Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 – Siapa Layak Mohon & Panduan Permohonan
Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 ialah inisiatif bantuan kewangan one-off maksimum RM2,000 untuk isteri dan RM1,000 bagi setiap anak oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu meringankan beban wanita dan kanak-kanak yang terkesan akibat kegagalan atau keculasan bekas suami/bapa membayar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah.
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan dana berjumlah RM100,000 yang diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JAKESS. Bantuan ini bersifat one-off (sekali bayar) sebagai dana interim (sara hidup sementara) dengan struktur agihan seperti berikut:
- Nafkah Isteri / Bekas Isteri: RM2,000
- Nafkah Anak: RM1,000 bagi setiap individu anak
Sasaran awal inisiatif ini adalah untuk memberi kelegaan segera kepada sekitar 50 buah keluarga yang sedang tersepit akibat implikasi kewangan daripada kes nafkah tertunggak.
Baca perincian Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 termasuklah Cara Mohon & Syarat Kelayakan di bawah.
- Ringkasan Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
- Apa itu Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026?
- Berapa Bayaran Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026?
- Siapa Layak Memohon? - Ini Syarat Kelayakan Bayaran Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
- Ini Cara Mohon Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
- Senarai Dokumen Sokongan Rasmi
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
Ringkasan Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
- Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 menyediakan bantuan kewangan sara hidup sementara secara one-off sebanyak RM2,000 untuk isteri dan RM1,000 bagi setiap anak bagi kes yang mempunyai Perintah Mahkamah Syariah.
- Permohonan ini memerlukan pemohon hadir terus (walk-in) ke Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Pejabat JAKESS, Shah Alam.
- Syarat pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan, beragama Islam, bermastautin di Selangor, dan mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang aktif.

Apa itu Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026?
Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 ialah bantuan one-off bernilai sehingga RM2,000 untuk wanita dan anak-anak teraniaya yang terkesan akibat tindakan bekas suami atau bapa (penghutang penghakiman) yang culas atau gagal membayar tuntutan nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah.
Program ini diperkenalkan bagi menutup jurang beban sara hidup sementara waktu ketika proses penguatkuasaan undang-undang syariah sedang dijalankan terhadap penghutang tersebut.
Menurut YB Puan Anfaal binti Saari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi kawasan N15 Taman Templer dan juga merupakan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO);
“Saya ingin menegaskan bahawa bantuan ini adalah kelegaan sementara untuk memelihara kebajikan keluarga yang terjejas, dan bukannya pengganti kewajipan. Saya menggesa sekalian bekas suami dan bapa untuk tidak lepas tangan dan bertanggungjawab sepenuhnya melunaskan nafkah yang diperintahkan.”
Kenyataan Media Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mengenai Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026:


Berapa Bayaran Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026?
Bantuan disalurkan secara terus ke akaun ibu/isteri (bukan melalui bapa) mengikut kadar berikut:
- RM2,000 untuk nafkah isteri / bekas isteri.
- RM1,000 bagi setiap anak.
Dianggarkan bantuan interim ini dapat memberi manfaat awal kepada sehingga 50 buah keluarga yang terjejas.
Bantuan ini bukan sebagai pengganti nafkah, ia hanyalah bantuan bersifat sekali sahaja untk memberi bantuan kepada ibu/anak-anak yang terjejas akibat nafkah yang culas diberikan.
Siapa Layak Memohon? – Ini Syarat Kelayakan Bayaran Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
Bagi yang ingin memohon, bantuan ini terbuka kepada individu beragama Islam yang bermastautin di Negeri Selangor dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
Pemohon juga mestilah mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang sah dan berkuat kuasa tetapi culas atau gagal dibayar oleh pihak penghutang, serta memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM.
- Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Selangor.
- โ Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
- Mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang masih berkuat kuasa tetapi culas atau gagal dibayar oleh pihak penghutang.
- Memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Penyaluran Pendahuluan dan Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Ini Cara Mohon Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
Mana-mana individu yang memenuhi kriteria kelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan hadir secara terus ke Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi menyemak kelayakan serta menyerahkan borang permohonan.
- Langkah 1: Semak fail Perintah Nafkah (pastikan statusnya masih aktif tetapi pasangan culas).
- Langkah 2: Sediakan dokumen sokongan dan bukti pendapatan bawah RM5,000.
- Langkah 3: Hadir terus (walk-in) ke Pejabat JAKESS Shah Alam di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
- Langkah 4: Sesi semakan kelayakan bersama Pegawai Syariah & penyerahan borang.
Di mana Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)?
Pejabat Utama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) terletak di Shah Alam, Selangor. Ibu pejabat ini menempatkan Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, serta Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
| Alamat Ibu Pejabat | Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5,Shah Alam, Selangor, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
| No. Telefon | +60 3-5519 1291 |
Senarai Dokumen Sokongan Rasmi
Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai Senarai Dokumen Sokongan Rasmi yang diperlukan. Namun begitu, sebagai persediaan, anda disarankan membawa dokumen-dokumen berikut apabila hadir ke Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) untuk membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon (ibu/isteri).
- Salinan rasmi Perintah Nafkah daripada Mahkamah Syariah yang mempunyai cap meterai mahkamah.
- Bukti pendapatan terkini (Slip gaji / Surat Pengesahan Pendapatan daripada Ketua Kampung atau pihak berkuasa jika tidak bekerja atau bekerja sendiri) bagi pengesahan had bawah RM5,000.
- Salinan Sijil Kelahiran (Sijil Beranak) bagi setiap anak yang berada di bawah tanggungan puan.
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang aktif (untuk tujuan pengkreditan terus jika diluluskan).
Selain itu, anda juga boleh membawa dokumen lain yang berkaitan jika perlu.
Khusus Untuk Kes yang Mempunyai Perintah Mahkamah Syariah Sahaja
Satu perkara penting yang perlu difahami oleh bakal pemohon ialah skop pelaksanaan bantuan ini. Program Nafkah Rahmah bukanlah saluran untuk memulakan tuntutan nafkah yang baharu, sebaliknya ia khusus untuk kes yang sudah mempunyai Perintah Mahkamah Syariah sahaja.
Duit Tidak Masuk ke Akaun Bapa
Antara kegusaran utama yang sering dihadapi oleh golongan ibu adalah risiko manipulasi kewangan oleh bekas pasangan.
Pihak Kerajaan Negeri Selangor dan JAKESS memberi jaminan penuh bahawa duit bantuan ini tidak akan sekali-kali disalurkan kepada pihak bapa atau bekas suami.
Semua dana bantuan interim akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik ibu atau isteri yang menguruskan anak-anak.
Sistem ini menutup ruang bagi bapa untuk menapis, menyembunyikan, atau mengambil kesempatan ke atas dana yang sepatutnya digunakan untuk kelangsungan hidup anak-anak (seperti makanan, pakaian, dan keperluan sekolah).
Rujukan dan Pertanyaan
Sekiranya mempunyai sebarang keraguan mengenai status perintah mahkamah sedia ada atau ingin bertanyakan mengenai status kuota bantuan yang masih tersedia, sila rujuk terus kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi berikut:
- Agensi Penyelia: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
- Alamat Fizikal / Kaunter: Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
- Talian Telefon Utama:
+60 3-5519 1291 - Waktu Operasi Kaunter:
- Isnin โ Khamis: 8:00 Paging โ 1:00 Tengah Hari / 2:00 Petang โ 5:00 Petang
- Jumaat: 8:00 Pagi โ 12:15 Tengah Hari / 2:45 Petang โ 5:00 Petang
- (Tutup pada hari Sabtu, Ahad, dan Hari Kelepasan Am Negeri/Persekutuan)
- Portal Rasmi: Laman Web JAKESS (Sila rujuk bahagian pengumuman Bahagian Sokongan Keluarga)
NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026
Tidak layak. Bantuan ini khusus untuk kes yang sudah mempunyai Perintah Mahkamah Syariah yang sah sahaja. Sekiranya kes anda masih dalam perbicaraan, anda perlu menunggu sehingga perintah rasmi dikeluarkan oleh Hakim Syarie.
Anda akan menerima RM2,000 (untuk nafkah bekas isteri, jika ada dalam perintah) dan RM4,000 (RM1,000 x 4 anak). Jumlah keseluruhan ialah RM6,000 secara one-off, tertakluk kepada kelulusan dan kuota dana sedia ada.
Tidak perlu. Wang ini adalah bantuan interim kebajikan untuk anda.
Nafkah Isteri: Bantuan one-off (sekali bayar) sebanyak RM2,000.
Nafkah Anak: Bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap orang anak
Tidak. Duit bantuan tidak akan disalurkan kepada pihak bapa untuk mengelakkan risiko manipulasi. Wang akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik ibu/isteri demi kebajikan anak-anak.
Tiada permohonan secara dalam talian (online). Anda perlu hadir terus (walk-in) ke Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Pejabat JAKESS, Shah Alam untuk semakan fail kes dan penyerahan borang.
