaloikah Berbanding Emas Fizikal Beli di Kedai?
Sangat berbaloi untuk tujuan pelaburan dan simpanan jangka panjang.
Apabila anda membeli barang kemas di kedai, susut nilai (spread) semasa anda ingin menjualnya semula boleh mencecah 15% hingga 25% disebabkan caj upah dan potongan harga kedai.
Sebaliknya, emas digital Pos Ar-Rahnu Gold-i mengekalkan gred pelaburan premium (999.9) dengan jurang harga beli-jual yang sangat rendah, sekali gus memaksimumkan keuntungan bersih anda apabila harga emas dunia meningkat.
4. Selamat Ke Pelaburan Emas Digital Ini?
Ya, selamat.
Ramai pelabur bimbang tentang risiko kehilangan atau kecurian jika menyimpan jongkong emas fizikal di rumah, atau terpaksa membayar kos tahunan untuk menyewa peti simpanan selamat (safe deposit box) di bank.
Melalui Pos Ar-Rahnu Gold-i, emas fizikal anda diuruskan secara profesional dan dilindungi oleh badan akreditasi rasmi seperti London Bullion Market Association (LBMA) dan SIRIM, manakala akaun digital anda dilindungi oleh sistem keselamatan eKYC yang ketat.
Menariknya, apabila jumlah gram emas digital anda sudah mencapai minimum 0.5 gram, anda mempunyai pilihan penuh untuk menukarkannya kepada jongkong emas fizikal sebenar untuk dihantar terus ke pintu rumah anda!
Rujukan dan Pertanyaan
Untuk pertanyaan dan urusan pejabat, sila rujuk:
| Syarikat: | POS Ar-Rahnu Sdn Bhd |
| Alamat: | POS Ar-Rahnu Sdn Bhd, Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Komplek Dayabumi, 50670 Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Telefon: | 03-2267 2267 Ext 6764 @ 6741 |
| Emel: | PARSB-OPS@pos.com.my |
| Waktu Pejabat: | Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang) |
- Terma & Syarat, boleh rujuk di: https://posarrahnugold.ace2u.com/Tnc.php
- Pendedahan produk, boleh rujuk di: https://posarrahnugold.ace2u.com/productDisclosure.php
- PDPA, boleh rujuk di: https://posarrahnugold.ace2u.com/pdpa.php
- Soalan Lazim, rujuk di: https://posarrahnugold.ace2u.com/FAQ.php
FAQ – Pos ArRahnu Gold-i
POS ArRahnu Gold-i menawarkan cara mudah dan kos efektif untuk memiliki emas digital dalam kuantiti yang sesuai dengan semua bajet. Anda boleh membeli, melabur dan mengumpul emas digital dalam pecahan dengan pelbagai pilihan penebusan kepada jongkong emas cetakan fizikal.
GO Capital Growth membeli sejumlah besar jongkong emas dan menyimpannya dengan selamat di dalam peti besi. Rizab emas ini membolehkan GO Capital Growth menawarkan skala ekonomi dan menyampaikan simpanan kepada pengguna POS ArRahnu Gold-i,. Apabila anda membeli Emas POS ArRahnu Gold-i, anda menjadi pemilik yang sah dengan hak milik yang sah kepada emas tersebut, manakala GO Capital Growth bertindak sebagai penjaga yang memastikan ia disimpan.
GO Capital Growth memastikan kualiti emas dengan cara berikut:
a) Emas tersebut memenuhi piawaian tertinggi, iaitu emas 24k dengan ketulenan 999.9, yang diperakui mengikut piawaian SIRIM
b) Bar emas disimpan secara peribadi dan selamat dalam Bilik Kebal yang disediakan oleh Safeguards G4S Malaysia (SG4S).
c) Semua emas yang dipegang diinsuranskan untuk nilai penggantian penuhnya.
d) Emas anda disimpan dengan selamat dalam Bilik Kebal Keselamatan, yang menjalani penyelarasan dan perakaunan harian..
e) POS ArRahnu Gold-i diperakui sebagai produk emas digital patuh Syariah oleh Penasihat Syariah GO Capital Growth iaitu SALIHIN Shariah Advisory Sdn. Bhd. (“SALIHIN”). Proses transaksi POS ArRahnu Gold-i mesti mematuhi Piawaian Syariah Emas pada setiap masa.
f) GO Capital Growth sentiasa memegang lebih banyak emas dalam Vault daripada jumlah yang dipegang oleh pelanggan.
– Individu tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas.
– Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap dengan MyKad & MyTentera yang sah.
– Bukan warganegara Malaysia juga boleh membuka akaun, dengan syarat mereka mempunyai Akaun Bank Semasa atau Simpanan tempatan di Malaysia.
GO Capital Growth menawarkan POS ArRahnu Gold-i pada harga emas pasaran langsung semasa, yang sentiasa dikemas kini dalam masa nyata sepanjang hari. Apabila anda meneruskan untuk membuat pembayaran, harga yang disebut harga ialah amaun tepat yang anda akan pay pada masa tertentu. Sebut harga ini kekal sah selama 20 saat dan perlu dimuat semula jika kadar tamat tempoh.
Jumlah maksimum: 1000g, MYR30,000 – MYR50,000.
Jumlah minimum: MYR10 (Bersamaan dengan anggaran 0.003 gram)
Ya, anda perlu mengekalkan baki minimum baki emas bernilai MYR10.00 dalam akaun POS ArRahnu Gold-i anda pada setiap masa untuk pembayaran yuran penyimpanan anda.
Ya, anda boleh menjual kembali emas digital anda kepada kami pada bila-bila masa, dan tiada caj dikenakan untuk transaksi tersebut. Hasil jualan akan dikreditkan ke akaun tempatan yang didaftarkan pada platform POS ArRahnu Gold-i.
Dalam masa 48 jam, akan dikredtkan ke akauan bank anda.
Yuran simpanan adalah sebanyak 1% setahun berdasarkan pegangan emas harian anda. Yuran simpanan ini akan ditolak secara automatik daripada baki emas yang tersedia dalam akaun POS ArRahnu Gold-i anda pada akhir setiap bulan atau bersamaan RM1.00 dalam gram emas, yang mana lebih tinggi. POS ArRahnu Gold-i komited untuk menyalurkan penjimatan kos yuran simpanan kepada anda apabila AUM (Aset Di Bawah Pengurusan) meningkat dan ekonomi skala dicapai.
✓ FPX*
Nota: * Yuran pemprosesan untuk transaksi FPX ialah MYR1.20 setiap transaksi.
Akaun POS ArRahnu Gold-i ialah produk tanpa jaminan prinsipal, akaun tidak berasaskan faedah dan TIDAK dilindungi oleh PIDM.
a) Risiko Pelaburan
Nilai pegangan emas anda dan sebarang potensi pulangan adalah tertakluk kepada turun naik pasaran emas. Memandangkan harga emas boleh menjadi tidak stabil, tiada jaminan pulangan dan anda mungkin mengalami pulangan yang lebih rendah atau menanggung kerugian.
b) Risiko Harga
Nilai emas mungkin menurun disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk perubahan keadaan ekonomi, perkembangan industri, sentimen pasaran, dan peristiwa geopolitik. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi harga emas secara berasingan daripada pergerakan pasaran yang lebih luas.
c) Risiko Pasaran
POS ArRahnu Gold-i terdedah kepada risiko pasaran akibat pergerakan harga yang tidak menguntungkan. Faktor seperti perubahan harga emas global, kadar faedah, dan kadar pertukaran mata wang asing boleh mempengaruhi nilai pelaburan anda.
Penafian Kewangan: Artikel ini ditulis bertujuan untuk perkongsian maklumat dan pendidikan am sahaja. Kandungan ini bukanlah satu bentuk nasihat pelaburan rasmi, cadangan kewangan, atau pelan siber-sekuriti daripada pihak ewarta.my. Setiap instrumen pelaburan (termasuk emas digital) mempunyai risiko kerugian tersendiri disebabkan oleh turun naik pasaran kewangan global. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa menyemak terma terkini di portal rasmi Pos Ar-Rahnu Gold dan merujuk kepada penasihat kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini.


