BAeK PTPTN 2026 – Biasiswa Anak eKasih untuk Pelajar Universiti (Cara Mohon & Syarat)
BAeK PTPTN 2026 ialah pinjaman PTPTN yang ditukarkan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar miskin yang berdaftar dalam data eKasih.
Pelajar yang berdaftar dalam eKasih boleh membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
Inisiatif ini bermula pada 1 Januari 2026 melibatkan pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan memperluas akses pendidikan tinggi.
- Ringkasan Artikel
- Apa Itu BAEK PTPTN?
- Nilai Biasiswa BAEK PTPTN
- Siapa Yang Layak Mohon BAEK PTPTN?
- Macam Mana Nak Mohon BAeK PTPTN?
- Macam Mana Nak Tahu Anda Berjaya Ditawarkan BAeK PTPTN atau Tidak?
- Perlukah Buat Bayaran Balik?
- Perbandingan Pembiayaan PTPTN
- Kalau Nak Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) Tapi Nama Takde Dalam eKasih, Apa Perlu Buat?
- Kelebihan BAEK PTPTN Kepada Pelajar
- Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Semasa Memohon
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Biasiswa Anak eKasih BAeK PTPTN
Ringkasan Artikel
- BAeK PTPTN menukarkan status pinjaman biasa kepada biasiswa penuh 100%.
- Nama pemohon wajib berdaftar dan aktif dalam pangkalan data eKasih (JPM) bagi melayakkan diri.
- Pelajar bebas daripada sebarang komitmen hutang dan tidak perlu membayar balik selepas tamat pengajian.
- Hanya terbuka kepada pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.
- Pelajar tidak perlu memohon borang berasingan, sebaliknya memohon pinjaman biasa melalui aplikasi myPTPTN. Jika layak, akan ditawarkan BAeK PTPTN.
- Pelajar wajib mencetak, melengkapkan, dan menghantar dokumen fizikal ke kaunter cawangan PTPTN terdekat untuk pengesahan kontrak biasiswa.

Apa Itu BAEK PTPTN?
Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) ialah pinjaman PTPTN yang diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar miskin dan miskin tegar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan berdaftar dalam pangkalan data eKasih.
Berbeza dengan pinjaman PTPTN biasa, konsep biasiswa ini memberikan bantuan kewangan tanpa membebankan pelajar dengan komitmen bayaran balik pinjaman tertakluk kepada syarat dan ketetapan semasa.
Menurut CEO PTPTN, sejak diperkenalkan pada tahun 2026 sehingga 31 Mei 2026, seramai 402 orang
pelajar di seluruh negara menerima manfaat ini dengan jumlah peruntukan berjumlah RM8.79 juta.

Nilai Biasiswa BAEK PTPTN
Biasiswa yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian. Jumlah biasiswa yang diberikan adalah seperti berikut:
| Peringkat Pengajian | Jumlah Biasiswa |
| Diploma | RM4,750 setahun |
| Ijazah Sarjana Muda (Sastera) | RM6,180 setahun |
| Ijazah Sarjana Muda (Sains) | RM6,650 setahun |
Pengeluaran biasiswa akan dibuat setiap semester berdasarkan pengesahan keputusan peperiksaan yang diterima daripada IPTA.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pelajar.
Siapa Yang Layak Mohon BAEK PTPTN?
BAEK PTPTN memberi fokus kepada pelajar daripada keluarga yang tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar berdasarkan rekod eKasih.
Anda mungkin layak jika:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon
- Memulakan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026
- Pelajar tersenarai dalam pangkalan data eKasih
- Kursus yang diikuti di IPTA telah berdaftar dalam Sistem Permohonan PTPTN
- Tiada akaun pinjaman PTPTN yang sedang diuruskan oleh Agensi Perunding Hutang (APH)
- Mempunyai akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus yang masih aktif
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan tidak kurang daripada 1 semester
Tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Macam Mana Nak Mohon BAeK PTPTN?
Untuk mendapatkan BAek PTPTN, Pelajar perlu membuat permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu melalui aplikasi web myPTPTN sebelum ditawarkan biasiswa BAeK.
- Buat permohonan pinjaman PTPTN melalui myPTPTN.
- Lengkapkan proses dan dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
- Sekiranya layak, pinjaman PTPTN yang anda pohon akan ditukar menjadi biasiswa BAeK PTPTN.
Rujuk panduan permohonan pinjaman PTPTN melalui myPTPTN di sini > Cara Mohon PTPTN Pertama Kali
TIADA PERMOHONAN BERASINGAN UNTUK BAEK PTPTN.

Macam Mana Nak Tahu Anda Berjaya Ditawarkan BAeK PTPTN atau Tidak?
Berikut ialah dua langkah utama untuk mengetahui status kejayaan permohonan BAeK PTPTN dan tindakan yang perlu diambil selepas itu:
- Langkah 1: Semakan dan Makluman Status
Pemohon tidak perlu menyemak secara manual setiap masa. Pihak PTPTN akan menghantar notifikasi rasmi secara terus melalui dua saluran, iaitu e-mel peribadi yang didaftarkan dan notifikasi aplikasi myPTPTN pada telefon pintar.
- Langkah 2: Tindakan Susulan Dokumen Fizikal
Jika permohonan anda berjaya, anda wajib memuat turun dan mencetak dokumen tawaran tersebut. Seterusnya, lengkapkan semua butiran yang diminta dan hantar secara fizikal ke kaunter cawangan PTPTN berhampiran untuk pengesahan akhir.

Ringkasan Proses Permohonan BAek PTPTN
- Pelajar akan menerima dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
- Pelajar hendaklah melengkapkan dan menandatangani dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
- Seterusnya pelajar akan menerima Dokumen Tawaran Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Akhir sekali, pelajar hendaklah mencetak dan melengkapkan dokumen tawaran Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) dan menyerahkannya di mana-mana kaunter cawangan PTPTN yang terdekat.
Perlukah Buat Bayaran Balik?
Tidak perlu.
Jika anda diluluskan untuk menerima Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN), keseluruhan pinjaman anda akan ditukarkan menjadi biasiswa penuh (0% hutang).
Perbezaan BAEK PTPTN Dengan Pinjaman PTPTN Biasa
Bagi yang masih kurang jelas, apa beza PTPTN biasa dan BAeK PTPTN ni, anda boleh rujuk jadual di bawah:
Perbandingan Pembiayaan PTPTN
Pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama (First Class Honours) boleh memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, rujuk caranya di sini:
Kalau Nak Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) Tapi Nama Takde Dalam eKasih, Apa Perlu Buat?
Pelajar hendaklah membuat pendaftaran eKasih terlebih dahulu dan membuat rayuan kepada PTPTN setelah berdaftar dalam rekod eKasih. Tawaran pemberian biasiswa adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Ringkasan:
- Daftar eKasih di https://ekasih2.icu.gov.my/
- Buat rayuan kepada PTPTN apabila nama dah berdaftar dalam rekod eKasih.
Maklumat Tambahan
>> Apa Itu eKasih?
eKasih ialah sistem pangkalan data kemiskinan nasional yang digunakan untuk mengenal pasti individu dan keluarga yang memerlukan bantuan kerajaan.
Pendaftaran eKasih membantu kerajaan:
- Mengenal pasti golongan sasaran.
- Menyalurkan bantuan dengan lebih tepat.
- Memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Bagi program seperti BAEK PTPTN, status dalam sistem eKasih menjadi salah satu faktor penting dalam menentukan kelayakan penerima.
Pendaftaran dan semakan kelayakan eKasih boleh dilakukan di: https://ekasih2.icu.gov.my/
Kelebihan BAEK PTPTN Kepada Pelajar
Inisiatif Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN) membawa impak yang sangat besar kepada mahasiswa.
Berbanding pinjaman biasa, program ini menukarkan pembiayaan pendidikan menjadi biasiswa penuh bagi pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih.
1. Bebas Hutang Selepas Tamat Pengajian
Kelebihan paling utama ialah pelajar tidak perlu membayar balik dana yang telah diterima sepanjang tempoh pengajian.
Apabila bergraduasi kelak, anda boleh memulakan alam kerjaya dengan tenang tanpa bebanan komitmen hutang bulanan yang sering dihadapi oleh peminjam biasa.
2. Pelepasan Kos Upah (Ujrah 0%)
Oleh sebab status pembiayaan ini ditukarkan sepenuhnya menjadi biasiswa, tiada sebarang kadar kos upah (ujrah) 1% dikenakan kepada pelajar. Semua kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui peruntukan khas.
3. Jumlah Bantuan Kewangan Sara Hidup
Kadar agihan dana di bawah BAeK PTPTN mengikut ketetapan Portal Rasmi PTPTN adalah sangat mencukupi untuk menampung kos yuran dan kos sara hidup mahasiswa mengikut peringkat pengajian:
- Peringkat Diploma: RM4,750 setahun.
- Ijazah Sarjana Muda (Sastera): RM6,180 setahun.
- Ijazah Sarjana Muda (Sains): RM6,650 setahun.

4. Fokus Sepenuh Masa pada Akademik
Menurut maklum balas penerima inisiatif ini menerusi laporan Utusan Malaysia, bantuan ini memberikan kelegaan mental yang besar kepada mahasiswa.
Pelajar tidak perlu melakukan kerja sambilan yang keterlaluan demi mencari duit poket atau risau tentang yuran tertunggak, sekali gus membolehkan tumpuan 100% diberikan untuk skor gred cemerlang.
5. Jaminan Kelangsungan Pengajian Di Awal Semester
Proses penawaran BAeK mewajibkan pelajar memohon pinjaman PTPTN biasa terlebih dahulu melalui Aplikasi Web myPTPTN.
Ini adalah kelebihan strategik di mana dana awal pengajian tetap akan disalurkan segera sebagai pinjaman terlebih dahulu supaya pelajar boleh mendaftar masuk universiti tanpa gangguan, sebelum sistem menukarkannya kepada status biasiswa BAeK secara automatik selepas pengesahan eKasih selesai.
Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Semasa Memohon
- Tidak Menyemak Kelayakan: Ada pelajar membuat permohonan tanpa memahami syarat utama.
- Menghantar Maklumat Tidak Lengkap: Dokumen yang tidak lengkap boleh menyebabkan proses permohonan terganggu.
- Bergantung Kepada Maklumat Tidak Rasmi: Pastikan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih seperti PTPTN dan saluran kerajaan.
Rujukan dan Pertanyaan
Untuk membuat rujukan rasmi atau mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai BAeK PTPTN, anda boleh menghubungi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara terus melalui saluran rasmi berikut:
- Talian Careline PTPTN: 03-2193 3000.
- Live Chat PTPTN di Portal Rasmi PTPTN.
- Soalan Lazim BAeK PTPTN
- Sistem e-Aduan: Sampaikan pertanyaan bertulis, aduan atau semakan kes status eKasih anda melalui platform e-Aduan PTPTN.
Semua semakan tawaran, status kelayakan BAeK, dan kemas kini maklumat akaun Simpan SSPN boleh diuruskan terus melalui aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.
FAQ – Soalan Lazim Biasiswa Anak eKasih BAeK PTPTN
BAeK PTPTN ialah pinjaman pendidikan PTPTN ditukarkan sepenuhnya menjadi biasiswa penuh (0% bayaran balik) khusus untuk mahasiswa daripada kategori miskin dan miskin tegar.
– Warganegara Malaysia;
– Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;
– Memulakan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026;
– Pelajar tersenarai dalam pangkalan data eKasih;
– Kursus yang diikuti di IPTA telah berdaftar dalam Sistem Permohonan PTPTN;
– Mempunyai akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus yang masih aktif;
– Tiada akaun pinjaman PTPTN yang sedang diuruskan oleh Agensi Perunding Hutang (APH); dan
– Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan tidak kurang daripada 1 semester.
– Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) adalah berdasarkan permohonan pinjaman PTPTN yang dibuat melalui aplikasi web myPTPTN.
– Pelajar akan diluluskan pinjaman PTPTN terlebih dahulu dan ditawarkan Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
– Pelajar akan dimaklumkan melalui e-mel dan mesej notifikasi di aplikasi myPTPTN.
Pelajar hendaklah mencetak dan melengkapkan dokumen tawaran Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) dan menyerahkannya di mana-mana kaunter cawangan PTPTN yang terdekat.
Tidak. Pelajar hanya perlu menandatangani Notis Pindaan yang dihantar bersama tawaran Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN).
Jumlah biasiswa yang diberikan adalah seperti berikut:
– Diploma: RM4,750 setahun
– Ijazah Sarjana Muda (Sastera): RM6,180 setahun
– Ijazah Sarjana Muda (Sains): RM6,650 setahun
Ya. Pelajar dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan lain, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada polisi agensi penaja yang berkaitan.
Pelajar hendaklah membuat pendaftaran eKasih terlebih dahulu dan membuat rayuan kepada PTPTN setelah berdaftar dalam rekod eKasih. Tawaran pemberian biasiswa adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Pelajar yang layak memohon Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) adalah mereka yang berdaftar dalam data eKasih dan mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026.
Tidak layak. Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) hanya ditawarkan kepada pelajar yang memulakan pengajian pada Januari 2026.
Layak. Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) akan ditawarkan mulai Januari 2027. Tawaran pemberian biasiswa adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Penafian: Maklumat yang diberikan di atas adalah sebagai panduan am sahaja. Segala syarat kelayakan, kadar pembiayaan dan prosedur permohonan tertakluk kepada perubahan semasa oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk atau menyemak pengumuman terkini terus di portal rasmi PTPTN atau melalui aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat dan dikemas kini.