Permohonan Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026

infografik Permohonan Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026

Permohonan sukarelawan untuk perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 kini telah dibuka secara rasmi mulai 2 September 2026 melalui Sistem MyProfil IYRES.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sedang mencari 500 orang sukarelawan Rakan Muda untuk bertugas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang acara yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Bagi yang berminat untuk menjaid sukarelawan F1 2026, sila baca dengan teliti cara memohon dan syarat kelaykannya di bawah.

Maklumat Penting Pengambilan Sukarelawan F1 Malaysia 2026

  • Tarikh Buka Permohonan: Mulai 2 September 2026
  • Tarikh Acara Berlangsung: 2 hingga 4 Oktober 2026
  • Lokasi Bertugas: Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
  • Jumlah Kuota Diperlukan: 500 orang
Infografik Permohonan Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026
Infografik jbsnegara

Syarat Kelayakan Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026

Pihak penganjur mencari individu yang komited dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan rasmi:

  1. Warganegara: Terbuka kepada warganegara Malaysia.
  2. Had Umur: Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh acara.
  3. Kesihatan Fizikal: Sihat tubuh badan, bebas daripada sebarang penyakit dan mampu berdiri atau bergerak aktif dalam tempoh masa yang lama.
  4. Kemahiran Komunikasi: Boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya asas Bahasa Inggeris (kebolehan berbahasa asing adalah satu kelebihan).
  5. Sikap & Disiplin: Berdisiplin, berintegriti, boleh bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi 

Sukarelawan yang terpilih akan bertugas di bawah seliaan JBSN melalui inisiatif Rakan Muda dan ditempatkan menerusi empat (4) skop utama iaitu perkhidmatan pelanggan, tiket dan kemasukan, perhubungan/ penyambut tetamu dan pengurusan kawasan MADANI.

Infografik syarat permohonan jadi sukarelawan F1 2026 di Sepang
Infografik jbsnegara

Apa Skop Tugas & Tanggungjawab Sukarelawan F1 2026?

Sebagai sebahagian daripada kru Rakan Muda, anda akan ditempatkan di pelbagai zon strategik mengikut keperluan operasi. Antara skop tugas utama termasuk:

  • Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service): Membantu menyalurkan maklumat arah, lokasi tempat duduk, dan fasiliti litar kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.
  • Tiket dan Kemasukan: Mengendalikan proses imbasan tiket di pintu masuk utama dan memastikan aliran penonton berjalan lancar.
  • Perhubungan & Penyambut Tetamu (Hospitality): Menyambut ketibaan tetamu VIP, media, dan delegasi rasmi di kawasan korporat.
  • Pengurusan Kawasan MADANI: Membantu menguruskan zon pameran komuniti, jualan, dan aktiviti interaktif sepanjang acara.

Tarikh sukarelawan bertugas adalah sepanjang acara perlumbaan berlangsung iaitu bermula dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

โšกMaklumat acara boleh rujuk: F1 Kembali Ke Sepang 2026 โ€“ Harga Tiket & Jadual Perlawanan

infografik skop tugas Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026
Infografik jbsnegara

Cara Mohon Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 – Step by Step

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk memohon sebagai Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 melalui Sistem MyProfil IYRES:

  1. Pergi ke Sistem MyProfil IYRES di pautan https://myprofil.iyres.gov.my/
  2. Skrol ke bawah sikit sampai jumpa iklan tawaran projek ICE dan Sukarelawan. Pilih Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 > Klik “Mohon Sekarang”.
  3. Bila dah klik tu, anda akan dibawa ke paparan seterusnya yang mengandungi semua maklumat berkaitan permohonan sukarelawan. BACA DENGAN TELITI.
  4. Seterusnya, pada bahagian tepi, klik “Mohon Sekarang” sekali lagi.
  5. Anda akan dibawa ke paparan utama Sistem MyProfil IYRES.
  6. Kalau dah ada akaun, boleh terus Log Masuk. Jika belum, klik Daftar Akaun.
  7. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan ikut arahan permohonan selanjutnya.
INFOGRAFIK Cara Mohon Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026
INFOGRAFIK PERMOHONAN Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 - STEP 2
INFOGRAFIK PERMOHONAN Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 - STEP 3
INFOGRAFIK PERMOHONAN Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 - STEP 4

๐ŸšฉNota Penting Isu Teknikal Sistem:

Disebabkan jumlah trafik yang sangat tinggi daripada pemohon di seluruh negara, sistem MyProfil IYRES mungkin mengalami gangguan sementara seperti paparan ralat 502 Bad Gateway.

Pihak JBSN telah mengesahkan bahawa tindakan pembaikan sedang giat dijalankan.

Sila pastikan anda hanya mendaftar melalui portal rasmi dan berhati-hati dengan sebarang pautan pihak ketiga atau kod QR palsu yang tidak disahkan.

Ingat, pendaftaran hanya melalui pautan rasmi ini sahaja: https://myprofil.iyres.gov.my/

Tips Mengatasi Masalah Sistem (Ralat 502 Bad Gateway)

Oleh kerana permohonan baru sahaja dibuka mulai 2 September 2026, sistem sedang menerima trafik yang sangat padat.

Anda boleh cuba cara ini:

  • Waktu Sesuai: Cuba lakukan pengisian pada waktu luar puncak seperti jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.
  • Jika keluar ralat 502 Bad Gateway, tekan butang Refresh (F5) atau bersihkan cache pelayar web anda sebelum mencuba lagi.
  • Anda juga boleh memuat turun aplikasi telefon pintar MyProfil IYRES di :
Infografik NOTIS PEMAKLUMAN  Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026
Infografik jbsnegara

Bila Tarikh Tutup Permohonan?

Permohonan Sukarelawan F1 dibuka bermula 2 September 2026 dan akan ditutup selepas 1,000 permohonan awal diterima.

Info Tambahan: KBS menyediakan 1,000 tempat pendaftaran, dengan 500 peserta pertama dipilih untuk bertugas pada perlumbaan Formula 1, manakala 500 peserta berikutnya akan ditempatkan sebagai sukarelawan pada perlumbaan MotoGP yang turut berlangsung pada Oktober. (Sumber: Berita RTM)

Kelebihan & Manfaat Menjadi Sukarelawan F1

Setiap sukarelawan yang terpilih akan mendapat kelebihan dan manfaat berikut:

  • Pengalaman Belakang Tabir: Menimba ilmu pengurusan acara sukan permotoran bertaraf dunia selepas 9 tahun F1 tidak beroperasi di Malaysia.
  • Jaringan Strategik (Networking): Peluang membina rangkaian komunikasi bersama agensi besar, pelancong antarabangsa, dan komuniti belia.
  • Sijil Penghargaan Rasmi: Pengiktirafan rasmi daripada KBS bertaraf antarabangsa untuk pengisian portfolio resume anda.
  • Kemudahan Asas Kru: Penyediaan makanan, minuman, dan pakaian seragam rasmi sepanjang syif tugasan di litar.

Adakah Elaun Diberikan?

Pihak penganjur (KBS/JBSN) masih belum memaklumkan atau mengesahkan sebarang jumlah elaun rasmi bagi pengambilan sukarelawan F1 kali ini dalam kenyataan media mereka.

Kadar RM60 yang tular sebelum ini adalah berdasarkan rujukan program terdahulu di litar tersebut dan bukannya pekeliling rasmi untuk acara tahun 2026.

Fokus insentif yang disahkan setakat ini hanyalah penyediaan makanan, minuman, pakaian seragam, dan sijil penghargaan rasmi daripada KBS.

Info penganjuran Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia:

  1. Formula 1 merupakan antara acara sukan permotoran paling berprestij di dunia dan melibatkan pelbagai komponen pengurusan seperti operasi acara, pengurusan penonton, khidmat tetamu, komunikasi, keselamatan, media, logistik dan pengurusan venue.
  2. Pada 26 Julai 2026, Formula 1 dan FIA mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi lokasi penganjuran Gulf Air Bahrain Grand Prix bagi musim 2026 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
  3. Penganjuran ini mempunyai nilai strategik kepada Malaysia kerana ia mengembalikan Formula 1 ke Sepang selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2017. Formula 1 turut menyifatkan Sepang sebagai salah satu litar ikonik dalam sejarah Formula 1.
  4. Sehubungan itu, penglibatan rakyat Malaysia sebagai sukarelawan boleh dijadikan platform untuk membangunkan modal insan yang mempunyai kemahiran, disiplin, profesionalisme dan pengalaman dalam pengurusan acara sukan bertaraf dunia

Logistik & Anggaran Kos Sukarelawan

Memandangkan pihak urus setia JBSN telah mengesahkan bahawa tiada kemudahan penginapan dan pengangkutan disediakan, anda perlu merancang pergerakan dan kewangan dengan bijak.

Sebagai acara bertaraf dunia, kawasan sekitar Sepang akan mengalami lonjakan trafik dan permintaan tinggi.

1. Pelan Pengangkutan Awam Ke Litar (Alternatif Elak Kesesakan)

Memandu kenderaan sendiri ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) semasa hujung minggu Formula 1 berisiko membuatkan anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam. Pilihan terbaik ialah menggunakan mod pengangkutan awam kombinasi:

  • Langkah 1 (Dari Pusat Bandar): Naik KLIA Ekspres atau KLIA Transit dari KL Sentral menuju ke Stesen KLIA (Terminal 1 atau 2). Perjalanan mengambil masa sekitar 28 hingga 35 minit. Untuk kos lebih murah, anda boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya ke Putrajaya Sentral terlebih dahulu sebelum menukar transit ke KLIA.
  • Langkah 2: Setibanya di KLIA, gunakan perkhidmatan Bas Shuttle Khas (RapidKL) yang biasanya disediakan sepanjang hujung minggu perlumbaan. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan e-hailing (Grab), kos perjalanan dari KLIA ke litar (jarak sekitar 14km) adalah sekitar RM30 hingga RM50 sehala tertakluk kepada harga lonjakan (surge pricing).

2. Cadangan Penginapan Bajet Terdekat (Bawah RM150/Malam)

Pastikan anda membuat tempahan awal untuk penginapan kerana harga bilik hotel sekitar Sepang akan melambung tinggi menjelang Oktober 2026. Pilih kawasan strategik seperti Bandar Baru Salak Tinggi atau kawasan sekitar Aeropolis yang mempunyai akses mudah ke litar:

  • Tune Hotel KLIA Aeropolis: Terletak hanya 3.7 km dari Sepang International Circuit, menjadikannya ‘pitstop’ paling popular buat peminat sukan motor. Hotel ini menyediakan kemudahan asas yang selesa, kafetaria, dan perkhidmatan shuttle berjadual.
  • Swing & Pillows By iBilik @ Sky Star Sepang (Salak Tinggi): Terletak sekitar 15 minit dari lapangan terbang, hotel bajet ini menawarkan kadar bilik mampu milik yang sangat mesra backpackers. Kawasan sekitarnya juga tenang dan mempunyai akses pengangkutan awam yang memuaskan.

3. Anggaran Kos Sukarelawan

Walaupun pihak penganjur menyediakan makanan dan minuman sepanjang syif bertugas, anda digalakkan menyediakan “dana kecemasan” harian bagi menampung keperluan luar jangka. Berikut adalah anggaran simulasi kos harian minimum:

Komponen PerbelanjaanAnggaran Kos HarianNota Strategi Penjimatan
Pengangkutan AwamRM40.00 โ€“ RM70.00 (sehala)Gunakan pas perjalanan bulanan atau kongsi tambang Grab bersama rakan sukarelawan lain dari stesen KLIA.
Makan & Minum TambahanRM30.00 โ€“ RM50.00Bawa botol air kosong sendiri yang boleh diisi semula. Elakkan membeli snek di zon vendor litar kerana harganya jauh lebih mahal.
Cukai Kelestarian HotelRM5.00Diperlukan jika anda bermalam di hotel komersial sekitar Selangor.
Dana Luar Jangka / KecemasanRM50.00Untuk keperluan ubat-ubatan, top-up data internet, atau keperluan logistik saat akhir.
JUMLAH ANGGARANRM125-175 / HariPersediaan bajet ideal untuk 3 hari bertugas (2 – 4 Oktober 2026) adalah sekitar RM300 – RM500.

Menjadi sebahagian daripada kru Rakan Muda untuk Formula 1 2026 akan memberikan nilai tambah yang tinggi untuk resume anda.

Dengan perancangan yang matang, anda bukan sahaja dapat menyumbang tenaga untuk negara, malah dapat memelihara poket anda daripada berbelanja secara berlebihan!

Hubungi Pihak Urus Setia

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai status permohonan atau masalah teknikal pendaftaran, sila hubungi saluran rasmi JBSN:

Jangan lepaskan peluang ini untuk membina rangkaian kenalan baharu dan mencipta memori terindah di Litar Antarabangsa Sepang. Ambil langkah pertama anda hari ini dan jadilah wajah mesra Malaysia di mata dunia!

infografik maklumat perhubungan (urusetia) pengambilan sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026
Infografik jbsnegara

FAQ – Soalan Lazim Permohonan Sukarelawan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026

Adakah sukarelawan akan menerima bayaran elaun tunai harian?

Sehingga kini, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum mengumumkan atau mengesahkan sebarang jumlah nilai elaun kewangan bagi pengambilan kali ini. Sebarang angka yang tular di platform media sosial sebelum ini adalah spekulasi tidak rasmi atau kadar rujukan program lama. Status insentif kewangan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengumuman rasmi urus setia.

Adakah pihak penganjur menyediakan penginapan dan pengangkutan ke litar?

Tidak. Pihak urus setia tidak menyediakan sebarang kemudahan tempat tinggal atau kos pengangkutan ulang-alik. Semua kos logistik peribadi sepanjang tarikh acara bertugas (2 hingga 4 Oktober 2026) di PETRONAS Sepang International Circuit (SIC) mesti ditanggung dan diuruskan sepenuhnya oleh sukarelawan sendiri.

Di manakah saluran rasmi untuk menghantar borang permohonan?

Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal rasmi Sistem MyProfil IYRES. Pihak JBSN menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mengisi maklumat peribadi di mana-mana pautan pihak ketiga atau kod QR yang tidak disahkan untuk mengelakkan risiko penipuan digital.

Mengapa paparan web MyProfil IYRES keluar ralat “502 Bad Gateway”?

Ralat teknikal 502 Bad Gateway ini berlaku disebabkan oleh lonjakan trafik pelawat yang terlalu padat daripada pemohon di seluruh negara sebaik sahaja permohonan dibuka. Pihak pengurusan IT sedang giat menjalankan proses penyenggaraan pelayan web. Anda dinasihatkan untuk cuba mengakses semula sistem pada waktu luar puncak seperti lewat malam atau awal pagi.

Apakah skop tugasan utama yang bakal dilakukan oleh sukarelawan?

Terdapat empat bidang pengurusan utama di litar yang akan dibahagikan mengikut zon operasi:
– Perkhidmatan Pelanggan: Menyediakan maklumat arah, lokasi fasiliti, dan bantuan am kepada pengunjung litar.
Tiket dan Kemasukan: Mengendalikan imbasan kod tiket di pintu masuk utama serta mengawal aliran trafik penonton.
Perhubungan / Penyambut Tetamu: Menguruskan aspek layanan pelanggan di kawasan korporat, zon VIP, dan media antarabangsa.
Pengurusan Kawasan MADANI: Membantu kelancaran operasi di zon pameran komuniti, aktiviti interaktif belia, dan gerai jualan.

Bilakah tarikh tutup permohonan sukarelawan ini?

Pengambilan dibuka bermula 2 September 2026 dengan kuota yang sangat terhad iaitu 500 kekosongan sahaja. Pihak urus setia tidak menetapkan tarikh tutup khusus, namun pendaftaran akan ditutup secara automatik sebaik sahaja kuota penuh. Pemohon digalakkan menghantar borang dengan kadar segera.

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed