Berapa Kenaikan Gaji Minimum di Malaysia? – Belanjawan 2027

KENAIKAN GAJI MINIMUM 2027

Kerajaan Malaysia secara rasmi bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum kebangsaan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa bermula Jun 2027.

Pengumuman ini disampaikan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, yang dijangka memanfaatkan lebih empat juta pekerja.

Mari baca artikel penuh di bawah.

Ringkasan Artikel

  • Kadar Baharu: Dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.
  • Pelaksanaan gaji minimum RM2,000 ini mengambil kira keseimbangan antara kebajikan pekerja dan kemampuan majikan.
  • Struktur gaji baharu ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula Jun 2027.
  • Dijangka lebih empat juta pekerja sektor swasta di seluruh negara terutamanya golongan tidak mahir dan pekerja am bakal menikmati kenaikan pendapatan secara langsung.
  • Pengecualian Khas Majikan Kecil: Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan ini bagi memberi ruang untuk mereka menyesuaikan model perniagaan.

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000 Bermula Jun 2027

Kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan kini disahkan RASMI setelah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober 2026.

Dasar baharu yang akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula Jun 2027 ini digubal bagi menangani kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar.

Kenaikan sebanyak RM300 ini dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara, terutamanya golongan pekerja bawahan di sektor swasta.

Bagi memastikan ekonomi domestik tidak terkejutan, kerajaan memberikan pengecualian khas kepada Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta agar mereka mempunyai tempoh bertenang untuk menyesuaikan unjuran kewangan syarikat.

Sebagai sebahagian daripada Reformasi Kerangka Pendapatan Pekerja yang lebih menyeluruh, Belanjawan 2027 turut memperkenalkan kadar gaji minimum RM2,500 sebulan untuk golongan graduan dan pekerja separa mahir.

Selain itu, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC dan GLC) bersetuju menaikkan tanda aras gaji sara hidup mereka daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan yang melibatkan 230,000 tenaga kerja.

Sektor ekonomi gig turut diperkukuh melalui dana bernilai RM160 juta bersama Grab untuk menstabilkan pendapatan pemandu dan penghantar barangan.

Bagi memastikan pematuhan seratus peratus, mana-mana syarikat besar yang gagal membayar gaji mengikut saluran rasmi akaun bank di bawah Akta Kerja 1955 akan disekat daripada menuntut potongan cukai pendapatan korporat bagi perbelanjaan upah syarikat mereka.

Infografik Buletin TV3 - kenaikan gaji dan struktur baharu pendapatan di Malaysia
Infografik Buletin TV3

Berapa Gaji Graduan & Pekerja Separa Mahir?

Selain daripada menaikkan “lantai” gaji minimum bagi pekerja bawahan, kerajaan turut memperkenalkan kerangka pendapatan baharu untuk menangani isu upah pekerja mahir:

  • Gaji Minimum Graduan & Separa Mahir: Kerajaan menetapkan kadar permulaan RM2,500 sebulan bagi golongan graduan dan pekerjaan separa mahir.

Bukan itu sahaja, syarikat pelaburan dan berkaitan kerajaan (GLIC dan GLC) bersetuju menaikkan penanda aras gaji sara hidup (living wage) mereka daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan, yang akan memberi manfaat kepada 230,000 pekerja. Majikan swasta lain turut diseru untuk mencontohi langkah ini.

Pekerja Gig

Untuk pekerja gig pula, kerajaan mengumumkan kolaborasi strategik bersama platform seperti Grab dengan menyediakan pakej pembiayaan bernilai RM160 juta menjelang tahun 2027.

Dana ini bertujuan meningkatkan pendapatan bersih bagi pemandu e-hailing serta penghantar p-hailing. Di samping itu, satu formula standard minimum bagi perlindungan sosial dan hak pekerja gig dijadualkan selesai dimuktamadkan sepenuhnya pada awal tahun 2027.

Infografik Facebok rasmi Anwar Ibrahim mengenai KENAIKAN GAJI MINIMUM 2027
Infografik Facebok rasmi Anwar Ibrahim

Majikan yang Tidak Patuh, Tidak Layak Dapat Potongan Cukai Korporat

Bagi memastikan pematuhan seratus peratus terhadap ketetapan RM2,000 ini, kerajaan menggariskan syarat penguatkuasaan yang ketat di bawah Akta Kerja 1955.

Semua syarikat berskala besar diwajibkan menyalurkan bayaran gaji bulanan secara telus melalui akaun bank syarikat yang sah.

Kegagalan mematuhi kaedah pembayaran digital dan rekod akaun ini akan menyebabkan syarikat kehilangan kelayakan untuk menuntut potongan cukai pendapatan korporat bagi perbelanjaan upah pekerja.

Langkah proaktif ini meminimumkan risiko manipulasi tunai atau eksploitasi tersembunyi oleh majikan tidak bertanggungjawab.


Apa Kesan Kenaikan Gaji Kepada Sosioekonomi?

  • Kuasa Beli Meningkat: Pertambahan pendapatan boleh guna sebanyak RM300 daripada kadar RM1,700 sedia ada akan merangsang aktiviti ekonomi domestik. Sektor peruncitan, makanan, dan perkhidmatan asas dijangka menerima limpahan tunai ini.
  • Pengurangan Kebergantungan Bantuan Tunai: Peningkatan pendapatan berupaya membantu sebahagian keluarga keluar daripada garis kemiskinan tegar secara mandiri, sekaligus mengurangkan beban subsidi bantuan jangka panjang kerajaan.

Cabaran Utama Operasi Perniagaan

Bagi sektor berintensifkan buruh seperti pembinaan, perhotelan, dan pembuatan, kenaikan upah asas akan meningkatkan kos pengeluaran.

Majikan berkemungkinan memindahkan sebahagian kos operasi yang meningkat kepada pengguna melalui kenaikan harga produk akhir atau perkhidmatan.

Ini adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi.

Sebelum pengumuman rasmi Belanjawan 2027 ini dibuat, isu kenaikan gaji minimum ini telah pun mencetuskan pertembungan pendapat yang hangat antara pihak berkepentingan.

  • Pandangan Kesatuan Sekerja: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini konsisten menuntut kadar lantai yang lebih tinggi mendekati angka “Gaji Kehidupan Wajar” iaitu RM3,100 sebulan bagi mengimbangi inflasi bandar. Walaupun RM2,000 belum mencapai angka tersebut, ia dilihat sebagai anjakan progresif yang signifikan.
  • Kerisauan Persatuan Majikan: Pihak industri menzahirkan kebimbangan terhadap kelestarian perniagaan, terutamanya impak berantai yang boleh menjejaskan aliran tunai pasca-pandemik. Had pengecualian RM50 juta bagi PMKS ternyata dapat meredakan keresahan komuniti peniaga kecil.

Kesimpulan

Keputusan Kerajaan MADANI menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan menjelang Jun 2027 adalah sebuah langkah yang disokong ramai terutamanya rakyat dan graduan.

Dengan sokongan perlindungan sosial pekerja gig, penetapan upah minimum graduan RM2,500, dan pengecualian strategik bagi usahawan PMKS, pelan ini dibina untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia bergerak seiring dengan pengagihan kekayaan yang adil.

Dikemaskini: 9 Oktober 2026, selepas pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri.

MUAT TURUN PDF TEKS PENUH UCAPAN BELANJAWAN 2027

Rujukan

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim Berapa Kenaikan Gaji Minimum

Berapakah kadar Gaji Minimum baharu yang diumumkan dalam Belanjawan 2027?

Kenaikan gaji minimum kini dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.

Adakah majikan sektor swasta boleh dikenakan tindakan jika gagal membayar Gaji Minimum baharu?

Ya. Mana-mana majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum yang telah diwartakan oleh kerajaan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732]. Pekerja yang terjejas boleh mengemukakan aduan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berdekatan.

Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini?

Kenaikan ini melibatkan lebih empat juta pekerja di bawah sektor swasta, terutamanya bagi pekerja am, pekerja kurang mahir, dan mereka yang ketika ini menerima gaji asas RM1,700 sebulan.

Berapakah pula gaji minimum untuk golongan graduan baharu?

Bagi graduan lepasan universiti/kolej serta pekerja dalam kategori separa mahir, kerajaan menetapkan penanda aras gaji minimum permulaan yang lebih tinggi, iaitu RM2,500 sebulan.

Penafian: Artikel mengenai kadar kenaikan gaji minimum ini disediakan berdasarkan ucapan langsung Belanjawan 2027. Perincian penuh jadual mata gaji mengikut gred perkhidmatan akan dikeluarkan secara rasmi melalui Pekeliling Perkhidmatan oleh JPA atau agensi berkaitan dalam masa terdekat.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed