Cara Mohon Baucar Kita Selangor 2026, Syarat Kelayakan Terkini, Senarai Barangan & Kedai Panel

baucar kita selangor

Baucar Kita Selangor (BKS) 2026 ialah program bantuan kewangan bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan (jumlah keseluruhan RM600) yang diperkenalkan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.

Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan meringankan kos sara hidup isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, dengan tarikh akhir permohonan pada 31 Disember 2026.

Berikut ialah panduan lengkap dan terkini mengenai cara memohon, syarat kelayakan yang baru diperluas, serta senarai barangan dan kedai panel yang terlibat.


Ringkasan Artikel

Kriteria BKS Butiran Maklumat Terkini
Jumlah Bantuan RM100 sebulan
Tempoh Bantuan 6 bulan
Jumlah Keseluruhan RM600 keseluruhan
Tarikh Permohonan 23 Jun 2026 โ€“ 31 Disember 2026
Pendapatan Isi Rumah RM8,000 dan ke bawah sebulan
Kategori Sasaran Pasangan berkahwin atau ibu-bapa tunggal yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah.
Kaedah Permohonan Secara atas talian melalui Portal Baucar Kita Selangor dan pengesahan akaun SELangkah.
Tempoh Semakan 30 hari bekerja oleh pihak Selcare.
Saluran Bantuan Kredit digital melalui E-dompet Selangkah.
Polisi Baki Baki boleh dibawa ke bulan berikutnya (hendaklah digunakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026).

Dikemas kini: 21 September 2026

Permohonan Baucar Kita Selangor 2026 Dibuka Sehingga 31 Disember

Program Baucar Kita Selangor ialah baucar bernilai RM100 selama 6 bulan yang diberikan kepada mana-mana rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan.

Melalui program kebajikan ini, setiap isi rumah yang layak akan menerima bantuan tunai berstruktur dalam bentuk kredit digital atau mata ganjaran bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan berturut-turut.

Bantuan ini tidak diberikan secara tunai fizikal, sebaliknya disalurkan terus melalui ekosistem e-dompet pintar negeri bagi memastikan dana digunakan secara bersasar untuk pembelian barangan keperluan asas keluarga sahaja.

Permohonan bagi program ini dibuka secara rasmi sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2026.

INFOGRAFIK Baucar Kita Selangor (Bantuan Barangan Asas) RM100
Gambar daripada Baucar Kita Selangor

Kemaskini 21 September 2026: Had Pendapatan Kini RM8,000

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan perluasan had pendapatan baharu untuk memastikan lebih ramai keluarga mendapat manfaat daripada inisiatif bersasar ini.

Berikut ialah 7 syarat yang wajib dipenuhi:

  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Merupakan pemilih atau pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  3. Menetap di Negeri Selangor dengan alamat tempat tinggal yang sah di Selangor.
  4. Had pendapatan bulanan isi rumah telah dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000 dan ke bawah.
  5. Pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah.
  6. Terhad kepada seorang (1) penerima sahaja bagi setiap isi rumah.
  7. Pemohon dan pasangan bukan merupakan penerima aktif program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

MAKLUMAN: Bermula 8.00 pagi, 8 Ogos 2026, semua permohonan yang telah ditolak sebelum ini akan dikemas kini kepada status “Dalam Semakan” dan dinilai semula berdasarkan syarat kelayakan baharu. Sekiranya memenuhi syarat, permohonan akan diproses tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu.


Cara Semak Kelayakan Baucar Kita Selangor 2026

Semakan kelayakan Baucar Kita Selangor 2026 boleh dilakukan melalui Platform Selangkah d: https://baucarkitaselangor.com.

Klik semak kelayakan dan masukkan no kad pengenalan anda.

 INFOGRAFIK Baucar Kita Selangor - SEMAKAN KELAYAKAN
Gambar daripada Baucar Kita Selangor
INFOGRAFIK semakan kelayakan baucar kita selangor
Gambar daripada Baucar Kita Selangor

Saya dan pasangan bekerja serta menetap di Selangor, tetapi kami masih berdaftar sebagai pengundi di kampung halaman kami di Perak. Layakkah kami memohon?

Tidak layak. Selain daripada menetap dan mempunyai alamat tempat tinggal di Selangor, pemohon mestilah seorang pemilih (pengundi) yang berdaftar di Negeri Selangor.

Saya dan isteri masing-masing memenuhi syarat kelayakan secara individu. Bolehkah kami berdua memohon untuk menerima bantuan RM100 sebulan ini secara berasingan?

Tidak boleh. Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan bagi setiap isi rumah.

Cara Mohon Baucar Kita Selangor 2026 (Updated)

  1. Muat turun aplikasi SELangkah melalui:
  2. Daftar akaun baharu menggunakan nombor telefon dan nama penuh anda.
  3. Lakukan pengesahan identiti (e-KYC) di dalam aplikasi jika diminta untuk memastikan akaun anda sah.

Setelah akaun SELangkah anda aktif, anda perlu log masuk ke sistem bantuan:

  • Layari portal rasmi di Baucar Kita Selangor.
  • Klik pada butang “Log Masuk”.
  • Pilih kaedah log masuk menggunakan akaun SELangkah yang telah anda daftar dalam Langkah 2.
  • Sistem akan meminta kebenaran (authorization) untuk menyambung profil data anda. Klik “Sahkan” atau “Allow”.

Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke borang permohonan utama:

  • Semakan Kategori (Bagi Penerima Sedea Ada): Jika anda tersenarai dalam pangkalan data ICU/eKasih, maklumat anda akan dipaparkan secara automatik. Anda hanya perlu menyemak dan membuat pengesahan maklumat.
  • Permohonan Baharu: Jika maklumat tiada, isi bahagian Maklumat Peribadi, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Anak/Tanggungan dengan tepat.
  • Masukkan butiran pendapatan bulanan isi rumah yang betul (Pastikan jumlah kasar adalah di bawah RM8,000 sebulan mengikut peluasan syarat terbaharu).
  • Muat naik fail gambar atau PDF bagi dokumen sokongan yang telah disediakan ke dalam ruangan yang disediakan.
  • Semak semula semua maklumat bagi mengelakkan permohonan ditolak disebabkan dokumen tidak lengkap atau kabur.
  • Tandakan kotak Perakuan Pemohon untuk mengesahkan segala maklumat adalah benar.
  • Klik “Hantar Permohonan”.

๐Ÿ“Œ Tips Penting Semasa Memuat Naik Dokumen Pendapatan:

Berdasarkan pengalaman pemohon dalam fasa sebelum ini, masalah pengesahan dokumen adalah punca utama permohonan ditolak atau lambat diproses oleh pihak Selcare. Bagi memastikan permohonan anda berjalan lancar, sila ikuti panduan penyediaan dokumen ini:

  • Pekerja Swasta / Makan Gaji: Sediakan slip gaji terkini yang jelas. Sebaik-baiknya, minta majikan anda membuat pengesahan pada salinan tersebut.
  • Bekerja Sendiri / Tiada Slip Gaji / Peniaga Kecil: Anda wajib melampirkan pengesahan pendapatan.
    • Di mana nak dapatkan borang? Anda boleh mendapatkan borang pengesahan pendapatan ini secara fizikal di Pejabat Penghulu, Ketua Kampung, atau Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) yang berhampiran dengan kawasan perumahan anda di Selangor.
    • Proses Pengesahan: Isi borang tersebut dengan jujur dan dapatkan tanda tangan serta cop rasmi daripada Penghulu, Ketua Kampung, atau wakil rakyat (ADN) anda sebelum dimuat naik ke dalam sistem permohonan.

Jika lulus,bantuan bernilai RM100 sebulan akan dikreditkan terus ke dalam sistem dompet digital / akaun Selangkah anda selama 6 bulan berturut-turut (Total RM600).

Dokumen Sokongan

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan berikut untuk membuat pengesahan atau permohonan baru Baucar Kita Selangor:

  • -Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • -Salinan Kad Pengenalan suami/isteri (jika berkaitan).
  • -Bukti tempat tinggal di Selangor (contohnya bil utiliti atas nama pemohon atau pasangan).
  • -Bukti pendaftaran PEMOHON sebagai pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
  • -Slip gaji atau dokumen pengesahan pendapatan isi rumah (jika berkaitan).

Nota: Bermula 8.00 pagi, 8 Ogos 2026, perakuan daripada Persuruhjaya Sumpah tidak lagi diperlukan.

Cara Aktifkan Baucar Kita Selangor 2026

Anda boleh rujuk status permohonan seperti di bawah sekiranya permohonan telah diluluskan. Jangan lupa klik “Aktifkan Baucar” untuk menebus baucar ini.

INFOGRAFIK CARA AKTIFKAN baucar kita selangor RM100 2026

Bagaimana Baucar Kita Selangor Digunakan?

RM100 โ†’ pilih kedai panel โ†’ pilih barangan yang dibenarkan โ†’ gunakan baucar โ†’ baki/kaedah transaksi tertakluk kepada sistem program.

Tidak Terima SMS Baucar Kita Selangor โ€“ Apa Perlu Buat?

Jangan terus anggap permohonan ditolak.

Langkah pertama, semak kelayakan melalui portal rasmi. Sekiranya layak, anda boleh terus membuat permohonan baru melalui aplikasi Selangkah.

Hubungi talian bantuan jika ada pertanyaan: 1800-22-6600 (waktu pejabat)

Adakah Penerima Bingkas Layak Menerima Baucar Kita Selangor?

Penerima aktif program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang sedang menerima RM300 sebulan secara amnya tidak layak untuk menerima Baucar Kita Selangor.

Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa pangkalan data 50,000 keluarga untuk baucar ini diambil khusus daripada individu yang pernah memohon BINGKAS tetapi belum lulus atau belum menerima bantuan tersebut, serta golongan miskin tegar eKasih dan JKM.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan pertindihan bantuan dan memastikan agihan yang adil kepada mereka yang langsung belum dibantu.

Tempoh Permohonan & Saluran Bantuan

  • Tarikh Tutup: Anda mempunyai masa untuk melengkapkan proses ini kerana permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
  • Kaedah Agihan: Kelulusan akan dibuat secara berfasa. Apabila diluluskan, bantuan RM100 sebulan selama 6 bulan akan dikreditkan terus sebagai baki dompet digital dalam aplikasi SELangkah anda untuk dibelanjakan di kedai panel terpilih.

Timeline Pelaksanaan BKS 2026

Berikut ialah tarikh penting pelaksanaan Baucar Kita Selangor 2026:

  • 22 Jun 2026: Pelancaran rasmi mekanisma asal program bagi 50,000 kuota penerima bersasar (Kategori A / Penerima eKasih & JKM).
  • 23 Jun 2026: Sistem semakan kelayakan dan pengesahan maklumat mula dibuka secara dalam talian.
  • 30 Jun 2026: Penyaluran bantuan fasa pertama bernilai RM100 sebulan secara rasmi.
  • 8 Ogos 2026: Permohonan baharu dibuka secara meluas kepada isi rumah berkahwin (pendapatan RM5,000 ke bawah, ada anak bawah 18 tahun) dan pemansuhan syarat cop Pesuruhjaya Sumpah.
  • 21 September 2026: Had Kelayakan dinaikkan kepada RM8,000 ke bawah.
  • 31 Disember 2026: Tarikh akhir penutupan permohonan program Baucar Kita Selangor

BINGKAS vs Baucar Kita Selangor

Apa beza bantuan BINGKAS dan Baucar Kita Selangor? Semak perbandingan keduanya di bawah:

Ciri-Ciri Program BINGKAS 2026Baucar Kita Selangor 2026
Nilai BantuanRM300 sebulanRM100 sebulan
Tempoh BantuanBerterusan (tahunan)6 Bulan sahaja

Penerima aktif BINGKAS tidak layak menerima Baucar Kita Selangor pada masa yang sama, berdasarkan terma program.

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna Baucar Kita Selangor

Hanya barangan keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi Program Baucar Kita Selangor di kedai panel.

Berikut ialah senarai barangan asas yang boleh dibeli menggunakan Baucar Kita Selangor RM100:

  1. Beras
  2. Mi dan bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Ubat-ubatan
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  12. Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan
  13. Sabun, kelengkapan mandian, dan bahan pencuci
  14. Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
  16. Barangan persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)
INFOGRAFIK senarai barang boleh dibeli Baucar Kita Selangor
Gambar daripada Baucar Kita Selangor

NOTA: Senarai barangan tertakluk kepada ketetapan rasmi program dan boleh berubah. Semak senarai terkini sebelum membuat pembelian.

Senarai Panel Kedai Baucar Kita Selangor 2026

Senarai kedai panel yang berdaftar untuk pembelian menggunakan baucar Baucar Kita Selangor boleh disemak melalui pautan berikut: https://baucarkitaselangor.com/program#panel-kedai

Setakat ini ada 1819 kedai yang tersenarai di seluruh Selangor.

Senarai peniaga yang dicadangkan oleh DUN akan dikemas kini di halaman ini apabila tersedia, bersama kedai baharu yang akan didaftarkan untuk program ini.

INFOGRAFIK senarai kedai panel Baucar Kita Selangor
Gambar daripada Baucar Kita Selangor

Rujukan dan Pertanyaan

Sila hubungi talian bantuan 1800-22-6600 pada waktu pejabat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan status permohonan Baucar Kita Selangor 2026.

Layari juga Portal Selangkah untuk semakan kelayakan dan permohonan serta info lebih lanjut.

Anda juga boleh menyemak hab bantuan sepadu di portal AKSES Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetahui pelbagai jenis inisiatif/bantuan untuk warga Selangor.

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.


FAQ – Soalan Lazim Cara Mohon Baucar Kita Selangor 2026

Bilakah tarikh tutup permohonan Baucar Kita Selangor 2026?

Permohonan dan pengesahan maklumat bagi Baucar Kita Selangor (BKS) 2026 dibuka secara rasmi sehingga 31 Disember 2026. Pemohon dinasihatkan untuk menghantar dokumen lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sistem pada saat-saat akhir.

Berapakah nilai bantuan Baucar Kita Selangor dan bagaimanan ia dikreditkan?

Penerima yang layak akan menerima bantuan bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan (jumlah keseluruhan RM600). Bantuan ini akan dikreditkan secara digital terus ke dalam aplikasi SELangkah dalam bentuk kredit e-dompet atau mata ganjaran.

Mengapa ada penerima yang mendapat RM300 sekaligus?

– Bayaran Tunggakan (Backdated): Jika proses kelulusan permohonan anda tertangguh (contohnya mengambil masa 3 bulan untuk diluluskan), sistem akan membayar jumlah terkumpul tersebut secara sekaligus.
– Penyelarasan Fasa Kelompok: Bagi kumpulan rayuan atau tercicir, pihak pengurusan menyalurkan bantuan dalam gandaan bulan bagi mengejar garis masa penutupan program.

Saya tidak mempunyai slip gaji, adakah saya masih boleh memohon?

Boleh. Bagi pemohon yang bekerja sendiri, peniaga kecil, atau tiada slip gaji rasmi, anda perlu memuat turun dan mengisi Borang Pengesahan Pendapatan. Borang tersebut mestilah mendapat cop rasmi dan ditandatangani oleh Penghulu, Ketua Kampung, atau Ahli Dewan Negeri (ADN) berhampiran sebelum dimuat naik ke sistem.

Berapakah had pendapatan isi rumah terkini untuk memohon BKS 2026?

Melalui peluasan syarat kelayakan terbaharu, had pendapatan bulanan isi rumah (gabungan suami dan isteri) telah dinaikkan kepada RM8,000 dan ke bawah (berbanding RM5,000 sebelum ini).

Di manakah saya boleh menggunakan Baucar Kita Selangor ini?

Kredit baucar ini boleh dibelanjakan di lebih 1,500 buah kedai panel berdaftar di seluruh Selangor, termasuk rangkaian Pasar Raya MYDIN serta kedai runcit komuniti yang disokong oleh ekosistem pembayaran Selcare.

Penafian: Segala maklumat mengenai bantuan Baucar Kita Selangor (BKS) di dalam artikel ini dikumpul berpandukan kenyataan rasmi semasa oleh pihak berkuasa Negeri Selangor ketika tarikh ia diterbitkan. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan, tarikh tutup, dan dasar program boleh berubah mengikut ketetapan kerajaan negeri dari semasa ke semasa. Pihak ewarta.my tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat atau kerugian yang timbul. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan silang dan merujuk terus kepada saluran rasmi di Aplikasi SELangkah atau talian bantuan Selcare untuk data yang paling tepat dan terkini.

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed