Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Faedah Lindung 24 Jam – Berapa Pampasan Boleh Dituntut di bawah Skim LINDUNG 24 Jam?

jadual pengiraan faedah lindung 24 jam fasa 1.j

Faedah utama yang boleh dituntut di bawah Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) PERKESO merangkumi lapan jenis bantuan kewangan, rawatan, dan pemulihan bagi kemalangan di luar waktu bekerja.

Skim ini menyediakan penggantian pendapatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan peribadi atau kemalangan domestik (seperti terjatuh di rumah atau kemalangan jalan raya ketika bercuti) yang tidak berkait dengan tugasan rasmi pejabat.

Ringkasan Artikel Faedah Lindung 24 Jam

  1. Faedah Perubatan: Rawatan percuma di klinik panel atau hospital kerajaan.
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS): Elaun tunai harian sepanjang tempoh cuti sakit (MC).
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK): Pampasan pukal atau pencen bulanan jika berlaku cacat kekal.
  4. Elaun Layanan Sentiasa (ELS): Bantuan bulanan RM500 jika pesakit hilang upaya teramat parah.
  5. Kemudahan Pemulihan (Rehabilitasi): Fisioterapi, bekalan kaki palsu, kerusi roda, dan latihan Return to Work.
  6. Faedah Orang Tanggungan (FOT): Pencen bulanan untuk waris (pasangan/anak) jika pencarum meninggal dunia.
  7. Faedah Pengurusan Mayat (FPM): Bantuan tunai sehingga RM3,000 untuk pengurusan jenazah.
  8. Kemudahan Pendidikan: Pinjaman atau bantuan pendidikan untuk anak-anak pencarum yang meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal parah.

Senarai Faedah yang Boleh Dituntut LINDUNG 24 Jam

Faedah yang boleh dituntut di bawah Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja – SKBBK) PERKESO merangkumi lapan (8) jenis perlindungan utama yang disediakan sebagai penggantian pendapatan akibat kemalangan di luar waktu bekerja.

Terdapat 8 faedah yang anda boleh tuntut iaitu:

1. Faedah Perubatan

Pencarum yang ditimpa kemalangan di luar waktu kerja layak menerima rawatan perubatan secara percuma.

  • Tempat Rawatan: Boleh diperolehi di mana-mana klinik panel PERKESO atau hospital/klinik Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.
  • Kecederaan Parah: Bagi kes yang memerlukan rawatan pakar atau kemasukan ke wad, mangsa akan ditempatkan di wad kelas dua hospital kerajaan.
  • Tuntutan Balik: Jika rawatan terpaksa dibuat di klinik bukan panel, permohonan ganti belanja (reimbursement) boleh dikemukakan tertakluk kepada kadar yang ditetapkan.

Makluman:

  • Kadar Bayaran Balik: Jumlah wang yang akan dipulangkan (untuk tuntutan balik) adalah tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO atau mengikut Akta Fi 1951 (iaitu disamakan dengan kadar caj rawatan standard di Hospital Kerajaan). Jika caj hospital swasta jauh lebih mahal, anda perlu menanggung sendiri baki perbezaan kos tersebut.
FAEDAH LINDUNG 24 JAM PERKESO

2. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)

Bantuan kewangan ini diberikan sebagai ganti pendapatan harian sepanjang tempoh pekerja tidak berupaya untuk bekerja.

Ini bermaksud, anda boleh dapat bayaran harian sebagai ganti pendapatan sepanjang anda tidak bekerja.

  • Syarat Tempoh: Dibayar untuk tempoh cuti sakit (MC) yang disahkan oleh doktor berdaftar, dengan syarat cuti sakit tersebut tidak kurang daripada 4 hari (termasuk hari kemalangan).
  • Kadar Bayaran: 48% daripada purata gaji harian anda.
  • Contoh (Gaji RM1,000): Menerima RM23.20 sehari. Jika MC selama 10 hari, anda akan dibayar RM232.00
  • Keistimewaan: Faedah ini tetap akan dibayar kepada pekerja walaupun mereka hadir bekerja dan menerima gaji dalam tempoh tersebut (terhad kepada kelayakan MC).

Cuti MC pun dapat duit!

Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) (1)
*Bayaran adalah bergantung pada kelulusan pihak PERKESO

3. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)

Pencarum yang mengalami kecacatan atau hilang anggota badan kekal akibat kemalangan layak menerima pampasan wang tunai daripada PERKESO.

  • Kadar Bayaran: Dikira pada kadar 54% daripada gaji bulanan
  • Tahap hilang upaya akan dinilai oleh Jemaah Doktor (JD) atau Jemaah Doktor Rayuan.

Jumlah wang pampasan yang akan anda terima ditetapkan mengikut tiga perkara utama:

  1. Peratusan taksiran hilang upaya (%)
  2. Kadar gaji bulanan pencarum
  3. Umur pencarum semasa kemalangan

4. Elaun Layanan Sentiasa (ELS)

Pekerja yang lumpuh atau mengalami kecacatan total yang sangat teruk sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri layak menerima elaun bulanan sebanyak RM500.

Elaun ini diberikan untuk meringankan kos upah atau bantuan orang lain yang menjaga mangsa setiap hari.

  • Hanya diberikan kepada pekerja yang disahkan mengalami hilang upaya kekal 100% (total) dan berada dalam keadaan tidak berdaya dengan teruk.
  • Mangsa mesti berada dalam keadaan yang sentiasa memerlukan bantuan atau layanan orang lain untuk aktiviti harian (contoh: mandi, makan, bergerak, atau ke tandas).
  • Kelayakan elaun ini wajib mendapat syor atau sokongan bertulis daripada panel perubatan PERKESO, iaitu sama ada:
    • Jemaah Doktor
    • Jemaah Doktor Khas
    • Jemaah Doktor Rayua
  • Jumlah Bantuan: Kadar bayaran elaun ini ditetapkan secara tetap iaitu RM500 sebulan.

5. Kemudahan Pemulihan (Rehabilitasi)

PERKESO menyediakan program pemulihan secara komprehensif bagi membantu pekerja kembali berdikari.

  • Pemulihan Jasmani: Merangkumi fisioterapi, terapi cara kerja, serta pembekalan alat ortotik/prostetik (seperti kaki palsu atau kerusi roda) jika diperlukan.
  • Pemulihan Vokasional: Latihan kemahiran semula bagi pekerja yang tidak dapat kembali ke tugasan asal supaya mereka boleh melakukan pekerjaan lain.
  • Program Return to Work (RTW): Sokongan integrasi fizikal dan mental untuk memastikan transisi kembali ke alam pekerjaan berjalan lancar.

6. Faedah Orang Tanggungan (FOT)

Jika seseorang pekerja meninggal dunia akibat kemalangan di luar waktu bekerja, waris mereka layak menerima bantuan kewangan bulanan (pencen).

Bantuan pencen bulanan ini adalah untuk ahli keluarga bagi menggantikan pendapatan pekerja yang telah meninggal dunia.

  • Syarat Kelayakan: Pekerja mesti meninggal dunia akibat kemalangan bukan bencana kerja (kemalangan domestik atau luar waktu pejabat).
  • Siapa yang Layak: Diberikan kepada orang tanggungan seperti pasangan (isteri/suami), anak-anak, ibu, atau bapa.
  • Kadar Bayaran: Sebanyak 54% daripada gaji bulanan si mati akan dibahagikan kepada balu/duda (seumur hidup) dan anak-anak (sehingga umur 21 tahun).
  • Contoh (Gaji RM1500): Waris menerima pencen bulanan sebanyak RM783 sebulan.

7. Faedah Pengurusan Mayat (FPM):

Bantuan tunai sehingga RM3,000 untuk pengurusan jenazah. Dibayar jika pekerja meninggal dunia atas dua sebab:

  • Akibat kemalangan luar waktu bekerja.
  • Meninggal dunia semasa dia sedang menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal.

Penerima Wang RM3,000: Dibayar terus kepada waris terdekat seperti balu (isteri), duda (suami), anak, ibu, atau bapa.

Jika Tiada Waris Terdekat: Wang akan dibayar kepada pihak yang menguruskan jenazah tersebut (contoh: kariah masjid atau rakan). Pembayaran adalah mengikut kos sebenar berdasarkan resit rasmi, dengan had maksimum sehingga RM3,000.

8. Kemudahan Pendidikan

Pinjaman atau bantuan pendidikan untuk anak-anak pencarum yang meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal parah.

Faedah kemudahan pendidikan ini jarang-jarang ditawarkan oleh skim insurans perlindungan di luar sana tau. Inilah kelebihan istimewa skim Lindung 24 Jam ni!

Mengikut polisi Faedah Pendidikan PERKESO, sekiranya anak pencarum berjaya memperoleh keputusan akademik yang cemerlang (seperti mendapat First Class Honours / Ijazah Kelas Pertama) di universiti, pinjaman pendidikan tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa penuh (tidak perlu dibayar balik).

Jika tidak mendapat Kelas Pertama sekalipun, kadar caj perkhidmatan (faedah) yang dikenakan hanyalah 2% setahun, jauh lebih rendah berbanding pinjaman komersial atau pembiayaan bank lain.

Peruntukan pembiayaan pinjaman pendidikan PERKESO hanya meliputi kos pengajian yang terdiri daripada yuran pendaftaran semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan dan yuran makmal untuk setiap semester.

Anak tanggungan berhak mendapat bantuan ini jika pekerja (ibu/bapa) mengalami salah satu dari dua situasi berikut:

1. Pekerja Meninggal Dunia

Anak berhak mendapat bantuan jika pekerja meninggal dunia dan memenuhi syarat untuk menerima manfaat di bawah salah satu skim berikut:

  • Skim Bencana Pekerjaan
  • Skim Keilatan (Pencen Ilat atau Pencen Penakat).
  • Skim LINDUNG 24 Jam

2. Pekerja Mengalami Kecacatan Kekal yang Parah

Anak juga berhak mendapat bantuan jika pekerja masih hidup, tetapi menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal di bawah:

  • Skim Bencana Pekerjaan, atau
  • Skim LINDUNG 24 Jam.

Berapa Tuntutan/Pampasan Boleh Dituntut di bawah Skim LINDUNG 24 Jam?

Mesti ramai yang nak tahu berapa sebenarnya pampasan yang layak pencarum tuntut di bawah LINDUNG 24 Jam ni kan?

Berikut pengiraan faedah Lindung 24 Jam yang dikongsikan oleh PERKESO untuk fasa 1 (dua tahun pertama):

Fasa 1: Dua Tahun Pertama
Syer Pekerja 0.75% 0.75%
Gaji Bulanan RM1,500 RM5,000
Kadar Faedah 48%
Faedah Hilang Upaya Sementara RM23.20 sehari RM79.20 sehari
Kadar Faedah 54%
Faedah Hilang Upaya Kekal
Umur 40 tahun
Lumpuh
Taksiran JD 100%
  • Pukal RM32,473.62
  • Berkala RM20.88 sehari
  • RM626.40 sebulan
  • Pukal RM110,858.22
  • Berkala RM71.82 sehari
  • RM2,154.60 sebulan
Faedah Orang Tanggungan
1 Balu, 1 Anak
RM783.0
sebulan
RM2,673.00
sebulan
Faedah Perubatan Tiada had
(tertakluk Akta Fi 1951)
Faedah Pemulihan Tiada had
Faedah Pengurusan Mayat RM3,000

Jadual ini membandingkan amaun faedah yang layak dituntut bagi dua kategori gaji bulanan yang berbeza (iaitu RM1,500 dan RM5,000) berdasarkan kadar caruman pekerja sebanyak 0.75%.

  • Syer Pekerja (0.75%): Ini adalah peratusan potongan gaji pekerja untuk skim ini.
    • Gaji Bulanan RM1,500: Pekerja menyumbang sebanyak RM11.25 sebulan.
    • Gaji Bulanan RM5,000: Pekerja menyumbang sebanyak RM37.50 sebulan.

Rujuk juga: Jadual Caruman LINDUNG 24 Jam – Berapa Gaji Dipotong?

Berapa bayaran faedah Hilang Upaya Sementara (Cuti Sakit / MC)?

  • Diberikan mengikut kadar 48% daripada purata gaji harian. Ini bermaksud:
    • Gaji RM1,500: Menerima bayaran tunai RM23.20 sehari sepanjang tempoh MC.
    • Gaji RM5,000: Menerima bayaran tunai RM79.20 sehari sepanjang tempoh MC.

Berapa bayaran faedah Hilang Upaya Kekal (Kecederaan Parah / Lumpuh)?

  • Contoh situasi: Pencarum berumur 40 tahun, mengalami lumpuh, dan disahkan hilang upaya 100% oleh Jemaah Doktor (JD).
  • Pampasan dikira mengikut kadar 54%. Ini bermaksud:
    • Gaji RM1,500: Layak menerima bayaran pukal (sekaligus) RM32,473.62, pencen bulanan berkala sebanyak RM626.40 sebulan (bersamaan RM20.88 sehari).
    • Gaji RM5,000: Layak menerima bayaran pukal (sekaligus) RM110,858.22, pencen bulanan berkala sebanyak RM2,154.60 sebulan (bersamaan RM71.82 sehari).

Berapa bayaran faedah Orang Tanggungan (Jika Pekerja Meninggal Dunia)?

  • Contoh situasi: 1 orang Balu (isteri) dan 1 orang Anak
  • Pampasan dikira mengikut kadar 54%. Ini bermaksud:
    • Gaji RM1,500: Waris akan menerima pencen bulanan sebanyak RM783.00 sebulan.
    • Gaji RM5,000: Waris akan menerima pencen bulanan sebanyak RM2,673.00 sebulan.

Berapa bayaran faedah Perubatan & Pemulihan?

  • Kedua-dua faedah ini diletakkan status “Tiada had”.
  • Anda layak mendapat rawatan dan pemulihan (fisioterapi/alat bantuan) sepenuhnya secara percuma di bawah panel PERKESO
  • Kos perubatan tertakluk kepada Akta Fi 1951 jika melibatkan hospital kerajaan.

Berapa bayaran faedah Pengurusan Mayat?

  • Bagi kedua-dua kategori gaji, waris akan menerima bantuan tunai segera yang sama nilai iaitu sebanyak RM3,000 untuk kos pengebumian.

Ini membuktikan bahawa dengan nilai caruman bulanan yang sangat kecil (RM11 hingga RM37 sahaja), perlindungan kewangan yang disediakan oleh PERKESO adalah sangat besar bagi menjamin masa depan pekerja dan keluarga!

Makluman:

Selain daripada Skim LINDUNG 24 Jam, waris atau orang tanggungan arwah boleh menuntut tiga jenis bantuan utama daripada PERKESO sekiranya berlaku kes kematian, bergantung kepada punca kematian dan status caruman arwah iaitu:

  1. Pencen Penakat (Di bawah Skim Keilatan)
  2. Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
  3. Faedah Orang Tanggungan / FOT (Di bawah Skim Bencana Pekerjaan) – Jika kematian berlaku dalam waktu bekerja/disebabkan bencana kerja.

Nak tahu cara buat tuntutan Lindung 24 Jan, rujuk: Cara Tuntut Faedah (Claim) LINDUNG 24 Jam PERKESO

Contoh Kes Tuntutan LINDUNG 24 Jam PERKESO

Setiap peningkatan amaun gaji bulanan akan meningkatkan jumlah caruman, yang seterusnya memberikan pulangan faedah pampasan yang lebih tinggi:

Maklumat / Jenis FaedahGaji RM1,800Gaji RM3,000Gaji RM5,000
Caruman BulananRM13.15RM22.15RM37.15
Faedah Hilang Upaya Sementara (Kadar 48%)RM28.00 / hariRM47.20 / hariRM79.20 / hari
Faedah Hilang Upaya Kekal (Kadar 54%)• Pukal: RM30,447.10
• Bulanan: RM756.00 (RM25.20/hari)
• Pukal: RM51,156.54
• Bulanan: RM1,274.40 (RM42.48/hari)
• Pukal: RM85,838.94
• Bulanan: RM2,138.40 (RM71.28/hari)
Faedah Orang Tanggungan (1 Balu & 1 Anak)RM945.00 / bulanRM1,593.00 / bulanRM2,673.00 / bulan

Perlindungan Tambahan (Sama untuk semua tahap gaji):

  • Faedah Perubatan: Tiada Had (Tertakluk kepada Akta F1 1951)
  • Faedah Pemulihan: Tiada Had
  • Faedah Pengurusan Mayat: RM3,000
manfaat lindung 24 jam

Apa Kes yang Dilindungi?

Berdasarkan peruntukan di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) PERKESO, kes atau situasi yang dilindungi adalah semua jenis kemalangan atau kejadian yang berlaku di LUAR waktu bekerja dan di LUAR premis tempat kerja:

Contohnya:

  • Tergelincir atau jatuh di dalam bilik air rumah.
  • Terkena renjatan elektrik semasa mengendalikan alatan rumah.
  • Melecur atau cedera semasa memasak di dapur pada hari cuti.
  • Kecederaan akibat bermain bola sepak, badminton, atau futsal bersama rakan-rakan pada waktu malam.
  • Kemalangan semasa melakukan aktiviti mendaki gunung (hiking), berbasikal, atau berenang pada hujung minggu.
  • Kecederaan sewaktu bersenam di pusat gimnasium peribadi.
  • Kemalangan jalan raya sewaktu keluar membeli barangan dapur atau barangan harian.
  • Kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman semasa bercuti. (Nota Penting: Jika kemalangan berlaku semasa perjalanan pergi/balik kerja, ia dikategorikan sebagai Bencana Kerja di bawah Akta 4 sedia ada, bukan di bawah LINDUNG 24 Jam.)
  • Disengat atau dipatuk haiwan berbisa (seperti ular atau tebuan) di kawasan rumah.
  • Menjadi mangsa jenayah (seperti ragut, samun, atau pecah rumah) yang menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian.

Perkara yang TIDAK Dilindungi (Pengecualian Kes)

  • Membunuh diri atau kecederaan yang disengajakan oleh diri sendiri.
  • Kemalangan yang berlaku akibat pengaruh alkohol atau dadah terlarang.
  • Kecederaan akibat penglibatan dalam aktiviti jenayah atau rusuhan.
  • Penyakit sedia ada (seperti serangan jantung, diabetes, atau strok) – NOTA: Skim ini hanya melindungi kes kemalangan sahaja, bukannya pelan perlindungan penyakit kritikal.

Ya, faedah LINDUNG 24 Jam BOLEH dituntut.

Walaupun anda mempunyai penyakit sedia ada, skim ini tetap memberikan perlindungan penuh sekiranya kecederaan atau kematian tersebut berpunga daripada faktor luar (kemalangan) sewaktu anda pergi ke pasar pada hari Ahad.

Caruman Skim Lindung Adalah Sukarela

Caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah PERKESO kini bertukar menjadi pilihan sukarela bagi pekerja tempatan dan berkuat kuasa serta-merta pada 9 Julai 2026.

Manakala, untuk pekerja asing ia kekal diwajibkan (mandatori).

  • Jika anda ingin KEKAL menyertai LINDUNG 24 Jam, TIADA tindakan diperlukan.
  • Jika andaTIDAK ingin menyertai LINDUNG 24 Jam, anda WAJIB melengkapkan Borang Pilihan (Notis Pelepasan Liabiliti) melalui Portal LINDUNG Faedah.
  • Tempoh penghantaran Notis Pelepasan Liabiliti: 13 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026.
faedah lindung 24 jam
Foto: Pertubuhan Keselamatan Sosial

PENTING!

  • Sekiranya tiada notis diterima sehingga 31 Ogos 2026, penyertaan anda akan diaktifkan secara automatik sebagai MENYERTAI LINDUNG 24 Jam.
  • Pekerja yang memilih untuk TIDAK mencarum, boleh menukar kepada pilihan menyertai pada masa akan datang.
  • Tetapi, pekerja yang sudah memilih untuk mencarum tidak boleh menukar kepada pilihan tidak menyertai pada masa akan datang.

Rujuk cara batalkan caruman Lindung 24 Jam di: Cara Batalkan Caruman LINDUNG 24 Jam (opt-out), Notis Pelepasan Liabiliti & Pro Kontra Teruskan Caruman

Untuk menyertai LINDUNG 24 Jam, anda boleh isi Borang Penyertaan Lindung 24 Jam

Rujukan & Pertanyaan

Talian Bantuan & Sokongan Fizikal

Jika anda menghadapi masalah teknikal semasa proses online, anda boleh menggunakan saluran alternatif berikut:

  • Hubungi Careline: Telefon talian khidmat pelanggan PERKESO di 1-300-22-8000.
  • Emel Sokongan: Hantar pertanyaan ke e-mel rasmi perkeso@perkeso.gov.my.
  • Hadir Fizikal: Anda juga boleh terus ke mana-mana Pejabat PERKESO yang berhampiran dengan lokasi anda untuk bantuan ejen di kaunter.

FAQ – Soalan Lazim Faedah Lindung 24 Jam

Apakah itu Skim LINDUNG 24 Jam?

Skim Lindung 24 Jam ialah skim perlindungan keselamatan sosial keselamatan untuk pekerja formal daripada kemalangan atau kecederaan yang berlaku di luar waktu bekerja (seperti kemalangan di rumah atau ketika bercuti).

Siapakah yang layak mendapat perlindungan ini?

Semua pekerja formal warganegara Malaysia (secara sukarela/opt-out) dan pekerja asing yang sah (secara wajib) yang berumur di bawah 60 tahun.

Adakah caruman ini dipotong daripada syer majikan?

Tidak. Caruman ini ditanggung 100% oleh pekerja sendiri melalui potongan gaji bulanan.

Berapa Faedah Hilang Upaya Sementara (Duit MC)?

– Kadar bayaran ialah 48% daripada purata gaji harian anda.
– Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya 4 hari (termasuk hari kemalangan).

Berapa Faedah Hilang Upaya Kekal (Pampasan Kecacatan)?

– Kadar bayaran ialah 54% daripada gaji bulanan, kemudian didarab mengikut peratusan kecacatan (%) yang disahkan oleh Jemaah Doktor serta faktor umur anda.

Berapa Faedah Orang Tanggungan (Pencen Waris)?

– Kadar bayaran adalah sebanyak 54% daripada gaji bulanan si mati akan dibayar sebagai pencen bulanan kepada pasangan (isteri/suami) seumur hidup dan anak-anak sehingga umur 21 tahun jika pekerja meninggal dunia akibat kemalangan luar waktu kerja.

Berapa Elaun Layanan Sentiasa (ELS)?

– Kadar bayaran ialah RM500 sebulan secara tetap bagi pencarum yang lumpuh keseluruhan (hilang upaya 100%) dan memerlukan penjagaan rapi orang lain.

Berapa Faedah Pengurusan Mayat (FPM)?

– Kadar bantuan tunai sebanyak RM3,000 sekali seumur hidup yang dibayar terus kepada waris untuk kos urusan jenazah.

Berapa Faedah Perubatan & Pemulihan?

Tiada had kos. Rawatan perubatan di hospital kerajaan/klinik panel serta kemudahan fisioterapi disediakan secara percuma sehingga pulih. Tertakluk pada terma & syarat.

Ain merupakan penulis artikel kewangan di ewarta.my, memfokuskan kepada pengurusan kewangan mikro dan pelaburan runcit tempatan. Turut aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan kewangan, gaya hidup dan topik trending.

View All Posts

You Missed