Tips & Cara Susun Jadual Belajar Berdasarkan Jadual Rasmi SPM 2026

jadual spm 2026 1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengumumkan jadual rasmi bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang akan bermula 26 Oktober 2026.

Dengan baki masa beberapa bulan sebelum fasa peperiksaan bermula pada 26 Oktober 2026, penyusunan jadual belajar yang strategik amat penting untuk memastikan calon SPM bersedia mental dan fizikal demi menggenggam keputusan cemerlang semua A.

Sekiranya anda adalah ibu bapa yang mempunyai anak yang akan mengambil SPM tahun ini, panduan dalam artikel ini sangat berguna untuk anda membantu anak agar dapat memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM 2026.

Mari kita baca perkongsian mengenai Cara Susun Jadual Belajar Berdasarkan Jadual Rasmi SPM 2026 lebih lanjut di bawah.

Apa yang ada dalam artikel ini?

  • Tarikh SPM 2026
  • Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM 2026 – Ujian Bertutur, Mendengar & Amali Sains
  • Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM 2026 – Ujian Bertulis
  • Tips & Cara Susun Jadual Belajar Berdasarkan Jadual Rasmi SPM 2026
  • Tips Pengurusan Masa Belajar untuk Skor Straight A
  • Peranan dan Panduan Ibu Bapa: Strategi Sokongan Di Rumah Menjelang SPM 2026
  • Doa Menghadapi Peperiksaan untuk Anak & Ibu Ayah – Jakim

Bila SPM 2026?

Peperiksaan SPM 2026 dijadualkan berlangsung secara rasmi bermula:

Peperiksaan ini bakal melibatkan seramai 420,879 orang calon berdaftar yang akan menduduki ujian di 3,334 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Countdown SPM 2026

⏳ Countdown Peperiksaan SPM 2026
Garis Masa Pecutan Strategi Skor Straight A
🗣️ Ujian Bertutur (BM & BI) Mula: 26 Okt 2026
00Hari
00Jam
00Min
00Saat
✍️ Peperiksaan Bertulis (Teras & Elektif) Mula: 23 Nov 2026
00Hari
00Jam
00Min
00Saat

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, penyusunan takwim SPM 2026 kali ini telah diperbaiki dan mengambil kira pelbagai aspek seperti:

  • Unjuran Cuaca & Monsun Timur Laut (Banjir): Jadual peperiksaan bertulis selesai sepenuhnya pada 17 Disember 2026 bagi mengelakkan kemuncak musim banjir atau Monsun Timur Laut yang biasanya melanda dengan teruk pada hujung Disember dan awal Januari.
  • Kebajikan dan Rungutan Calon: KPM turut menstrukturkan semula kedudukan subjek-subjek penting. Sebelum ini, terdapat rungutan mengenai kertas-kertas berat yang diletakkan terlalu rapat atau dihimpit di saat-saat akhir. Penyelarasan jadual penuh yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan akan memastikan calon mendapat ruang rehat minda yang lebih seimbang di antara kertas peperiksaan.
  • Fleksibiliti Cuti Persekolahan & Jerebu: Kalendar ini juga telah diselaraskan dengan unjuran cuti penggal persekolahan serta persediaan sekiranya berlaku fenomena luar jangka seperti jerebu, agar tidak menjejaskan persediaan fizikal sekolah.

Jadual Rasmi SPM 2026 – Tarikh & Subjek

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 akan dilaksanakan seperti yang berikut:

Jadual Peperiksaan SPM 2026
Tarikh Ujian/Peperiksaan
26 – 29 Oktober 2026 Ujian Bertutur Bahasa Melayu
02 – 05 November 2026 Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
16 – 18 November 2026 Ujian Amali Sains
23 November 2026 Ujian Mendengar Bahasa Melayu
24 November 2026 Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
23 November 2026 –
17 Disember 2026
Peperiksaan Bertulis
jadual spm 2026

Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM 2026 – Ujian Bertutur, Mendengar & Amali Sains

Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM - Ujian Bertutur, Mendengar & Amali Sains
Jadual SPM ujian bertutur 26-29 oktober
Jadual SPM ujian bertutur 26-29 oktober bahasa inggeris
Jadual SPM amali sains 2026
Jadual SPM amali sains 2026 kimia kertas 3
Jadual SPM amali sains 2026 biologi kertas 3
Jadual SPM amali sains 2026 kertas 3 sains tambahan

Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM 2026 – Ujian Bertulis

Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM 2026 - Ujian Bertulis
Jadual Waktu  SPM 2026 - Ujian Bertulis 23-24 november
Jadual Waktu  SPM 2026 - Ujian Bertulis 25-26 november
Jadual Waktu  SPM 2026 - Ujian Bertulis 30 november - 1 dis
Jadual Waktu  SPM 2026 - Ujian Bertulis 2-3 disember
Jadual Waktu  SPM 2026 7 disember
Jadual Waktu  SPM 2026 7 disember
Jadual Waktu  SPM 2026  8 disember
Jadual Waktu  SPM 2026 9 & 10 disember
Jadual Ujian Bertulis SPM  14-15 DISEMBER
Jadual Ujian Bertulis SPM  16-17 DISEMBER
Jadual Ujian Bertulis SPM masa tambahan

Muat Turun PDF Jadual Penuh SPM 2026 (Ujian bertutur, ujian mendengar, amali Sains & Peperiksaan Bertulis)

PDF Jadual SPM 2026 boleh dimuat turun di bawah:

Analisis Ringkas Jadual Waktu Rasmi Peperiksaan SPM 2026

Ibu bapa dan pelajar perlu memahami beberapa fakta kritikal daripada turutan jadual ini bagi merangka strategi ulangkaji harian yang berkesan:

  • Peperiksaan akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 Oktober 2026

Ini bermakna, jadual belajar pelajar pada bulan Ogos dan September ini tidak boleh tertumpu kepada kertas bertulis sahaja. Slot latihan komunikasi dan pembacaan lancar mesti dimasukkan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari menjelang akhir Oktober.

  • Slot Ujian Amali Sains diletakkan pada 16 hingga 18 November 2026.

Jarak masa sekitar 10 hari selepas tamat Ujian Bertutur Bahasa Inggeris memberikan ruang keemasan (golden window) buat calon aliran Sains Tulen untuk melakukan persediaan rapi bagi slot amali Sains.

  • Peperiksaan Bertulis bermula pada 23 November 2026 – 17 Disember 2026

Pelajar ada masa sekitar 5 hari selepas tarikh akhir Ujian Amali Sains untuk persediaan peperiksaan bertulis pula

  • Ujian Mendengar BM dan BI, 30 November & 1 Disember 2026

Di tengah-tengah ujian peperiksaan bertulis, ada dua ujian mendengar yang perlu diberi perhatian. Persediaan ujian mendengar ini boleh dibuat awal sebelum tarikh ujian bertulis bermula agar tidak mengganggu fokus kelak. Nanti nak belajar untuk ujian bertulis, nak fokus juga untuk ujian mendengar kan mencabar sikit tu.

TIPS PENTING SKOR SPM:

  • Jangan sekadar melihat tarikh. Sila tandakan tarikh-tarikh ini pada kalendar meja anda dan buat satu jadual belajar berpusing (interleaved practice).
  • Jadual Belajar Berpusing (Interleaved Practice) ialah teknik menyusun jadual belajar dengan mencampuradukkan pelbagai topik atau subjek yang berbeza dalam satu sesi, berbanding belajar hanya satu subjek secara berterusan (blocked practice).
  • Sebagai contoh, memandangkan Peperiksaan Bertulis bermula 23 November, pastikan semua silabus teoretikal dan subjek yang perlukan hafalan (contohnya seperti Sejarah,Pendidikan Islam) telah selesai dikuasai sepenuhnya sebelum 1 November lagi bagi mengelakkan masalah lambakan maklumat di saat-saat akhir (last-minute burnout).

Tips & Cara Susun Jadual Belajar Berdasarkan Jadual Rasmi SPM 2026

Dengan baki masa beberapa bulan sebelum peperiksaan bermula pada 26 Oktober 2026, anda boleh rujuk tips dan cara susun jadual belajar yang efektif di bawah:

  • Subjek yang keluar akhir dalam jadual exam, perlu diulangkaji hulu/awal sekarang. Subjek yang keluar awal dalam jadual exam, perlu diulangkaji paling akhir (dekat dengan tarikh exam).

Mengapa?

  • Supaya apabila anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan, maklumat bagi subjek terawal itu masih “segar” (fresh) dalam memori jangka pendek anda. Dalam masa yang sama, anda sudah bersedia untuk subjek yang akan datang (tetapi masih perlu pengulangan untuk pengukuhan kefahaman dan hafalan).
Fasa Susunan Fokus Jadual Belajar SPM 2026
Fasa Susunan Fokus Jadual Belajar Anda
Fasa 1: Sekarang (Ogos – Oktober) 🎯 Fokus Subjek Berat / Kertas Akhir Selesaikan belajar dan faham betul-betul subjek berat yang tiada kaitan dengan ujian lisan dahulu.
Fasa 2: Oktober 🗣️ Fokus Komunikasi & Bahasa (BM & BI) Ubah jadual pembelajaran untuk sumbat slot lisan 30 minit ke 1 jam setiap hari untuk persediaan ujian mendengar dan bertutur.
Fasa 3: Awal November 🔬 Fokus Prosedur Amali Sains Bagi pelajar Sains Tulen, jadual waktu malam boleh diisi dengan membaca skema laporan amali, pemboleh ubah, dan pembaikan ralat eksperimen.
Fasa 4: Pertengahan Nov – Dis ✍️ Fokus Ikut Turutan Kertas Sebenar Ubah jadual harian mengikut subjek yang akan diduduki pada esok hari sahaja (Mod fokus).
Tips & Cara Susun Jadual Belajar Berdasarkan Jadual Rasmi SPM 2026

Jangan susun jadual belajar mengikut mood. Susun mengikut ritma biologi otak anda supaya anda tidak tewas kepada rasa mengantuk, terutamanya untuk subjek membaca seperti Sejarah pada waktu petang.

Susun Jadual Belajar Harian ikut Kesesuaian - jadual spm 2026

Contohnya:

Sesi 1: Slot Pagi (08:00 AM – 11:00 AM) — Mod Output Tinggi (Fokus Tajam)

  • Keadaan Otak: Berada pada tahap kecerdasan kognitif paling tinggi.
  • Cara Susun: Letakkan subjek hafalan fakta yang memerlukan ketenangan memori jangka panjang (Sejarah, Pendidikan Islam/Moral, Biologi) ATAU buat simulasi set penuh kertas peperiksaan utama tanpa menyentuh telefon langsung.

Sesi 2: Slot Petang (02:30 PM – 04:30 PM) — Mod Aktif Fizikal (Zon Anti-Mengantuk)

  • Keadaan Otak: Sesetengah pelajar mungkin berasa lebih mengantuk atau kurang fokus pada waktu petang, bergantung kepada rutin tidur dan aktiviti harian.
  • Cara Susun:
    • Pilihan A (Subjek Pengiraan): Letakkan Matematik, Matematik Tambahan, atau Fizik. Aktiviti mengira dan menekan kalkulator memaksa motor tangan dan otak bekerjasama untuk kekal celik.
    • Pilihan B (Jika Terpaksa Buat Sejarah/Membaca): Gunakan Teknik Blurting (baca 5 minit, tutup buku, set timer 10 minit dan conteng fakta laju-laju pada kertas kosong) atau buat latihan bertulis bahagian esei. Pergerakan tangan yang laju dan tekanan masa akan menyekat rasa mengantuk. Jangan sesekali membaca buku teks secara pasif pada waktu petang!

Nota Peribadi Penulis: Sebagai calon SPM beberapa tahun yang lepas, saya praktikkan teknik ini (Teknik Blurting) dan mendapati ingatan menjadi lebih kuat terutamanya bagi subjek hafalan berbanding yang hanya membaca nota berulang kali. Mengantuk pun hilang bila guna kaedah ini. Teknik ini memang sesuai untuk mereka yang sukar nak fokus atau ingat kalau sekadar baca.

Sesi 3: Slot Malam (08:30 PM – 10:30 PM) — Mod Input & Refleksi

  • Keadaan Otak: Fasa bertenang sebelum tidur (memory consolidation).
  • Cara Susun: Isi jadual dengan aktiviti merangka isi esei BM/BI, membaca nota ringkas, atau mengemas kini Buku Log Kesilapan (menganalisis soalan yang anda salah buat pada sebelah pagi/petang).

Teknik Jadual Belajar Berpusing atau Interleaved Practice ialah strategi rahsia calon Straight A untuk belajar pada saat-saat akhir.

Berbeza dengan teknik lama, di mana pelajar menumpukan kepada satu subjek sahaja sepanjang hari, teknik Jadual Belajar Berpusing (Interleaved Practice) ini mencampuradukkan (selang-seli) subjek atau topik yang berbeza dalam satu sesi ulangkaji.

Bagi baki kurang daripada 4 bulan menjelang SPM 2026, otak anda tidak lagi mempunyai masa untuk melayan satu subjek secara perlahan-lahan terutamanya jika anda mempunyai banyak subjek untuk dipelajari.

Untuk mengamalkan teknik ini, pastikan SETIAP HARI jadual harian anda menggabungkan tiga elemen:

HAFALAN ➡️ PENGIRAAN ➡️ KEMAHIRAN

  • Subjek hafalan (fakta/teori/perlukan kefahaman), contohnya: Sejarah, Pendidikan Islam, Biologi, Kimia
  • Subjek pengiraan, contohnya: Matematik Tambahan, Fizik, Matematik
  • Subjek kemahiran (menulis, mendengar, bertutur), contohnya: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.
Jadual Belajar Berpusing (Interleaved Practice)
Jadual Perbandingan Teknik Belajar SPM 2026
Ciri-Ciri ❌ Teknik Blok (Blocked Practice) ✅ Teknik Berpusing (Interleaved Practice)
Gaya Susunan Satu subjek sahaja sehari (cth: Isnin penuh dengan Sejarah). 3 subjek berbeza diselang-seli dalam sehari (cth: Sejarah ➔ Matematik ➔ Lisan BI).
Kesan Kognitif Otak cepat tepu (fatigue) dan hilang fokus selepas 1 jam pertama. Belajar dalam blok masa yang lebih pendek dengan rehat berkala boleh membantu sesetengah pelajar mengekalkan fokus dengan lebih baik..
Impak Memori Ilusi Kefahaman: Anda rasa anda faham pada waktu itu, tetapi cepat lupa. Memori Jangka Panjang: Memaksa otak mengorek semula (retrieve) maklumat lama.

TIPS PENTING SKOR SPM:

  • Jangan susun subjek yang sama sifatnya berturut-turut (contoh: Sejarah diikuti Pendidikan Islam), kerana ia akan mengurangkan keberkesanan teknik ini.
  • Subjek Bio, Kimia dan Fizik ada yang perlukan hafalan, ada yang perlukan pengiraan kan? Jadi, anda boleh susun ikut topik dalam jadual harian anda.

Cadangan Jadual Belajar SPM Waktu Mingguan (Sesi Malam & Hujung Minggu)

Jadual ini direka fleksibel untuk pelajar sekolah (Isnin – Jumaat selepas waktu persekolahan) serta memanfaatkan sepenuhnya hujung minggu.

Isnin (Fokus: Math Tambahan & BM)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Pengiraan (Matematik Tambahan)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Kemahiran (Bahasa Melayu)

Selasa (Fokus: Fizik & Sejarah)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Pengiraan/Konsep (Fizik)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Hafalan (Sejarah)

Rabu (Fokus: Kimia & Bahasa Inggeris)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Konsep/Pengiraan (Kimia)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Kemahiran (Bahasa Inggeris

Khamis (Fokus: Biologi & Matematik Moden)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Hafalan (Biologi)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Pengiraan (Matematik Moden)

Jumaat (Fokus: Pendidikan Islam/Moral & Ulangkaji)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Hafalan (Pendidikan Islam / Moral)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | SLOT BUKU LOG KESILAPAN (Wajib!)
    • Tindakan: Buka Buku Log Kesilapan. Buat semula soalan yang anda salah pada minggu ini sehingga betul.

Sabtu & Ahad (Zon Hujung Minggu)

  • 9:00 AM – 12:00 PM | Subjek-subjek Teras/Kurang Dikuasai
  • 3:00 PM – 5:00 PM | Sains Amali / Jawab Set Soalan

Isnin (Fokus: Perniagaan/Ekonomi & BM)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Hafalan/Analisis (Perniagaan / Ekonomi)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Kemahiran (Bahasa Melayu)

Selasa (Fokus: Prinsip Akaun & Sejarah)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Pengiraan (Prinsip Akaun)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Hafalan (Sejarah

Rabu (Fokus: Sains Teras & Bahasa Inggeris)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Konsep/Hafalan (Sains Teras)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Kemahiran (Bahasa Inggeris)

Khamis (Fokus: Matematik Moden & Geografi/Seni/Sastera)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Pengiraan (Matematik Moden)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | Slot Hafalan (Subjek Elektif Tambahan)

Jumaat (Fokus: Pendidikan Islam/Moral & Zon Tembak Bocor)

  • 8:00 PM – 9:30 PM | Slot Hafalan (Pendidikan Islam / Moral)
  • 9:45 PM – 11:00 PM | SLOT BUKU LOG KESILAPAN (Wajib!)

Sabtu & Ahad (Zon Hujung Minggu – Output Tinggi)

  • 9:00 AM – 12:00 PM | Simulasi Set Penuh (Kertas 2)
  • 3:00 PM – 5:00 PM | Zon Anti-Mengantuk (Teknik Blurting Sejarah & Sains)

NOTA: Jadual ini hanyalah cadangan sahaja, anda boleh ubah mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran anda.


Tips Pengurusan Masa Belajar Menjelang SPM

Jadual belajar yang lengkap tidak akan memberi sebarang impak sekiranya anda tidak mempunyai sistem pengurusan masa.

Untuk memastikan anda burnout atau hilang fokus, gabungkan jadual belajar anda dengan 3 formula pengurusan masa ini:

1. Kuasai Teknik Pomodoro (25:5) untuk Fokus Maksimum

Belajar dalam tempoh yang terlalu panjang tanpa rehat boleh menyebabkan keletihan dan penurunan fokus. Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri yang juga pernah menjadi seorang pelajar.

Untuk mengelakkan situasi ini, pelajar boleh membahagikan sesi ulang kaji kepada blok masa yang lebih pendek, seperti 25 minit belajar dan 5 minit rehat.

  • Bagi setiap slot jadual belajar anda, bahagikan ia kepada blok masa kecil.
  • Pasang penggera (timer) selama 25 minit dan fokus belajar sepenuhnya tanpa sebarang gajet atau gangguan notifikasi.
  • Setelah tamat 25 minit, ambil rehat penuh selama 5 minit (bangun, minum air, atau regangkan badan).
  • Teknik ini mengekalkan kesegaran minda dan fokus kognitif pada tahap tertinggi untuk jangka masa yang panjang, sekali gus mengelakkan otak daripada cepat berasa tepu.

2. Wujudkan ‘Buku Log Kesilapan’

Pengurusan masa yang bijak bermaksud anda tidak membuang masa mengulang kaji perkara yang anda sudah mahir. Anda perlu luangkan masa untuk belajar subjek atau topik yang anda belum kuasai.

  • Setiap kali anda membuat latihan set penuh atau soalan ramalan dan melakukan kesilapan, jangan sekadar memadam dan menukar jawapan.
  • Sediakan satu buku nota khas yang dipanggil Buku Log Kesilapan (Mistake Log).
  • Salin soalan tersebut bersama skema jawapan yang betul.
  • Jadualkan waktu setiap malam Jumaat (atau hari lain) khusus untuk menyemak dan membuat semula soalan di dalam buku log ini. Ini adalah cara untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berulang sewaktu hari peperiksaan sebenar.

3. Tidur Mencukupi untuk Elak Masalah Brain Fog

Ramai pelajar mengorbankan waktu tidur dan mengamalkan budaya berjaga malam (burnout) menjelang saat-saat akhir. JANGAN RASA BERSALAH UNTUK TIDUR. TIDURLAH SECUKUPNYA!

  • Pastikan mendapat tidur yang mencukupi setiap malam dan elakkan berjaga sehingga lewat untuk mengulang kaji.
  • Kekurangan tidur akan mencetuskan sindrom brain fog (otak menjadi lembap dan lambat memproses maklumat).
  • Tidur yang cukup amat kritikal untuk memproses memori jangka panjang serta memastikan otak anda berfungsi dengan tajam ketika menganalisis soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang memerlukan kestabilan logik yang tinggi.

Peranan dan Panduan Ibu Bapa: Strategi Sokongan Di Rumah Menjelang SPM 2026

1. Sediakan “Zon Selesa” di Rumah

  • Sediakan sudut belajar yang terang, kemas, dan bebas daripada bunyi televisyen.
  • Beri kelonggaran daripada melakukan tugas domestik rumah yang berat sepanjang Oktober hingga Disember
  • Wujudkan waktu “senyap peranti” bersama keluarga pada waktu malam untuk menyokong fokus anak.

2. Pantau Fizikal & Stamina Anak

  • Sediakan snek sihat seperti kismis, kurma, kacang, dan pastikan bekalan air kosong sentiasa cukup.
  • Pastikan anak tidak berjaga malam secara keterlaluan bagi mengelakkan masalah brain fog (otak lembap) semasa peperiksaan.

3. Jaga Emosi & Mental Calon

  • Jangan bandingkan keputusan percubaan (Trial) anak dengan pencapaian orang lain.
  • Menjadi pendengar yang empati apabila anak meluahkan rasa stres terhadap subjek susah (cth: Matematik Tambahan).
  • Hargai usaha konsisten mereka bangun awal pagi, bukan sekadar memuji apabila mendapat gred A sahaja.

4. Bertindak Sebagai “Pengurus Projek” SPM 2026

  • Ogos – September (Fasa Teori): Bantu anak sediakan bahan rujukan, modul latihan, atau akses kepada kelas tutor.
  • Oktober (Fasa Lisan): Menjadi rakan simulasi bertutur santai di rumah untuk melatih keyakinan anak bercakap dalam BM & BI
  • November – Disember (Fasa Bertulis): Jaga logistik ke sekolah, pastikan alat tulis/kalkulator lengkap, dan sediakan sarapan berkhasiat setiap pagi sebelum anak masuk ke dewan exam.

5. Sokongan Rohani & Doa

  • Doa Khusus Setiap Selepas Solat: Doakan agar anak diberikan ketenangan hati, diterangkan hati untuk mengingat fakta, dan dijauhkan daripada sifat gupuh atau panik semasa menjawab soalan.
  • Solat Hajat Bersama: Amalkan solat hajat khusus bersama anak pada hujung minggu (terutamanya menjelang fasa peperiksaan) untuk membina kekuatan rohani dan mengurangkan kegelisahan mental mereka.
  • Amalan Redha & Restu: Ucapkan kata-kata restu secara jelas kepada anak sebelum mereka ke sekolah, seperti “Ibu/Ayah sentiasa redha dan halalkan setiap titisan susu serta makan minum. Pergilah jawab exam dengan tenang.” Keredhaan ibu bapa adalah kunci keberkatan paling utama untuk kejayaan anak.

Doa Menghadapi Peperiksaan untuk Anak & Ibu Ayah – Jakim

Doa Supaya Mudah Faham Pelajaran

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaan

رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.

Doa Mohon Kejayaan Cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.

Selain itu, anda juga boleh amalkan doa-doa berikut:


Rujukan

NOTA EDITOR: Artikel ini telah disemak. Namun, sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim Jadual SPM 2026

Bilakah tarikh rasmi peperiksaan SPM 2026 bermula dan tamat?

Peperiksaan SPM 2026 akan bermula secara rasmi pada 26 Oktober 2026 (melibatkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu) dan akan berakhir sepenuhnya pada 17 Disember 2026 (tamat Peperiksaan Bertulis)

Adakah Ujian Mendengar dijalankan serentak dengan Ujian Bertutur (Lisan)?

Tidak. Ujian Bertutur (Lisan) dijalankan pada fasa awal iaitu 26 Oktober hingga 5 November 2026. Manakala Ujian Mendengar bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diletakkan di pertengahan fasa Peperiksaan Bertulis, iaitu pada 30 November dan 1 Disember 2026.

Bagaimana cara terbaik menyusun jadual belajar harian sekiranya subjek membaca seperti Sejarah dijadualkan pada waktu petang?

angan membaca buku teks secara pasif pada waktu petang kerana ia merangsang rasa mengantuk akibat kitaran biologi badan. Sebaliknya, gunakan Teknik Blurting (baca nota ringkas 5 minit, tutup buku, dan conteng fakta laju-laju dalam masa 10 minit) atau terus buat latihan bahagian esei. Pergerakan tangan dan tekanan masa (timer) akan memotong rasa mengantuk tersebut.

Kertas peperiksaan manakah yang perlu saya beri keutamaan harian untuk diulangkaji terlebih dahulu sekarang?

: Gunakan Formula Ulangkaji Terbalik (M-Minus). Subjek elektif atau kertas yang diuji pada akhir jadual (cth: Matematik Tambahan, Kimia, Perniagaan) perlu diselesaikan kefahamannya pada fasa sekarang (Ogos–September). Dekat dengan tarikh peperiksaan nanti, jadual anda perlu beralih fokus kepada subjek terawal seperti Bahasa Melayu dan Sejarah supaya maklumat kekal segar (fresh) dalam memori.

Di manakah pelajar atau ibu bapa boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap mengikut masa dan kod kertas?

Anda boleh muat turun PDF Jadual SPM 2026 di sini.

Penafian: Semua maklumat yang dikongsikan di sini diperoleh daripada sumber awam dan portal rasmi agensi terlibat bagi tujuan rujukan umum sahaja. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan silang di laman web rasmi kementerian terkait sebelum melakukan sebarang pendaftaran atau permohonan.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed