Baucar Kita Selangor 2026 – RM100/bulan (Syarat Dilonggarkan, Boleh Mohon Semula!)
Baucar Kita Selangor 2026 (Bantuan Barangan Asas) menawarkan bantuan RM100/bulan selama 6 bulan kepada rakyat Selangor yang layak. Ia merupakan inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
Pengagihan bantuan Baucar Kita Selangor bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan akan bermula pada 30 Jun 2026.
Manakala, semakan untuk pra pendaftaran bagi penerima Kategori A dan permohonan baru untuk ibu tunggal (Kategori B) boleh dilakukan bermula hari ini, 23 Jun 2026 di https://baucarkitaselangor.com/
Baca info lebih lanjut mengenai Baucar Kita Selangor 2026 di bawah.
Dikemas kini: 14 Ogos 2026
- Ringkasan Artikel
- Baucar Kita Selangor (Bantuan Barangan Asas)
- Siapa Layak Dapat Baucar Kita Selangor RM100?
- Cara Semak Kelayakan Baucar Kita Selangor 2026
- Cara Mohon Baucar Kita Selangor 2026 (Updated)
- Cara Aktifkan Baucar Kita Selangor 2026
- Timeline Pelaksanaan BKS 2026
- Dokumen Sokongan
- Tidak Terima SMS Baucar Kita Selangor โ Apa Perlu Buat?
- Adakah Penerima Bingkas Layak Menerima Baucar Kita Selangor?
- BINGKAS vs Baucar Kita Selangor
- Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna Baucar Kita Selangor
- Senarai Panel Kedai Baucar Kita Selangor 2026
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Baucar Kita Selangor 2026
Ringkasan Artikel
- Baucar Kita Selangor (Bantuan Barangan Asas) dalah inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
- Jumlah Bantuan: RM100 sebulan selama 6 Bulan (Jumlah keseluruhan RM600).
- Syarat: Terbuka kepada mana-mana keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur di bawah 18 tahun & had Pendapatan Isi Rumah kini dinaikkan kepada RM5,000 dan ke bawah sebulan.
- Tarikh Akhir Permohonan: 31 Disember
PENTING:
Syarat kelayakan telah berubah.
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak bawah 18 tahun kini layak memohon
- Tak perlu lagi pengesahan Pesuruhjaya Sumpah
- Hanya seorang (suami atau isteri) boleh memohon bagi setiap isi rumah.
Baucar Kita Selangor (Bantuan Barangan Asas)
Program Baucar Kita Selangor ialah baucar bernilai RM100 selama 6 bulan yang diberikan kepada 50,000 penerima rakyat Selangor yang layak.
Program ini diperkenalkan sebagai salah satu langkah proaktif bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat melalui bantuan baucar barangan keperluan asas.
BAUCAR KITA SELANGOR memberi anda ruang untuk merancang keperluan asas dengan lebih fleksibel, selaras dengan keutamaan isi rumah anda.

Berita Baik: Pemohon yang Pernah Ditolak Sebelum Ini Boleh Memohon Semula!
Pengumuman penambahbaikan terbaharu oleh Kerajaan Negeri Selangor pada Ogos 2026 membawa sinar harapan baharu kepada ramai keluarga.
Sebelum ini, skim Baucar Kita Selangor (BKS) dikritik kerana syaratnya yang agak ketat dan proses dokumentasi yang rumit, termasuk keperluan mendapatkan cop Pesuruhjaya Sumpah.
Namun, bermula 8 Ogos 2026, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Puan Anfaal Saari mengumumkan pelonggaran had pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 serta syarat anak di bawah 18 tahun.
Golongan ibu tunggal atau keluarga berkahwin yang permohonannya pernah ditolak sebelum ini amat digalakkan untuk menghantar semula permohonan baharu.
Kehadiran sistem tanpa birokrasi ini (tiada lagi keperluan cop Pesuruhjaya Sumpah) dijangka akan mempercepatkan proses kelulusan bagi memastikan baki kuota yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Selangor sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2026.

Siapa Layak Dapat Baucar Kita Selangor RM100?
Program ini ditujukan kepada keluarga Selangor yang memenuhi kriteria pendapatan dan kediaman, dengan penyelarasan bantuan supaya sokongan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
- Warganegara: Mestilah Warganegara Malaysia.
- Penduduk: Menetap dan mempunyai alamat tempat tinggal di Selangor.
- Pengundi: Merupakan pemilih (pengundi) yang berdaftar di Negeri Selangor.
- Had Pendapatan: Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM5,000.00 dan ke bawah sahaja.
- Had Bantuan: Had maksima adalah seorang penerima sahaja bagi setiap isi rumah, dan bukan penerima aktif bantuan BINGKAS.
Syarat Kelayakan TERKINI
KEMASKINI TERBAHARU BAUCAR KITA SELANGOR (BKS) 2026
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pelonggaran syarat kelayakan rasmi untuk memastikan lebih ramai keluarga dapat menikmati bantuan RM100 sebulan selama 6 bulan (Jumlah keseluruhan RM600).
Berikut adalah 4 perubahan syarat paling penting yang wajib anda tahu:
- Had Pendapatan Isi Rumah kini dinaikkan kepada RM5,000 dan ke bawah sebulan.
- Terbuka kepada mana-mana keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur di bawah 18 tahun.
- Proses permohonan kini lebih mudah kerana pemohon tidak perlu lagi mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah untuk borang pendapatan
- Hanya seorang wakil sahaja (sama ada suami ATAU isteri) yang dibenarkan memohon bagi setiap isi rumah untuk mengelakkan pertindihan.

Cara Semak Kelayakan Baucar Kita Selangor 2026
Semakan kelayakan Baucar Kita Selangor 2026 boleh dilakukan melalui Platform Selangkah d: https://baucarkitaselangor.com.
Klik semak kelayakan dan masukkan no kad pengenalan anda.


Cara Mohon Baucar Kita Selangor 2026 (Updated)
LANGKAH 1: Sebelum memohon, pastikan isi rumah anda memenuhi 4 kriteria mudah ini:
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah (masih bersekolah atau bawah umur).
- Hanya seorang sahaja (suami ATAU isteri) yang boleh menghantar permohonan bagi setiap rumah.
- Anda tidak perlu lagi pergi mencari Pesuruhjaya Sumpah untuk urusan pengesahan dokumen pendapatan.
LANGKAH 2: Semak kelayakan dan Permohonan Baru
- Layari portal rasmi BKS2026 di: https://baucarkitaselangor.com/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (tanpa tanda sempang) pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang “Semak Status”.
TIPS: Anda perlu log masuk menggunakan nombor telefon dan kata laluan untuk mengetahui status semakan anda. Oleh itu, anda perlu muat turun dan mendaftar melalui aplikasi Selangkah terlebih dahulu.
- Jika status memaparkan “Tiada Rekod”: Klik pada butang “Permohonan Baru” untuk mengisi borang digital.
- Isi maklumat peribadi, jumlah pendapatan isi rumah, dan muat naik dokumen dan diperlukan.

LANGKAH 3: Sediakan Dokumen Sokongan yang Diperlukan
Sediakan salinan gambar atau fail digital dokumen berikut untuk dimuat naik (upload) ke dalam sistem:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (suami atau isteri).
- Bukti Pendapatan (Slip gaji terkini atau surat pengesahan pendapatan jika bekerja sendiri/suri rumah). Ingat, dokumen ini tidak perlu cop Pesuruhjaya Sumpah lagi.
- Jika tiada slip gaji, boleh dapatkan borang pengesahan pendapatan di Pejabat Ketua Kampung/muat turun dari Google. Minta ketua kampung cop borang tersebut.
- Salinan Sijil Lahir (Sijil Kelahiran) atau MyKid/MyKad anak yang berumur di bawah 18 tahun.
- Salinan Sijil Cerai atau Sijil Kematian pasangan (Khusus untuk status Ibu/Bapa Tunggal).
Langkah 4: Jika diluluskan
- Bantuan bernilai RM100 sebulan akan dikreditkan terus ke dalam sistem dompet digital / akaun Selangkah anda selama 6 bulan berturut-turut (Total RM600).
Cara Aktifkan Baucar Kita Selangor 2026
Anda boleh rujuk status permohonan seperti di bawah sekiranya permohonan telah diluluskan. Jangan lupa klik “Aktifkan Baucar” untuk menebus baucar ini.

Bagaimana Baucar Kita Selangor Digunakan?
RM100 โ pilih kedai panel โ pilih barangan yang dibenarkan โ gunakan baucar โ baki/kaedah transaksi tertakluk kepada sistem program.
Timeline Pelaksanaan BKS 2026
Berikut ialah tarikh penting pelaksanaan Baucar Kita Selangor 2026:
- 22 Jun 2026: Pelancaran rasmi mekanisma asal program bagi 50,000 kuota penerima bersasar (Kategori A / Penerima eKasih & JKM).
- 23 Jun 2026: Sistem semakan kelayakan dan pengesahan maklumat mula dibuka secara dalam talian.
- 30 Jun 2026: Penyaluran bantuan fasa pertama bernilai RM100 sebulan secara rasmi.
- 8 Ogos 2026: [TERKINI] Permohonan baharu dibuka secara meluas kepada isi rumah berkahwin (pendapatan RM5,000 ke bawah, ada anak bawah 18 tahun) dan pemansuhan syarat cop Pesuruhjaya Sumpah.
- 31 Disember 2026: Tarikh akhir penutupan permohonan program Baucar Kita Selangor
Dokumen Sokongan
Anda perlu menyediakan dokumen sokongan berikut untuk membuat pengesahan atau permohonan baru Baucar Kita Selangor:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/isteri pemohon (jika berkaitan).
- Bukti tempat tinggal (bil utiliti atas nama pemohon atau suami/isteri).
- Pengesahan pengundi Selangor melalui slip Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Slip gaji pemohon & pasangan ATAU surat pengesahan pendapatan yang dicop oleh Ketua Kampung / Pengerusi MPKK / Pejabat ADUN.
- Salinan dokumen cerai / sijil kematian.
Permohonan Baucar Kita Selangor dibuka mulai 23 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026. Pastikan anda menyediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan sebelum mengemukakan permohonan bagi melancarkan proses semakan dan kelulusan.
Tidak Terima SMS Baucar Kita Selangor โ Apa Perlu Buat?
Jangan terus anggap permohonan ditolak.
Langkah pertama, semak kelayakan melalui portal rasmi. Sekiranya layak, anda boleh terus membuat permohonan baru melalui aplikasi Selangkah.
Hubungi talian bantuan jika ada pertanyaan: 1800-22-6600 (waktu pejabat)
Adakah Penerima Bingkas Layak Menerima Baucar Kita Selangor?
Penerima aktif program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang sedang menerima RM300 sebulan secara amnya tidak layak untuk menerima Baucar Kita Selangor.
Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa pangkalan data 50,000 keluarga untuk baucar ini diambil khusus daripada individu yang pernah memohon BINGKAS tetapi belum lulus atau belum menerima bantuan tersebut, serta golongan miskin tegar eKasih dan JKM.
Langkah ini diambil bagi mengelakkan pertindihan bantuan dan memastikan agihan yang adil kepada mereka yang langsung belum dibantu.
Contoh Situasi Pemohon
Contoh 1: Suami bekerja, isteri suri rumah, pendapatan isi rumah RM4,500 dan mempunyai seorang anak bawah 18 tahun.
โ Boleh cuba memohon jika memenuhi syarat lain.
Contoh 2: Suami dan isteri kedua-duanya mahu memohon.
โ Tidak boleh. Hanya seorang wakil bagi setiap isi rumah.
Contoh 3: Keluarga menerima BINGKAS secara aktif.
โ Tidak layak menerima kedua-dua bantuan pada masa yang sama berdasarkan terma program.
BINGKAS vs Baucar Kita Selangor
Apa beza bantuan BINGKAS dan Baucar Kita Selangor? Semak perbandingan keduanya di bawah:
| Ciri-Ciri | Program BINGKAS 2026 | Baucar Kita Selangor 2026 |
|---|---|---|
| Nilai Bantuan | RM300 sebulan | RM100 sebulan |
| Tempoh Bantuan | Berterusan (tahunan) | 6 Bulan sahaja (Bermula 30 Jun 2026) |
| Kuota Penerima | 30,000 keluarga | 50,000 keluarga |
Penerima aktif BINGKAS tidak layak menerima Baucar Kita Selangor pada masa yang sama, berdasarkan terma program.
Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna Baucar Kita Selangor
Hanya barangan keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi Program Baucar Kita Selangor di kedai panel.
Berikut ialah senarai barangan asas yang boleh dibeli menggunakan Baucar Kita Selangor RM100:
- Beras
- Mi dan bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung
- Minyak masak
- Ubat-ubatan
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun, kelengkapan mandian, dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
- Barangan persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
- Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)

NOTA: Senarai barangan tertakluk kepada ketetapan rasmi program dan boleh berubah. Semak senarai terkini sebelum membuat pembelian.
Senarai Panel Kedai Baucar Kita Selangor 2026
Senarai kedai panel yang berdaftar untuk pembelian menggunakan baucar Baucar Kita Selangor boleh disemak melalui pautan berikut: https://baucarkitaselangor.com/program#panel-kedai
Setakat ini ada 1819 kedai yang tersenarai di seluruh Selangor.
Senarai peniaga yang dicadangkan oleh DUN akan dikemas kini di halaman ini apabila tersedia, bersama kedai baharu yang akan didaftarkan untuk program ini.

Rujukan dan Pertanyaan
Sila hubungi talian bantuan 1800-22-6600 pada waktu pejabat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan status permohonan Baucar Kita Selangor 2026.
Layari juga Portal Selangkah untuk semakan kelayakan dan permohonan serta info lebih lanjut.
Anda juga boleh menyemak hab bantuan sepadu di portal AKSES Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetahui pelbagai jenis inisiatif/bantuan untuk warga Selangor.
Pastikan anda baca SOALAN LAZIM (https://baucarkitaselangor.com/soalan-lazim) untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
FAQ – Soalan Lazim Baucar Kita Selangor 2026
Program bantuan kewangan sebanyak RM100 sebulan selama 6 bulan (jumlah keseluruhan RM600) bagi meringankan kos sara hidup. Program ini diumumkan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.
Bantuan ini menyasarkan 50,000 isi rumah di Selangor yang memenuhi kriteria berikut:
1. Rakyat Selangor atau bermastautin di Selangor.
2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (mengikut polisi semasa).
3. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak bawah 18 tahun kini layak memohon
4. Hanya seorang (suami atau isteri) boleh memohon bagi setiap isi rumah.
Beras
Mi dan bihun
Roti
Biskut
Telur
Gula dan garam
Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
Tepung
Minyak masak
Ubat-ubatan
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan
Sabun, kelengkapan mandian, dan bahan pencuci
Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
Barangan persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)
Tidak. Syarat cop Pesuruhjaya Sumpah dimansuhkan. Pemohon tanpa slip gaji hanya perlu memuat turun Borang Pengesahan Pendapatan dan mendapatkan cop daripada Ketua Kampung, Pengerusi MPKK, atau pejabat ADUN/Parlimen.
Tidak boleh. Bantuan terhad kepada seorang (1) penerima sahaja bagi setiap isi rumah untuk mengelakkan pertindihan data dalam sistem Selangkah.
Ya, layak.
Tidak. Bantuan Baucar Kita Selangor dikira berdasarkan kriteria isi rumah, bukannya bilangan anak. Setiap keluarga yang lulus hanya akan menerima nilai tetap RM100 sebulan selama 6 bulan, tanpa mengira berapa ramai jumlah anak di dalam rumah tersebut.
