SARA MADANI 2027: Tarikh Bayaran, Kadar Bantuan & Perbezaan dengan Sara Bulanan
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI 2027 telah dinaikkan dan ditambah baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober 2026.
Sejujurnya, ini adalah salah satu berita baik untuk rakyat yang mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam mendepani kos sara hidup yang meningkat.
Bukan itu sahaja, pemberian SARA MADANI 2027 sebanyak 2 kali kepada bukan penerima STR sangat membantu golongan M40 untuk membeli barang asas dan keperluan.
- Apa itu Bantuan SARA MADANI 2027?
- Berapa Bayaran Bantuan SARA MADANI 2027?
- Bila Bantuan SARA MADANI 2027 Disalurkan?
- Siapa Layak Dapat SARA MADANI 2027?
- Cara Semakan Status Kelayakan
- Adakah Penerima STR & SARA Bulanan akan Menerima SARA MADANI RM200?
- Apa Beza SARA Bulanan dan SARA MADANI 2027?
- Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna MyKad (Bantuan SARA)
- Kat Mana Boleh Beli Barang Guna SARA?
- Realiti Pembeli: Pengalaman Sebenar Menggunakan Kredit SARA di Kaunter
- Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim SARA MADANI 2027
Apa itu Bantuan SARA MADANI 2027?
SARA MADANI 2027 adalah bantuan kewangan bernilai RM100 yang diberikan sebanyak dua kali dalam setahun untuk tahun 2027. Bantuan ini diberikan melalui kad pengenalan bagi membolehkan rakyat membeli barang keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih.
Dalam pembentangan Belanjawan 2027, konsep SARA MADANI telah diangkat menjadi jaring keselamatan sosial yang lebih inklusif.
Ia tidak lagi terhad kepada golongan miskin tegar semata-mata, sebaliknya skop penerima telah diperluas bagi memastikan kelompok pekerja kelas pertengahan (M40) tidak tercicir.

Berapa Bayaran Bantuan SARA MADANI 2027?
Jumlah bayaran bagi Bantuan SARA MADANI 2027 adalah sebanyak RM200 secara keseluruhan.
Bantuan khusus untuk warganegara berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR (termasuk kumpulan M40 dan belia) ini akan diagihkan sebanyak dua kali setahun.
Bila Bantuan SARA MADANI 2027 Disalurkan?
Bantuan SARA MADANI 2027 akan disalurkan dalam dua fasa utama sepanjang tahun 2027. Pengagihan ini dijadualkan mengikut dua peristiwa besar negara bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat pada tempoh berkenaan:
- Fasa 1 (RM100): Disalurkan pada Mac 2027 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
- Fasa 2 (RM100): Disalurkan pada Ogos 2027 bersempena dengan sambutan 70 Tahun Hari Kebangsaan (Merdeka).
Tarikh tepat bagi hari pembayaran khusus bagi kedua-dua fasa tersebut akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kelak.
Bagi penerima SARA Bulanan, bantuan bernilai sehingga RM150 sebulan tetap disalurkan secara berkala pada setiap awal bulan mulai Januari 2027.
Siapa Layak Dapat SARA MADANI 2027?
Berdasarkan pengumuman pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif ini disasarkan untuk meluaskan jaringan keselamatan sosial ke atas golongan M40 (pendapatan pertengahan) dan belia yang bekerja tetapi tidak tergolong dalam kategori miskin tegar.
Syarat Kelayakan
- Warganegara: Mestilah rakyat Malaysia yang sah mempunyai MyKad.
- Had Umur: Berumur 18 tahun ke atas pada tahun kelayakan.
- Khusus untuk mereka yang bukan penerima STR Ketua Isi Rumah
Cara Semakan Status Kelayakan
Semakan status kelayakan Bantuan SARA MADANI 2027 secara rasmi belum dibuka.
Sebagai panduan, berdasarkan kaedah pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua sebelum ini, semakan boleh dilakukan melalui portal Sistem Semakan SARA.
Makluman:
- Bagi penerima STR, anda tidak perlu membuat permohonan baharu untuk SARA. Kelayakan adalah secara automatik melalui pangkalan data STR. Semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
- Bagi bukan penerima STR yang layak menerima bantuan RM200, mekanisme pendaftaran dan pengesahan akaun (sama ada menggunakan pautan MyKAD atau integrasi e-dompet) akan diperincikan melalui platform rasmi Kementerian Kewangan menjelang awal tahun 2027.
- Bagi proses pembelian di kedai runcit atau pasar tani, penerima hanya perlu membawa MyKAD fizikal dan memasukkan nombor PIN yang ditetapkan semasa membuat pembayaran di kaunter runcit yang sah.
Adakah Penerima STR & SARA Bulanan akan Menerima SARA MADANI RM200?
Tidak, penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA Bulanan tidak akan menerima Bantuan SARA MADANI RM200.
Apa Beza SARA Bulanan dan SARA MADANI 2027?
Jangan keliru! SARA Bulanan dan SARA MADANI tak sama ya. Ini perbezaannya:
1. Kriteria Kelayakan dan Kumpulan Sasar
- SARA Bulanan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta kelompok miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.
- SARA MADANI 2027 diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR.
2. Jumlah Nilai dan Kadar Peruntukan Tahunan
- Penerima SARA Bulanan akan menerima bantuan tanpa tunai bernilai RM50 hingga RM150 sebulan, yang membawa kepada jumlah terkumpul sebanyak RM600 hingga RM1,800 setahun bergantung pada profil pendapatan dan bilangan anak.
- Bagi SARA MADANI 2027 pula, kadar bantuannya adalah bersifat sama rata (flat rate) untuk semua individu dewasa yang layak, iaitu bernilai RM200 secara keseluruhan bagi tahun tersebut.
3. Kekerapan Penyaluran dan Kitaran Pembayaran
- Bagi skim SARA Bulanan, kemasukan bantuan dilakukan secara berkala pada setiap awal bulan sepanjang tahun bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan asas isi rumah sentiasa terjamin.
- Bagi skim SARA MADANI, bantuan kewangan tidak dibayar secara bulanan, sebaliknya disalurkan secara one-off sebanyak dua kali setahun (RM100 bagi setiap fasa) yang dijadualkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan yang ke-70 pada bulan Ogos.
4. Keperluan Borang dan Proses Pendaftaran
- Kedua-dua kategori bantuan ini tidak memerlukan pengisian borang baharu secara fizikal. Kaedah semakan kelayakan akan dikemaskini kelak.
SARA BULANAN VS SARA MADANI 2027
| Ciri-ciri | SARA Bulanan | SARA MADANI (SARA untuk Semua) |
|---|---|---|
| Kumpulan Sasar | Golongan penerima yang lulus STR (B40, Miskin, Miskin Tegar). | Golongan bukan penerima STR (termasuk kumpulan M40 dan belia). |
| Kriteria Kelayakan | Penerima isi rumah, warga emas tiada pasangan, dan individu bujang yang layak STR. | Semua warganegara berumur 18 tahun ke atas yang tidak menerima STR. |
| Kadar Bantuan | RM50 hingga RM150 sebulan (RM600 – RM1,800 setahun). Golongan e-Kasih menerima tambahan. | Jumlah keseluruhan adalah RM200. |
| Kekerapan Bayaran | Disalurkan secara berkala setiap bulan. | Dibayar sebanyak dua kali (fasa/agihan). |
| Kaedah Kredit | Dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima setiap 1hb. | Dikreditkan terus ke MyKad. |
| Jadual Bayaran | Bermula secara bulanan (contohnya fasa baharu bermula Oktober). | Agihan 1: Sebelum Hari Raya Aidilfitri. Agihan 2: Menjelang ambang Hari Kebangsaan (Ogos). |
| Cara Permohonan | Automatik sekiranya permohonan STR diluluskan. | Tiada permohonan diperlukan, saringan dibuat berdasarkan data pegangan MyKad. |
SARA UNTUK SEMUA 2026 VS SARA MADANI 2027
Ini pula perbezaan SARA untuk semua yang diberikan pada 2026 dan SARA MADANI 2027 yang akan diberikan pada tahun 2027:
| Ciri-ciri Perbandingan | SARA untuk Semua (2026) | SARA MADANI (2027) |
|---|---|---|
| Jumlah Bantuan Keseluruhan | RM100 sahaja | RM200 (Peningkatan RM100) |
| Kekerapan Agihan | Disalurkan secara one-off (sekali bayar). | Disalurkan sebanyak dua kali (RM100 + RM100). |
| Gagasan Belanjawan | Di bawah peruntukan Belanjawan 2026. | Di bawah peruntukan Belanjawan 2027. |
| Kumpulan Sasar Kelayakan | Semua warganegara berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR. | Kekal sama, meluas kepada warganegara 18 tahun ke atas bukan penerima STR (termasuk M40). |
| Zon Garis Masa Agihan | Mulai 9 Februari 2026. | Agihan 1: Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2027. Agihan 2: Menjelang ambang 70 tahun Merdeka (Ogos 2027). |
| Kaedah Penggunaan | Kredit tanpa tunai dimasukkan ke MyKad untuk pembelian barang asas di premis rakan niaga terpilih. | Kekal menggunakan MyKad, diperluas ke 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA serta 10,000 kedai runcit. |
Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna MyKad (Bantuan SARA)
Jika sebelum ini kredit dalam MyKad hanya terhad kepada barangan kering, berbungkus, dan diproses di kedai runcit terpilih, bermula tahun 2027 para penerima bantuan bebas memilih bahan makanan mentah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
Kategori Barangan Diluluskan:
Ini adalah senarai barang yang dilulukan menggunakan SARA untuk tahun 2026. Bagi tahun 2027, terdapat penambahan jenis barangan iaitu bahan makanan mentah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
- Beras: Makanan ruji utama.
- Roti: Pelbagai jenis roti masakan dan sandwic.
- Biskut: Semua biskut kering dan biskut keperluan harian.
- Tepung: Tepung gandum dan tepung masakan asas.
- Mi: Mi kering, mi segera, bihun, dan pasta.
- Telur: Semua gred telur ayam.
- Minyak Masak: Minyak masak peket atau botol.
- Minuman: Contohnya susu, teh, kopi, dan susu bayi.
- Bahan Perasa: Contohnya sos cili/tiram, kicap, gula, dan garam.
- Makanan Sejuk Beku: Termasuk nugget, sosej, daging, atau sayuran sejuk beku.
- Makanan Dalam Tin: Contohnya ikan sardin dalam tin dan tuna.
- Produk Penjagaan Diri: Contohnya ubat gigi, tuala wanita, sabun mandi, dan lampin pakai buang bayi.
- Keperluan Sekolah: Contohnya pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah, dan alat tulis.
- Ubat-Ubatan Di Kaunter: Semua jenis ubat-ubatan am yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Barangan Kebersihan Rumah: Contohnya sabun pencuci baju (detergent), sabun basuh pinggan mangkuk, dan cecair mop lantai.
Tambahan 2027:
- Bahan makanan mentah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
Langkah ini bukan sahaja memberikan alternatif hidangan yang lebih sihat kepada golongan sasar, malah turut membantu merancakkan kembali ekosistem ekonomi dan pendapatan para petani serta peniaga kecil-kecilan di seluruh Malaysia.
Selain rangkaian FAMA, kerajaan turut menyasarkan untuk memperluaskan penyertaan premis rakan niaga runcit swasta dan koperasi sehingga mencecah 10,000 kedai sebelum berakhirnya tahun ini bagi memudahkan urusan penebusan baki bantuan rakyat.
Kat Mana Boleh Beli Barang Guna SARA?
1. Pembelian Barang Basah di 216 Pasar Tani & Pasar Tamu FAMA
Penerima kini boleh berbelanja di 216 Pasar Tani dan Pasar Tamu yang diuruskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menggunakan bantuan SARA yang diberikan.
Peluasan ini memudahkan rakyat mendapatkan alternatif makanan yang lebih sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, dan ikan segar secara terus daripada peladang.

2. Lonjakan 15,000 Premis Rakan Niaga Seluruh Negara
Bagi memastikan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak tercicir, bilangan kedai runcit kecil, pasar raya komuniti, dan kedai koperasi yang menyokong sistem pembayaran SARA telah ditingkatkan sehingga 15,000 premis di seluruh Malaysia.
Jumlah ini termasuklah penglibatan lebih 6,800 pengusaha kedai runcit persendirian yang dibekalkan sistem terminal MyKasih secara percuma demi merangsang ekonomi setempat.
3. Rangkaian Pasar Raya Besar Kekal Beroperasi
Bagi penduduk di kawasan bandar, rangkaian pasar raya besar sedia ada seperti Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave, dan 99 Speedmart kekal menjadi rakan strategik utama.
Pembaca juga boleh menyemak senarai penuh kedai runcit yang mengambil bahagian berhampiran kediaman mereka melalui Portal Penerima MyKasih.
Pengguna hanya perlu membawa MyKad fizikal ke kaunter pembayaran rakan niaga ini untuk menyaring dan menolak barangan keperluan yang sah secara automatik.
Realiti Pembeli: Pengalaman Sebenar Menggunakan Kredit SARA di Kaunter
Bagi mereka yang pertama kali layak menerima bantuan ini, jangan ragu-ragu atau malu nak bagitahu juruwang (cashier) yang anda nak gunakan SARA untuk bayar barangan anda.
Paling utama, anda kena pastikan dulu barang yang dibeli termasuk dalam kategori barangan yang diluluskan SARA. Kedua, pastikan anda bawa mykad.
Secara umumnya, majoriti juruwang di pasar raya besar seperti Mydin, Econsave, dan 99 Speedmart sudah pun dilatih dan sangat biasa mengendalikan transaksi MyKasih ini.
Anda hanya perlu menyerahkan MyKad fizikal dan memaklumkan untuk membuat bayaran menggunakan “Bantuan SARA”.
Prosesnya sepantas imbasan kad debit biasa, di mana anda hanya perlu memasukkan nombor PIN keselamatan 6-digit yang telah ditetapkan.
Jika terdapat barangan yang “terlepas” ke dalam troli tanpa disedari yang rupa-rupanya tidak termasuk dalam 15 kategori yang dibenarkan, juruwang akan menolak item tersebut secara automatik.
Jangan panik, anda tidak perlu membatalkan keseluruhan pembelian. Juruwang akan mengasingkan item tersebut dan anda hanya perlu membayar baki barangan yang tidak sah itu secara berasingan menggunakan wang tunai atau kad bank peribadi anda.
Mudah je kan?
Tahun sebelum ini dapat RM100. Ikut pengalaman saya, dapatlah beli barang-barang nak buat kek batik dan dan makanan lain.
Contohnya, biskut Marie (kategori biskut), susu pekat manis (kategori minuman/susu), serbuk koko/ milo (kategori minuman), dan mentega/butter. Bakinya, boleh beli makanan lain seperti telur, beras, makanan tin dan sebagainya.
Untuk tahun 2027, agihan RM100 akan diberikan dua kali. Maksudnya, lagi banyak lah barang yang kita dapat beli!
Rujukan
- Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Jabatan Penerangan Malaysia
- Portal Manfaat Kementerian Kewangan.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Yayasan MyKasih
- Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim SARA MADANI 2027
Tidak. Bantuan SARA MADANI diberikan dalam bentuk bukan tunai (kredit elaun). Bagi penerima bulanan, ia dikreditkan ke dalam MyKAD untuk dibelanjakan di kedai runcit sah. Bagi kategori M40, mekanismenya akan disalurkan sama ada melalui kaedah akaun digital atau e-dompet yang disahkan.
Kebiasaannya, kredit bulanan SARA mempunyai tarikh luput pada penghujung setiap bulan atau penghujung tahun program dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membelanjakan peruntukan tersebut mengikut keperluan bulan semasa bagi mengelakkan kredit tersebut terbatal.
Tidak perlu. Tiada borang permohonan baharu yang disediakan. Kelayakan adalah secara automatik melalui tapisan data silang antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tidak layak. Penerima STR dan e-Kasih tidak akan menerima bantuan RM200 ini kerana mereka sudah diberikan bantuan berasingan yang lebih besar melalui skim SARA Bulanan (sehingga RM1,800 setahun).
Tidak boleh. Bantuan SARA (sama ada bulanan mahupun SARA MADANI) disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai (cashless) untuk pembelian barang keperluan sahaja dan tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja. eWarta merupakan portal rujukan pihak ketiga yang bebas dan TIDAK mewakili mana-mana agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan (MOF), LHDN, atau FAMA. Semua maklumat berasaskan kenyataan media rasmi semasa artikel ditulis. Untuk semakan status dan maklumat rasmi terkini, sila layari portal Sumbangan Tunai Rahmah LHDN atau Sistem Semakan SARA (MyKasih).
