MyKad Generasi Baharu – 11 Info Penting Rakyat Malaysia Perlu Tahu

mykad generasi baharu (3) (1)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi melancarkan MyKad Generasi Baharu pada 16 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia. Urusan penukaran kad boleh dilakukan bermula 17 September 2026 di cawangan JPN seluruh negara.

Orang ramai digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di JPN. Anda boleh rujuk cara untuk buat temujanji penukaran MyKad di sini.

Ringkasan Mengenai MyKad Generasi Baharu

  • Tarikh Pelancaran: 16 September 2026 (Pertukaran boleh dibuat mulai 17 September 2026)
  • Status Kewajipan: TIDAK WAJIB tukar serta-merta. MyKad lama anda masih sah untuk semua urusan rasmi
  • Fungsi Dihentikan: Cip Touch ‘n Go (TnG) dibuang sepenuhnya untuk fokus kepada keselamatan data. Baki wang dalam IC lama boleh dituntut semula (refund) secara online di portal Touch ‘n Go menggunakan nombor siri kad.
  • Kaedah Permohonan: Boleh pergi ke cawangan JPN berdekatan atau melalui Sistem Gantian MyKad (Online).
  • Caj Bayaran: RM10

Apa Itu MyKad Generasi Baharu & Kenapa Diperkenalkan?

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, MyKad Generasi Baharu ialah versi baharu MyKad yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, ciri keselamatan dan fungsi.

Pemegang MyKad sedia ada tidak perlu menukar MyKad semata-mata selagi MyKad tersebut tidak rosak.

Walau bagaimanapun, pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad (tanpa ghost image) perlu menukar kepada MyKad Generasi Baharu.

Satu lagi, pengeluaran MyKad Generasi Baharu tidak menyebabkan nombor kad pengenalan seseorang akan berubah.

Fakta: MyKad Generasi Baharu adakah kad pengenalan generasi ke-7 dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Infografik maksud mykad generasi baharu
Infografik Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Infografik mykad generasi baharu adalah kad pengenalan generasi ke - 7
Infografik Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Info Penting MyKad Generasi Baharu yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Pelancaran mykad baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen, terutamanya mengenai pemansuhan fungsi Touch ‘n Go (TnG) serta spekulasi salah faham kononnya kad baharu ini dipautkan secara automatik dengan akaun bank (kad ATM).

Jadi, bagi mengelakkan anda terkeliru dengan khabar angin yang tidak sahih, kami senaraikan fakta dan info penting mengenai MyKad Generasi Baharu yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

Jom semak!

Kalau anda belek kad pengenalan baharu ni nanti, ini rupa fizikal dan susun atur komponen yang anda akan nampak jelas dengan mata kasar:

  • Gambar Utama Berubah ke Sebelah Kiri: Berbeza dengan MyKad versi 2012 yang meletakkan foto profil di sebelah kanan, reka bentuk generasi baharu ini mengalihkannya ke sebelah kiri.
  • Ada Gambar Pendua (Ghost Image) di Sebelah Kanan dan Belakang: Pada bahagian sebelah kanan dan belakang kad, anda boleh tengok gambar anda yang lutsinar. Kecil je. Ciri biometrik tambahan ini berfungsi untuk menghalang taktik manipulasi foto atau pertukaran wajah oleh sindiket palsu.
  • Cip Dialihkan ke Bahagian Belakang: Kedudukan cip pintar emas yang dahulunya berada di permukaan depan kini diubah sepenuhnya ke bahagian belakang kad. Cip dwi-fungsi (NFC/sentuhan) ini ditanam terus di dalam lapisan teras kad (embedded), sekali gus memastikan rupa hadapan kad kelihatan lebih bersih dan cip terlindung daripada risiko calar.
  • Ada Kod QR Khas di Bahagian Belakang: Terletak bersebelahan dengan kedudukan cip baharu, bahagian belakang MyKad kini dilengkapi dengan cetakan Kod QR.
Infografik Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia mengenai bahagian depan dan belakang mykad generasi baharu
Infografik Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Reka bentuk MyKad Generasi Baharu ini memang berbeza daripada mykad yang sedia ada. Bukan itu sahaja, JPN turut letak 53 ciri keselamatan untuk sekat taktik sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Antara ciri-ciri keselamatannya ialah:

  • Bahan Polikarbonat Keras (Tak Boleh Patah): MyKad Generasi Baharu ini menggunakan material polikarbonat sepenuhnya. Memang tahan lasak, tak mudah patah, dan lapisan kad tidak mudah terkopek.
  • Gambar & Info Guna Ukiran Laser: Gambar muka dan maklumat diri anda diukir terus ke dalam lapisan kad guna teknologi laser. Jadi, sindiket haram memang tak boleh nak tukar maklumat atas kad tersebut dengan mudah.
  • Cip Tersorok Kat Dalam (Embedded Chip): Kedudukan cip pintar dialihkan ke bahagian belakang dan ditanam terus di dalam lapisan kad. Ini bermakna cip keselamatan MyKad anda takkan mudah calar, rosak, atau ‘chip error’ macam mykad sedia ada ni.
  • Tetingkap Lut Sinar (Transparent Window): Ada bahagian kecil pada kad yang jenis tembus pandang (lut sinar) dan ada gambar mikro anda di situ. Ciri ini mustahil nak ditiru guna mesin printer biasa oleh geng pemalsu kad.
  • Corak Garisan Halus (Guilloche Lines): Kalau tengok dekat-dekat, ada Corak Guilloche (garisan geometri halus) yang sangat halus berserta Cetakan Warna Pelangi (Rainbow Printing) yang boleh berubah ton warna mengikut sudut pandang pada permukaan kad. Corak seni keselamatan ini hanya boleh dihasilkan oleh mesin cetak khas gred kerajaan sahaja.
  • Grafik Tersembunyi Lampu UV: Ada rekaan grafik khas pada bahagian depan dan belakang kad yang halimunan. Ia hanya akan menyala dan kelihatan dengan jelas kalau anda suluh guna lampu ultraungu (UV) macam yang penguatkuasa selalu guna.
  • Kod QR Khas Penguatkuasa: Bahagian belakang kad dilengkapi dengan kod QR rasmi. Ini memudahkan pihak polis atau imigresen untuk imbas dan buat semakan status IC dengan cepat dan sahih di lapangan.
  • Cip NFC: Cip MyKad Generasi Baharu ini telah dinaik taraf dengan tahap enkripsi yang lebih tinggi serta menyokong cip NFC dwi-fungsi (contact dan contactless).

Ya, betul. MyKad Generasi Baharu ini tidak lagi dilengkapi dengan chip Touch ‘n Go fizikal.

Ini antara sebab kenapa fungsi TNG dibuang:

  • Cip Cepat Rosak: Ramai sangat mengadu cip IC rosak sebab hari-hari duk tap dekat kaunter LRT atau palang tol. Bila fungsi transit ni diasingkan, cip keselamatan IC korang akan tahan jauh lebih lama!
  • Fokus Pada MyDigital ID: Kerajaan sekarang tengah push ekosistem digital. Lepas ni, semua urusan pembayaran tanpa sentuh atau transit akan lebih fokus guna aplikasi telefon pintar atau kad TNG NFC yang berasingan.

Bagi pengguna yang ingin terus menggunakan perkhidmatan Touch โ€™n Go, kemudahan tersebut boleh digunakan melalui eWallet Touch โ€™n Go atau kad Touch โ€™n Go yang berasingan.

Cara Tukar MyKad yang Masih Mempunyai Baki TNG

Jika Mempunyai Baki TNG, anda boleh rujuk cara pindahkan baki di bawah:

  1. Mohon gantian MyKad baharu: Hadir ke kaunter JPN / dalam talian / melalui panggilan telefon (MyPhone-In).
  2. Dapatkan slip Touch โ€™n Go bagi MyKad lama: Cetak slip TNG di kaunter JPN untuk semak nombor siri TNG MyKad lama.
  3. Kutip MyKad baharu: Hadir ke kaunter JPN setelah MyKad baharu siap.
  4. Tebus semula baki: Daftar & tebus baki melalui portal rasmi Touch โ€™n Go (https://www.touchngo.com.my)

Jawapannya: TIDAK WAJIB. Selagi kad pengenalan (IC) sedia ada anda masih elok dan cipnya boleh dibaca dengan baik, anda boleh terus menggunakannya seperti biasa untuk semua urusan rasmi.

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa pengenalan kad baharu ini dilakukan secara berperingkat, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa.

Bermula 17 September 2026, sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi dengan Pusat Cetakan di seluruh negara telah sedia mengeluarkan MyKad Generasi Baharu ini dengan tempoh siap pada hari yang sama.

Bagi permohonan yang dibuat di cawangan JPN yang tidak mempunyai kemudahan pusat cetakan tersebut, prosesnya masih boleh dilakukan, namun tempoh pemprosesan dan serahan akan mengambil masa sekitar lima (5) hari bekerja.

Ini senarai 40 Cawangan JPN yang boleh buat penukaran dan terus siap:

Bil. Negeri Cawangan
1W.P. PUTRAJAYAJPN PUTRAJAYA
2PERLISUTC PERLIS
3KEDAHUTC KEDAH
4KEDAHJPN KEDAH
5KEDAHUTC SUNGAI PETANI
6PULAU PINANGJPN SEBERANG PERAI UTARA
7PULAU PINANGUTC PULAU PINANG
8PULAU PINANGJPN PULAU PINANG
9PULAU PINANGUTC SEBERANG PERAI
10PERAKUTC PERAK
11PERAKJPN PERAK
12MELAKAJPN MELAKA
13MELAKAUTC MELAKA
14NEGERI SEMBILANUTC NEGERI SEMBILAN
15SELANGORUTC SELANGOR
16SELANGORJPN SELANGOR
17SELANGORJPN PETALING JAYA
18W.P. KUALA LUMPURUTC KERAMAT
19W.P. KUALA LUMPURUTC KUALA LUMPUR
20W.P. KUALA LUMPURUTC SENTUL
21W.P. KUALA LUMPURJPN KUALA LUMPUR
22JOHORUTC PASIR GUDANG
23JOHORUTC JOHOR
24JOHORJPN JOHOR
25PAHANGJPN PAHANG
26PAHANGUTC PAHANG
27TERENGGANUUTC TERENGGANU
28TERENGGANUJPN TERENGGANU
29TERENGGANUJPN DUNGUN
30KELANTANJPN KELANTAN
31KELANTANUTC KELANTAN
32SARAWAKUTC SIBU
33SARAWAKUTC MIRI
34SARAWAKJPN SARAWAK
35SARAWAKUTC SARAWAK
36SABAHUTC KENINGAU
37SABAHUTC SABAH
38SABAHJPN TAWAU
39SABAHJPN SANDAKAN
40W.P. LABUANUTC LABUAN

Eh, TIDAK SAMA SEKALI! Jangan panik dahulu. Tiada istilah duit dalam akaun bank anda akan automatik hangus atau mudah dicuri jika MyKad ini hilang.

Tanggapan bahawa kad pengenalan baharu ini bertukar fungsi menjadi kad ATM secara automatik adalah satu salah faham.

YANG BETUL IALAH:

โœ… MyKad Generasi Baharu boleh digunakan di agensi kerajaan dan bank sebagai dokumen pengenalan diri rasmi untuk urusan pengesahan identiti.

โœ… Bagi memastikan peralihan berjalan lancar, penyesuaian sistem di agensi kerajaan, institusi perbankan dan penyedia perkhidmatan berkaitan dilaksanakan secara berperingkat.

โœ… Jadi, jangan keliru bila nampak MyKad dengan wajah baharu. Yang berubah ialah reka bentuk dan ciri keselamatannya, fungsi utamanya sebagai dokumen pengenalan diri masih kekal.

Sila ambil perhatian bahawa urusan menukar kad pengenalan lama kepada MyKad Generasi Baharu ini ada dikenakan bayaran proses iaitu sebanyak RM10.00 untuk gantian biasa.

Selain bayaran tunai, JPN menerima pembayaran elektronik melalui:

  • Kad Kredit
  • Kad Debit
  • MEPS
Infografik bayaran mykad baru rm10
Infografik

Info Tambahan:

MyKad lama perlu diserahkan semasa penukaran ke MyKad Generasi Baharu (Mykad baru).

Jika gagal memberikan mykad lama disebabkan hilang, anda akan dikenakan caj mengikut Kadar Bayaran Gantian MyKad Hilang seperti di bawah:

  • Kali Pertama: RM110 (Denda RM100 + Fi permohonan RM10)
  • Kali Kedua: RM310 (Denda RM300 + Fi permohonan RM10)
  • Kali Ketiga dan Seterusnya: RM1,010 (Denda RM1,000 + Fi permohonan RM10)

Okay, nak tukar IC lama kepada MyKad Generasi Baharu tapi malas nak beratur panjang dekat kaunter? Anda boleh buat penukara secara dalam talian melalui Sistem Gantian MyKad JPN.

  1. Layari laman web rasmi gantian mykad JPN di https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Log masuk dengan selamat menggunakan akaun MyDigital ID anda.
  3. Pilih cawangan JPN pilihan untuk urusan kutipan nanti, dan buat bayaran proses sebanyak RM10.00 melalui perbankan internet (FPX).
  4. Simpan resit bayaran (fizikal atau digital), bawa ke cawangan JPN yang dipilih tadi, dan tuntut (collect) MyKad Generasi Baharu anda.
Infografiik cara Buat Penukaran MyKad Generasi Baharu Secara Online
Infografiik cara Buat Penukaran MyKad Generasi Baharu Secara Online - part 2

MAKLUMAN:

  • Permohonan online ini hanya sah jika anda tidak menukar gambar atau alamat. Jadi, kalau anda nak guna je gambar IC sedia ada, boleh terus buat penukaran online.
  • Kalau nak tukar gambar atau alamat terkini, anda wajib hadir secara fizikal (walk-in) ke kaunter JPN. Ini kerana pihak kaunter perlu mengambil foto baharu serta mengemas kini data biometrik anda secara langsung.

Bagi anda yang menerima bantuan tunai atau subsidi kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau BUDI MADANI (BUDI95), penukaran kepada MyKad Generasi Baharu ini langsung tidak akan menjejaskan rekod kelayakan atau pembayaran subsidi anda.

Bantuan tetap berjalan seperti biasa. Ini kerana segala rekod dan profil kelayakan bantuan anda sebenarnya disimpan selamat di dalam pangkalan data pusat agensi kerajaan yang berkaitan (bukan disimpan di dalam kad fizikal anda).

Jadi apabila anda menukar kad baharu, sistem perisian kerajaan akan menyelaraskan (sync) data tersebut secara automatik di belakang tabir. Pendek kata, tiada isu bantuan disekat atau ‘hilang’ disebabkan bertukar kad pengenalan baharu!

Adakah saya akan kehilangan baki SARA apabila mendapat MyKad Generasi Baharu?

Tidak. Baki dan kelayakan SARA tidak disimpan di dalam MyKad, sebaliknya direkodkan dalam sistem SARA.

MyKad digunakan sebagai medium pengesahan penerima dan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian.

Reka bentuk fizikal kad versi terkini ini menyaksikan kedudukan cip pintar telah dialihkan dari bahagian hadapan ke bahagian belakang kad.

Oleh itu, jika anda mahu melakukan pengesahan subsidi petrol BUDI MADANI (BUDI95) di stesen minyak, sila ikuti langkah ini:

  • Terbalikkan MyKad anda terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam slot mesin pembaca di pam minyak. Pastikan bahagian belakang kad (bahagian yang ada cip emas) menghadap ke atas atau mengikut arah pembaca cip stesen tersebut.
  • Jika anda memasukkannya mengikut cara lama (cip di hadapan), mesin pam tidak akan dapat membaca data anda.
infografik cara guna mykad baru untuk subsidi minyak budi 95

Bahagian belakang MyKad kini dilengkapi dengan cetakan Kod QR Penguatkuasaan.

Fungsi utama kod QR tersebut adalah sebagai instrumen pengesahan digital pantas bagi membolehkan agensi penguat kuasa (setakat ini hanya JPN sahaja boleh gunakan) untuk menyemak ketulenan kad pengenalan anda di lapangan.

Sila ambil perhatian beberapa perkara penting ini:

  • Bukan QR Pembayaran: Jangan tersalah faham ya, kod QR ini bukan untuk diimbas bagi tujuan pembayaran DuitNow, pindahan wang, atau transaksi kedai.
  • Tidak Boleh Diimbas Telefon Biasa: Anda tidak perlu bimbang tentang privasi data peribadi terdedah. Kod QR ini tidak boleh dibaca atau diimbas menggunakan kamera telefon pintar biasa. Ia hanya boleh diakses menggunakan peranti khas milik pihak berkuasa yang mempunyai kebenaran sistem keselamatan berenkripsi tinggi.

Perbezaan MyKad Lama vs MyKad Generasi Baharu

Ini adalah perbandingan ringkas antara MyKad sedia ada dengan MyKad Generasi Baharu (Versi 2026) supaya anda jelas tentang apa yang berubah:

Ciri / Fungsi MyKad Lama MyKad Generasi Baharu
Ketahanan Kad Plastik biasa, mudah patah & lapisan luar kerap terkopek. Polikarbonat gred tinggi, lebih keras, kalis calar, dan tahan lasak.
Kedudukan Cip Cip petak emas berada di bahagian hadapan kad. Cip pintar telah dialihkan ke bahagian belakang kad.
Fungsi Sentuh (NFC) Tiada. Wajib masukkan kad dalam slot pembaca kad. Ada ciri dwi-fungsi (Boleh slot masuk atau sentuh/NFC pada pembaca kad).
Sistem Keselamatan Ciri keselamatan asas (23 ciri keselamatan). Sangat ketat (53 ciri keselamatan) termasuk imbasan wajah & iris untuk halang kad klon.
Fungsi Touch ‘n Go ADA (Boleh guna untuk tol, bas, LRT, dan parkir). TIADA. Fungsi ini dibuang terus untuk keselamatan data peribadi anda.
Kod QR Khas Tiada. ADA di bahagian belakang, khas untuk kegunaan semakan pihak berkuasa sahaja.

Bagaimana cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji?

Permohonan temujanji boleh dibuat melalui pautan: https://mytemujanji.jpn.gov.my.

infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 1
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 2
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 3
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 4
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 5
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 5
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 6
infografik cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji - part 7

Tips Pengambilan Gambar Semasa Permohonan Kad Pengenalan

1. Pemilihan Warna Pakaian dan Tudung (Wajib Gelap)

Pihak JPN menetapkan bahawa pemohon mestilah memakai pakaian atau tudung berwarna gelap serta kemas.

  • Latar belakang (background) sistem kamera di kaunter JPN adalah berwarna cerah atau putih. Pakaian berwarna gelap diperlukan untuk menghasilkan kontras yang jelas supaya garisan bahu dan bentuk kepala anda kelihatan tajam dalam sistem pengecaman identiti.
  • Elakkan warna putih, kuning cair, atau warna pastel. Pilih warna seperti hitam, biru gelap (navy blue), coklat tua, atau hijau zamrud. Bagi yang tidak berhijab, pastikan pakaian anda berkolar.

2. Kejelasan Wajah (Tiada Halangan)

Sistem biometrik JPN memerlukan wajah yang jelas serta menggambarkan rupa sebenar pemohon.

Elakkan memakai aksesori kepala yang besar, pelitup muka (semasa gambar diambil), atau gaya tudung yang terlalu ke depan sehingga menutupi dahi dan tulang pipi.

3. Etika Solekan (Sederhana & Natural)

Bagi wanita, solekan sederhana yang tidak merubah wajah adalah dibenarkan.

  • Penggunaan solekan tebal seperti teknik contouring yang melampau, bulu mata palsu yang terlalu dramatik, atau kanta lekap (soft lens) yang mengubah saiz anak mata boleh dianggap sebagai cubaan mengubah identiti asal.
  • Gunakan konsep no-makeup makeup look. Fokuskan kepada kekemasan wajah, gincu berwarna natural, dan bedak asas yang nipis sekadar untuk mengurangkan kilauan minyak pada wajah akibat lampu kilat (flash) kamera.

4. Peraturan Cermin Mata (Kanta Tanpa Warna)

Pemohon yang rabun dibenarkan memakai cermin mata dengan kanta tidak berwarna (lutsinar), dengan syarat ia tidak menjejaskan kualiti gambar.

Kanta berwarna (seperti cermin mata hitam atau kanta bertukar warna/transition) akan menghalang warna mata sebenar anda daripada direkodkan. Selain itu, bingkai yang terlalu tebal boleh menimbulkan bayang pada kawasan mata.

5. Pengurusan Warna dan Gaya Rambut

Pemohon mestilah mengekalkan warna rambut asal atau tidak diwarnakan dengan warna yang keterlaluan. Bagi yang berambut panjang, rambut hendaklah dirapikan dan tidak menutupi wajah.

rambut yang terlalu terang (seperti merah jambu, hijau, atau perang neon) tidak menepati spesifikasi dokumen rasmi negara. Rambut yang berjuntai di dahi atau pipi juga akan mengganggu titik fokal sistem pengesan wajah.

Pastikan telinga dan dahi anda kelihatan jelas semasa sesi fotografi jika anda tidak berhijab. Gunakan pengikat rambut atau gel rambut sekiranya perlu untuk memastikan kekemasan.

Rujukan

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalu e-Pertanyaan (SISPAA JPN) https://jpn.spab.gov.my/eApps/system/index.do

  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
  • Tel: 03-80008000
  • Faks: 03-88808288
  • Email:ย pro@jpn.gov.my

Senarai rujukan rasmi daripada agensi kerajaan mengenai MyKad Generasi Baharu:

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim MyKad Generasi Baharu

Adakah saya WAJIB tukar kepada MyKad Generasi Baharu sekarang?

TIDAK WAJIB. Sila simpan wang anda dan jangan berpusu-pusu ke JPN. Kad pengenalan sedia ada anda masih sah sepenuhnya untuk digunakan dalam semua urusan harian, selagi ia berada dalam keadaan fizikal yang baik dan cipnya boleh dibaca. Walau bagaimanapun, anda wajib tukar sekiranya anda masih memegang Kad Pengenalan Plastik (KPP) lama atau MyKad jenis lama yang tiada imej bayang (ghost image).

Betul ke fungsi Touch ‘n Go (TnG) dah dibuang terus?

YA, BETUL. Kemudahan fizikal Touch ‘n Go tidak lagi disediakan di dalam struktur MyKad Generasi Baharu. Keputusan ini dibuat bagi memfokuskan fungsi kad sepenuhnya kepada ciri keselamatan perlindungan identiti nasional berenkripsi tinggi. Selepas ini, bagi urusan tol atau parkir, anda perlu menggunakan kad fizikal Touch ‘n Go berasingan atau aplikasi Touch ‘n Go eWallet sedia ada anda.

Kalau saya tukar kad baharu, adakah nombor IC saya akan berubah?

TIDAK SAMA SEKALI. Pertukaran fizikal kad tidak akan mengubah walau satu angka pun pada nombor kad pengenalan (IC) asal anda. Segala maklumat peribadi anda kekal mengikut rekod sedia ada di dalam pangkalan data pusat JPN.

Bagaimana pula dengan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adakah baki duit saya akan hilang?

TIDAK HILANG. Kelayakan bantuan serta baki akaun SARA atau mana-mana subsidi kerajaan langsung tidak terjejas.

Berapa lama tempoh untuk kad baharu ini siap dicetak?

JPN telah menyediakan 40 cawangan terpilih (termasuk beberapa UTC) yang mempunyai kemudahan Pusat Cetakan khas. Jika anda memohon di 40 cawangan ini, kad boleh siap pada hari yang sama. Bagi cawangan biasa yang tiada mesin cetakan ini, proses pemprosesan akan mengambil masa 5 hari bekerja.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja dan dikemas kini setakat September 2026 berdasarkan kenyataan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebarang maklumat mengenai fungsi, kaunter, dan bayaran MyKad Generasi Baharu adalah tertakluk kepada perubahan dasar semasa kerajaan. Untuk rujukan muktamad, sila layari portal rasmi jpn.gov.my.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed