Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah Berdasarkan Pengalaman Peribadi

barang tak perlu bawa umrah

Selalunya kita baca pengalaman orang pergi umrah mesti dia akan kongsikan barang-barang yang perlu dibawa kan?

Hah, kali ini saya nak kongsikan barang yang TAK PERLU BAWA semasa umrah berdasarkan pengalaman peribadi.

Tak semua yang dikongsikan di media sosial kita perlu ikut, atau dalam bahasa gen Z sekarang, FOMO (Fear of Missing Out).

Untuk mengelakkan anda membazirkan ruang bagasi membawa barang yang tidak perlu ataupun kurang digunakan semasa umrah, jom semak senarai barang tidak perlu dibawa semasa umrah di bawah.

Senarai 11 Barang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah – Beratkan Beg Je!

Berdasarkan pengalaman saya sendiri (dan ada juga hasil borak dengan jemaah lain yang pernah pergi umrah), ini antara barang yang bagi saya TAK PERLU BAWA dan elok tinggal kat rumah je:

1. Seterika Travel

Apabila cari makluamt mengenai barang yang nak bawa semasa umrah, ramai juga yang cadangkan bawa seterika travel (sebab saiznya yang kecil).

TAPI. PERCAYALAH. Jarang sangat nak guna seterika ini. Sampai je kat sana nanti, tak fikir pun dah nak seterika baju atau tudung sebab kesuntukan masa.

Sebaiknya bawa baju/tudung yang ironless. Kalau terdesak sangat, boleh hantar ke kedai laundry hotel yang murah dan cepat.

2. Stok Makanan Berlebihan

Jangan takut kelaparan kat sana! Ada berlambak kedai makan di sekitar hotel Makkah dan Madinah. Kalau nak juga makanan Malaysia, bawalah secukupnya sahaja.

Lagipun, pakej umrah sekarang hampir semuanya sudah menyediakan makanan melayu yang lengkap (3 kali sehari).

p/s: Dah-dahlah tu asyik fikir makanan je. Nak bawak banyak-banyak bukan nak buat kenduri kat sana. Hehe gurau!

3. Kasut Tawaf

Saya terpengaruh betul dengan kebanyakan video tiktok yang cadangkan beli kasut tawaf. Sebenarnya kasut ni tak perlu pun.

Saya cadang nak pakai semasa tawaf, tapi kasut ni asyik tercabut je. Dalam keadaan sesak ramai orang, sukar nak betulkan kasut berulang kali. Akhirnya, saya buka je dan pakai stokin je bertawaf. Nasib baik, stokin saya anti slip. Tapi, kena doublekan stokin baru selesa sikitlah.

Satu lagi, saya baca rama juga yang cadangkan beli kasung berenang atau orang panggil, kasut air. Lembut je, selesa dan paling penting tak mudah tercabut.

Ni contoh kasut air jual kat shoppe:

Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah

4. Botol Air Besar

Botol air besar? Tak perlu bawa. Benda yang saiz besar-besar ni tak perlu bawa. Percayalah. Makan ruang dan buatkan beg anda jadi lebih berat sahaja.

Di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tong-tong air Zamzam mudah sangat nak dijumpai. Jadi, anda tidak akan kehausan.

Membawa botol air yang besar dan berat ke sana sini bukan sahaja membebankan bahu dan membuatkan anda cepat lenguh semasa tawaf, malah ia akan menyusahkan anda untuk bergerak di dalam saf yang padat dengan manusia.

Cukup sekadar membawa botol foldable (botol plastik lembut yang boleh dilipat) atau beli sahaja botol air mineral kecil bersaiz 350ml.

Ia tersangat ringan, mudah diselitkan di dalam beg sandang, dan boleh diisi semula dengan air Zamzam pada bila-bila masa sahaja anda mahu.

Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah

5. Kipas Portable

Ramai yang menyangka dengan membawa kipas portable dapatlah sejukkan diri sedikit semasa umrah nanti. Tapi hakikatnya, kat sana nanti tu panasnya tak sama macam panas kat Malaysia.

Bila anda pakai kipas portable ni, tak rasa sejuk pun. Sebaliknya, rasa angin panas. Macam tengah pakai pengering rambut tu.

Jadi, tak perlu bawa. Kalau nak bawa kipas, bawa yang ada ‘cooling’ effect tu. Atau bawa alat-alat yang boleh bantu menyejukkan macam cooling mist, dan sebagainya.

Contoh kipas yang ada ‘cooling’ effect tu macam kat bawah ni:

Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah

6. Tak Perlu Bawa Banyak Telekung dan Sejadah Tebal

Perlu ke bawa banyak telekung dan sejadah tebal nak pergi umrah? Jawapannya tak perlu.

Bawa telekung dua pun dah cukup. Sebaiknya pilih jenis telekung travel yang menggunakan material kain ringan dan jenis kompak (boleh lipat kecil).

Sejadah tak perlu bawa. Kalau nak bawa sejadah, bawa sejadah yang boleh lipat-lipat kecil tu.

Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah

Untuk wanita, nak solat mudah je. Pakai je telekung mini atau tudung sarung labuh pun boleh. Yang penting bersih.

7. Singlet Berpoket

Hari tu, saya ingatkan beli singlet berpoket untuk ayah untuk simpan duit belanja atau telefon bimbit sebagai langkah berjaga-jaga. Tetapi realitinya, ia agak menyusahkan dan kurang praktikal apabila nak ambil barang.

Lebih-lebih lagi bukan semua pakaian yang dibawa ada butang di hadapan. Terkial-kial nak ambil barang. Jadi bagi saya kurang praktikal.

Sebaiknya, bawa je beg silang kecil jenis nipis (slim pouch bag atau chest bag) yang boleh dipakai di luar jubah. Jika bimbang tentang keselamatan atau takut diseluk saku, beg silang nipis ini boleh disorok di sebalik kain/baju.

8. Terlalu Banyak Baju/Tudung

Tak perlu bawa terlalu banyak baju atau tudung untuk umrah yang hanya 12-14 hari. Bawa jubah atau pakaian yang anda selesa sahaja sebanyak 4-5 helai. Pastikan baju tersebut menutup aurat, boleh diboleh solat, jenis kain yang ringan serta ironless.

Sebagai wanita, saya faham kita mesti nak tukar-tukar baju supaya gambar nampak cantik dan sebagainya. Tapi, dalam masa 12-14 hari ini, niatkanlah untuk fokus beribadah.

Lagipun, di Makkah dan Madinah nanti ada banyak sangat kedai baju dan jubah yang anda pasti nak singgah dan beli. Jadi, bawa cukup-cukup je. Bawa kurang pun okay je, boleh beli dekat sana nanti.

9. Stokin Wudhu (Terbuka Depan)

Ramai jemaah wanita membeli stokin wuduk (jenis yang ada lubang atau boleh diselak di bahagian hujung kaki) dengan niat mahu memudahkan urusan mengambil wuduk di kawasan masjid tanpa perlu menanggalkan stokin.

Secara peribadinya, stokin ini kurang praktikal untuk saya sebab kalau berjalan jauh dalam masjid, stokin jenis ni mudah terbuka depannya. Kadang tu tak sedar, eh tiba-tiba nampak pula jari-jari kaki.

Kalau tak bawa stokin wudhu pun takpe, bawa je stokin yang jenis anti-slip (ada bintik-bintik getah kat bahagian bawahnya tu). Bawa banyak pun takpe, sebab nak tukar selalu.

10. Al Quran Besar

A-quran saiz besar sangat tak praktikal nak bawa semasa umrah. Di Makah dan Madinah, anda boleh jumpa Al-Quran bermacam-macam saiz dengan mudah. Anda boleh ambil dan baca pada bila-bila masa sahaja secara percuma.

Cumanya, kalau nak tanda bacaan tu, anda boleh buat nota dekat telefon bimbit siap-siap supaya mudah.

Jika anda mahu membaca Al-Quran semasa berada di dalam bas, ketika menunggu penerbangan di airport, atau di dalam bilik hotel, boleh muat turun siap-siap aplikasi Quran yang dipercayai seperi Al Inara (aplikasi ini disarankan oleh Dr Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri).

Lebih mudah dan praktikal.

Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah
Boleh muat turun aplikasi Al Inarah di https://al-inarah.com/
Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah
Aplikasi Al-Quran dengan audio bacaan dan tafsir khas

Apa Persediaan Sebelum Pergi Umrah?

Ada persediaan yang lebih penting daripada barang-barang yang nak dibawa, iaitu persediaan rohani dan fizikal.

Seperti yang kita tahu, nak pergi umrah ni tak sama macam nak pergi bercuti biasa. Kita perlu bersedia secara rohani, fizikal dan juga.. MENTAL.

Bagi memastikan anda menjalini ibadah umrah dengan tenang di sana, berikut adalah persediaan rohani, fizikal, dan mental yang wajib anda lakukan sebulan sebelum penerbangan:

1. Rajinkan briskwalk

Umrah ini ibadah yang guna banyak tenaga fizikal. Dari hotel ke masjid, belum kira pusingan tawaf dan sai lagi, silap-silap sehari boleh cecah 10,000 hingga 15,000 langkah.

Jadi, sekurang-kurangnya sebulan sebelum pergi, biasakan diri buat brisk walk atau jalan laju di kawasan perumahan. Buat latihan dalam rumah pun boleh. Kalau ada treadmil lagi baik.

2. Belajar solat jamak, solat jenazah & solat-solat sunat lain

Ini sangat penting!

Ramai jemaah terpinga-pinga bila sampai sana. Di Makkah dan Madinah, setiap kali habis solat fardhu, hampir setiap kali tu akan ada solat jenazah.

Rugi sangat kalau kita duduk sahaja sebab tak tahu niat dan cara solat jenazah.

Selain itu, mantapkan juga ilmu solat jamak qasar untuk urusan musafir semasa dalam penerbangan atau perjalanan bas, serta solat-solat sunat seperti solat sunat tawaf dan solat sunat ihram.

3. Susun siap-siap doa

Bila dah depan Kaabah nanti, otak kita boleh jadi blank sebab terlalu sebak dan teruja. Sudahnya, kita asyik ulang doa yang sama sahaja.

Tips saya, buat satu buku nota kecil atau taip siap-siap dalam telefon bimbit anda.

Senaraikan nama ahli keluarga atau kawan-kawan yang kirim doa. Susun ikut kategori: doa untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak, dan sebagainya.

4. Betulkan niat selalu & belajar sangka baik

Ujian umrah ini kadang-kadang bermula dari airport lagi. Penerbangan delay, beg lambat sampai, atau dapat bilik hotel tak macam dalam gambar.

Di sinilah pentingnya kita sentiasa audit niat asal kita ke sana. Latih diri untuk sentiasa bersangka baik dengan aturan Allah dan juga dengan ragam jemaah negara lain.

Kalau nampak benda yang tak kena di mata kita, cepat-cepat istighfar dan anggap itu sebahagian daripada ujian tarbiah untuk kita.

5. Selesaikan urusan hubungan sesama manusia (meminta maaf dan melunaskan hutang).

Sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci, pastikan kita ‘clear’ kan semua urusan dengan manusia.

Minta maaf betul-betul dengan ibu bapa, pasangan, adik-beradik, kawan-kawan, dan rakan sekerja.

Paling penting, kalau ada hutang, ganti siap-siap atau sekurang-kurangnya maklumkan kepada pemiutang tentang pemergian kita.

Kita tak mahu ibadah kita tersangkut atau doa kita terhijab hanya disebabkan ada hati yang tidak redha atau hutang yang sengaja dilupakan.

Ini 10 Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah Berdasarkan Pengalaman Peribadi

Akhir kata, semoga persediaan dan perjalanan umrah anda memberi makna dan dikurniakan keredhaan Allah. Semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur. InshaAllah amin.

Kalau perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Semoga ada saham pahala juga untuk anda yang suka sebarkan kebaikan. Amin.

Rujukan & Pertanyaan

Bagi mendapatkan info lebih lanjut mengenai persediaan umrah, anda boleh rujuk laman web Tabung Haji ataupun agen umrah anda.

FAQ – Soalan Lazim Barang yang Tak Perlu Bawa Semasa Umrah

Adakah salah kalau saya tetap mahu bawa barangan dalam senarai “Tak Perlu Bawa” di atas?

Tidak salah. Senarai ini dibuat berdasarkan faktor praktikal dan keselesaan. Jika anda rasakan sangat memerlukan barang tersebut, anda boleh bawa. Cuma, pastikan anda bersedia dengan risiko beg berat dan caj lebihan bagasi (excess baggage).

Berapakah had berat bagasi yang dibenarkan untuk penerbangan Umrah 2026?

Jawab: Kebanyakan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Saudi Arabian Airlines, dan AirAsia X memberikan had bagasi daftar masuk (checked-in baggage) antara 20kg hingga 30kg seorang (bergantung pada jenis tiket/pakej). Untuk bagasi kabin (hand carry), had maksima biasanya adalah 7kg. Sila semak dengan agensi travel anda untuk kepastian.

Kenapa kasut sukan bertali tidak digalakkan dibawa ke dalam masjid?

Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, anda akan kerap membuka dan memakai kasut setiap kali keluar masuk masjid. Kasut bertali memerlukan masa untuk diikat, sekali gus akan mengganggu kelancaran aliran jemaah lain di pintu masuk. Kasut slip-on atau sandal jauh lebih cepat dan praktikal.

Bolehkah saya bawa ubat cecair (seperti ubat batuk) dalam bagasi kabin (hand-carry)?

Boleh, dengan syarat ia mematuhi peraturan barangan Cecair, Aerosol, dan Gel (LAGs) antarabangsa. Setiap botol cecair tidak boleh melebihi 100ml dan semua botol tersebut mesti dimasukkan ke dalam satu plastik lutsinar yang boleh ditutup semula (resealable). Jika kuantitinya banyak, sebaiknya masukkan ke dalam bagasi daftar masuk (luggage).

Berapakah botol air Zamzam yang boleh saya bawa balik ke Malaysia pada tahun 2026?

Mengikut peraturan rasmi pihak berkuasa Arab Saudi dan syarikat penerbangan, setiap jemaah biasanya layak menerima 1 botol air Zamzam bersaiz 5 liter yang dibungkus khas oleh kilang air Zamzam (Project King Abdullah bin Abdulaziz for Zamzam Water). Botol ini tidak boleh dimasukkan ke dalam beg sendiri, sebaliknya akan didaftarkan sebagai bagasi khas (special baggage) semasa urusan daftar masuk di lapangan terbang Jeddah atau Madinah.

Adakah perlu saya menukar wang tunai Riyal (SAR) yang banyak dari Malaysia?

Tidak perlu membawa tunai fizikal yang terlalu banyak. Di Makkah dan Madinah, sistem pembayaran digital seperti kad kredit, kad debit, dan aplikasi e-wallet (seperti Wise atau kad bank Malaysia yang telah diaktifkan untuk pengeluaran antarabangsa) sudah sangat meluas diterima di pasar raya dan kedai makan. Bawa tunai sekadar untuk kecemasan, sedekah, atau membeli barangan runcit kecil di kedai biasa.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my. Menulis berkaitan bantuan kerajaan, kewangan, pelaburan runcit tempatan dan turut aktif menulis beberapa topik lain berkaitan gaya hidup, tips harian dan topik trending. Komited menyediakan panduan yang tepat dan telus.

View All Posts

You Missed