Apa Tawaran Menarik Bulan Kemerdekaan 2026? – 12 Diskaun, Rebat & Promosi Istimewa
Sempena sambutan bulan Kemerdekaan 2026 yang ke-69 tahun, Kerajaan Malaysia bersama pelbagai agensi dan syarikat di Malaysia telah melancarkan beberapa inisiatif berupa ganjaran, rebat tunai, serta promosi khas untuk rakyat Malaysia.
Antaranya, data internet percuma, Sinaran Merdeka, Servis Ihsan Madani, diskaun tambang 50% dan macam-macam lagi lah.
Mari kita semak senarai penuh tawaran menarik bulan Kemerdekaan 2026 yang boleh anda tebus dan nikmati sepanjang bulan Ogos-September ini!
Dikemaskini 18 Ogos 2026
- Ringkasan Artikel
- 1. Insentif Rebat RAHMAH Data Internet 10GB Percuma
- 2. Program Rakyat Digital: Percuma 3 Bulan Perisian AI
- 3. Pas Pembelajaran Global Coursera (Percuma 3 Bulan)
- 4. Sinaran Merdeka TNB 2026 (Rebat Elektrik)
- 5. Insentif Potongan Cukai Pihak Penaja HKHM 2026
- 6. Kuota Khalayak Khas OKU (31 Ogos) - Jemputan Sambutan Hari Kebangsaan
- 7. Servis Ihsan MADANI
- 8. Potongan 50% Pendaftaran PMKS
- 9. Diskaun 50% Tiket Pergi Balik KLIA Transit
- 10. Kemasukan Percuma ke Muzium Negeri Pulau Pinang
- 11. Diskaun 31% Menara Kuala Lumpur
- 12. Program Rebat Budi Madani 2026 (Yayasan Sabah)
- Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim Tawaran Menarik Bulan Kemerdekaan 2026
Ringkasan Artikel
Berikut adalah senarai ringkas tawaran menarik sepanjang Bulan Kemerdekaan 2026:
| Bil. | Tawaran / Inisiatif | Manfaat | Tarikh / Tempoh |
|---|---|---|---|
| 1 | Insentif Rebat RAHMAH Data Internet 10GB Percuma | 10GB data percuma โ 5GB Hari Kebangsaan + 5GB Hari Malaysia | 31 Ogos & 16 September 2026 |
| 2 | Program Rakyat Digital โ Percuma 3 Bulan Perisian AI | Perisian AI percuma selama 3 bulan untuk belia yang memenuhi syarat | Mulai 31 Ogos 2026 |
| 3 | Pas Pembelajaran Global Coursera | Akses Coursera percuma selama 3 bulan; 100,000 lesen | Kohort 1: 16 September 2026 |
| 4 | Sinaran Merdeka TNB 2026 | Rebat kadar elektrik bagi penggunaan tambahan pelanggan komersial/bukan domestik | 1 Ogos โ 30 September 2026, Permohonan: 15 Julai 2026 sehingga 15 September 2026 |
| 5 | Insentif Potongan Cukai Pihak Penaja HKHM 2026 | Potongan cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat, tertakluk syarat | 1 April โ 16 September 2026 |
| 6 | Kuota Khalayak Khas OKU | Penyertaan percuma, kuota terhad 200 peserta | 31 Ogos 2026 |
| 7 | Servis Ihsan MADANI | Subsidi RM70 + diskaun tambahan untuk servis/produk terpilih | Perodua: 17 Ogos โ 30 September 2026. PETRONAS AutoExpert: Fasa 1 (Merdeka): 17 โ 30 Ogos 2026, Fasa 2 (Hari Malaysia): 2 โ 15 September 2026 |
| 8 | Potongan 50% Pendaftaran PMKS | Potongan 50% yuran pemprosesan Status PMKS | Sehingga 31 Ogos 2026 |
| 9 | Diskaun 50% Tiket Pergi Balik KLIA Transit | Diskaun 50% tiket pergi balik bagi laluan yang ditetapkan | Beli: 26โ31 Ogos 2026; Perjalanan: 29โ31 Ogos 2026 |
| 10 | Kemasukan Percuma ke Muzium Negeri Pulau Pinang | Kemasukan 100% percuma | Sehingga 31 Ogos 2026 |
| 11 | Diskaun 31% Menara Kuala Lumpur | Diskaun 31% tiket untuk rakyat Malaysia | 1 Ogos- 16 September 2026 |
| 12 | Rebat 20% Yayasan Sabah | Rebat 20% BUDI Yayasan Sabah (pinjaman ansuran biasa) | 6 Ogos โ 26 Ogos 2026 |
1. Insentif Rebat RAHMAH Data Internet 10GB Percuma
Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dengan kerjasama syarikat telekomunikasi utama seperti CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile, dan YES telah memperkenalkan Pakej Rebat RAHMAH internet khas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2026.
Manfaat:
- Pengguna yang layak akan menerima kuota data tambahan sebanyak 10GB secara percuma.
Tarikh Pelaksanaan:
- 5GB pada 31 Ogos 2026 (Hari Kebangsaan)
- 5GB pada 16 September 2026 (Hari Malaysia)
Golongan Layak:
- Semua warganegara Malaysia pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar.
Syarikat Telekomunikasi Terlibat:
Cara Tebus Insentif Rebat RAHMAH Data Internet 10GB Percuma:
- Kaedah dan tempoh sah penebusan data percuma ini akan diumumkan secara terperinci oleh setiap syarikat telekomunikasi terbabit.
- Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.

Anggaran Penggunaan Data 10 GB
10 GB data tu banyak ke tidak? Hah, ini anggaran penggunaan data 10 GB:
- Melayari Media Sosial (TikTok/IG/FB): Sekitar 60 hingga 110 jam (skrol biasa).
- Menonton YouTube (Kualiti Rendah – 480p): Boleh bertahan sehingga 38 jam.
- Menonton YouTube (Kualiti HD – 1080p): Hanya bertahan sekitar 6 jam sahaja.
- Menonton Netflix: Sekitar 10 jam (kualiti SD) atau 3 jam (kualiti HD).
- Mendengar Muzik (Spotify/Apple Music): Sangat jimat, boleh sampai 80 hingga 100 jam.
- Panggilan Video (WhatsApp/FaceTime): Boleh berborak sehingga 50 jam.
- Melayari Laman Web / Artikel: Boleh bertahan lama, sekitar 100 hingga 150 jam.
Jangan lupa tebus nanti okay!
2. Program Rakyat Digital: Percuma 3 Bulan Perisian AI
Inisiatif Program AI untuk Rakyat di bawah platform Rakyat Digital menawarkan langganan percuma perisian AI selama 3 bulan kepada belia Malaysia bermula 31 Ogos 2026.
- Kumpulan Sasaran: Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
- Kuota PesertaTerhad kepada 100,000 belia terawal.
- Tarikh Pelancaran: Dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 2026.
- Syarat Utama: Wajib melengkapkan modul pembelajaran AI yang ditetapkan di platform sebelum langganan percuma diberikan.

TIPS: Jangan keliru dengan Pas Pembelajaran Global Coursera pula ye!
Cara Daftar Platform Rakyat Digital
- Pergi ke platform Rakyat Digital, dan klik Daftar.
- Masukkan emel dan tandakan kotak kecil, klik Teruskan.
- Masukkan otp yang dihantar melalui emel, klik Teruskan.
- Anda perlu scan QR kod menggunakan MyDigital ID untuk log masuk. Pastikan dan siap-siap muat turun dan daftar MyDigital ID supaya lebih mudah. Rujuk Cara daftar MyDigital ID Online Tanpa ke Kiosk.
- Lengkapkan maklumat diperlukan seperti pilih tempat tinggal, poskod, objektif pembelajaran, jenis akaun, dan status pekerjaan.
Selesai.
Cara Akses Modul yang Wajib Disediakan
- Seterusnya, klik menu bahagian atas ‘Hab Literasi Digital’
- Klik butang ‘Mula Belajar’.
Nak panduan lebih jelas, anda boleh rujuk panduan bergambar langkah demi langkah di bawah:









Modul Apa yang Wajib Disiapkan?
- Agentic AI for All
- AI Safety
- Cloud untuk Rakyat
- CyberSAFE untuk Rakyat
- Generative AI
Satu modul mengambil masa lebih kurang 40 min untuk disiapkan kecuali modul Agentic AI for All yang mengambil masa selama 2 jam.

3. Pas Pembelajaran Global Coursera (Percuma 3 Bulan)
Pas Pembelajaran Global Coursera (Percuma 3 Bulan) juga salah satu inisiatif utama di bawah portal Rakyat Digital yang dilancarkan oleh Kementerian Digital Malaysia selain daripada tawaran percuma perisian AI yang juga diberikan selama 3 bulan untuk individu yang berjaya menyiapkan modul disediakan.
Program ini bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi mendepani ekonomi masa hadapan.

Melalui inisiatif ini, seramai 100,000 rakyat Malaysia bakal menerima akses percuma selama 3 bulan Coursera, yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Inisiatif ini berbeza dengan tawaran perisian AI percuma 3 bulan yang akan diberikan selepas selesai menyiapkan modul yang disediakan.
| Kategori | Maklumat Butiran Pas Pembelajaran Global |
|---|---|
| Penyedia Platform | Coursera (Lebih 16,000 kursus & Sijil Profesional bertaraf dunia) |
| Institusi Terlibat | Google, IBM, Yale University, Meta, dan banyak lagi |
| Yuran/Kos | 100% PERCUMA (Dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia) |
| Jumlah Kuota | 100,000 lesen (Dibahagikan kepada 4 Kohort @ 25,000 peserta setiap kohort) |
| Tarikh Mula Kohort 1 | 16 September 2026 |
| Portal Pendaftaran | Laman Rasmi Hab Kemahiran Digital – Rakyat Digital |
Cara Daftar Kohort 1 (Pas Pembelajaran Global Coursera)
- Pergi ke portal rasmi Digital Rakyat di https://rakyatdigital.gov.my/skills-hub#coursera. Atau, layari portal Rakyat Digital, log masuk dan klik menu Pas Pembelajaran Global.
- Daftar untuk Kohort 1
- Log masuk menggunakan MyDigital ID atau klik daftar sekarang.
- Selesai. Bermula 16 September 2026 nanti anda boleh akses kos-kos pembelajaran di Coursera. Mudah sahaja!



TIPS: Hasil semakan kami, pendaftaran menggunakan MyDigital ID adalah lebih pantas berbanding pendaftaran biasa. Kami sarankan anda muat turun aplikasi tersebut terlebih dahulu.

4. Sinaran Merdeka TNB 2026 (Rebat Elektrik)
Potongan bayaran elektrik sempena Merdeka selama 2 bulan!
Tawaran ini adalah bagi menggalakkan pemasangan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.
Insentif Sinaran Merdeka TNB 2026 ini sebenarnya memang program rebat elektrik tahunan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) khusus untuk pelanggan komersial/bukan domestik.

Program ini memberikan potongan kadar tarif bagi penggunaan elektrik tambahan sepanjang bulan Ogos dan September 2026.
Maksudnya, rebat ini bukan ditolak daripada jumlah keseluruhan bil bulanan, sebaliknya ia dikira berdasarkan penggunaan elektrik tambahan .
- TNB akan mengira Purata Penggunaan Asas anda bagi 3 bulan sebelum program iaitu Mei, Jun, dan Julai 2026.
- Sebarang unit tenaga (kWh) yang melebihi purata asas tersebut sepanjang bulan Ogos dan September akan dicaj menggunakan kadar promosi murah di atas (28.91 sen atau 13.37 sen)
| Perkara | Maklumat & Butiran Terperinci |
|---|---|
| Tempoh Insentif | 1 Ogos 2026 hingga 30 September 2026 (2 Bulan) |
| Kadar Rebat Voltan Rendah | 28.91 sen/kWh (Diskaun ~57% daripada kadar biasa) |
| Kadar Rebat Voltan Sederhana | 13.37 sen/kWh (Diskaun ~45% daripada kadar biasa) |
| Kaedah Pemberian | Pulangan rebat sekali gus (one-time adjustment) dalam Bil Oktober 2026. |
| Tarikh Permohonan | 15 Julai 2026 sehingga 15 September 2026. |
| Saluran Memohon | Portal Rasmi myTNB Portal atau kunjungi Kedai Tenaga berhampiran. |
Cara Membuat Permohonan Sinaran Merdeka TNB 2026
- Layari portal rasmi myTNB dan log masuk akaun perniagaan anda.
- Cari pengumuman atau menu permohonan bertanda “Sinaran Merdeka Incentive 2026”.
- Sahkan nombor akaun elektrik premis komersial anda dan hantar borang digital sebelum 15 September 2026.
(Nota: Jika anda mencari bantuan elektrik untuk rumah kediaman, program yang berasingan iaitu Program Rebat Bil Elektrik RM40 e-Kasih bagi golongan miskin tegar juga telah dilanjutkan sepanjang tahun 2026).
5. Insentif Potongan Cukai Pihak Penaja HKHM 2026
Bagi syarikat swasta yang ingin melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan kemerdekaan, Kementerian Kewangan menawarkan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat syarikat.
Tajaan mestilah dibuat dalam tempoh rasmi yang diluluskan, iaitu di antara 1 April hingga 16 September 2026.
Simpan resit rasmi dan sijil penghargaan penajaan daripada kementerian untuk tuntutan borang cukai LHDN tahun taksiran akan datang.
| Perkara | Spesifikasi & Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Kadar Pelepasan | Sehingga 10% daripada Pendapatan Agregat (Aggregate Income) syarikat. |
| Had Siling Tuntutan | Tertakluk kepada had maksimum RM15 Juta (setakat dasar semasa MOF). |
| Jenis Sumbangan Tunai | Sumbangan wang ringgit yang disalurkan terus ke dalam Akaun Amanah Sekretariat Merdeka (AASM). |
| Jenis Sumbangan Barangan (In-Kind) | Meliputi penajaan ruang iklan/promosi media (50%), barangan fizikal/cenderahati pengunjung (30%), serta sokongan logistik acara (20%). |
| Zon Waktu Sumbangan | Sumbangan mestilah dilaksanakan dalam tempoh 1 April 2026 hingga 16 September 2026. |
| Dokumen Sokongan Wajib | Resit Rasmi atau Sijil Penghargaan Rakan Strategik daripada Jawatankuasa Penajaan Kementerian Komunikasi untuk semakan LHDN. |
6. Kuota Khalayak Khas OKU (31 Ogos) – Jemputan Sambutan Hari Kebangsaan
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 ini, kerajaan mewujudkan kuota khas untuk OKU.
Satu zon pejalan kaki khas, kemudahan kerusi roda, dan kuota tontonan utama disediakan di lokasi perarakan rasmi.
Selain itu, pas khas turut akan diberikan kepada OKU dan seorang pengiring bagi membolehkan mereka memasuki kawasan sambutan menggunakan laluan pengangkutan transit kebangsaan secara lancar.
- Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 200 peserta sahaja.
- Nak daftar, sila imbas QR kod dalam poster di bawah:
![Tawaran, Inisiatif & Diskaun Kerajaan Sempena Bulan Kemerdekaan [Edisi 2026]](https://ewarta.my/wp-content/uploads/2026/08/kuota-khas-oku-31-ogos-683x1024.jpg)
7. Servis Ihsan MADANI
Nak servis kereta? Inilah masanya!
Sempena Bulan Kemerdekaan 2026 ini, Kempen Servis Ihsan MADANI (SIM) kembali lagi untuk membantu anda menyelenggara kenderaan dengan lebih jimat.
Mulai 17 Ogos 2026, anda boleh menikmati subsidi RM70 daripada kerajaan berserta diskaun tambahan untuk alat ganti dan kos upah di Pusat Servis Perodua, PETRONAS AutoExpert dan juga Proton di seluruh negara.
| Rangkaian Servis | Tempoh Pelaksanaan & Hari Operasi | Kaedah Tempahan Slot |
|---|---|---|
| Pusat Servis Perodua (Seluruh Negara) |
|
Aplikasi UFirst atau tempahan terus di Pusat Servis Perodua terdekat. |
| PETRONAS AutoExpert (Seluruh Negara) |
|
Aplikasi Setel PETRONAS. |
| Pusat Servis Proton (Seluruh Negara) |
|
Aplikasi Proton Link 2.0. |

- 10% diskaun untul alat ganti & upah
- Subsidi RM70
- RM20 e-Baucar Perodua untuk servis seterusnya

- Pemeriksaan 1-poin komponen kenderaan
- Diservis oleh juruteknik terlatih Petronas
- Minyak pelincir Petronas yang tules


- Diskaun RM70 untuk Servis Asas
- Percuma pemeriksaan 40-poin
8. Potongan 50% Pendaftaran PMKS
Inisiatif Potongan 50% Pendaftaran Status PMKS merupakan salah satu insentif utama di bawah Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) yang diluncurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, SME Corp. Malaysia.


| Komponen Program | Maklumat & Spesifikasi Butiran |
|---|---|
| Agensi Pengelola | SME Corp. Malaysia di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). |
| Bentuk Insentif | Potongan 50% bagi yuran pemprosesan pendaftaran Status PMKS. |
| Tempoh Tawaran | Sehingga 31 Ogos 2026 sahaja. |
| Kelebihan Sijil | Membuka peluang akses kepada pelbagai dana, geran, dan inisiatif daya saing kerajaan. |
| Pautan Permohonan | Portal rasmi SME Corp. Malaysia melalui Sistem MyBPI (mybpi.smecorp.gov.my). |
Cara Daftar PMKS
- Pergi ke Sistem Bersepadu Penarafan & Insentif PMKS (MyBPI)
- Klik ‘Pendaftaran’
- Pilih jenis ‘Daftar ID Pengguna’
- Masukkan maklumat yang diperlukan
- Aktifkan dan kemaskini profil syarikat
- Kemudian, barulah anda boleh buat pendaftaran PMKS di bahagian dashboad.
- Klik menu Status PMKS, kemudian klik butang โMohonโ.

Panduan pendaftaran status akaun PMKS langkah demi langkah boleh disemak melalui PDF yang dikongsikan oleh (MyBPI) di bawah:
9. Diskaun 50% Tiket Pergi Balik KLIA Transit
Diskaun 50% Tiket Pergi Balik KLIA Transit ini hanya sah untuk perjalanan ulang-alik dari stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, dan Salak Tinggi yang menuju ke Stesen Putrajaya & Cyberjaya (atau sebaliknya).
Promosi ini TIDAK SAH dan tidak boleh digunakan jika destinasi atau stesen permulaan anda melibatkan KLIA Terminal 1 atau KLIA Terminal 2.
- Fasa Pembelian Tiket: Bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos 2026.
- Fasa Perjalanan Layak: Sah digunakan dari 29 Ogos hingga 31 Ogos 2026 (merangkumi sesi Raptai Penuh, Ambang Merdeka, dan Hari Kebangsaan).
Tiket wajib secara dalam talian sama ada melalui Aplikasi Mudah Alih KLIA Ekspres atau menerusi portal web rasmi KLIAekspres.com.
Pembelian di kaunter fizikal tidak akan menerima diskaun ini.
Terbuka untuk tiket Dewasa dan Kanak-kanak (6 hingga 15 tahun). Istimewanya, kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah adalah PERCUMA (maksimum 3 orang kanak-kanak bagi setiap 1 tiket dewasa).
Sila rujuk: https://www.kliaekspres.com
| Perkara | Info Penting ERL Merdeka 2026 |
|---|---|
| Tawaran | Diskaun 50% untuk Tiket Pergi Balik (Return Ticket) KLIA Transit sahaja. Tak perlu masukkan kod promo. |
| Tarikh Penting |
|
| Laluan Sah |
|
| Syarat Utama | Perjalanan pergi dan balik wajib diselesaikan pada hari yang sama. Tidak sah untuk ke KLIA Terminal 1 & 2. |
| Cara Pembelian | Wajib secara dalam talian melalui Aplikasi KLIA Ekspres atau laman web KLIAekspres.com. |

10. Kemasukan Percuma ke Muzium Negeri Pulau Pinang
Muzium Negeri Pulau Pinang kini menawarkan Kemasukan 100% PERCUMA kepada semua pengunjung sehingga 31 Ogos 2026.
Tawaran istimewa ini diberikan sempena pembukaan semula rasmi muzium tersebut oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas ditutup selama 9 tahun.
Macam Mana Nak Pergi?
- Alamat: No. 1, Lebuh Farquhar, 10450 George Town, Pulau Pinang (Klik Google Maps)
- Tanda Tempat Terdekat: Bersebelahan dengan Gereja St. George (St. George’s Church) dan berdekatan Dewan Sri Pinang.

11. Diskaun 31% Menara Kuala Lumpur
- Tempoh Sah Promosi: Berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2026 (Merangkumi Hari Kebangsaan & Hari Malaysia).
- Kaedah Pembelian: Promosi ini sah untuk pembelian secara Kemasukan Terus (Walk-In) sahaja di kaunter tiket fizikal Menara KL.
Anda wajib membawa dan menunjukkan MyKad atau MyKid sebagai bukti kewarganegaraan Malaysia semasa membuat pembayaran.

Panduan ke Menara Kuala Lumpur Dari KL Sentral dan TBS:
| Dari Lokasi | Mod Pengangkutan | Masa & Kos | Panduan Langkah Demi Langkah |
|---|---|---|---|
| KL Sentral | Transit Awam (KL Monorail) |
20โ25 Minit ~RM2.50 โ RM3.00 |
Jalan kaki melintasi Nu Sentral ke stesen Monorel KL Sentral → Naik Monorel dan turun di Stesen Bukit Nanas → Jalan kaki 600m ke pintu gerbang bawah Jalan Puncak → Naik bas shuttle percuma terus ke lobi Menara KL. |
| E-Hailing (Grab / Indrive) |
10โ15 Minit ~RM8.00 โ RM15.00 |
Tempah pemanduan terus dari lobi atau KL Sentral Pick-Up Point → Pemandu akan membawa anda melintasi Jalan Sultan Ismail / Jalan Puncak terus ke pintu lobi utama Menara KL tanpa perlu mendaki bukit secara berjalan kaki. | |
| TBS (Bandar Tasik Selatan) |
Transit Awam (LRT Sri Petaling) |
35โ45 Minit ~RM3.50 โ RM4.50 |
Naik LRT dari stesen BTS menghala ke Sentul Timur → Turun/Tukar tren di Stesen Masjid Jamek → Ambil LRT Laluan Kelana Jaya (ke Gombak) dan turun di Stesen Dang Wangi → Jalan kaki 10 minit ke kawasan menara. |
| E-Hailing (Grab / Indrive) |
25โ35 Minit ~RM18.00 โ RM28.00 |
Tempah pemanduan dari lobi terminal utama TBS → Perjalanan melalui Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) atau Jalan Tun Razak terus menuju ke lobi utama Menara KL. Masa perjalanan sangat bergantung kepada keadaan trafik semasa ibu kota. |
12. Program Rebat Budi Madani 2026 (Yayasan Sabah)
Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan rebat pembayaran balik pinjaman pengajian sehingga 20 peratus bagi peminjam kategori aktif dari 6 hingga 26 Ogos 2026.
- Rebat khas 20%
- Terbuka kepada semua peminjam yang ingin membuat pembayaran ansuran biasa.
- Bermula 6 hingga 26 Ogos 2026.
Rujukan: KYS – Kumpulan Yayasan Sabah

Rujukan
Insentif Rebat RAHMAH Data Internet 10GB Percuma, Perisian AI Percuma, Pas Global Coursera
- Kementerian Komunikasi Malaysia โ Portal Rasmi
- Rakyat Digital โ Portal Rasmi
- Rakyat Digital โ Skills Hub / Coursera
Sinaran Merdeka TNB 2026
Insentif Potongan Cukai Pihak Penaja HKHM 2026
Kuota Khalayak Khas OKU โ Sambutan Hari Kebangsaan 2026
Servis Ihsan MADANI @ PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX)
- Ihsan MADANI โ Servis Ihsan MADANI @ PETRONAS AutoExpert
- PETRONAS AutoExpert / Setel โ Promosi Servis Ihsan MADANI
Potongan 50% Pendaftaran Status PMKS
Diskaun 50% Tiket Pergi Balik KLIA Transit
Kemasukan Percuma ke Muzium Negeri Pulau Pinang
Diskaun 31% Menara Kuala Lumpur
Rebat 20% Yayasan Sabah
NOTA EDITOR: Artikel ini telah disemak. Namun, sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim Tawaran Menarik Bulan Kemerdekaan 2026
Ya, terbuka kepada semua warganegara melalui portal Rakyat Digital. Walau bagaimanapun, kuota adalah terhad kepada 100,000 peserta sahaja (25,000 peserta bagi setiap kohort) dan Kohort 1 bermula pada 16 September 2026.
Tak boleh. Wajib beli melalui aplikasi atau laman sesawang KLIA Ekspres sahaja.
Tidak boleh. Promosi ini hanya sah untuk pembelian secara terus (Walk-In) di kaunter tiket fizikal Menara KL dengan menunjukkan MyKad/MyKid asal sebagai bukti kewarganegaraan.
Tidak boleh. Khusus untuk pusat servis Perodua, kempen ini terhad untuk slot hari Isnin, Selasa, dan Rabu sahaja. Bagi rangkaian PETRONAS AutoExpert pula, tiada ketetapan hari tetapi tertakluk kepada fasa tarikh blok kempen yang ditetapkan.
Tiada. Kerajaan telah memansuhkan skim diskaun pukal bermusim perayaan. Anda hanya mendapat diskaun automatik (33% hingga 50%) sekiranya melunaskan saman awal dalam tempoh 1 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan (Polisi Tetap).
Penafian: Semua maklumat mengenai bantuan, insentif, atau promosi yang dikongsikan di sini diperoleh daripada sumber awam dan portal rasmi agensi terlibat bagi tujuan rujukan umum sahaja. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan silang di laman web rasmi kementerian terkait sebelum melakukan sebarang pendaftaran atau permohonan.