60 Idea Hadiah Sempena Konvokesyen untuk Rakan Kuliah & Pensyarah

hadiah konvokesyen

Mencari hadiah konvokesyen untuk rakan kuliah dan pensyarah yang sama-sama mengharungi cabaran sepanjang pengajian memerlukan pencarian yang banyak. Kita nak hadiah itu bermakna, praktikal dan tidak memerlukan bajet yang tidak terlalu tinggi serta disukai oleh mereka.

Hadiah untuk rakan sebaya biasanya lebih santai dan trendy, manakala hadiah untuk pensyarah perlulah melambangkan rasa hormat dan terima kasih yang mendalam.

Dalam panduan ini, kami kumpulkan senarai idea hadiah konvokesyen untuk rakan sekuliah dan pensyarah yang kreatif, praktikal, dan mesra poket.

30 Idea Hadiah Sempena Konvokesyen untuk Rakan Kuliah

Nak cari kat mana, beli kat mana? Copy je nama hadiah, lepastu pergi paste dekat Shoppee. Mesti jumpa!

Selalunya, ramai yang bagi bunga hidup, kan? Kalau nak hadiah yang tahan lama dan boleh disimpan, plus bila masuk dalam gambar atau video TikTok memang nampak auto-aesthetic, anda boleh pertimbangkan idea di bawah:

1. Graduation Crochet Flower Bouquet

Crochet Flower Bouquet ni antara pilihan hadiah yang paling laku keras sekarang. Paling best, hadiah ni takkan layu sampai bila-bila dan cantik gila buat hiasan bilik. Ada banyak range harga. Kalau nak yang murah dan mampu milik, harga tak sampai RM20, boleh rujuk gambar di bawah. Kalau nak beli banyak, sesuai sangat.

2. Chenille Pipe Bouquet

Chenille Pipe Bouquet ni comel dia lain macam sebab diperbuat daripada dawai bulu. Nampak macam korang buat sendiri tau sebab ada vibe kraf tangan DIY yang eksklusif.

3. Soap Flower & LED Light Bouquet

Soap Flower & LED Light Bouquet ni gabungan bunga sabun yang wangi dengan lampu LED yang boleh dihidupkan. Dalam gambar memang nampak lip-lap cantik gila, sesuai sangat kalau nak buat sesi bergambar konvo waktu malam.

4. Mini Skincare/Lipstick/Liptint Bouquet

Untuk geng perempuan, boleh beli set mini skincare set dalam bentuk gubahan. Beli je dekat watson lepastu buat gubahan simple sendiri. Mesti kawan-kawan suka punya!

5. Gourmet Coffee Drip & Snek Premium Bouquet

Kalau kawan korang jenis hantu kopi, tak payah bagi coklat biasa dah. Tukar kepada paket kopi drip premium dengan biskut, barulah lebih bermakna untuk dia.

6. Money Bouquet Origami

Ini hadiah paling dijamin semua orang akan suka. Anda boleh sesuaikan jumlahnya ikut bajet poket masing-masing. Nilainya tak penting, yang penting penghargaan dan tanda ingatan anda.

7. Plush Toy Keychain Bouquet

Pilih mana-mana watak kegemaran kawan anda lepastu jadikan dalam bentuk bouquet. Selit sikit kad ucapan dengan tulisan tangan anda sendiri, mesti meleleh air mata kawan awak tu. Boleh terharu beb bila dapat hadiah ‘personalized’ macam ni.

8. Instant Noodle/Samyang Bouquet

Hadiah paling kelakar tapi penuh makna. Sesuai sangat nak mengimbau balik kenangan zaman “poket kering” duduk kolej/asrama masa kena hadap mi segera sama-sama dulu dengan member. Jangan bagi banyak sangat, nanti ibu dia marah ahaha!

9. Preserved Dried Flower

Kalau bagi yang segar, cepat layu kan? Haa, apa kata bagi bunga yang dah dikeringkan. Memang tahan lama dan boleh dijadikan hiasan meja. Setiap kali terpandang, mesti dia akan ingat kepada pemberinya.

10. Cute Socks Bouquet

Beli stokin comel-comel dekat mana-mana platform online, biasanya ada jual yang bundle (dalam kuantiti banyak), lepastu buat gubahan mcm bunga. Sangat berbaloi sebab stokin tu confirm dia akan pakai pergi jalan-jalan ke atau kerja, tak adalah hadiah korang jadi tukun hiasan habuk je. Jimat, tetapi tetap bermakna!


Dah habis belajar, masing-masing akan masuk ke fasa alam pekerjaan. Ini ada beberapa contoh hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada rakan-rakan kuliah anda sebagai hadiah dan penyuntik semangat untuk fasa baharu mereka.

11. Wireless Mouse & Desk Mat

Hadiah paling ngam untuk member yang bakal masuk ke alam pekerjaan nanti lagi-lagi yang kerja ofis atau kerja dari ruma.BHarganya pun taklah terlalu mahal, jadi boleh beli beberapa set untuk kawan rapat.

12. Set Pen & Buku Nota Kulit Eksekutif

Hadiah pen dan buku nota ni nampak macam biasa-biasa, tapi jadi sangat berguna bila dah masuk berkerja nanti terutamanya pada fasa permulaan. Semua benda penting yang kena catat boleh tulis dalam buku nota ini.

13. Lanyard & Kad Holder

Ini pun antara hadiah yang berguna untuk diberikan kepada rakan kuliah anda. Barulah nampak gaya eksekutif muda masa nak imbas pas masuk ofis atau naik LRT pergi kerja nanti!

14. Tumbler

Tumbler pun antara hadiah yang berguna dan boleh dimasukkan dalam senarai anda. Ada macam-macam jenis tumbler yang dijual dekat platform online, harga pun banyak yang mampu milik. Bolehlah nanti diorang bawa pergi ofis baru.

15. Beg Komputer Riba (Sleek Laptop Sleeve)

Sleeve laptop yang hadiah yang sesuai sangat untuk member bawa pergi kerja. Sekurang-kurangnya laptop diorang terjaga daripada calar. Boleh pilih saiz yang sesuai untuk kebanyakan jenis laptop, jangan pilih saiz kecil, tak muat nanti.

16. Powerbank Magsafe Mini

Powerbank jenis melekat (Magsafe) memang penyelamat kalau member jenis yang selalu on-the-go dan bateri telefon cepat “nyawa-nyawa ikan”. Saiznya yang mini senang nak sumbat dalam poket atau beg seluar. Tak payah pening kepala nak serabut dengan wayar berselirat, lekat je dekat belakang telefon terus caj.

17. Alat Pengukus Baju Mudah Alih (Portable Garment Steamer)

Hadiah paling berguna untuk kawan yang selalu kena pergi outstation atau nak nampak kemas sentiasa dekat tempat kerja. Guna steamer ni sekejap sahaja, kedut-kedut dekat baju terus hilang tanpa perlu cari papan seterika. Ringan dan sangat jimat ruang untuk letak dalam beg sandang atau bagasi.

18. Buku Nota “Digital” Smart Rocketbook

Sesuai sangat untuk member yang suka tulis nota pakai tangan tapi nak simpan dalam bentuk digital. Buku nota ni boleh guna berulang kali sebab tulisan boleh dipadam semula guna kain lembap. Paling magik, nota yang ditulis tu boleh terus scan dan hantar masuk ke Google Drive, Cloud atau emel dengan mudah.

19. Perfume Travel Rollerball Set

Satu set wangian saiz poket yang sangat praktikal untuk kawan anda touch-up bau badan lepas balik solat atau sebelum masuk mesyuarat penting. Jenis rollerball ni jauh lebih selamat sebab tak risau bocor atau pecah dalam beg berbanding botol semburan biasa. Bau pun kekal segar sepanjang hari.

20. Buku Kerjaya & Kewangan Peribadi

Hadiah yang penuh dengan ilmu berguna untuk masa depan kawan anda. Cari buku yang santai dan penuh tip praktikal tentang cara urus gaji, pelaburan, atau cara naik pangkat dalam kerjaya. Sekurang-kurangnya hadiah ni boleh jadi pemangkin semangat untuk diorang capai financial freedom satu hari nanti.


Hadiah yang menyentuh emosi, menyimpan memori zaman belajar, dan sesuai diletakkan sebagai hiasan di dalam bilik tidur, meja atau ruang kosong.

21. Acrylic Plaque Custom

Secara peribadinya, saya rasa hadiah ini antara yang paling menarik. Harganya pun tak mahal sangat. Anda boleh pilih gambar dengan kawan-kawan dan lagu pilihan sendiri lepastu bagi dekat seller. Nanti seller tu akan custom ikut permintaan anda. Cool gila!

Ini contoh kat bawah. Beli kat shoppeee je.

22. Profession-Themed Bears

Bila cari-cari hadiah konvo yang sesuai, saya rasa ini patut masuk dalam senarai anda. Ada macam-macam tau pilihan patung beruang dengan tema berbeza. Ada chef, lawyer, pilot, polis dan sebagainya. Comel sangat untuk diletakkan di atas katil atau rak buku, malah jadi simbolik penat lelah diorang yang akhirnya berbaloi mengejar cita-cita.

23. Custom Illustration Frame

Gambar digital anda bersama rakan sekelas yang diubah suai menjadi lukisan berformat garis (line art atau minimalist vector) dan dibingkaikan. Sentuhan seni minimalis ni buatkan gambar kenangan korang nampak lebih eksklusif, mahal, dan sangat ‘aesthetic’ bila digantung pada dinding bilik.

24. Graduation Name Keychain

Kalau nak beli banyak, keychain memang sesuai dijadikan sebagai hadiah. Mudah diberi, harganya pun tak terlalu mahal dan boleh beli banyak-banyak.

25. Photo Album

Beli satu album mini, print gambar-gambar bersama sepanjang bergelar pelajar universiti dan isi album tersbut dengan gambar-gambar tersebut.

Zaman sekarang semua gambar simpan dalam telefon, jadi album fizikal dengan gambar polaroi mesti terasa lebih sentimental, eksklusif, dan seronok bila diselak helaian demi helaian.

26. Lilin Aromaterapi

Sekarang ni ada banyak dah orang jual lilin aromaterapi yang saiz mini dan wangi. Bolehlah dijadikan hadiah untuk penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah anda yang sama-sama ‘burning the midnight oil’ demi nak lulus peperiksaan.

27. Mug Seramik Dengan Nama

Mug dengan nama juga salah satu hadiah yang selalu jadi pilihan ramai. Boleh pakai lama pula tu. Silap-silap sampaui dah beranak-pinak cawan yang anda berikan ini masih lagi digunakan.

28. Customized Building Block Figurine

Hadiah jenis ni tengah viral sekarang ni. Memang comel sangat. Setiap kali pandang, mesti automatik tersenyum ingat hari bahagia dan usaha keras korang sepanjang bergelar pelajar.

29. Customized Tshirt

Nak lain daripada lain, cuba tempah baju kemeja-T yang direka khas dengan lukisan minimalis daripada gambar rajah korang bersama. Hadiah ni mesti jadi kenangan yang sangat bermakna, boleh disimpan dan dipakai banyak kali walaupun masing-masing sudah bekerja.

30. PU Leather Keychain

PU Leather Keychain ni hadiah yang sangat bajet tapi sangat berguna untuk gantung kunci rumah sewa baharu atau kunci kereta tempat kerja nanti. Nak bagi 10 orang pun tak ada masalah sebab harganya memang murah!

    30 Idea Hadiah Sempena Konvokesyen untuk Pensyarah

    Hadiah sempena konvokesyen untuk pensyarah pula mestilah lebih istimewa, kalau boleh lebih formal dan penuh penghormatan berbanding rakan kuliah. Untuk memastikan hadiah anda dihargai, pemilihan barang perlulah disesuaikan mengikut faktor umur (berusia vs. muda) dan jantina (lelaki vs. perempuan).

    Berikut adalah 30 idea hadiah penghargaan untuk pensyarah di Malaysia yang dibahagikan kepada tiga kategori utama:

    1. Pen Premium Berukir Nama

    Hadiahkan pensyarah anda set pen yang boleh diukir nama sebagai tanda penghargaan kerena telah mengajar dan membantu anda lulus di universiti. Hadiah ini simple tapi cukup bermakna. (Sangat sesuai: Pensyarah Berusia & Lelaki)

    2. Buku Nota Kulit Eksekutif (Leather Journal)

    Buku nota pasti disukai oleh pensyarah. Anda boleh cari buku nota dengan rekaan yang minimalis tetapi nampak premium daripada luar. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    3. Pemegang Kad Nama Korporat (Leather Namecard Holder)

    Sangat berguna untuk pensyarah menyimpan kad nama rasmi universiti mereka terutamanya apabila menghadiri persidangan (conference) luar atau bertemu dengan rakan kolaborasi industri. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    4. Alas Meja Kulit PU (Desk Mat)

    Biasanya pensyarah tak terfikir nak hias-hias meja kerja mereka disebabkan oleh kesibukan semasa. Jadi bila anda bagi hadiah alas meja kerja, mesti pensyarah rasa macam ‘thoughtfulnya’ anda! (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki & Perempuan)

    5. Alas Cawan Pemanas Pintar (Smart Mug Warmer)

    Alas cawan elektrik minimalis yang diletakkan di atas meja pejabat untuk mengekalkan suhu air kopi atau teh pensyarah sentiasa panas. Hadiah yang sangat praktikal kerana pensyarah selalunya sibuk menyemak kertas tugasan sehingga air minuman mereka kerap terbiar menjadi sejuk. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki & Perempuan)

    6. Pemegang Pen & Telefon Pintar daripada Kayu

    Hiasan meja daripada kayu jati atau kayu getah asli yang estetik untuk meja bilik pensyarah. Rekaan slot yang kemas membantu pensyarah meletakkan telefon dan alat tulis utama di tempat yang mudah dicapai. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki & Perempuan)

    7. Set Kalendar Meja Kayu (Perpetual Calendar)

    Kalendar blok kayu yang boleh ditukar tarikh secara manual tidak mempunyai tarikh luput mengikut tahun. Jadi, pensyarah anda boleh gunakan hadiah ini untuk menghiasi meja pejabat mereka dalam jangka masa yang sangat lama. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki & Perempuan)

    8. Pengecas Tanpa Wayar (Wireless Charging Dock)

    Sangat praktikal untuk pensyarah muda yang kerap menggunakan gajet, tanpa perlu menyemakkan meja dengan wayar pengecas biasa. (Sangat sesuai: Pensyarah Muda)

    9. Tote Bag

    Tote bag sesuai untuk pensyarah membawa komputer riba, dokumen, dan kertas tugasan ke dewan kuliah. Pilih yang fabriknya tebal dan mempunyai banyak poket dalaman serta boleh muat banyak barang tanpa menjejaskan gaya penampilan pensyarah wanita. (Sangat sesuai: Pensyarah Perempuan)

    10. Beg Sandang/Laptop

    Beg sandang profesional yang kemas untuk membawa komputer riba. Rekaan kompartmen yang tersusun memudahkan pensyarah lelaki menyimpan dokumen penyelidikan, tablet, dan gajet harian dengan selamat, selain memberikan imej korporat yang mantap. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki)

    11. Mini Air Purifier Pejabat (Kapsul)

    Penapis udara bersaiz mini dan senyap untuk diletakkan di atas meja bagi keselesaan bilik pensyarah. Ia membantu menapis habuk daripada fail-fail lama dan memastikan kualiti udara di dalam bilik kerja mereka sentiasa bersih, segar, dan bebas kuman. (Sangat sesuai: Pensyarah Berusia)

    12. Kipas Meja USB Senyap (Muted Desk Fan)

    Kipas kecil berkuasa USB dengan reka bentuk moden untuk diletakkan di meja kerja mereka. Putaran bilah kipas yang sangat senyap ini memberikan aliran udara tambahan yang menyejukkan tanpa menghasilkan bunyi bising yang boleh mengganggu fokus waktu mereka bekerja. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki & Perempuan)

    13. Payung Premium Kalis Angin & UV

    Payung berkualiti tinggi sangat berguna untuk kegunaan mereka berjalan dari blok pejabat ke dewan kuliah ketika hujan atau panas terik. Pilih payung yang mudah dibawa dan boleh dilipat. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    14. Set Selendang / Tudung

    Kain selendang atau skarf berkualiti tinggi daripada jenama tempatan terkenal yang dibungkus di dalam kotak eksklusif sangat sesuai untuk digayakan oleh pensyarah wanita semasa mengajar atau menghadiri majlis tertentu. Tapi pastikan anda sudah kenalpasti jenis selendang/tudung yang pensyarah anda sukai! (Sangat sesuai: Pensyarah Perempuan)

    15. Tali Leher Sutera (Silk Tie) Eksklusif

    Set tali leher korporat bersama pin butang acuan (cufflinks) dalam kotak hadiah yang premium. Pilihan warna dan corak yang formal amat membantu menaikkan seri penampilan pensyarah lelaki terutamanya semasa majlis konvokesyen atau pembentangan penting. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki)

    16. Kotak Hadiah Kopi Drip / Teh Herba Premium

    Hadiah set uncang teh bunga atau kopi drip artisanal tempatan yang dibungkus eksklusif memang sangat seuai untuk para pensyarah. Mereka boleh menikmatinya pada waktu pagi atau petang di pejabat bagi mengembalikan tenaga serta fokus sebelum memulakan kuliah seterusnya. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    17. Urutan Kusyen Leher Elektronik (Cervical Massage Pillow)

    Hadiah urutan leher elektronik mesti sangat disukai oleh pensyarah yang seharian menghadap laptop. Nak guna pun mudah je. Nak simpan pun tak ambil ruang besar sangat. (Sangat sesuai: Pensyarah Berusia)

    18. Biskut Artisanal / Kek Coklat

    Kalau tak nak pening kepala, anda boleh tempah je biskut atau kek istimewa untuk pensyarah anda. Pastikan anda bagi terus semasa hari kejadian, jangan simpan-simpan nanti rosak pula. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    19. Set Coklat

    Selain biskut dan kek, anda juga boleh hadiahkan set coklat untuk pensyarah kesayangan anda. Jaranglah orang tak suka coklat kan, jadi hadiah ini memang sesuai untuk semua jenis pensyarah.

    20. Pokok Hiasan Meja “Low Maintenance” (Contoh: Sukulen atau Pokok Duit-Duit)

    Anda juga boleh hadiahkan pokok hiasan meja yang mudah dijaga. Selain menambah kesegaran di ruang kerja mereka, pokok bunga ini juga dapat menjadi hiasan tambahan di meja kerja pensyarah anda. (Sangat sesuai: Pensyarah Wanita)

    21. Hamper Buah-Buahan Segar Eksklusif

    Ini adalah pilihan hadiah tradisional paling selamat, sihat, dan pasti disukai oleh pensyarah anda. Gubahan bakul yang kemas bersama buah-buahan segar gred import mencerminkan rasa terima kasih, doa kesihatan, dan adab yang tinggi daripada anda sebagai pelajarnya. (Sangat sesuai: Semua kategori)

    22. Tuala Sapu Tangan Premium Berulam Nama (Personalised Handkerchief)

    Hadih set sapu tangan yang disulam dengan nama atau inisial pensyarah juga pilihan hadiah yang menarik untuk pensyarah. Simple tapi bermakna.

    23. Set Cawan Teh Seramik Gaya Tradisional (Traditional Ceramic Tea Set)

    Set teko bersama cawan seramik dengan rekaan klasik untuk diletakkan di dalam bilik pensyarah anda. Sesuai untuk mereka gunakan bagi menghidangkan minuman teh premium apabila menerima kunjungan tetamu luar atau rakan fakulti. (Sangat sesuai: Semua kategori)

    24. Buku

    Bagi pensyarah yang suka membaca, anda boleh hadiahkan buku biografi tokoh terkenal, sejarah, atau naskhah ilmiah berkulit tebal (hardcover) yang berkaitan dengan bidang kajian mereka. Mesti pensyarah anda hargai sangat. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    25. Tanda Nama Meja Akrilik Eksklusif (Premium Desk Nameplate)

    Papan tanda nama meja daripada bahan akrilik tebal yang diukir dengan gelaran akademik penuh dan nama pensyarah anda (contoh: Prof. Madya Dr. [Nama]). Hadiah ini sangat eksklusif dan boleh diletakkan di kaunter hadapan meja bilik kerja mereka. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    26. Jam Meja Analog

    Hadiah ini boleh menjadi simbolik melambangkan masa dan ilmu yang telah mereka korbankan sepanjang mendidik anda, sekaligus menjadi perhiasan meja pejabat yang sangat berguna. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    27. Plak Penghargaan Kayu Custom (Custom Wooden Appreciation Plaque)

    Plak kayu premium yang diukir dengan nama pensyarah, logo universiti, dan ucapan terima kasih yang ikhlas daripada kelas anda. Hadiah ini boleh dipamerkan di atas rak buku pejabat mereka sebagai bukti sumbangan bakti mereka sebagai pendidik. (Sangat sesuai: Semua Kategori)

    28. Tali Pinggang Kulit

    Tali pinggang daripada kemasan kulit asli berkualiti tinggi dengan rekaan kepala tali pinggang yang minimalis dan kemas. Pilihan hadiah yang sangat selamat, praktikal, dan formal untuk pensyarah lelaki anda gayakan bersama seluar slek dan kemeja rasmi semasa menghadiri kuliah atau mesyuarat fakulti. (Sangat sesuai: Pensyarah Lelaki)

    29. Set Mandian Aromaterapi Premium (Luxury Aromatherapy Body Care Gift Set)

    Pilihan hadiah self-care yang sangat tenang, membantu pensyarah anda merehatkan minda dan melepaskan lelah di rumah selepas seharian penat mengajar di kampus. Anda boleh memilih jenama mengikut kesesuaian pensyarah:

    • Bath & Body Works
    • The Body Shop
    • L’Occitane

    30. Montigo (Ace Bottle Series)

    Hadiah ini sesuai untuk pensyarah anda mengisi minuman kopi atau teh mereka agar kekal hangat sepanjang sesi kuliah yang panjang atau ketika mesyuarat fakulti berjalan.

    Rekaan minimalis, tahan lasak, dan boleh ditempah khas bersama ukiran nama (custom engraving) ini memberikan sentuhan yang eksklusif, kelihatan mewah, dan tidak membebankan bajet pelajar jika dibeli secara berkumpulan (Sangat sesuai: Semua Kategori).

      Sebelum Beli Hadiah, Pertimbangkan Dulu Ini

      Sebelum memilih hadiah, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difikirkan supaya hadiah tersebut benar-benar sesuai. Berikut adalah perkara yang wajib anda pertimbangkan sebelum membeli hadiah konvokesyen untuk rakan kuliah mahupun pensyarah:

      1. Keperluan “Fasa Seterusnya” (Next-Phase Needs)

      Sentiasa bayangkan apa yang bakal dilakukan oleh penerima dalam masa 3 hingga 6 bulan akan datang.

      • Bagi Rakan Kuliah: Mereka sedang beralih daripada status mahasiswa kepada pencari kerja. Hadiah seperti alat pengukus baju mudah alih (portable garment steamer), powerbank, atau pemegang kad pekerja (lanyard kulit) jauh lebih bernilai berbanding patung beruang hiasan kerana ia membantu mereka dalam fasa “adulting”.
      • Bagi Pensyarah: Fasa mereka tetap sama, iaitu dunia akademik. Pertimbangkan barangan yang menyokong rutin harian mereka seperti cawan pemanas kopi automatik untuk meja pejabat atau penapis udara mini untuk keselesaan bilik kerja mereka.

      2. Logistik dan Pengangkutan pada Hari Kejadian

      Graduan biasanya pulang ke kampung halaman bersama keluarga selepas majlis selesai. Kereta mereka akan penuh dengan bagasi, jubah konvo, dan ahli keluarga. Hadiah yang terlalu besar (seperti jambangan bunga setinggi 1 meter) hanya akan menyulitkan keadaan.

      Lebih-lebih apabila graduan berasal daripada lokasi yang jauh dan perlu menaiki pengangkutan awam dan kapal terbang.

      Selain itu pertimbangkan juga, adakah hadiah itu mudah dipegang ketika graduan sedang sibuk bersalaman, memegang skrol, dalam keadaan berjubah graduasi? Pilih hadiah yang datang dengan beg khas atau bersaiz boleh dipegang.

      3. Individu vs. Berkumpulan

      Anda tidak perlu menanggung kos hadiah premium yang mahal seorang diri. Jika anda ingin menghargai pensyarah/penasihat akademik yang banyak membantu, ajak rakan sekelas untuk tong-tong (berkongsi bajet).

      Jika memberi hadiah secara individu kepada ramai rakan kuliah, utamakan cenderahati peribadi yang murah tetapi unik seperti keychain personalized, set album dan sebagainya.

      4. Tahap Keakraban (The Relationship Boundary)

      Hadiah adalah refleksi kepada tahap hubungan anda dengan penerima.

      • Pensyarah / Mentor: Wajib mengekalkan batas profesional. Elakkan barangan seperti pakaian, minyak wangi, atau produk kosmetik. Sentiasa pilih barangan korporat, alat tulis, atau produk kesihatan (seperti teh herba premium).
      • Rakan Karib: Anda boleh memberikan hadiah yang lebih personal, mempunyai elemen jenaka (inside jokes), atau bertema memori/personalized.
      • Rakan Biasa / Rakan Satu Kuliah: Cukup sekadar barangan universal seperti bouquet snek ringkas, keychain dan sebagainya.

      Kesilapan Perlu Dielakkan Ketika Memilih Hadiah Konvokesyen

      1. Membeli hadiah/jambangan bunga yang terlalu besar.
      2. Hadiah yang sangat berat.
      3. Membeli barang hiasan yang mengumpul habuk:
        • Patung beruang konvo yang terlalu besar atau perhiasan plastik yang tidak mempunyai fungsi harian sering berakhir di dalam stor. Graduan yang bakal berpindah keluar dari kolej atau menyewa bilik kecil untuk bekerja lebih menghargai barang yang boleh digunakan (praktikal).
      4. Memilih hadiah yang cepat rosak seperti bunga hidup:
        • Hari konvokesyen di Malaysia biasanya sangat panas dan sesak. Bunga hidup mudah layu sebelum upacara tamat. Graduan juga sering menerima terlalu banyak bunga segar yang akhirnya terpaksa dibuang begitu sahaja selepas beberapa hari.
      5. Membeli Hadiah di Saat Akhir (Last Minute):
        • Harga hadiah yang dijual di khemah sekitar tapak pesta konvokesyen biasanya melambung dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.
      6. Mengabaikan Kad Ucapan:
        • Hadiah semahal RM500 sekalipun akan terasa kosong tanpa kata-kata penghargaan. Tulislah sedikit kata-kata dengan ikhlas sebagai ‘penyeri’ hadiah anda.

      FAQ – Soalan Lazim Hadiah Sempena Konvokesyen untuk Rakan Kuliah & Pensyarah

      Apakah hadiah terbaik untuk graduan?

      Hadiah terbaik ialah hadiah yang sesuai dengan keperluan, personaliti dan fasa kehidupan graduan selepas tamat belajar.

      Berapa bajet sesuai untuk hadiah konvokesyen?

      Tiada jumlah tetap. Hadiah boleh bermula daripada bajet kecil seperti bunga dan hadiah custom sehingga hadiah premium seperti gajet.

      Adakah bunga sahaja sesuai sebagai hadiah konvokesyen?

      Ya, bunga merupakan hadiah simbolik yang popular. Namun, ia boleh digabungkan dengan hadiah lain supaya lebih bermakna.

      Apakah hadiah paling praktikal untuk graduan baharu?

      Antara hadiah praktikal ialah beg kerja, jam tangan, power bank, laptop sleeve dan wang ringgit.

      Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

      View All Posts

      You Missed