50 Soalan Kuiz Kemerdekaan untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah – Muat Turun Percuma (PDF)
Soalan Kuiz Kemerdekaan | Artikel ini menyediakan lebih 50 soalan kuiz Hari Merdeka yang telah dikategorikan mengikut tahap kesukaran iaitu untuk peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Sebagai seorang ibu, mencari aktiviti anak-anak di rumah sempena bulan Kemerdekaan adakalanya agak mencabar.
Muncul lah idea nak buat kuiz sekaligus ulangkaji mengenai sejarah kemerdekaan negara bersama anak-anak.
Oleh itu, saya kumpulkan beberapa soalan kuiz kemerdekaan di sini untuk dikongsikan bersama.
Ibu bapa boleh menggunakan senarai soalan ini untuk menguji minda anak-anak sambil belajar mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan negara.
Guru-guru yang tak sempat nak buat kuiz sendiri pun boleh guna set kuiz kemerdekaan ini untuk aktiviti di dalam kelas.
Semoga bermanfaat!
- Kepentingan Aktiviti Kuiz Sempena Bulan Kebangsaan
- Panduan Untuk Guru & Ibu Bapa
- Kuiz Hari Merdeka Sekolah Rendah (Soalan & Jawapan)
- Kuiz Sejarah Merdeka Sekolah Menengah (Soalan & Jawapan)
- Muat Turun PDF Soalan & Jawapan Kuiz Kemerdekaan Sekolah Rendah
- Muat Turun PDF Soalan & Jawapan Kuiz Kemerdekaan Sekolah Menengah
- Skema Pemarkahan Kuiz Merdeka
- Fakta Penting Mengenai Hari Kemerdekaan
- FAQ - Soalan Lazim Hari Kemerdekaan Malaysia
Kepentingan Aktiviti Kuiz Sempena Bulan Kebangsaan
Aktiviti kuiz sempena Bulan Kebangsaan memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.
Melalui soalan-soalan kuiz hari Kemerdekaan, pelajar dapat mendalami sejarah perjuangan tokoh kemerdekaan serta memahami pembentukan identiti negara dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan.
Panduan Untuk Guru & Ibu Bapa
- Kendalikan kuiz menggunakan Kahoot! atau Quizizz untuk menarik minat pelajar.
- Sediakan ganjaran seperti alat tulis bertema Jalur Gemilang atau buku sejarah ringkas.
- Jalankan kuiz sebagai aktiviti santai keluarga pada hujung minggu.
- Tunjukkan gambar tokoh atau bendera semasa menyoal untuk mudahkan anak ingat.
- Terangkan makna di sebalik jawapan yang salah melalui penceritaan, bukan paksa menghafal.
Tip Aktiviti: Guru boleh gunakan soalan ini untuk pertandingan kuiz spontan, lembaran kerja (worksheet), atau tugasan kelas.

Kuiz Hari Merdeka Sekolah Rendah (Soalan & Jawapan)
1. Bilakah tarikh rasmi Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?
JAWAPAN
31 Ogos 1957
2. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia yang juga Perdana Menteri pertama?
JAWAPAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
3. Di manakah pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di buat pada 31 Ogos 1957?
JAWAPAN
:Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
4. Berapakah jalur yang terdapat pada Jalur Gemilang?
JAWAPAN
14 jalur (melambangkan 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan)
5. Apakah warna yang melambangkan keberanian pada bendera Malaysia?
JAWAPAN
Merah
6. Apakah maksud warna kuning pada Jalur Gemilang?
JAWAPAN
Kedaulatan Raja Berperlembagaan
7. Apakah nama bunga kebangsaan Malaysia?
JAWAPAN
Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)
8. Berapakah pecahan kelopak pada Bunga Raya kebangsaan kita?
JAWAPAN
5 kelopak (melambangkan 5 Prinsip Rukun Negara)
9. Apakah nama rasmi lagu kebangsaan Malaysia?
JAWAPAN
Negaraku
10. Siapa Perdana Menteri Malaysia terkini?
JAWAPAN
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
11. Apakah nama mata wang rasmi negara kita?
JAWAPAN
Ringgit Malaysia (MYR)
12. Apakah ibu negara Malaysia?
JAWAPAN
Kuala Lumpur
13. Berapakah jumlah warna yang terdapat pada Jalur Gemilang?
JAWAPAN
4 warna (Merah, Putih, Biru, Kuning)
14. Apakah laungan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957?
JAWAPAN
Merdeka!
15. Berapa jenis kah bendera Malaysia yang ada?
JAWAPAN
Satu jenis sahaja. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang.

16. Binatang apakah yang menjadi simbol pada Jata Negara Malaysia di sebelah kiri dan kanan?
JAWAPAN
Dua ekor harimau
17. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang dikenali sebagai “Bapa Pembangunan”?
JAWAPAN
Tun Abdul Razak Hussein
18. Apakah maksud 14 jalur merah dan putih pada bendera Malaysia?
JAWAPAN
Melambangkan Malaysia ada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan
19. Bulan Ogos dikenali sebagai apa di Malaysia?
JAWAPAN
Bulan Kebangsaan / Bulan Kemerdekaan
20. Apakah rukun negara yang pertama?
JAWAPAN
Kepercayaan kepada Tuhan
21. Apakah warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan?
JAWAPAN
Perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
22. Siapakah pahlawan Melaka yang terkenal dengan kalimat “Takkan Melayu hilang di dunia”?
JAWAPAN
Hang Tuah
23. Apakah nama tugu memperingati pahlawan yang gugur semasa mempertahankan negara?
JAWAPAN
Tugu Negara
24. Berapakah bilangan negeri di dalam Malaysia?
JAWAPAN
14 negeri
25. Apakah Wilayah Persekutuan yang terdapat di Malaysia selain Kuala Lumpur dan Putrajaya?
JAWAPAN
Labuan
Kuiz Sejarah Merdeka Sekolah Menengah (Soalan & Jawapan)
26. Apakah perjanjian penting yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 di London?
JAWAPAN
Perjanjian penting yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 di London adalah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (atau Treaty of London 1956). Perjanjian ini menetapkan asas pengisytiharan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
27. Siapakah nama Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka?
JAWAPAN
Sir Donald Charles MacGillivray
28. Siapakah wakil Ratu England yang menyerahkan Dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka?
JAWAPAN
Duke of Gloucester
29. Bilakah tarikh rasmi penubuhan Malaysia (gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura)?
JAWAPAN
16 September 1963
30. Apakah nama Suruhanjaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?
JAWAPAN
Suruhanjaya Reid (Reid Commission)

31. Siapakah nama ketua bagi Suruhanjaya Reid?
JAWAPAN
Lord Reid (Loh William Reid)
32. Sebelum merdeka, apakah nama asal Singapura, Sabah, dan Sarawak di bawah pentadbiran British?
JAWAPAN
Tanah Jajahan Mahkota British (Crown Colony)
33. Apakah nama parti politik yang memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman?
JAWAPAN
Parti Perikatan (Gabungan UMNO-MCA-MIC)
34. Di manakah rundingan antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng (Parti Komunis Malaya) diadakan pada tahun 1955?
JAWAPAN
Sekolah Inggeris Baling, Kedah (Rundingan Baling)
35. Siapakah tokoh pejuang tempatan di Pahang yang menentang British bersama Dato’ Bahaman dan Tok Gajah?
JAWAPAN
Mat Kilau
36. Apakah nama badan perundangan tertinggi negara yang bertanggungjawab menggubal undang-undang selepas merdeka?
JAWAPAN
Parlimen
37. Apakah dokumen penting yang dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957?
JAWAPAN
Pemasyhuran Kemerdekaan
38. Siapakah tokoh tempatan di Kelantan yang mengetuai pemberontakan menentang cukai British?
JAWAPAN
Tok Janggut (Haji Hassan bin Mat Munas)
39. Apakah nama persatuan pelajar Melayu di Britain yang turut memainkan peranan meniup semangat nasionalisme awal?
JAWAPAN
Kesatuan Melayu Great Britain
40. Siapakah tokoh yang mencipta lagu kebangsaan “Negaraku”?
JAWAPAN
Encik Saiful Bahri (berdasarkan lagu teras “Terang Bulan” dari Perak)
41. Apakah nama perjanjian tahun 1948 yang menggantikan Malayan Union?
JAWAPAN
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
42. Mengapakah rakyat menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946?
JAWAPAN
Kerana ia menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan memberi kerakyatan longgar (jus soli) yang mengancam kedudukan orang Melayu.
43. Siapakah tokoh yang digelar “Bapa Pembangunan” dan bertindak sebagai Timbalan Ketua Rombongan Kemerdekaan ke London?
JAWAPAN
Tun Abdul Razak Hussein
44. Apakah peranan utama Suruhanjaya Cobbold yang dihantar ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1962?
JAWAPAN
Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai gagasan penubuhan Malaysia.
45. Siapakah tokoh pejuang kemerdekaan Sarawak yang menentang pemerintahan keluarga Brooke dan pentadbiran British?
JAWAPAN
Rosli Dhoby (memimpin Rukun 13)
46. Siapakah pembesar Perak yang mengetuai pakatan sulit membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch, di Pasir Salak?
JAWAPAN
Dato’ Maharaja Lela
47. Siapakah pembesar Sungai Ujong, Negeri Sembilan yang enggan menandatangani perjanjian dengan British dan menentang pelantikan Residen British di daerahnya?
JAWAPAN
Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal
48. Apakah makna warna hitam pada Jata Negara Malaysia?
JAWAPAN
Melambangkan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Kedah (Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu).
49. Siapakah pereka bentuk Jalur Gemilang bendera Malaysia kita?
JAWAPAN
Encik Mohamed bin Hamzah (seorang arkitek Jabatan Kerja Raya)
50. Siapakah pembesar Sarawak di kawasan Sarikei yang menentang James Brooke kerana tindakan Brooke mengambil alih kuasa memungut cukai daripada pembesar tempatan?
JAWAPAN
Sharif Masahor

Muat Turun PDF Soalan & Jawapan Kuiz Kemerdekaan Sekolah Rendah
Jom muat turun soalan dan jawapan kuiz kemerdekaan untuk sekolah rendah (Darjah 1 – 6) di bawah:
Muat Turun PDF Soalan & Jawapan Kuiz Kemerdekaan Sekolah Menengah
Untuk pelajar sekolah menengah, anda boleh muat turun PDF Quiz Kemerdekaan dan jawapannya di bawah:
Skema Pemarkahan Kuiz Merdeka
- 23-25 Markah: Anda mempunyai pengetahuan sejarah yang sangat cemerlang.
- 15-22 Markah: Hebat! Anda mengenali sejarah negara dengan baik.
- Di bawah 15 Markah: Teruskan membaca dan mendalami sejarah Malaysia supaya semangat cintakan negara lebih tersemat di dada!
NOTA EDITOR: Skema ini suka-suka sahaja, guru/ibubapa boleh mengubah skor pemarkahan mengikut kesesuaian anda.
Fakta Penting Mengenai Hari Kemerdekaan
| Peristiwa Sejarah | Fakta |
|---|---|
| Laungan Azan Kesyukuran | Sejurus selepas Tunku Abdul Rahman selesai melaungkan “MERDEKA!”, upacara diteruskan dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari sebagai simbolik keberkatan bagi negara baharu. |
| Penentuan Tarikh Keramat | Tarikh 31 Ogos 1957 dipilih hasil perbincangan pemimpin muda di sebuah madrasah di Kepala Batas, Pulau Pinang, sebelum dicadangkan kepada Tunku Abdul Rahman. |
| Kos Stadium Merdeka | Stadium Merdeka dibina khas untuk upacara merdeka dalam tempoh luar biasa (6 bulan sahaja) dengan kos pembinaan sekitar RM2.3 juta pada waktu itu. |
| Inspirasi Jalur Gemilang | Reka bentuk asal oleh Encik Mohamed bin Hamzah menggunakan elemen bendera Johor |
| Dokumen Kemerdekaan | Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam dua versi bahasa asli, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. |
| Rombongan Rundingan | Rombongan Tunku Abdul Rahman sengaja menaiki kapal laut (MV Asia) ke Karachi terlebih dahulu untuk berbincang bersama wakil Raja-Raja Melayu sebelum terbang ke London. |
| Tetamu Antarabangsa | Upacara kemerdekaan di Stadium Merdeka turut disaksikan oleh pemimpin besar dunia termasuk Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru, dan Raja Thailand. |
| Undian Reka Bentuk Bendera | Daripada 373 rekaan yang diterima pada tahun 1949, hanya 3 rekaan sahaja yang berjaya disenarai pendek untuk undian awam sebelum rekaan rasmi dipilih. |
| Evolusi Lirik Negaraku | Sebelum lirik rasmi dipilih, lagu kebangsaan kita pernah mempunyai beberapa versi lirik percubaan yang digubah oleh panel khas sebelum versi akhir dipersetujui. |
| Lagu British Terakhir | Tepat jam 12 tengah malam pada 30 Ogos 1957 di Dataran Merdeka, lagu “God Save The Queen” dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhirnya penjajahan British. |
| Kemenangan Atas Komunis | Tanah Melayu merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menewaskan pemberontakan Komunis secara rasmi (Zaman Darurat) melalui strategi merdeka. |
| Pesta Bola Merdeka | Bagi meraikan kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengasaskan Pesta Bola Merdeka pada Ogos 1957, menjadikannya kejohanan bola sepak jemputan tertua di Asia. |
| Pemilihan Bunga Raya | Bunga Raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan pada tahun 1960 setelah “menewaskan” 6 calon lain termasuk Bunga Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, dan Tanjung. |
| Lokasi Sambutan Berubah | Setelah 28 tahun berturut-turut diadakan di Stadium Merdeka, lokasi sambutan rasmi dipindahkan buat kali pertama ke Banda Hilir, Melaka pada tahun 1985. |
| Air Mata di London | Menurut catatan sejarah, Tunku Abdul Rahman menumpahkan air mata kegembiraan sebaik sahaja pihak British bersetuju menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. |
| Semenanjung Sahaja | Pada 31 Ogos 1957, Sabah, Sarawak, dan Singapura belum berada di dalam Malaysia. Pengisytiharan tersebut hanya melibatkan 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu. |
| Rujukan Kalendar Islam | Pemilihan tarikh turut merujuk kepada pandangan ulama tempatan bagi memastikan hari tersebut jatuh pada hari yang baik mengikut kalendar Islam (5 Safar 1377 Hijrah). |
| Asal-usul Baju Muskat | Pakaian rasmi berona gelap yang dipakai Tunku Abdul Rahman ialah Baju Muskat (pakaian rasmi Kedah) yang kini diangkat sebagai pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. |
| Pengumuman di Atas Padang | Pengumuman tarikh merdeka sekembalinya rombongan dari London dibuat di Padang Pahlawan, Melaka di hadapan 100,000 rakyat di bawah cuaca terik matahari. |
| Nama “Jalur Gemilang” | Selama 40 tahun bendera Malaysia tidak mempunyai nama khas, sebelum nama “Jalur Gemilang” diisytiharkan secara rasmi pada malam 31 Ogos 1997. |
Artikel Disyorkan:
- 20 Contoh Poster Hari Kemerdekaan 2026 Untuk Sekolah & Pertandingan – Buat Dari Canva je!
- 50 Playlist Lagu Patriotik Malaysia (2026) – Sesuai Siaran untuk Sekolah, Pejabat, dan Premis Perniagaan
FAQ – Soalan Lazim Hari Kemerdekaan Malaysia
– Hari Kemerdekaan (Hari Kebangsaan): Disambut pada 31 Ogos setiap tahun bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada tahun 1957.
– Hari Malaysia: Disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, apabila Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura (Singapura keluar pada 1965) bergabung menjadi satu negara.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Laungan rasmi “Merdeka!” sebanyak 7 kali dilaungkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos 1957. Namun, pengumuman tarikh kemerdekaan dibuat lebih awal sekembalinya beliau dari London di Padang Pahlawan, Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Bunga Raya dipilih pada tahun 1960 kerana warnanya melambangkan keberanian, ia mudah didapati di seluruh negara, dan 5 kelopaknya melambangkan Lima Prinsip Rukun Negara.
Boleh, tetapi mengikut protokol rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, kedudukan bulan dan bintang mestilah berada di bahagian atas dan jalur merah-putih jatuh ke bawah. Bahagian kepala bendera (warna biru) hendaklah diletakkan di sebelah kiri orang yang memandangnya.
Bendera yang telah rosak tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah begitu sahaja kerana ia dianggap tidak menghormati lambang kedaulatan negara. Cara yang betul mengikut protokol adalah dengan membakarnya secara tertutup.
Ya. Memasang bendera secara terbalik (sama ada sengaja atau cuai) boleh didakwa di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Sesuai) 1963 atau Akta Hasutan 1948 kerana dianggap menghina simbol negara.
Penafian: Artikel ini adalah untuk panduan umum sahaja. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat, sila maklumkan di: