Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Semakan Status STR Fasa 3 2026 – Jumlah Bayaran Untuk Isi Rumah, Ibu/Bapa Tunggal & Warga Emas

Semakan Status STR Fasa 3 2026 - Jumlah Bayaran Untuk Isi Rumah, IbuBapa Tunggal & Warga Emas

Semakan status STR FASA 3 boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah bermula pada Ogos 2026.

Bagi anda yang telah membuat permohonan baharu atau mengemas kini maklumat serta rayuan STR Fasa 3 sebelum tarikh tutup pada 15 Jun 2026, status kelulusan dan jumlah bayaran anda juga boleh disemak bermula pada Ogos kelak.

Inisiatif bantuan tunai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini bertujuan meringankan beban sara hidup rakyat dalam kategori pendapatan B40 dan M40.

Cara Semakan Status STR Fasa 3 2026 Online

Semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah.

Cara Buat Semakan MySTR

  1. Layari laman web rasmi di hasil.gov.my.
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 digit) anda dengan betul tanpa tanda sempang (-).
  3. Klik butang ‘Log Masuk’.
  4. Sahkan Frasa Keselamatan / Kunci Keselamatan yang terpapar pada skrin peranti anda.
  5. Masukkan Kata Laluan akaun MySTR anda.
  6. Klik pada butang ‘Semakan Status’ untuk melihat keputusan fasa terkini.
semakan status STR FASA 3
Log masuk akaun STR anda di portal Sumbangan Tunai Rahmah.
semakan status STR FASA 3
Masukkan no kad pegenalan dan klik Semak, atau lebih mudah menggunakan MyDigital ID.
semakan status STR FASA 3
Sahkan kata kunci keselamatan, klik YA.
semakan status STR FASA 3
Masukkan kata laluan, dan klik Log Masuk.
semakan status STR FASA 3
Pada bahagian dashboard, klik Semakan Status.
semakan status STR FASA 3
Status permohonan semasa akan dipaparkan.

Berapa Jumlah Bayaran STR FASA 3 untuk Isi Rumah?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah mengikut kategori seperti di bawah:

  • Tiada Anak: RM200
  • 1 hingga 2 Anak: RM300
  • 3 hingga 4 Anak: RM450
  • 5 Anak atau Lebih: RM600
  • 1 hingga 2 Anak: RM150
  • 3 hingga 4 Anak: RM200
  • 5 Anak atau Lebih: RM250

Berapa Jumlah Bayaran STR FASA 3 untuk Ibu/Bapa Tunggal?

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 untuk Ibu atau Bapa Tunggal ditentukan berdasarkan sama ada mempunyai anak tanggungan atau tidak, serta kategori pendapatan bulanan.

  • Tiada Anak: RM200
  • 1 hingga 2 Anak: RM300
  • 3 hingga 4 Anak: RM450
  • 5 Anak atau Lebih: RM600
  • 1 hingga 2 Anak: RM150
  • 3 hingga 4 Anak: RM200
  • 5 Anak atau Lebih: RM250

Jika anda merupakan ibu/bapa tunggal yang tidak mempunyai anak dan berumur 60 tahun ke atas, anda dikategorikan sebagai Warga Emas Tiada Pasangan. Anda layak meneri RM150 untuk bayaran STR Fasa 3.

Berapa Jumlah Bayaran STR FASA 3 Warga Emas?

Semua warga emas tunggal (60 Tahun Ke Atas) yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima bayaran tetap sebanyak RM150.

Berapa Jumlah Bayaran STR FASA 3 Bujang?

Tiada bayaran STR untuk kategori bujang. Golongan bujang berumur 21 hingga 59 tahun akan mendapat SARA bernilai RM50 melalui MyKad.

PENTING: Kemas Kini & Rayuan STR FASA 4 2026

Bagi rayuan yang tidak berjaya atau individu yang belum membuat permohonan, tempoh permohonan baharu, kemas kini maklumat, dan permohonan rayuan untuk kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026 kini dibuka rasmi mulai 16 Jun 2026 sehingga 30 September 2026.

Bagi memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bayaran fasa terakhir tahun ini, pastikan anda membuat permohonan baru/rayuan dengan segera.

rayuan str 2026
FOTO: LHDNM

Rujukan dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, masalah teknikal log masuk, atau pertikaian mengenai status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, anda dinasihatkan untuk merujuk terus kepada saluran komunikasi rasmi kerajaan.

Anda juga boleh hadir secara fizikal ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHD atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat bagi membuat semakan profil, penyerahan borang rayuan, atau pembetulan maklumat akaun bank anda.

Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan anda kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.

Soalan Lazim Semakan Status STR Fasa 3

Adakah semua bank akan menerima duit STR Fasa 3 pada hari yang sama?

Tidak. Proses pengkreditan dilakukan secara berperingkat mengikut institusi perbankan masing-masing.

Boleh kah saya buat penunaian di BSN jika akaun Maybank saya disekat?

Boleh, dengan syarat status di portal MySTR telah bertukar menjadi “Gagal Kredit” dan sistem menjana Nombor Siri Baucar baharu. Anda perlu membawa kad pengenalan asal ke kaunter BSN untuk pengeluaran tunai

Di mana saya boleh menyemak tarikh rasmi harian pengkreditan STR Fasa 3?

Tarikh pengkreditan hari demi hari yang tepat akan dikemas kini terus di Portal Rasmi MySTR dan media sosial rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seminggu sebelum pembayaran bermula.

Jika permohonan baharu lulus Jun lepas, adakah akan dapat bayaran Ogos ini?

Ya. Kelompok permohonan baharu dan rayuan yang diluluskan selepas tarikh tutup 15 Jun akan diserap masuk untuk menerima bayaran pertama mereka pada Fasa 3 ini.

Adakah jumlah bayaran STR Fasa 3 sama bagi semua penerima isi rumah?

Tidak. Jumlah bantuan adalah berbeza-beza (antara RM150 hingga RM600) mengikut pecahan jumlah pendapatan bulanan kasar dan bilangan anak di bawah tanggungan anda.

Berapa jumlah bayaran STR Fasa 3 2026?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
1. Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 & Ke Bawah)
Tiada Anak: RM200
1 hingga 2 Anak: RM300
3 hingga 4 Anak: RM450
5 Anak atau Lebih: RM600

2. Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000)
Tiada Anak: RM0 (Tiada bayaran untuk fasa ini)
1 hingga 2 Anak: RM150
3 hingga 4 Anak: RM200
5 Anak atau Lebih: RM250

3. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Ke Atas)
Semua warga emas tunggal yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima bayaran tetap sebanyak RM150.

Bila bayaran STR Fasa 3 diagihkan?

Bayaran STR Fasa 3 akan disalurkan pada Ogos 2026.

Mengapakah status semakan saya memaparkan “Tiada Rekod”?

Status “Tiada Rekod” biasanya bermaksud:
– Anda belum membuat permohonan atau mengemas kini maklumat bagi sesi STR 2026.
– Nombor kad pengenalan yang dimasukkan adalah salah.
– Permohonan baharu anda masih dalam proses tapisan data oleh pihak LHDN.

Adakah kategori Bujang akan menerima bayaran pada Fasa 3?

Tidak. Kategori bujang akan menerima SARA.

Bagaimanakah cara untuk menukar nombor akaun bank yang telah didaftarkan?

Kemaskini maklumat akaun bank tidak boleh dilakukan pada portal MySTR ketika fasa pembayaran sedang berjalan. Anda hanya boleh mengemas kini maklumat akaun bank anda semasa tempoh permohonan baharu atau tempoh pengemaskinian tahunan dibuka semula oleh LHDN.

Bagaimanakah penerima pedalaman tanpa akaun bank boleh menuntut wang STR Fasa 3?

Bagi penerima di kawasan pedalaman (terutamanya di Sabah dan Sarawak) yang tiada akaun bank, Kementerian Kewangan bersama Jabatan Perbendaharaan Negeri akan mengadakan Program Penunaian Tanpa Kaunter secara fizikal di lokasi-lokasi strategik terpilih yang akan diumumkan kelak.


Penafian: Laman web ini hanya menyediakan panduan ringkas berasaskan pengumuman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR Fasa 3, sila hubungi Talian STR LHDNM di 1-800-88-2747.

Ain merupakan penulis artikel kewangan di ewarta.my, memfokuskan kepada pengurusan kewangan mikro dan pelaburan runcit tempatan. Turut aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan kewangan, gaya hidup dan topik trending.

View All Posts

You Missed